Search This Blog

Thursday, May 31, 2012

Dulu gigit telinga polis, kini ceroboh rumah

Mohd Shukri
Mohd Shukri dipenjara lima bulan selepas mengaku salah menceroboh sebuah
rumah di Kampung Bukit Tok Beng, 24 Mei lalu.
KUALA TERENGGANU - Tidak pernah serik, baru sebulan dibebaskan dari penjara kerana kesalahan menggigit telinga seorang anggota polis berpangkat konstabel, seorang duda masih lagi mengulangi perbuatan jenayah.

Kali ini, dia didakwa kerana menceroboh sebuah rumah di Kampung Bukit Tok Beng, di sini, 24 Mei lalu.

Semalam, Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara selama lima bulan terhadap duda kepada tiga anak itu, Mohd Shukri Muda, 34, dari Kampung Alur Damat Wakaf Tengah, di sini.

Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas dia mengaku salah menceroboh masuk dengan niat melakukan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang di sebuah rumah di Kampung Bukit Tok Beng.

Mohd Shukri mengaku menceroboh rumah yang didiami Mohd Naaim Rusli, 25, pada 24 Mei lalu antara jam 5 petang hingga 7 petang.

Dengan itu, dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga boleh sampai tiga tahun atau dengan denda sehingga RM5,000 atau kedua-dua sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Ratna manakala Mohd Shukri tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, Mohd Shukri ditangkap oleh penduduk kampung kira-kira jam 6.40 petang ketika cuba menceroboh masuk rumah mangsa yang didiami bersama ibu dan seorang adiknya.

Mohd Shukri diserahkan keluarga mangsa yang sememangnya sebelum itu langsung tidak mengetahui kediaman mereka nyaris dicerobohi dan seterusnya dia diserahkan kepada polis rondaan untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, Mohd Shukri yang bertindak menggigit telinga kiri seorang anggota polis hingga hampir putus  Februari lalu dikenakan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini.

Bagaimanapun, dia yang mengalami kecederaan akibat terkena tembakan di kaki yang dilepaskan anggota polis berkenaan terpaksa memilih dipenjarakan selama dua bulan kerana tidak mempunyai wang.

Sepasang kekasih dipercayai mencabul dan menyamun ditahan

KUALA LUMPUR: Polis malam tadi menahan sepasang kekasih yang didakwa mencabul dan menyamun seorang agen hartanah di sebuah kondominium di Mont Kiara pada 10 Mei lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mereka yang masing-masing berusia 33 tahun ditahan pada jam 11 malam hasil maklumat orang ramai. 
Dalam kejadian itu, agen hartanah tersebut yang berusia 34 tahun dilapor telah membawa pasangan berkenaan yang menyamar sebagai bakal penyewa, bagi melihat unit kondominium untuk disewa sebelum mangsa diikat, dibogel, dicabul dan dipukul oleh pasangan itu. Mangsa turut disamun dan kemudian ditinggalkan di unit kondominium itu.

Dia telah diselamatkan oleh anggota polis bantuan yang membuat rondaan rutin mereka di kawasan kondominium itu pada keesokan harinya, iaitu kira-kira 10 jam selepas kejadian tersebut.

Penghuni kondominium itu telah membuat aduan kepada polis apabila terdengar tangisan dan jeritan meminta tolong mangsa. - Bernama

Lelaki tembak mati empat orang di Seattle

SEATTLE: Seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah kafe menyebabkan empat mati termasuk seorang wanita dan kemudiannya menembak dirinya sendiri ketika polis cuba mendekati suspek dalam kejadian pada awal pagi tadi. 

Bagaimanapun, suspek yang dikenali sebagai Ian Stawicki, 40, masih hidup dan menerima rawatan di Pusat Perubatan Harborview, di bandar berkenaan di mana dua lagi mangsanya terselamat.
Stawicki dipercayai memasuki Cafe Racer Espresso berdekatan Universiti Seattle pada kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan dan melepaskan tembakan ke arah lima orang menggunakan pistol. - AFP

Operator pengeluaran maut, suami cedera kemalangan di Taiping

IPOH: Seorang operator pengeluaran maut manakala suaminya cedera apabila kereta mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 230, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Taiping, pagi tadi. 

Mashitah Ahmad Ridzuan, 29, dari Ipoh meninggal di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira jam 6.30 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah, berkata mereka dalam perjalanan dari arah utara ke selatan apabila kereta yang dipandu suami mangsa Rodzi Harun, 30, dipercayai gagal dikawal.
Dalam satu lagi kejadian berasingan di KM185.5 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Parit Buntar petang semalam, seorang penumpang terbunuh manakala tiga yang lain cedera apabila kereta mereka terbabas dan tercampak ke dalam parit. 

Ketua Polis Daerah Kerian, Superitendan Mat Fauzi Nayan, berkata mangsa dikenali sebagai K Dorasingam, 66, berasal dari Kamunting, Taiping. 

Beliau berkata, kereta itu dipandu anak mangsa, dan pihak bomba dan penyelamat terpaksa mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta itu.

Sepasang kekasih dipercayai mencabul, menyamun ejen hartanah ditahan

KUALA LUMPUR: Polis malam tadi menahan sepasang kekasih yang didakwa mencabul dan menyamun seorang ejen hartanah di sebuah kondominium di Mont Kiara pada 10 Mei lalu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata mereka yang masing-masing berusia 33 tahun ditahan pada jam 11 malam hasil maklumat orang ramai.
Mereka direman sehingga 6 Jun depan, katanya dalam laman facebooknya hari ini.
Dalam kejadian itu, agen hartanah tersebut yang berusia 34 tahun dilapor membawa pasangan berkenaan yang menyamar sebagai bakal penyewa, bagi melihat unit kondominium untuk disewa sebelum mangsa diikat, dibogel, dicabul dan dipukul oleh pasangan itu. 

Mangsa turut disamun dan kemudian ditinggalkan di unit kondominium itu.

Dia diselamatkan oleh anggota polis bantuan yang membuat rondaan rutin mereka di kawasan kondominium itu pada keesokan harinya, iaitu kira-kira 10 jam selepas kejadian tersebut.

Penghuni kondominium itu membuat aduan kepada polis apabila terdengar tangisan dan jeritan meminta tolong mangsa. 
- BERNAMA

2 lelaki ditahan kes kematian warga Afrika

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan yang mengakibatkan kematian seorang warga Afrika berhampiran sebuah restoran di Bukit Puchong, Damansara Damai, semalam. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superitendan Meor Hamdan Meor Mohamad, berkata kedua-dua lelaki yang berumur 29 dan 40 tahun itu ditahan di sekitar kawasan pergaduhan beberapa jam selepas kejadian itu.
"Setakat ini polis masih tidak dapat mengenal pasti identiti si mati kerana laporan bedah siasat belum diperolehi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, polis masih menyiasat motif pergaduhan yang berlaku pada jam 5.30 petang itu manakala tiga lagi individu yang dipercayai turut terbabit masih dicari. 

Katanya, polis yang tiba di tempat kejadian mendapati warga Afrika itu sudah berada dalam keadaan tidak bermaya akibat dibelasah oleh kumpulan orang tertentu, namun dia mati tidak lama kemudian. 

