Search This Blog

Tuesday, May 1, 2012

Anak berusia 15 tahun tikam bapa sehingga mati

Berita Harian Online | Anak berusia 15 tahun tikam bapa sehingga mati:

IPOH: Seorang remaja berusia 15 tahun dipercayai menikam bapanya berumur 39 tahun bertubi-tubi sehingga mati di rumah mereka di Taman Bersatu, Simpang Pulai, dekat sini, awal pagi tadi. 

Ketua Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim, berkata Jaswant Singh, 40, ditemui mati di bilik tidur rumahnya jam 1.30 pagi dengan beberapa kesan luka di badan.
"Polis sudah menahan seorang remaja lelaki yang tampil membuat laporan di balai polis berhampiran mengenai kejadian itu," katanya.
Polis turut menjumpai dua pisau yang dipenuhi darah di padang permainan berhampiran tempat kejadian.

No comments:

Post a Comment