Search This Blog

Thursday, April 5, 2012

Kes ahli perniagaan tipu pengerusi NFC ditangguh

Kosmo! Online - Negara:


SHAMSUBAHRIN dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail yang dituduh menipu Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohammad Salleh (gambar kecil) ditangguh oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam pada 21 Mei depan berikutan satu representasi oleh pihak pembelaan untuk menggugurkan tuduhan.
Hakim Rozilah Salleh menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diketuai Datuk Abdul Razak Musa memaklumkan, pihaknya baru sahaja menerima representasi tersebut pada 14 Mac lalu sehari selepas dihantar pembelaan.
Abdul Razak berkata, mereka memerlukan masa untuk mengkaji representasi tersebut sama ada meneruskan perbicaraan atau menggugurkan tuduhan terhadap Shamsubahrin, 45.
Peguam Datuk Sallehuddin Saidin yang mewakili Shamsubahrin mengakui perkara tersebut.

No comments:

Post a Comment