Meor Hamdan berkata, mayat warga Afrika itu masih berada di Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasat. 

- BERNAMA

Penghantar surat dipenjara 7 tahun rompak usahawan

PETALING JAYA: Seorang penghantar surat dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah merompak seorang usahawan dengan menggunakan sebilah parang, tujuh tahun lalu. 

Hakim Balqis Aini Mohd Ali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap S Arokiasamy, 31, dari Brickfields, dekat sini, selepas tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah ketika dipanggil membela diri.
Arokiasamy didakwa bersama seorang rakan yang masih bebas, merompak 11 keping kad kredit milik Kong Teck Wei, 49, di stesen minyak Shell Jalan 21/1 SEA Park, Petaling Jaya, pada jam 4.10 pagi, 6 Disember 2005.
Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta denda atau sebatan. 

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil seramai lima saksi manakala pihak pembelaan mengemukakan dua saksi. 

Tertuduh diwakili oleh peguam R Murugan manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zhafran Rahim Hamzah. 

Suspek curi kereta larikan motosikal polis

BUTTERWORTH: Seorang lelaki dipercayai anggota geng curi kereta bertindak melarikan motosikal anggota polis yang sedang memeriksa BMW di Jalan Raja Uda, di sini semalam. 

Dalam kejadian pada 11.20 malam itu, empat anggota polis dari Unit Pencegah Jenayah Balai Polis Mak Mandin menahan kenderaan yang dipandu lelaki berusia lingkungan 50-an itu selepas mendapatinya dalam keadaan mencurigakan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Zulkifli Alias, berkata ketika anggota polis terbabit memeriksa kenderaan milik lelaki itu, dia bertindak mencuri motosikal jenis Yamaha Lagenda dan melarikan diri.
"Dua anggota polis dan orang ramai yang berada di kawasan berkenaan cuba mengejar lelaki itu yang memecut motosikal ke arah Butterworth, bagaimanapun gagal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Katanya, berdasarkan maklumat awal, pihaknya berjaya mengenal pasti identiti lelaki yang melarikan motosikal anggota polis berkenaan dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan. 

"Pemeriksaan juga mendapati kereta dipandu lelaki yang berasal dari Kepala Batas dekat sini itu dilaporkan hilang di Cheras, Kuala Lumpur, tiga bulan lalu. 

"Polis percaya lelaki itu melarikan diri kerana tidak mahu ditahan kerana memandu kereta curi," katanya. - BERNAMA

Lelaki nyaris maut kereta terjunam dari jalan bertingkat

GEORGETOWN: Seorang lelaki nyaris maut apabila pacuan empat roda yang dipandunya terjunam dari jalan bertingkat berhampiran bulatan Tunku Kudin menghala ke Bayan Lepas, di sini hari ini. 

Jurucakap bahagian trafik negeri berkata, dalam kejadian 2.40 petang itu, pemandu berusia 20-an berkenaan gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh besi pembahagi jalan sebelum terjunam ke laluan bawah Jalan Sultan Azlan Shah.
"Semasa kejadian, hujan renyai dan lelaki itu pula memandu laju, mujurlah tiada kenderaan lain yang melalui jalan itu ketika itu," katanya kepada pemberita.
Sebuah jentera bomba turut dikejarkan ke tempat kejadian dan anggota penyelamat terpaksa memotong sebahagian kereta berkenaan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Penghantar surat dipenjara 7 tahun rompak usahawan

PETALING JAYA: Seorang penghantar surat dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah merompak seorang usahawan dengan menggunakan sebilah parang, tujuh tahun lalu. 

Hakim Balqis Aini Mohd Ali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap S Arokiasamy, 31, dari Brickfields, dekat sini, selepas tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah ketika dipanggil membela diri.
Arokiasamy didakwa bersama seorang rakan yang masih bebas, merompak 11 keping kad kredit milik Kong Teck Wei, 49, di stesen minyak Shell Jalan 21/1 SEA Park, Petaling Jaya, pada jam 4.10 pagi, 6 Disember 2005.
Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta denda atau sebatan. 

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil seramai lima saksi manakala pihak pembelaan mengemukakan dua saksi. 

Tertuduh diwakili oleh peguam R Murugan manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zhafran Rahim Hamzah. 

Polis pantau pergerakan suspek utama kes culik Nayati

GEORGETOWN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) sedang memantau pergerakan seorang suspek yang melarikan diri ke Eropah dan disyaki dalang dalam kes penculikan kanak-kanak rakyat Belanda, Nayati Shamelin Moodliar. 

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah, berkata pihaknya juga sudah mengenalpasti lokasi lelaki berusia 24 tahun itu bersembunyi.
"Kami sedang memantau pergerakan dia dan kami percaya lelaki itu akan pulang ke Malaysia dalam tempoh terdekat berikutan kos yang tinggi untuk tinggal di sana (Eropah)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan 'High Profile Policing' di Quensbay Mall, di sini hari ini.
Suspek utama yang berusia 24 tahun itu melarikan diri ke Eropah bersama isterinya selepas menyedari dia diburu polis. 

Nayati, 12, diculik pada 27 April lepas ketika berjalan berseorangan ke Sekolah Antarabangsa Mont' Kiara berhampiran rumahnya. Kanak-kanak lelaki itu ditemui selamat di kawasan Rehat dan Rawat Sungai Buloh, Lebuhraya Utara Selatan pada pukul 7.55 pagi, 3 Mei. 

Sementara itu, Hadi berkata polis akan terus meningkatkan usaha mengurangkan kadar jenayah, terutama di kawasan tumpuan melalui kerjasama dengan komuniti setempat di seluruh negara menerusi pelaksanaan High Profile Policing. 

"Kami mahu kurangkan jenayah dan program ini (High Profile Policing) sudah berjaya mengurangkan indeks jenayah kerana kehadiran polis di semua tempat terutama kawasan berisiko jenayah boleh dilihat," katanya. 
Beliau berkata, orang ramai juga berpuas hati dengan program itu kerana mereka percaya tahap keselamatan meningkat berikutan kehadiran polis di tempat awam. 

"Maklum balas yang kami terima daripada orang ramai juga mendapati mereka berasa selamat dengan kehadiran polis, itulah matlamat kami dan usaha ini akan diteruskan," katanya. - BERNAMA

Suspek curi kereta larikan motosikal polis

BUTTERWORTH: Seorang lelaki dipercayai anggota geng curi kereta bertindak melarikan motosikal anggota polis yang sedang memeriksa BMW di Jalan Raja Uda, di sini semalam. 

Dalam kejadian pada 11.20 malam itu, empat anggota polis dari Unit Pencegah Jenayah Balai Polis Mak Mandin menahan kenderaan yang dipandu lelaki berusia lingkungan 50-an itu selepas mendapatinya dalam keadaan mencurigakan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Zulkifli Alias, berkata ketika anggota polis terbabit memeriksa kenderaan milik lelaki itu, dia bertindak mencuri motosikal jenis Yamaha Lagenda dan melarikan diri.
"Dua anggota polis dan orang ramai yang berada di kawasan berkenaan cuba mengejar lelaki itu yang memecut motosikal ke arah Butterworth, bagaimanapun gagal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Katanya, berdasarkan maklumat awal, pihaknya berjaya mengenal pasti identiti lelaki yang melarikan motosikal anggota polis berkenaan dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan. 

