Search This Blog

Tuesday, May 1, 2012

20 kebun ganja ditemui setiap hari di Britain

myMetro | 20 kebun ganja ditemui setiap hari di Britain:


LONDON: Polis menemui lebih 20 kebun dan kilang membuat ganja di Britain setiap hari tahun lalu dan merampas dadah bernilai hingga 100 juta pound (RM492 juta).
Menurut Persatuan Ketua Pegawai Polis (ACPO), penjenayah cuba untuk mengurangkan risiko dan meminimumkan kerugian yang mungkin dialami dengan mengupah ‘pekebun’ dalam jumlah yang ramai untuk mengendalikan kebun ganja secara kecil-kecilan di kawasan perumahan. 
Kajian ACPO mendapati, sejumlah 7,865 kebun ganja ditemui di seluruh Britain pada 2011/2012, iaitu peningkatan sebanyak 15 peratus daripada 6,866 yang ditemui pada tahun 2009/2010 dan lebih 150 peratus daripada jumlah 3,032 kebun ditemui empat tahun lalu.

Jumlah kebun tertinggi, 936 kebun, ditemui di West Yorkshire, bersamaan dengan 42 kilang untuk setiap 100,000 orang.

South Yorkshire pula mempunyai 64 kebun untuk setiap 100,00 orang, iaitu nisbah tertinggi di Britain dengan 851 kebun ganja.

Secara kasar, 1.1 juta pokok ganja dengan nilai pasaran sebanyak 207.4 juta pound (RM1.02 bilion) dirampas dalam masa dua tahun sejak laporan terakhir ACPO dibuat.

Bilangan kesalahan berkaitan pengeluaran ganja turut meningkat daripada 14,982 pada tahun 2010/2011 kepada 16,464, tahun lalu.

Komander Scotland Yard, Allan Gibson, ketua ACPO berkenaan penanaman ganja, berkata amalan itu menimbulkan “risiko besar” kepada Britain.

Katanya, “Lebih banyak kumpulan jenayah terancang mula bertukar ke jenayah ini tetapi kami berazam untuk terus mengendalakan rangkaian ini untuk mengurangkan bahaya yang disebabkan oleh dadah.”- Agensi

No comments:

Post a Comment