Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "GENEVA 30 April - Sekurang-kurangnya lima maut apabila sebuah pesawat kecil terhempas dekat sebuah kampung di sini semalam.
Dalam kejadian itu, pesawat tersebut dikatakan berputar sebanyak dua kali sebelum terhempas di perkampungan Tatroz di barat Switzerland.
Pegawai polis daerah Fribourg, Donatella Del Vecchio berkata, dalam kejadian tersebut tiada yang terselamat.
“Sehingga kini lima mayat telah ditemui dan pihak berkuasa sedang membuat pencarian untuk mengenalpasti jika terdapat mayat lagi,’’ ujarnya . - AGENSI"
'via Blog this'
Monday, April 30, 2012
4 terbunuh dalam kejadian letupan di utara Nigeria
Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "ABUJA 30 April - Sekurang-kurang empat terbunuh dalam kejadian letupan yang berlaku di Universiti Kano di utara Nigeria, di sini semalam.
Kejadian itu berlaku ketika beberapa pelajar Kristian sedang menjalani upacara sembahyang di sebuah gereja di kampus, bagaimana tiada pihak yang bertanggungjawab dengan kejadian tersebut, namun kejadian sebelum ini pernah dilakukan oleh Mazhab Islam Bako Haram.
Mazhab tersebut, sebelum ini pernah terlibat dengan serangan di beberapa gereja yang menyebabkan 180 orang terbunuh. - DPA"

18 terbunuh, 26 cedera bas bertembung Uttar Pradesh
Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "NEW DELHI 30 April - Sekurang-kurang 18 orang terbunuh manakala 26 lagi penumpang mengalami kecederaan apabila dua buah bas bertembung di Uttar Pradesh, di utara India, semalam.
Dalam kejadian tersebut, sebuah bas bandar dikatakan bertembung dan bas persiaran dan menyebabkan kedua-dua bas tersebut terjunam ke dalam sebuah parit di bandar Gorakhpur kira-kira 260 kilometer barat dari bandar Lucknow.
India merupakan sebuah negara yang mengalami kadar kematian yang paling tinggi melibatkan kemalangan jalan raya, data kerajaan menunjukkan kira-kira 120,000 orang terbunuh akibat kemalangan di jalan raya setiap tahun. - DPA"

Anak bekas anggota tentera ditembak mati di Pekan Sg Golok
Anak bekas anggota tentera ditembak mati di Pekan Sg Golok - Semasa - Sinar Harian:
KOTA BHARU - Lelaki rakyat tempatan yang mati ditembak di pekan Sungai Golok semalam sebenarnya adalah anak bekas anggota tentera dan bukan seorang anggota tentera seperti yang disangkakan pada mulanya.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mangsa disangkakan seorang anggota tentera berdasarkan kepada pengenalan diri yang dijumpai pada mayatnya.
"Sebenarnya lelaki itu anak bekas anggota tentera yang menggunakan kad pengenalan bapanya," katanya kepada pemberita selepas program "policing walk-out" di sekitar bandar ini, hari ini.
Jalaluddin berkata, pihaknya akan bekerjasama membantu pihak berkuasa Thailand menyiasat kes itu bagi mengetahui punca sebenar kejadian pembunuhan lelaki berkenaan.
"Kami menyerahkan kepada polis Thailand menyiasat kes itu, kami hanya boleh membantu kerana ia berlaku di sebelah sana," katanya.
Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai yang ingin memasuki Thailand supaya mengikut peraturan dan menggunakan laluan yang sah bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini.
Beliau berkata, ini kerana penggunaan laluan yang tidka sah akan hanya menimbulkan kesulitan kepada pihak berkuasa kedua-dua negara.
Ditanya kes penemuan rangka seorang gadis di Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Jeram Tekoh, minggu lepas, Jalaluddin berkata gadis berkenaan dipercayai menjadi mangsa rogol sebelum dibunuh dan dibakar bersama motosikal yang ditemui di tempat kejadian.
"Polis telah menahan sembilan suspek, termasuk dua wanita yang dipercayai boleh membantu polis dalam siasatan kes itu," katanya. - Bernama

Dendam lama jadi punca
Dendam lama jadi punca - Melaka & NS - Sinar Harian:

Keadaan tempat kejadian setelah pergaduhan dileraikan.