"Pemeriksaan juga mendapati kereta dipandu lelaki yang berasal dari Kepala Batas dekat sini itu dilaporkan hilang di Cheras, Kuala Lumpur, tiga bulan lalu. 

"Polis percaya lelaki itu melarikan diri kerana tidak mahu ditahan kerana memandu kereta curi," katanya. - BERNAMA

Lelaki nyaris maut kereta terjunam dari jalan bertingkat

GEORGETOWN: Seorang lelaki nyaris maut apabila pacuan empat roda yang dipandunya terjunam dari jalan bertingkat berhampiran bulatan Tunku Kudin menghala ke Bayan Lepas, di sini hari ini. 

Jurucakap bahagian trafik negeri berkata, dalam kejadian 2.40 petang itu, pemandu berusia 20-an berkenaan gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh besi pembahagi jalan sebelum terjunam ke laluan bawah Jalan Sultan Azlan Shah.
"Semasa kejadian, hujan renyai dan lelaki itu pula memandu laju, mujurlah tiada kenderaan lain yang melalui jalan itu ketika itu," katanya kepada pemberita.
Sebuah jentera bomba turut dikejarkan ke tempat kejadian dan anggota penyelamat terpaksa memotong sebahagian kereta berkenaan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Rakyat Mesir dijel dua bulan curi bahan masak

PETALING JAYA 30 Mei - Seorang tukang masak warga Mesir dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan mencuri pelbagai jenis bahan masakan di sebuah pasar raya, bulan lalu.
Ahmed Mohammad, 36, didakwa melakukan perbuatan itu di Pasaraya Jusco, Sunway Pyramid, Bandar Sunway di sini pada pukul 3.40 petang, 9 April lalu.
Antara bahan masakan tersebut adalah sayur-sayuran, pelbagai jenis ikan dan daging beku serta rempah-ratus yang kesemuanya bernilai RM640.61.
Lelaki itu yang sebelum ini bekerja di sebuah hotel di sini didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.
Dia juga mengaku bersalah atas tuduhan memasuki negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah di Jalan PJS, 11/28A, Bandar Sunway di sini pada pukul 2.15 petang, 13 April lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya serta sebatan tidak lebih enam kali.
Hukuman sama iaitu penjara dua bulan turut dikenakan ke atasnya oleh Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid untuk kesalahan itu yang kemudiannya memerintahkan kedua-dua hukuman penjara tersebut berjalan serentak.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Choong Kak Sen manakala tertuduh yang hadir ke mahkamah dengan ditemani teman wanitanya yang dipercayai warga tempatan, tidak diwakili peguam bela.

Lima lelaki didakwa culik peguam

KUALA LUMPUR 30 Mei - Lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik seorang peguam bagi mendapatkan wang tebusan RM150,000, tiga minggu lalu.
Tertuduh-tertuduh terdiri daripada dua joki kereta, R. Gokula Kanna, 29, dan S. Kathiravan, 28; broker kereta, Tan Weng Leong, 28; dan dua peniaga, Mohamad Fahmy Mohd. Daud, 38, serta Tan Kok Kuen, 35.
Mereka bersama dua lagi yang masih bebas didakwa menculik Jason Leong Wai Meng, 35, untuk mendapatkan wang tebusan RM150,000 di Restoran Relex World Food Court, G20-21, First Residence Unggul, Jalan Mutiara di sini, kira-kira pukul 12 tengah malam, 12 Mei lalu.
Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati, boleh disebat.
Weng Leong diwakili peguam bela Zaleha Al-Hayat; Kathiravan diwakili V. Ravichandran, Kok Kuen diwakili K.L. Yong manakala Gokula Kanna dan Muhamad Fahmy tidak diwakili peguam.
Kesemua mereka mengangguk tanda memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Syahdatul Kamilah Zakaria.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada setiap tertuduh.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 30 Julai ini setelah Timbalan Pendakwa Raya, S. Malini Anne memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan forensik.

Bapa tikam anak dipenjara 12 bulan

ZAINUDIN Hassan keluar dari Mahkamah Majistret Johor Bahru, semalam.
JOHOR BAHRU 30 Mei - Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan anaknya dengan menggunakan sebilah pisau, 10 hari lalu.
Zainudin Hassan, 51, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Muhammad Afiq, 22, pada pukul 10.33 malam, 20 Mei lalu di rumahnya di alamat No.55, Jalan Dahlia 19, Taman Dahlia di sini.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, M. Vinodaran mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan.
Majistret Hafizah Johor Arif Johor memerintahkan hukuman terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam bela itu berkuat kuasa mulai tarikh dia ditangkap pada 21 Mei lalu.
Memetik laporan akhbar, kejadian itu berlaku selepas mangsa meminta bapanya mengalihkan kereta yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta jiran mereka.
Bagaimanapun, tertuduh naik angin lalu tercetus perbalahan antara mereka berdua sebelum mangsa ditikam di bahagian belakang pinggang oleh bapanya yang mempunyai rekod lampau berhubung penyalahgunaan dadah.

