Search This Blog

Thursday, April 5, 2012

Rugi RM1.8b akibat cetak rompak

Kosmo! Online - Negara:


GEJALA cetak rompak yang menjadi-jadi semakin menekan sektor industri perisian tulen. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Meskipun tindakan penguatkuasaan yang tegas diambil ke atas pesalah cetak rompak perisian, peningkatan kegiatan cetak rompak di Malaysia kini membimbangkan, kata seorang penganalisis perisian terkemuka.
"Apa yang tidak disedari oleh orang ramai ialah apabila mereka membeli perisian, mereka sebenarnya membeli lesen untuk menggunakannya, bukannya perisian sebenar.
"Lesen itulah yang menyatakan berapa kali mereka boleh memasang perisian berkenaan. Oleh itu, mereka perlu membacanya. Jika pembeli membuat lebih banyak salinan perisian berbanding yang dibenarkan oleh lesen, mereka sebenarnya melakukan cetak rompak," kata Roland Chan, Pengarah Kanan Business Software Alliance (BSA) kepada Bernama di sini semalam.
Kajian cetak rompak perisian dunia oleh International Data Corporation bagi BSA Malaysia menunjukkan kadar cetak rompak komputer peribadi ialah sebanyak 56 peratus pada 2010.

No comments:

Post a Comment