JEMPOL - Empat lelaki ditahan manakala tiga lagi cedera selepas terlibat dalam satu pergaduhan dekat simpang masuk Taman Cempaka, Bahau kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
Kejadian yang dipercayai berpunca daripada dendam lama itu melibatkan dua kumpulan lelaki berusia antara 19 hingga 30-an.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes berkenaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati dua kumpulan berkenaan berhenti di simpang masuk taman terbabit sebelum berlaku pertengkaran.
“Keadaan menjadi semakin tegang setelah kumpulan itu bertindak kasar menggunakan senjata tajam.
“Pergaduhan itu menyebabkan cermin tiga kenderaan iaitu dua Toyota Hilux dan satu kereta jenis Proton Wira pecah,” katanya ketika mengesahkan kejadian berkenaan, semalam.
Mohd Sabri berkata, kereta terbabit adalah milik suspek yang terlibat dalam kes itu.
“Pihak polis turut merampas beberapa parang dan rotan yang disyaki digunakan dalam pergaduhan ini.
“Tiga suspek yang cedera kini menerima rawatan lanjut di Hospital Jempol manakala jumlah kesemua suspek yang terlibat masih belum dikenal pasti.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil membuat laporan di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.'
Kejadian yang dipercayai berpunca daripada dendam lama itu melibatkan dua kumpulan lelaki berusia antara 19 hingga 30-an.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes berkenaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati dua kumpulan berkenaan berhenti di simpang masuk taman terbabit sebelum berlaku pertengkaran.
“Keadaan menjadi semakin tegang setelah kumpulan itu bertindak kasar menggunakan senjata tajam.
“Pergaduhan itu menyebabkan cermin tiga kenderaan iaitu dua Toyota Hilux dan satu kereta jenis Proton Wira pecah,” katanya ketika mengesahkan kejadian berkenaan, semalam.
Mohd Sabri berkata, kereta terbabit adalah milik suspek yang terlibat dalam kes itu.
“Pihak polis turut merampas beberapa parang dan rotan yang disyaki digunakan dalam pergaduhan ini.
“Tiga suspek yang cedera kini menerima rawatan lanjut di Hospital Jempol manakala jumlah kesemua suspek yang terlibat masih belum dikenal pasti.
3 dirempuh ketika tukar tayar
Berita Harian Online | 3 dirempuh ketika tukar tayar:

Ahli keluarga mati di lokasi kejadian mahu hadir majlis tamat berkabung
SIBU: Hasrat sepasang suami isteri untuk menghadiri upacara ‘ngetas ulit’ atau menamatkan tempoh berkabung berikutan kematian ahli keluarga mereka di Sibu Jaya, di sini, tidak kesampaian apabila mereka juga maut bersama seorang lagi ahli keluarga dirempuh sebuah kereta di Kilometer 30 Jalan Durin-Sibu, dekat sini kelmarin.Sebelum kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, Proton Wira dipandu Guyang anak Seliong, 40, yang membawa isteri, Pudai anak Ringkai, 39, dalam perjalanan dari Roban, Sarikei, mengalami kebocoran tayar, kira-kira 1.5 kilometer dari simpang ke Sibu Jaya.Guyang kemudian menghubungi bapa saudaranya, Jack Musin anak Juna, 63, untuk membantu dan ketika berada di sisi kenderaan untuk menukar tayar yang bocor, ketiga-tiga mereka tiba-tiba dirempuh sebuah Perodua Kembara dari arah sama.
Rempuhan kuat menyebabkan Pudai tercampak ke tepi jalan, manakala Guyang dan Jack Musin terperosok di bawah kenderaan yang merempuh mereka sebelum diseret kira-kira 50 meter. Tiga mangsa berkenaan yang cedera teruk beberapa bahagian badan, mati di tempat kejadian.
Anggota bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mayat Jack Musin yang tersepit di bawah Perodua Kembara itu yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan selepas merempuh mangsa.
Lelaki berusia 30 tahun yang memandu kereta berkenaan serta tiga penumpangnya bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafie Ismail, berkata mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat, manakala pemandu Perodua Kembara dipanggil untuk diambil keterangan dan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
AHLI keluarga tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat keadaan mayat mangsa di Kilometer 30 Jalan Durin-Sibu, kelmarin.