Pathmanabhan nafi tipu jual beli tanah

N. Pathmanabhan (tengah) bersama T. Thilaiyalagan (kiri) R. Matan dan R. Kathavarayan (terlindung dua dari kiri) hadir di Mahkamah Tinggi, Shah Alam, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ
SHAH ALAM 30 Mei - Pihak pendakwaan yang mengendalikan perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi hari ini mendakwa wujudnya penipuan dalam urusan jual beli tiga lot tanah di Pulau Pinang oleh jutawan kosmetik itu daripada seorang warganegara India.
Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin semasa menyoal balas bekas peguam yang juga tertuduh pertama, N. Pathmanabhan di Mahkamah Tinggi di sini berkata, kesemua lot-lot tanah berkenaan mempunyai kaveat (sekatan) yang tidak ditarik balik sehingga hari ini.
Beliau turut menunjukkan dokumen perjanjian jual beli antara A. Muthuraja sebagai individu yang diberi kuasa mewakili S.P. Thillai Natarajan dengan Southern Symphony Sdn. Bhd., syarikat milik Sosilawati tanpa nombor pasport kedua-dua lelaki warganegara India itu.
"Saya katakan ini adalah penipuan jual beli tanah, nak dapat untung cepat yang dijalankan oleh kamu sendiri. Kalau tiga pemilik tanah ini sudah buat kaveat, jual beli kamu ini adalah satu penipuan.
"Sebagai peguam, bila ada sekatan, kamu sepatutnya menasihatkan anak guam agar tidak beli tanah tersebut. Saya katakan kamu tak beri nasihat dalam hal ini.
"Saya katakan ini adalah penipuan sebab sehingga hari ini, transaksi jual beli itu tidak berjalan," cadang Saiful Edris kepada Pathmanabhan.
Pathmanabhan bagaimanapun menafikan dia terlibat dalam penipuan jual beli tanah dan mengendalikan urusan yang mencurigakan sebagai peguam mewakili Sosilawati.
Dia juga mendakwa telah memberi nasihat kepada Sosilawati agar tidak meneruskan hasrat tersebut tetapi wanita itu dikatakan berkeras mahu membeli hartanah yang mempunyai perintah kaveat itu.
Proses untuk menarik balik kaveat ke atas tanah-tanah tersebut juga didakwa masih berterusan walaupun dia mengakui permohonan yang dibuat olehnya sendiri telah ditarik balik.
Apabila ditunjukkan surat firma guaman, Cheong Wai Meng & Van Buerle bertarikh 16 Mei 2009 yang mengatakan kemungkinan wujudnya penipuan dalam urusan jual beli hartanah tersebut, Pathmanabhan mengakui menerimanya melalui faks.
Pathmanabhan, 43, membela diri atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.
Turut dipanggil membela diri atas tuduhan yang sama ialah tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 21; R. Matan, 22, dan R. Kathavarayan, 32.
Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010.
Merujuk kepada urusan jual beli hartanah yang sama antara Sosilawati dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil, Pathmanabhan mengakui hartanah itu tidak dipindah milik daripada Southern Symphony kepada Ample Quality Sdn. Bhd., sehingga hari ini.
Sehubungan itu, Saiful Edris mendakwa Ample Quality yang dimiliki oleh Abdul Rahman dengan Pathmanabhan turut mempunyai kepentingan dalam syarikat itu, melakukan penipuan dalam satu laporan untung rugi bagi tahun 2008.
Katanya, Ample Quality meletakkan maklumat bahawa syarikat itu membayar cukai tanah kepada Pejabat Tanah Pulau Pinang lebih RM300,000 untuk tiga lot tanah berkenaan sedangkan tanah tersebut bukan milik mereka.
Pathmanabhan sekali lagi menafikan berlaku penipuan selain mendakwa laporan itu bukan disediakan olehnya tetapi pengarah-pengarah syarikat tersebut.
Berhubung jumlah wang di dalam akaun bank, Pathmanabhan mengakui ia hanya berbaki RM61,000 pada 9 September 2010 dan RM56,840 pada 14 September sedangkan cek yang diberikan kepada Sosilawati bernilai lebih RM1 juta.
Dia bagaimanapun menafikan tidak mempunyai wang untuk membayar Sosilawati selain mendakwa cek RM3 juta yang diberikan itu adalah sebagai pinjaman kepada wanita itu.
Semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff, Pathmanabhan mengaku tindakannya mengarahkan dua peguam, Kam Sani dan Nor Zairawaty Abd. Razak menurunkan tandatangan sebagai saksi pada dua dokumen perjanjian jual beli tanah antara Sosilawati dengan individu lain tanpa kehadiran kedua-dua pihak adalah menyalahi undang-undang.
Dalam keterangan hari ini, Pathmanabhan turut mengesahkan lelaki bernama Tengku Mohamad yang membawa pembantu rumah, Siti Hamidah Karnax kepadanya telah pun meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Putrajaya.
Sementara wanita bernama Selvi yang dikatakan saudara serta anak guamnya pula telah mati dibunuh di hadapan rumahnya sendiri.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung 3 Julai ini.

Bekas pengurus kanan syarikat dilepas dan dibebas daripada tuduhan menipu

KUALA LUMPUR 31 Mei - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan dan membebaskan bekas pengurus kanan pemasaran dan jualan Majuikan Sdn Bhd, Mohd Khairuddin Abu Bakar daripada pertuduhan menipu sebuah bank Amerika Syarikat membabitkan wang 10 juta (RM40.35 juta).
Hakim Rosenani Abd Rahman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan Mohd. Khairuddin, 55, membela diri bagi pertuduhan kedua iaitu menggunakan dokumen cagaran palsu.
Rosenani menetapkan 10 Julai untuk Mohd. Khairuddin membela diri.
Bagi pertuduhan pertama, Mohd Khairuddin bersama Gazali Rashid, yang sudah meninggal dunia, didakwa menipu Naib Presiden Bank HSBC USA, New York, Stephen Ferrera, dengan memperdayakan dia untuk mempercayai bahawa Majuikan bersetuju menjadi penjamin terhadap permohonan pinjaman 10 juta oleh Malaysian Seabest Sdn Bhd.
Penipuan tersebut mendorong pihak Bank HSBC membuat pembayaran sebanyak 10 juta kepada Malaysian Seabest. - BERNAMA

Gagal rompak mesin ATM

KUALA LUMPUR 29 Mei - Seorang pengurus sebuah pasar raya di Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam di sini tidak menyangka alat penggera di premisnya yang berbunyi ketika dia mahu memulakan operasi pagi ini rupa-rupanya berpunca daripada cubaan merompak di kedainya.
Muhamad Rosli Muhamad, 40, berkata, ketika ke pasar raya itu, dia terdengar bunyi penggera dari dalam dan menyangka sistem penggera keselamatan itu rosak.
Bagaimanapun, setelah diperiksa, dia terkejut apabila melihat sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang ditempatkan dalam pasar raya itu berlubang dengan kesan dibakar.
"Bunyi kuat itu berpunca dari penggera keselamatan ATM berkenaan dan saya tidak menyangka satu kejadian rompakan berlaku meskipun tidak melihat apa-apa yang mencurigakan dari luar.
"Berdasarkan keadaan di situ, saya yakin penjenayah menggerudi selain membakar ATM itu setelah mereka mengumpil pintu kaca dan memecahkan pintu kayu pasar raya ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.
Muhamad Rosli berkata, ini merupakan kali pertama kejadian berlaku sejak pasar raya ini beroperasi 10 tahun lalu.
Beliau percaya cubaan merompak itu berlaku pada awal pagi kerana penduduk sekitar premis itu terdengar bunyi alat penggera itu kira-kira pukul 3 pagi.
"ATM yang ditempatkan dalam pasar raya ini tidak mempunyai kelengkapan CCTV kerana ia hanya dipasang di bahagian kaunter pasar raya," katanya sambil memberitahu, pihak pengurusan sedang menyiasat kerugian lain yang dialami dalam kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, tiada kerugian dalam rompakan berkenaan kerana ATM itu gagal dipecahkan.

