Search This Blog

Monday, May 7, 2012

30 cedera bom meletup di luar bar

myMetro | 30 cedera bom meletup di luar bar:

MANILA: Satu letupan bom tangan membunuh dua orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 30 yang lain di luar sebuah bar yang sesak dengan pengunjung di selatan Filipina, kata pihak berkuasa, semalam.
Pegawai penyiasat cuba untuk mengenal pasti penyerang yang melontarkan bom tangan itu lewat malam kelmarin di luar bar El Sentro Resto berhampiran kedai ubat di bandar raya Iligan.

Polis menemui pin bom itu yang turut merosakkan sebilangan kereta yang diparkir dan menyebabkan orang ramai yang panik lari bertempiaran, kata pegawai tentera, Kolonel Daniel Lucero.
Menurutnya, tidak dapat dipastikan sama ada pemberontak Islam, kumpulan militan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda adalah dalang di sebalik kejadian letupan itu atau ia dicetuskan oleh penduduk yang bermusuhan.

Presiden Benigno Aquino III menggesa penyerang menyerah diri dan memberi amaran pihak berkuasa tidak akan berhenti hingga mereka ditangkap. Dia berkata, polis masih menyiasat mengenai motif serangan itu, tetapi enggan mengulas lanjut. - Philippines Inquirer

No comments:

Post a Comment