Lelaki kudung kena 6 bulan
Berita Harian Online | Lelaki kudung kena 6 bulan:
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki kudung kedua kaki yang mengugut membunuh ibu saudara yang memeliharanya sejak kecil dengan parang panjang selepas permintaannya mendapatkan wang tidak ditunaikan, dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Azhar Mohd Noor, 32, dari Kampung Maras, Batu Rakit, di sini, selepas tertuduh yang berkerusi roda dan memakai topeng muka serta tidak bermaya kerana menghidap tibi, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Abdul Hayyi memerintahkan tertuduh menjalani hukuman berkuat kuasa daripada tarikh dia ditangkap pada Sabtu lalu.
Mengikut pertuduhan, Azhar didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap ibu saudaranya, Midah Said, 58, dengan mengamuk dan merosakkan barangan dalam rumah dengan niat menyebabkan rasa cemas terhadap mangsa di rumahnya di Kampung Maras, Batu Rakit, jam 5.30 petang Sabtu lalu.
Terdahulu, tertuduh mengundang perhatian orang ramai di galeri awam mahkamah, apabila teragak-agak serta menukar pengakuan bersalah dan mohon dibicarakan, sebelum akhirnya mengaku bersalah selepas ditanya Abdul Hayyi.
Malah, tertuduh yang berpakaian lokap warna ungu pada mulanya turut tidak mengakui fakta kes, tetapi selepas itu mengakuinya apabila jurubahasa mahkamah membacakan fakta kes tepat di depannya.
Mengikut fakta kes, ibu saudara tertuduh berada di rumahnya pada hari kejadian, sebelum tertuduh balik ke rumah dan memaksanya memberi sejumlah wang kepadanya.
Sebaik wanita itu memberitahu tiada wang diberi kepadanya, tertuduh mengamuk dengan membaling barang dalam rumah sambil mengangkat sebilah parang panjang di tangan dan mengugut mahu menetak dan membunuh ibu saudaranya itu jika tidak mahu menyerahkan wang.
Bimbang kejadian tidak diingini, mangsa membuat laporan di balai polis, sebelum polis kemudian menahan suspek di rumahnya pada jam 8.40 malam hari kejadian.
Pendakwaan kes itu dijalankan Pegawai Pendakwa Raya, Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Campak mayat selepas bunuh
Kosmo! Online - Negara:

ANGGOTA polis mengangkat mayat seorang wanita yang ditemui mati di dalam longkang di Nilai 3, Negeri Sembilan semalam.
NILAI - Seorang wanita menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila mayatnya dicampak ke dalam longkang berhampiran sebuah tandas awam dengan kesan kecederaan di kepala dan jerutan di leher dalam kejadian di pusat barangan borong di Nilai 3 di sini kelmarin.
Mayat wanita yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui pada pukul 6 petang oleh seorang pengunjung yang merasa pelik sebaik ternampak mayat mangsa ketika hendak membeli-belah di situ.
Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, pihaknya tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat mangsa yang berpakaian lengkap tersebut.
"Pemeriksaan awal mendapati kepala mangsa cedera akibat dipukul dengan objek tumpul dan keras serta terdapat kesan jerut di lehernya.
"Polis percaya mangsa telah dibunuh dalam tempoh 24 jam dan kita masih menunggu keputusan bedah siasat untuk mengetahui punca kematiannya," katanya yang memberitahu polis tidak menemui sebarang senjata di tempat kejadian.
Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang kehilangan rakan atau ahli keluarga supaya membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dibebaskan atau kena bela diri
Kosmo! Online - Negara:

NASIB Pathmanabhan (berkaca mata) dan tiga pekerja ladangnya akan diketahui hari ini.
SHAH ALAM - Persoalan sama ada bekas peguam N. Pathmanabhan terlibat dalam pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain yang mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang ke dalam sungai dua tahun lalu bakal terjawab di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Hakim Datuk Akhtar Tahir dijangka membuat keputusan itu bukan sahaja terhadap Pathmanabhan tetapi juga tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyangan, R. Matan, dan R. Kathavarayan sama ada mereka akan dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan atas tuduhan membunuh kesemua mangsa.
Pathmanabhan, 43; Thilaiyangan, 21; Matan, 22, dan Kathavarayan, 32, didakwa membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.
Kesalahan itu dilakukan di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010.
Polis keliru pembunuh tukul besi
Kosmo! Online - Dunia:
![]() |
BRYAN CLAY ditangkap pada Jumaat lalu berkaitan kes pembunuhan seorang ibu, Ignacia Martinez dan anak perempuannya yang berusia 10 tahun, Karla Martinez di Las Vegas. |
LAS VEGAS - Dengan menggunakan tukul besi sebagai senjata, seorang lelaki yang tidak mempunyai sejarah melakukan jenayah menyerang sebuah keluarga di Las Vegas dan membunuh seorang wanita serta anak perempuannya.
Serangan kejam tanpa motif itu membuatkan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) tergamam dan keliru.
Susulan kejadian rogol dan kematian Ignacia Martinez, 38, serta anaknya, Karla Martinez yang berusia 10 tahun, polis menahan seorang pemuda Bryan Clay pada Jumaat lalu.
Clay, 22 dikatakan tiada hubungan langsung dengan keluarga mangsa.
"Ia merupakan kejadian orang asing membunuh seorang ibu dan anaknya, selain menyerang bapa mangsa," kata seorang pegawai polis, Leftenan Ray Steiber.
"Saya sudah bertugas selama 24 tahun. Anda tidak akan dapat melihat kes seperti ini. Saya tidak tahu apa lagi yang hendak dikata," tambah Steiber.
Steiber juga memberitahu dia tidak faham kenapa dua orang budak lelaki yang berusia sembilan dan empat tahun yang berada di tempat kejadian tidak diapa-apakan.
Kejadian ngeri itu hanya diketahui pihak berkuasa selepas budak lelaki berkenaan pergi ke sekolah dan memberitahu gurunya bahawa ibu dan kakaknya mati dibunuh di rumah mereka.
Pihak berkuasa menemui mayat mangsa di dalam dua bilik berasingan.
Dua orang budak lelaki itu berada di dalam rumah selama kira-kira 24 jam bersama bapa mereka yang cedera parah.
Kanak-kanak tersebut kini berada di bawah jagaan Jabatan Perkhidmatan Keluarga Daerah. Arturo Martinez, 39, suami dan ayah mangsa mengalami kecederaan kritikal dalam serangan itu.
Dia kini berada di hospital akibat cedera di kepala dan tidak boleh bercakap dengan pegawai penyiasat.
Menurut Steiber, kedua-dua mangsa turut diserang secara seksual.
Tiada barang berharga diambil daripada lokasi kejadian dan polis setakat ini tidak tahu apakah motif serangan tersebut.
"Tidak ada sebab kenapa serangan ini berlaku. Suspek juga tiada sejarah jenayah yang signifikan," kata Steiber.
Clay juga dituduh memukul dan merogol seorang wanita berusia 50 tahun di kawasan kejiranan Las Vegas beberapa jam sebelum kejadian pembunuhan berlaku. Mangsa dikatakan berjalan berhampiran satu simpang sebelum Clay memaksanya pergi ke satu kawasan sunyi dan merogolnya pada 15 April lalu.
"Mangsa dikejar, dipukul dan dirogol," jelas Steiber.
Hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengaitkan Clay dengan kedua-dua serangan itu.
Satu topi yang ditinggalkan oleh Clay juga menjadi bahan bukti penting.
Seramai 60 orang anggota polis terlibat dalam siasatan kes itu.
"Matlamat kami adalah untuk memastikan suspek ditahan. Kami tidak akan berhenti sehingga berjaya," tegas Steiber.
Clay ditahan tanpa ikat jamin pada kelmarin dan sedang menunggu perbicaraan.
Dia bakal berdepan dengan pelbagai tuduhan seperti membunuh, memukul menggunakan senjata berbahaya dan melakukan serangan seksual. - Agensi
7 maut bas langgar tembok
Kosmo! Online - Dunia:
![]() |
SEBUAH kren digunakan untuk mengalihkan bas yang musnah dalam kemalangan yang meragut tujuh nyawa di utara Tokyo semalam. |
TOKYO - Tujuh penumpang maut selepas sebuah bas persiaran yang membawa berpuluh-puluh orang pelancong melanggar tembok sebuah lebuh raya ketika kenderaan berkenaan dalam perjalanan ke taman tema Disneyland di sini.
Polis berkata, 38 penumpang dan pemandu bas yang berusia 43 tahun cedera dalam nahas jalan raya tersebut dengan 13 daripada mereka parah.
Menurut pihak berkuasa, kemalangan itu berlaku pada pagi semalam di Gunma, utara Tokyo.
Enam mangsa yang maut terdiri daripada wanita berusia dalam lingkungan 20-an. Sementara mangsa ketujuh ialah seorang lelaki berusia 40-an.
Punca kemalangan ngeri tersebut masih disiasat. - Agensi
Sunday, April 29, 2012
Baru bebas kena tuduhan lagi
Baru bebas kena tuduhan lagi - Semasa - Sinar Harian:

Tertuduh kes rogol, Mohd Khairul Aswadi Abdullah.