1 maut 1 parah ditetak gadis

JURIAH Dimiyati @ Demyati yang cedera di tempurung kepala akibat ditetak oleh wanita dipercayai kurang siuman dirawat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor, semalam. - Utusan/Ishak Rahmad.
LEDANG 29 Mei - Agak jarang kita mendengar kejadian amuk yang melibatkan kaum wanita.
Namun, itulah yang berlaku di Kampung Parit Kerinchi, Bukit Gambir dekat sini hari ini apabila pelaku kes amuk itu seorang wanita yang baru berusia 22 tahun dan dipercayai menghidap penyakit kemurungan.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki warga emas maut manakala isterinya cedera parah selepas ditetak wanita terbabit dengan parang.
Kejadian amuk itu berlaku pukul 10.41 pagi dan menyebabkan Mohd. Revuan @ Reduan Haron, 73, meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditetak di kepala, bahu selain putus jari kanan.
Isterinya, Juriah Dimiyati @ Demyati, 61, pula cedera parah selepas ditetak di kepala.
Kejadian bermula apabila suspek wanita yang berasal dari Kampung Sawah Ring datang dan menendang pintu rumah mangsa sambil menjerit mendakwa abang ipar mahu merogolnya.
Wanita itu yang baru datang ke kampung tersebut tiga hari lalu dan tinggal bersama kakaknya tiba-tiba mencapai dua bilah parang sebelum melibas ke kiri dan kanan sambil menjerit.
Melihatkan keadaan itu, Juriah segera meminta suaminya merampas parang tersebut tetapi tidak berjaya. Mangsa kemudian ditetak di bahu sebelum rebah dan ditetak bertubi-tubi.
Selepas itu, wanita tersebut menyerang Juriah pula dengan menetaknya di kepala tiga kali menyebabkan mangsa merangkak keluar rumah.
Juriah berkata, jiran datang membantu menyelamatkannya setelah terdengar jeritan manakala kakak wanita itu yang tinggal tidak jauh dari rumah mereka datang menenangkan adiknya.
"Ketika kejadian saya sedang masak nasi. Sebelum itu, saya dan suami terdengar wanita itu menjerit-jerit di rumah kakaknya.
"Selepas ditetak, suami saya masih bernyawa dan jiran menghubungi ambulans," kata Juriah ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar hari ini.

Tiada lagi usaha bawa pulang

Suriani Abdul Wahab (tengah) yang melarikan diri ke Lombok, Indonesia empat tahun lalu menangis gembira setibanya di LCCT, Sepang, malam tadi.
SEPANG 29 Mei - Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) tidak lagi akan memberi tumpuan membawa pulang gadis tempatan yang melarikan diri bersama jejaka warga asing ke luar negara pada masa depan.
Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, keputusan itu perlu bagi membolehkan KP1M memberi tumpuan kepada usaha membantu rakyat tempatan yang menghadapi masalah kehidupan kritikal.
Beliau berkata, ia juga bagi mendidik bukan hanya para gadis agar berhati-hati dalam menjalin hubungan cinta dengan jejaka asing, bahkan ibu bapa supaya bertindak bijak dalam menangani percintaan anak gadis mereka.
"Kita mahu perlahankan sedikit usaha yang sudah masuk kali ke-51 ini kerana banyak lagi perkara lain yang patut kita lakukan seperti yang menyentuh mengenai kesihatan, ekonomi, pelajaran dan sebagainya.
"Tetapi ini bukan bermakna kita kejam, sebaliknya ia lebih sebagai pengajaran kepada ibu bapa dan gadis supaya tidak mengambil kesempatan atas keprihatinan KP1M," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut kepulangan Suriani Abdul Wahab, 21, yang melarikan diri bersama seorang jejaka Lombok di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini malam ini.
Suriani yang berasal dari Baling, Kedah melarikan diri bersama kekasihnya yang hanya dikenali sebagai Madun ke Lombok Barat, Indonesia empat tahun lalu dan berkahwin di sana serta memiliki seorang anak lelaki berumur dua setengah tahun.
Bagaimanapun, Abdul Azeez berkata, Kelab Putera 1Malaysia akan tetap membantu kes-kes seperti itu tetapi ia lebih kepada gadis tempatan bawah umur sahaja.
"Masyarakat kena ingat misi ini bukan hanya melibatkan kos antara RM8,000 hingga RM30,000 bagi satu misi tetapi tenaga dan masa yang agak panjang," katanya.
Sementara itu, suasana hiba tetapi penuh kesyukuran menyelubungi pertemuan antara Suriani dengan ibu bapa serta ahli keluarganya sejurus tiba di LCCT dari Lombok.
Bagaimanapun, Suriani terlalu sebak dan sedih ketika didekati oleh pihak media untuk ditemu bual.
Dia yang tiba tanpa ditemani suami dan anaknya hanya berkata, "terima kasih dan seronok."
Sementara itu, ayah Suriani, Abdul Wahab Salleh dan ibunya, Siti Zalekho Wahab, yang ditemui turut melahirkan rasa gembira dan bersyukur.
"Kami akan menerima secara terbuka menantu dan cucu kami itu kerana apa yang terjadi, sudah terjadi dan kami anggap ia takdir dan jodoh anak kami," kata Abdul Wahab.

Dadah bernilai RM325,500 dirampas, seorang warga Iran ditahan

KUALA LUMPUR 30 Mei - Polis merampas dadah disyaki syabu dengan anggaran nilai pasaran RM325,500 berikutan penahanan seorang lelaki warga Iran di pusat bandar Puchong, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supt. Abdul Razak Elias berkata, polis yang melakukan intipan selama empat jam di kawasan itu menahan lelaki berumur 40 tahun itu di dalam sebuah kereta.
"Hasil pemeriksaan di dalam kereta yang dipandu lelaki itu, polis menemui satu beg kertas berwarna coklat di tempat duduk penumpang bahagian belakang yang mengandungi dua bungkusan berisi bahan kristal disyaki dadah syabu seberat 2,011 gram," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - BERNAMA

Kastam rampas 11.146 kg syabu, tahan dua wanita disyaki keldai dadah

BUKIT KAYU HITAM 30 Mei - Syabu seberat 11.146 kilogram bernilai lebih RM3 juta dirampas daripada dua wanita tempatan dipercayai keldai dadah sindiket dadah antarabangsa di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) di sini, semalam.
Pengarah Jabatan Kastam Kedah, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif berkata, kedua-dua wanita itu berasal dari Kuching, Sarawak berumur 26 dan 24 tahun yang tiba dengan bas dari Thailand, masing-masing ditahan pada 12.10 tengah hari dan 12.45 tengah hari.
Katanya, anggota kastam yang curiga dengan keadaan wanita berumur 26 tahun itu yang membawa sebuah beg besar semasa menjalani pemeriksaan di Unit Bas/Lorong Pejalan Kaki sebaik tiba di kompleks itu kira-kira pukul 11.55 pagi, telah melakukan pemeriksaan rapi.
Hasil pemeriksaan, tiga bungkusan serbuk hablur berwarna putih disyaki syabu (methamphetamine) seberat 5.5 kilogram ditemui dilekatkan bawah lapisan batang penarik beg dan kedua-dua sisi beg, kata Abdul Aziz pada sidang akhbar di sini hari ini. - BERNAMA