KUANTAN - Pembebasan daripada hukuman penjara seorang lelaki kerana kesalahan mencuri semalam tidak membawa makna selepas dia dihadapkan pula ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini berikutan pertuduhan merogol gadis bawah umur lima tahun lalu.
Bagaimanapun tertuduh, Mohd Khairul Aswadi Abdullah, 31 dari Lorong Bukit Cina, Melaka tidak mengaku bersalah di hadapan Majistret Fathiyah Idris.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Khairul didakwa merogol seorang gadis berusia 14 tahun di sebuah bilik di Kuarters Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Semambu pada 16 Mei 2007 jam 10.30 pagi.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama 20 tahun dan juga sebatan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam dan memakai baju-T berwarna kelabu ditemani ibunya sepanjang prosiding mahkamah berlangsung.
Sebelum itu, Fathiyah menegur kegagalan tertuduh menghadiri dua sesi perbicaraan pada 2008 tanpa memaklumkan kepada mahkamah sebab dan alasan yang munasabah.
Namun tertuduh difahamkan menjalani hukuman penjara bagi kesalahan mencuri dalam tempoh tersebut dan baru dibebaskan semalam.
Fathiyah juga menegur sikap ibu tertuduh yang menjalankan tugasnya sambil lewa sebagai penjamin kerana gagal memaklumkan keadaan Mohd Khairul kepada mahkamah.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Inpektor Azman Ariffin dan tidak menawarkan sebarang jaminan. Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 21 Mei depan untuk perbicaraan.

Dua penjenayah maut ditembak
Dua penjenayah maut ditembak - Semasa - Sinar Harian:

Salah seorang suspek yang ditembak mati dalam kejadian di Ampang kelmarin.

AMPANG - Dua penjenayah maut selepas ditembak polis dalam kejadian berbalas tembakan di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang dekat sini, malam kelmarin.
Kejadian berpunca apabila penjenayah menyedari pergerakan mereka diekori polis berhampiran persimpangan lampu isyarat menghala Bandar Baru Ampang pada jam 10.30 malam.
Ketiga-tiga suspek yang menaiki kereta jenis Honda Civic putih itu dipercayai panik dan salah seorang daripadanya mula melepaskan tembakan rambang ke arah polis.
Kemudian, polis bertindak membalas tembakan menyebabkan kedua-duanya maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kedua-dua suspek yang berumur antara 24 dan 26 tahun itu dikehendaki polis selepas dipercayai terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah antaranya kes culik, cubaan membunuh dan mencederakan orang.
“Siasatan awal polis menemui sepucuk pistol dan beberapa butir peluru di dalam beg sandang suspek di dalam kereta berkenaan.
“Polis masih teruskan siasatan kes itu. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya.

Sindiket Macau Scam tumpas
Sindiket Macau Scam tumpas - Semasa - Sinar Harian:

Roslee meneliti kad debit dan ATM yang dirampas.

GEORGETOWN - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket Macau Scam selepas memperdaya seorang peniaga runcit di Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah (SPT) 25 April lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, sindiket itu didalangi tiga lelaki tempatan yang berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun dan seorang wanita berusia 52 tahun yang mana kesemuanya ditahan di Batu Pahat dan Parit Jaya, Johor Bahru.
“Serbuan dijalankan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan JSJK, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri. Sindiket yang berpangkalan di Johor Bahru itu tidak memintas sebarang talian sebaliknya mereka menggunakan teknik ‘spoofing’ iaitu membuat panggilan melalui Protokol Internet Suara Latar (VOIP).
“VOIP adalah teknologi yang memungkinkan percakapan suara jarak jauh melalui medium Internet di mana data suara akan diubah menjadi kod digital dan dialirkan melalui jaringan,” katanya kepada media semalam.
Menurutnya, kumpulan terbabit aktif sejak enam bulan lalu berdasarkan panggilan telefon yang dibuat kepada mangsa.
“Siasatan dan risikan dilakukan pihak polis sejak tiga bulan lalu sebaik menerima laporan daripada mangsa pada 2 November 2011.
“Mangsa berusia 65 tahun itu dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM70,000 selepas terpedaya dengan panggilan anggota sindiket yang menyamar sebagai Pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dari Bukit Aman dan Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya.
Beliau berkata, mangsa telah dihubungi seorang anggota sindiket pada 1 November lalu dengan maklumkan mengenai tangkapan dua lelaki berbangsa Cina oleh polis di Hong Kong.
“Dalam talian itu, mangsa dikaitkan dengan tangkapan dua lelaki terbabit atas kesalahan jenayah pengubahan wang haram menerusi akaun miliknya.
“Bagi mengelak daripada ditangkap dan akaun milik mangsa dibekukan oleh polis dan BNM, dia diminta dan untuk memasukkan wang ke dalam dua akaun berasingan yang dipercayai milik sindiket terbabit,” katanya.
Roslee berkata, dalam serbuan di kediaman keempat-empat suspek itu, polis berjaya merampas 22 buku akaun pelbagai bank, 53 kad debit pelbagai bank, 33 kad ATM, 27 slip masuk dan keluar wang, 33 kad SIM, wang tunai sebanyak RM658, tiga buku catatan nama-nama pemilik akaun dan sebuah kereta Perodua Myvi.
“Kesemua suspek direman di Lokap Sentral Balai Polis Kepala Batas, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) sehingga 28 April ini. Kita sedang mengesan dua lagi lelaki yang juga ketua kumpulan terbabit berusia dalam lingkungan 30-an dan percaya mereka masih berada di negara ini.
“Kedua-dua mereka mempunyai rekod kesalahan lampau termasuk terlibat dengan kegiatan ah long,” katanya.

Diancam ah long kerana judi anak
Diancam ah long kerana judi anak - Semasa - Sinar Harian:

Ten Yu menunjukkan gambar anaknya dan diperhatikan oleh Michael Chong.

KUALA LUMPUR - Sikap degil seorang anak yang enggan berhenti daripada berjudi dan meminjam wang, menyebabkan keselamatan keluarganya terancam apabila mereka sering diganggu sindiket ah long.
Bapa mangsa, Wong Ten Yu, 64, berkata, anak bongsunya itu, Wong Kean Meng, 33, tidak tinggal bersama mereka sejak Januari lalu.
“Namun sindiket berkenaan sering mengganggu dan memeras ugut serta melontar cat merah ke dinding rumah kami di Sungai Buloh pada awal April lalu,” katanya.
Ten Yu berkata, seramai lima ah long datang ke rumah, dan salah seorang daripada mereka menyatakan Kean Meng meminjam sebanyak RM8,500.
Ten Yu merayu kepada anaknya supaya menjelaskan hutang supaya mereka sekeluarga tidak lagi diganggu ah long dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa.
“Saya tidak tahu jumlah wang yang dipinjam Kean Meng kerana kami gagal menghubunginya. Kami sekeluarga kecewa dengan tindakannya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, bapanya telah membuat aduan sebanyak lapan kali berhubung perkara tersebut di pejabatnya dan dua laporan polis dibuat di Balai Polis Desa Jaya.

Lelaki positif dadah ditahan, 93 saman dikeluarkan dalam operasi JPJ
Lelaki positif dadah ditahan, 93 saman dikeluarkan dalam operasi JPJ - Semasa - Sinar Harian:
SEREMBAN - Seorang lelaki ditahan kerana positif dadah jenis ganja, 93 saman dikeluarkan dan 24 kenderaan disita dalam operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sekitar bandar ini, malam tadi.
Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad yang mengetuai operasi yang disertai beberapa agensi lain termasuk polis, Jabatan Imigresen Negeri, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, berkata sebanyak 128 kenderaan telah diambil tindakan di atas pelbagai kesalahan.
"Antara kesalahan itu termasuklah 53 kes pemandu tidak mempunyai lesen, 47 kes tiada cukai jalan, dan 101 kes melibatkan kesalahan teknikal seperti memasang cermin gelap dan plat nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.
"Selain itu sebanyak 14 kes tindakan pihak polis dan AADK dengan tangkapan terhadap kesalahan penggunaan dadah dan dua kes di bawah JPN kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya operasi tersebut.
Ismail berkata, operasi bersepadu tersebut diadakan setiap tiga bulan bertujuan mengesan pelbagai kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya selain memberi kesedaran kepada mereka agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya. - Bernama

4 termasuk 2 kanak-kanak maut kemalangan
4 termasuk 2 kanak-kanak maut kemalangan - Semasa - Sinar Harian:

Keadaan kereta yang remuk akibat kemalangan.