Premis maksiat diserbu, 18 ditahan

SEORANG tukang urut wanita berpura-pura pengsan bagi mengelak daripada ditahan anggota penguat kuasa dalam operasi maksiat di pusat urut refleksologi dan pusat hiburan di Subang Jaya, semalam.
PETALING JAYA 30 Mei - Seramai 13 wanita warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial dan lima wanita tempatan beragama Islam ditahan dalam operasi di tiga pusat urut refleksologi dan sebuah pusat hiburan di sekitar Subang Jaya di sini malam tadi.
Operasi yang bermula pukul 10.30 malam itu dijalankan 41 anggota dan enam pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, serbuan di jalankan serentak di empat lokasi iaitu Jalan USJ 9/5P, Jalan USJ 9/5Q, Jalan USJ 1/1A dan Jalan SS15/4 di Subang Jaya.
Katanya, lapan wanita warga China, dua warga Vietnam dan tiga warga Thailand ditahan selepas didapati bekerja secara haram di negara ini.
"Tujuh daripada wanita warga asing yang ditahan disyaki menjalankan aktiviti pelacuran apabila hasil pemeriksaan menemui 20 kotak kecil berisi kondom di sebuah pusat urut berkenaan. Malah ada di antara mereka berpura-pura pengsan bagi mengelak daripada ditahan
"Seorang lelaki dan empat wanita beragama Islam turut ditahan oleh pasukan JAIS yang menjalankan serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan USJ 9/5Q," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini malam tadi.
Tambahnya, dalam serbuan itu turut ditahan seorang lelaki tempatan, seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita warga China dipercayai penjaga premis berkenaan.
"Kesemua ditahan kerana melakukan kesalahan mengambil pekerja warga asing tanpa permit manakala warga Bangladesh turut melakukan kesalahan menjalankan perkhidmatan pelacuran," katanya.
Yahaya berkata, dalam serbuan tersebut, hanya sebuah premis pusat urut tidak mempunyai lesen perniagaan.

7 individu terlibat kes bunuh diburu

PETALING JAYA 30 Mei - Tiga lelaki yang merupakan antara 10 ahli dari dua kumpulan gengster yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam kes pembunuhan, diberkas dalam operasi polis di sekitar Puchong di sini pada 13 Mei lalu.
Dua daripada mereka merupakan ahli kumpulan gengster yang dikenali sebagai 'Geng 08' manakala seorang lagi ahli 'Geng 1Hati' ditahan bagi membantu siasatan dua kes pembunuhan membabitkan ahli kumpulan berkenaan.
Dalam pergaduhan itu, dua lelaki, masing-masing ahli dua kumpulan tersebut ditemui mati dipercayai akibat diserang dan ditetak menggunakan parang.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mangsa pertama berusia 19 tahun dari Geng 1Hati ditetak ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Puchong Perdana ke sebuah restoran di Taman Maju Jaya.
Katanya, ketika itu mangsa bersama dua rakannya menaiki dua motosikal untuk makan di sebuah restoran.
"Sehari selepas kejadian itu, mayat seorang ahli Geng 08 pula ditemui di tepi sebuah tasik oleh seorang lelaki ketika memancing kira-kira di Puchong Perdana pukul 4.20 petang.
"Mangsa berusia 25 tahun dipercayai terlibat dalam pergaduhan kes pertama dan dia juga dikehendaki polis kerana terlibat dalam satu kes pembunuhan di Gombak pada Mei tahun lalu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya malam tadi.
Tambahnya, polis berjaya mengesan lagi tujuh individu berusia antara 25 hingga 35 tahun dari kedua-dua kumpulan terbabit yang dipercayai terlibat di dalam kes pembunuhan itu.

Pasangan Pakistan ditahan UPP

ALOR SETAR 30 Mei - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) negeri menahan sepasang suami isteri warga Pakistan yang menyeludup masuk ke negara ini menerusi kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam dekat sini semalam.
Timbalan Komander Operasi UPP Kedah, Noor Mohamed Shaik Alaudin berkata, pasangan berusia 30 dan 32 tahun itu masuk ke negara ini menerusi laluan tikus di Padang Golf Black Forest, Bukit Kayu Hitam sebelum diberkas oleh anggotanya di Changlun kira-kira pukul 6.30 petang.
Katanya, mereka tiba di Bangkok, Thailand dari Lahore, Pakistan pada 21 Mei lalu dan dipercayai cuba memasuki negara ini untuk bekerja di Kuala Lumpur.
"Kemasukan mereka diuruskan oleh satu sindiket yang dipercayai bergiat aktif di kawasan sempadan Malaysia-Thailand dengan bayaran tertentu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Noor Mohamed berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga India berusia 53 tahun yang disyaki terlibat secara langsung menyeludup masuk pasangan tersebut.
Katanya, modus operandi lelaki India yang berkahwin dengan wanita tempatan itu adalah membawa masuk pasangan berkenaan semasa orang ramai mengunjungi pasar malam di kawasan Padang Golf Black Forest yang diadakan setiap Selasa.
"Kaedah itu digunakan bagi mengaburi mata pihak berkuasa kerana beranggapan aktiviti berkenaan sukar dikesan apabila mereka bergerak di tengah-tengah orang ramai.
"Lelaki ini berani mengambil risiko menjadi tekong darat kerana dipercayai mendapat upah lumayan antara RM3,000 hingga RM4,000 apabila berjaya membawa masuk seorang pendatang asing," katanya.
Menurut Nor Mohamed, pasangan suami isteri Pakistan itu ditahan mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Seksyen 6(1)(c) akta yang sama yang boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Katanya, lelaki warga negara India yang bekerja sebagai tukang kimpal di sini pula disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Akta Anti Pemerdagangan Orang serta Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670).
UPP turut menyita sebuah kereta Honda yang dipercayai digunakan untuk membawa pasangan Pakistan tersebut ke Kuala Lumpur.
Kes ini dirujuk kepada Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut, katanya.

Warga Iran ditahan,syabu 2kg dirampas

Abd. Razak Elias (dua dari kiri) menunjukkan dua bungkusan syabu seberat 2 kilogram yang dirampas daripada seorang lelaki warga Iran di Bandar Kinrara, Puchong, semalam.
KUALA LUMPUR 30 Mei - Bekalan dadah jenis syabu sebanyak 2 kilogram untuk dijual kepada 7,000 penagih berjaya dirampas selepas polis menahan seorang lelaki warga Iran di Bandar Kinrara, Puchong dekat sini Ahad lalu.
Suspek berusia 40 tahun ditahan pada pukul 2 petang ketika memandu sebuah kereta dengan membawa dadah tersebut untuk dijual kepada pengedar kecil-kecilan di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, syabu yang dibungkus dalam dua bungkusan itu ditemui di tempat duduk belakang kereta jenis Hyundai dipandunya.
"Susulan penahanan itu, sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menyerbu rumah sewa suspek di Kondominium Menara Duta di ibu negara dan menemui sejumlah 150 gram syabu.
"Turut dirampas, sebuah alat penimbang elektronik dan kereta Hyundai dipandu suspek. Suspek juga dikesan memasuki negara ini sebagai pelajar sebuah koleh swasta," katanya pada sidang akhbar di IPD Serdang hari ini.
Tambahnya, siasatan lanjut mendapati suspek memasuki negara ini sejak Disember lalu dan pasport miliknya telah tamat tempoh.
Abd. Razak memberitahu, dadah bernilai RM325,000 itu dianggarkan untuk bekalan 7,000 penagih.
"Kegagalan menyekat penjualan tersebut akan menyebabkan 7,000 penagih termasuk penagih baru sukar mendapat bekalan dadah.
"Suspek direman tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Dua diberkas seludup syabu 11.2kg