GERIK - Empat termasuk dua kanak-kanak maut sementara empat yang lain parah dalam satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 84.6 , Simpang Tiga, Tanjung Rambai, Jalan Kuala Kangsar menuju ke Gerik, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari itu, sebuah kereta jenis Toyota Camry yang dipandu seorang lelaki bersama enam penumpang dipercayai merempuh sebuah motosikal yang ditunggangi dua remaja perempuan dan kemudiannya bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.
Mereka yang maut, Chiam Cheng Lye, 49, seorang wanita warga Tahiland, Armoei Sae Lee, 36, Chiam Yong Dee, 5, dan seorang lagi kanak-kanak berusia dalam lingkungan setahun lebih.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharum berkata, semua yang maut adalah penumpang kereta Toyota yang ketika itu dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar menuju ke Betong.
Menurutnya, selain empat terkorban, dua lagi penumpang kereta berkenaan mengalami kecederaan parah sementara pemandu cedera ringan, masing-masing masih dirawat di Hospital Ipoh dan Gerik.
"Hasil siasatan awal mendapati, pemandu kereta tidak sempat mengelak sebuah motosikal yang secara kebetulan keluar simpang, rempuhan itu menyebabkan kereta berkenaan terbabas ke kanan jalan dan bertembung sebuah lori dari arah bertentangan.
"Tiga mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital Ipoh.
"Dipercayai mangsa yang maut berasal dari Sungai Buloh , Klang Selangor dan Thailand, tetapi hubungan sebenar antara mereka belum dapat dikenal pasti.
"Pemandu dan dua lagi penumpang terselamat, manakala seorang penunggang motosikal dan penumpang lori turut mengalami kecederaan parah serta seorang lagi penunggang motosikal dan pemandu lori hanya mengalami kecederaan ringan," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi.
Beliau berkata, punca sebenar kemalangan masih belum diketahui dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.
Dua remaja perempuan yang menunggang motosikal adalah penduduk tempatan, manakala dua lelaki India yang menaiki lori datang dari arah Gerik ketika ketika kejadian.
Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera parah dan ringan ada dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainon (HRPB) dan ditahan di Hospital Gerik.
Kes disiasat dibawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Pasangan suami isteri Indonesia ditemui mati dibunuh
Pasangan suami isteri Indonesia ditemui mati dibunuh - Semasa - Sinar Harian:
JOHOR BAHRU - Misteri kehilangan sepasang suami isteri warga Indonesia akhirnya terjawab apabila mereka ditemui mati dibunuh di rumah mereka di Jalan Camar 15, Taman Perling di sini, semalam.
Pasangan tersebut yang mengusahakan kedai makan dengan menjual 'bakso' dan nasi lemak sebelum ini dilaporkan tidak berniaga selama tiga hari sehingga menimbulkan perasaan hairan di kalangan pekerja dan pelanggan.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara Supt Beh Eng Lai berkata, beberapa pekerja kemudian telah pergi ke rumah mangsa di sini setelah gagal menghubungi majikan mereka melalui telefon.
"Apabila sampai di rumah mangsa didapati pintu rumah dikunci dari luar, namun mereka mula syak ada sesuatu yang tidak kena apabila terhidu bau busuk dari dalam rumah itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.
Ekoran itu, katanya mereka telah memanggil penduduk kampung yang kemudiannya bertindak memecahkan pintu rumah mangsa sebelum menemui mayat pasangan suami isteri itu dalam keadaan hampir reput di dalam bilik berasingan.
Beliau berkata kedua-dua mangsa itu mempunyai kesan kecederaan di bahagian kepala dan dipercayai dihentak dengan objel keras.
"Kita percaya kes ini bermotifkan samun kerana sebahagian barang kemas mangsa didapati hilang selain beg duit mangsa yang kosong," katanya.
Katanya polis percaya suspek lebih daripada dua orang dan mereka dipercayai masuk dari pintu depan berdasarkan tiada kesan pecah masuk pada rumah mangsa.
Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. - Bernama

Ribut di kala Subuh, 28 rumah alami kerosakan
Ribut di kala Subuh, 28 rumah alami kerosakan - Johor - Sinar Harian:

Mohd Fuad menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa ribut.