Abd. Aziz Abdul Latif (tengah), Wan Shaari Wan Mahmud (kiri) dan Muhammad Marzuki Ahmad menunjukkan syabu yang disorokkan dalam dua beg di Bukit Kayu Hitam, Kedah, semalam.
KUBANG PASU 30 Mei - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menahan dua wanita tempatan di Kompleks Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam di sini semalam kerana disyaki cuba menyeludup dadah jenis syabu seberat 11.2 kilogram bernilai RM3.03 juta.
Pengarah JKDM Kedah, Datuk Abd. Aziz Abdul Latif berkata, suspek pertama seorang wanita berusia 26 tahun dari Kuching, Sarawak ditahan ketika mengikrarkan bagasi di Unit Bas/Jalan Kaki Lorong Pemeriksaan Bas Kompleks CIQ kira-kira pukul 11.55 pagi.
Suspek kedua dipercayai rakan wanita itu berusia 24 tahun pula ditahan di dalam sebuah bas setelah dia melepasi pemeriksaan di Kompleks CIQ pada pukul 12.10 tengah hari.
"Dadah jenis syabu yang disorokkan dalam bagasi kedua-dua wanita terbabit adalah terbesar pernah dirampas di negeri ini tahun ini.
"Kita percaya kedua-dua suspek berasal dari Sarawak ini merupakan ahli sindiket penyeludupan sama kerana bentuk bungkusan dan jumlah dadah dibawa mereka hampir sama," katanya pada sidang akhbar di pejabat JKDM Bukit Kayu Hitam hari ini.
Hadir sama, Penolong Pengarah Kastam (Ketua Unit Penumpang) Bukit Kayu Hitam, Wan Shaari Wan Mahmud dan Penolong Kanan Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Bukit Kayu Hitam, Muhammad Marzuki Ahmad.
Abd. Aziz berkata, setiap bagasi dibawa dua wanita berkenaan masing-masing tersembunyi tiga bungkusan plastik warna coklat berisi serbuk hablur putih dadah jenis syabu.
"Kita mengesyaki suspek terlibat dalam penyeludupan setelah curiga dengan isi kandungan pakaian dibawa mereka kerana ia tidak begitu banyak tetapi berat dan setelah diperiksa, kami menemui sejumlah dadah disembunyikan di lapisan bawah beg," katanya.
Menurutnya, kedua-dua suspek direman seminggu bermula semalam dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kedua-dua suspek kerap ke luar negara dan destinasi dituju adalah Bangkok dan India.

Siasat di bawah Akta Hasutan


JOHOR BAHRU – Polis sedang menyiasat bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berhubung kenyataannya bahawa kejayaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membuat bidaan untuk nombor berpendaftaran WWW 1 bernilai RM520,000 dengan menggunakan wang rakyat.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, siasatan mengikut Akta Hasutan tersebut dibuat selepas pihaknya menerima lapan laporan berhubung perkara itu.
“Satu pasukan khas yang diketuai oleh saya sendiri telah ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini.
“Sehubungan itu, saya meminta mana-mana pihak agar menghormati undang-undang dan jangan membuat kenyataan sesuka hati,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Mohammad Nizar kelmarin didakwa telah mengkritik Sultan Ibrahim ekoran kejayaan baginda membida nombor plat tersebut.
Beliau mendakwa, wang berjumlah RM520,000 yang digunakan untuk bidaan tersebut lebih baik digunakan untuk membantu rakyat Johor yang masih miskin.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Fadil Muskon melabel Mohamad Nizar sebagai biadab dan kurang ajar kerana mencemar institusi diraja Johor dengan mengeluarkan kenyataan tersebut.
Sehubungan itu, beliau menuntut agar pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan keras terhadap Mohammad Nizar.

Pegawai bank gagal saman PTPTN


BANGUNAN yang menempatkan pejabat PTPTN di Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR - Seorang peminjam yang disenarai hitam atas dakwaan gagal melunaskan pinjaman pengajiannya gagal dalam samannya terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Hakim Mahkamah Sesyen, Unaizah Mohd. semalam menolak dengan kos saman pegawai bank Mandeep Singh terhadap PTPTN.
Dalam keputusannya, Unaizah berkata, selepas mendengar keterangan daripada saksi-saksi dan hujah daripada kedua-dua pihak, mahkamah mendapati plaintif (Mandeep) gagal membuktikan dakwaannya terhadap PTPTN.
Mandeep, 27, memfailkan saman terhadap PTPTN di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Sivil di sini pada 20 September lalu atas tuduhan memfitnah dan menahan secara salah selepas dia disenarai hitam atas dakwaan gagal melunaskan pinjaman pelajaran.
Dia bagaimanapun enggan mendedahkan tempat dia bekerja.
Mandeep berkata, di bawah perjanjian pinjaman pelajaran bertarikh 9 November 2006, PTPTN telah bersetuju meminjamkan RM48,000 kepadanya.
Mandeep menuntut RM19,000 sebagai ganti rugi khas bagi tiket penerbangan dan tempahan hotel, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Dia mendakwa telah ditahan pegawai Imigresen di Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang pada 6 Julai tahun lepas ketika mahu berlepas untuk bercuti di Guangzhao, China.

Dituduh rogol gadis bawah umur

KLANG - Seorang remaja semalam mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan
merogol teman wanitanya yang berusia 15 tahun minggu lalu.

Remaja berusia 17 tahun 10 bulan itu merogol gadis berusia 15 tahun tersebut di sebuah rumah di Taman Rantau Panjang Jaya, di sini, sekitar jam 10 pagi, 21 Mei lalu.

Majistret Herman Hussin menetapkan 5 Julai depan untuk sebutan kes sebelum menentukan hukuman, bagi mendapatkan laporan akhlak remaja tersebut dan membenarkan
dia diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Ah long berang bakar kereta

Ah long berang bakar kereta
Michael (tengah) dan kedua-dua mangsa menunjukkan gambar kereta yang dibakar.
KUALA LUMPUR - Sekumpulan ah long sanggup membakar kereta jenis Proton Saga milik seorang lelaki kerana berita mengenai geng
itu disiarkan di media.

Mangsa, Ong Hwa Cheong, 44, berkata, kejadian berlaku selepas geng itu datang ke rumahnya di Taman Sentosa, Klang untuk menuntut hutang daripada adik iparnya.

"Ah long yang gagal mengesan adik saya menggunakan molotov cocktail untuk membakar bahagian belakang kereta saya," katanya.

Hwa Cheong berkata, sebelum ini mereka juga bertindak menyimbah cat merah dan memecahkan cermin belakang kenderaan miliknya.

Menurutnya, akibat kejadian itu dia dan ibunya bimbang dengan keselamatan diri .

"Jiran menasihatkan saya dan keluarga berpindah ke tempat lain demi keselamatan. Kehidupan kami kini tidak tenteram dan mahu adik ipar bertanggungjawab dengan masalah ini," katanya.

Seorang lagi mangsa ah long, Ghong Wei Lun dari Kepong berdepan masalah sama apabila kereta jenis Proton Wira dan Toyota Vios milik dia dan bapanya di bakar ah long, kelmarin.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, beliau menerima empat kes sama sejak tahun ini.

"Perkara sebegini amat membimbangkan kerana sebelum ini geng ah long tersebut bertindak kejam dengan membakar rumah mangsa tanpa menghiraukan nyawa orang yang tidak bersalah," katanya.

Tembak pemilik rumah sebelum samun keluarga

Tembak pemilik rumah sebelum samun keluarga
Mangsa dibawa disahkan mati beberapa jam selepas menerima rawatan.
BANDAR BENTONG – Tindakan nekad seorang pesara meninjau keadaan luar rumah selepas mendengar bunyi mencurigakan akhirnya membawa padah apabila dia maut ditembak penyamun di Lot 3613 Kampung Kemansur, dekat sini.

Ketika kejadian, mangsa, Wong Kum Chuan, 63, bersama isteri dan dua anak mereka sedang berehat di bilik masing-masing kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.

Anak mangsa, Wong Kho Sean, 30, berkata, bapanya terdengar bunyi mencurigakan dari arah belakang lalu meninjau keadaan luar rumah berhampiran tempat letak kereta.

Menurutnya, pada awalnya dia menganggap tiada apa berlaku, namun tiba-tiba terdengar seperti ada pergelutan sebelum dikejutkan dengan bunyi tembakan dari luar rumah.

“Saya sempat melihat ayah dari arah belakang menerusi pintu terbuka dan dalam masa sama ternampak seorang lelaki memegang senjata seperti senapang.

“Ketika itu saya dapati ayah berlumuran darah kerana ditembak di bahagian perut kanan,” katanya kepada Sinar Harian.

Diarah serah barang berharga

SELEPAS mendengar bunyi tembakan, isteri mangsa dan anak perempuan berusia 22 tahun bertindak mendiamkan diri di dalam bilik masing-masing.

Namun detik cemas tidak berakhir di situ apabila suspek yang menutup muka menggunakan kain dan berpakaian celoreng kemudiannya meluru masuk ke dalam rumah  alu menghalakan senapang ke arah Kho Sean dan memintanya menyerahkan barang berharga.

Kho Sean berkata, dia diarahkan suspek masuk ke dalam bilik bapanya untuk mencari barang berharga sebagaimana diminta.

Menurutnya, dia sempat menyerahkan dompet dianggarkan mengandungi RM4,000 kepada suspek kerana bimbang diapa-apakan.

“Kemudian suspek meminta saya masuk ke dalam bilik tidur dan berdiam diri di situ. Kesempatan itu diambil suspek untuk melarikan diri. Selepas memastikan keadaan selamat, saya terus menghubungi ambulans dan polis untuk memaklumkan mengenai kejadian,” katanya.

Mangsa meninggal di hospital 

KETUA Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.15 tengah malam di Hospital Bentong selepas beberapa jam menerima rawatan.

Menurutnya, mangsa, bersama isteri dan dua anak sedang berehat di bilik masing-masing sebelum dipercayai terdengar bunyi mencurigakan di luar rumah dan bertindak keluar melihat apa berlaku.

“Mangsa ternampak seorang lelaki tidak dikenali dalam keadaan memakai baju celoreng dan menutup keseluruhan bahagian muka.

“Berdasarkan siasatan, berlaku pergelutan sebelum suspek melepaskan satu das tembakan dipercayai menggunakan senapang patah,” katanya.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, pihaknya menjalankan siasatan terperinci termasuk menggunakan khidmat pasukan forensik dan unit anjing pengesan K-9.“Kedudukan rumah mangsa yang agak jauh daripada rumah penduduk lain dan berhampiran dengan hutan dipercayai punca ia menjadi sasaran penyamun.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis,”katanya.

Turut hadir ke tempat kejadian, Ketua Polis Negeri, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bilut, Datuk Hoh Khai Mun.

Simpati nasib mangsa

SHARIFUDDIN berkata, polis bersimpati berikutan kejadian itu dan akan menjalankan siasatan menyeluruh.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, sebelum ini tiada kejadian mengancam nyawa atau jenayah berbahaya berlaku di kampung itu.

“Penduduk dinasihatkan tidak bimbang kerana polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian ini dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan,” katanya.

Kenderaan terbabas masuk longkang

Kenderaan terbabas masuk longkang
Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Ali terbalik akibat jalan licin dalam satu kemalangan, kelmarin.
KUALA LIPIS - Seorang pemuda nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas sebelum terbalik dalam satu kemalangan berhampiran Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Lipis, kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.

Mangsa, Ali Husin, 33, berkata, ketika kejadian, dia sedang memandu berseorangan dari arah Padang Tengku menuju ke Kuala Lipis.

“Ketika itu, hujan renyai-renyai. Apabila sampai di tempat kejadian, kereta saya hilang kawalan akibat jalan licin dan terbabas ke kanan jalan,” katanya, di sini, kelmarin.

Ali berkata, kenderaan terbabit seterusnya berpusing dan terbalik ke dalam longkang.

Walaupun kenderaan yang saya pandu mengalami kerosakan teruk namun saya tidak mengalami kecederaan.

“Saya bersyukur kerana tidak cedera. Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati memandu terutama ketika hujan,” katanya kepada Sinar Harian.

Wednesday, May 30, 2012

4 unit rumah setinggan hangus terbakar

KUALA LUMPUR - Empat unit rumah setinggan berhampiran Bulatan Segambut di sini musnah dalam satu kebakaran hari ini mengakibatkan 15 penghuni kehilangan tempat tinggal.
   
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden kebakaran kira-kira 8.00 pagi itu kerana semua penghuni rumah terlibat sempat menyelamatkan diri, kata Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Khadiron Md Diah.
   
"Kita masih siasat punca kebakaran dan jumlah kerugian," katanya kepada Bernama di tempat kejadian, sambil menambah api berjaya dipadamkan dalam tempoh 30 minit oleh tiga jentera bomba dari Balai Bomba Hang Tuah, Balai Bomba Jinjang, Balai Bomba Sentul dan bomba sukarelawan dari Bukit Bintang.
   
Seorang mangsa Yong Wai Yan, 21, berkata dia tidak menyedari rumahnya sedang terbakar kerana sedang nyenyak tidur dan mula sedar apabila terasa panas dan kedengaran orang menjerit.
   
"Saya seorang di rumah kerana mak dan ayah saya pergi bekerja. Saya tidak sempat mengeluarkan barang-barang di rumah termasuk wang tunai RM10,000.
   
"Kerugian dianggarkan oleh ayah saya sebanyak RM30,000 secara keseluruhan termasuk barangan elektrik, pakaian, perabot dan lain-lain lagi,"katanya.
   
Seorang lagi mangsa, Alan Sam Khai Long, 36, berkata dia menyedari kebakaran berlaku apabila ada orang menjerit mengatakan rumah terbakar.
   
"Saya perasan orang menjerit kira-kira jam 8 pagi dan saya menyelamatkan diri secepat mungkin termasuk ahli keluarga dan barangan yang lain. Saya hanya sempat mengeluarkan barang barang seperti mesin basuh, televisyen dan pakaian sahaja...yang lain tidak dapat diselamatkan," katanya yang masih terkejut dengan insiden itu dan memikirkan di mana keluarganya akan tinggal selepas ini. - Bernama