MUAR – Kira-kira 200 penduduk di Taman Seri Jeram 2 dan Taman Seri Jeram 3 berhadapan detik cemas kira-kira 20 minit berikutan kejadian ribut yang melanda kawasan tersebut, semalam.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 pagi itu telah menyebabkan 28 rumah mengalami kerosakan terutamanya pada bahagian bumbung.
Salah seorang penduduk, Zaleha Jaafar, 44, berkata, sebelum kejadian dia mendengar bunyi petir kuat disusuli dengan tiupan angin kencang.
Menurutnya, ketika itu dia berada di dapur kerana menyiapkan makanan untuk dijual di warung miliknya di Batu 7 ½ Bakri.
“Lima minit kemudian, hujan turun dengan lebat dan saya dengar ada objek jatuh di tingkat atas bahagian rumah.
“Tiba-tiba, air turun dari tingkat atas dan membasahi bahagian dapur rumah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Katanya, pelik dengan kejadian itu, dia segera naik tingkat atas dan terkejut melihat siling pecah dan keseluruhan bumbung rumah tercabut.
“Mujur semasa kejadian anak-anak tiada dalam bilik kerana tidur di ruang tamu bahagian tingkat bawah.
“Jika tidak, pasti mereka akan tercedera kerana banyak siling yang pecah dan berteraburan memenuhi ruang bilik,” katanya.
Ibu kepada lima anak berkata, berikutan kejadian itu juga dia tidak dapat berniaga dan berasa sedih kerana sedikit terbeban untuk membaiki semula bumbung yang rosak.
“Pendapatan dengan berniaga warung tidak tetap dan hari ini saya tidak dapat berniaga sedangkan semua makanan sudah siap dimasak.
“Namun saya tetap bersyukur kerana anak saya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Sementara itu, Penghulu Mukim Bakri, Ishak Khalil berkata, beliau meminta semua mangsa ribut supaya membuat laporan polis dengan segera.
“Senarai mangsa ribut akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal untuk bantuan selanjutnya.
“Bagaimanapun, hari ini (semalam) semua mangsa ribut telah menerima bantuan kilat daripada Ketua Umno Bahagian Bakri, Datuk Saipolbahri Suib dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bakri, Mohd Fuad Tukirin berupa wang tunai dan sumbangan atap asbestos,” katanya.

Maut tertembak diri sendiri
Maut tertembak diri sendiri - Utara - Sinar Harian:

Ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan sedih ketika menuntut mayat mangsa di Hospital Tuanku Ja’afar.
Maut tertembak diri sendiri
NUR SHARIEZA ISMAIL
29 April 2012
29 April 2012

Ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan sedih ketika menuntut mayat mangsa di Hospital Tuanku Ja’afar.
PORT DICKSON – Seorang anggota Rela yang sedang memburu ayam hutan maut dipercayai akibat tertembak dengan senapangnya sendiri di kawasan ladang kelapa sawit di Batu 22 Ladang Sengkang, Pasir Panjang, di sini, kelmarin.
Mangsa, Midon Idris, 44, ditemui dengan kesan luka tembakan di kepala oleh rakannya, sebaik sahaja terdengar satu bunyi letupan kira-kira jam 5.30 petang.
Difahamkan, mangsa yang juga Pegawai Pertanian di Pasir Panjang bersama rakannya berusia 30-an keluar memburu ayam hutan dengan menaiki motosikal secara berasingan sebelum berpecah sebaik tiba di ladang kelapa sawit berkenaan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, mayat mangsa ditemui bersebelahan motosikalnya di kawasan ladang kelapa sawit berkenaan.
“Mangsa yang menaiki motosikal sebelum itu dipercayai terjatuh menyebabkan senapang patah dibawanya meletup dan terkena dirinya sendiri.

“Ketika kejadian, mangsa bersama rakannya menaiki motosikal berasingan dan kemudiannya mereka berpecah setibanya di ladang kelapa sawit terbabit,” katanya.
Menurutnya, tidak lama kemudian, rakan mangsa terdengar bunyi letupan sebelum seorang pekerja ladang memaklumkan, seorang lelaki ditemui terbaring berlumuran darah.
“Polis turut menemui selaras senapang patah yang dipercayai dibawa oleh mangsa di tempat kejadian.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat,” katanya.
Abd Wahab berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan juga tiada bukti ada orang lain terlibat dalam kejadian itu.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Penyamun cedera dibelasah
Penyamun cedera dibelasah - Selangor & KL - Sinar Harian:
KUANG – Seorang penyamun cedera teruk dibelasah penduduk kampung yang berang dengan tindakannya meragut dan mencederakan seorang suri rumah dalam kejadian di Kampung Damai malam kelmarin.
Menurut sumber, suspek yang menaiki motosikal meluru masuk ke dalam rumah mangsa dan bertindak mengacukan pisau ke arah mangsa yang ketika itu ditemani anaknya lelakinya berusia 20 tahun.
"Suspek mengacukan pisau dan terus merentap rantai dan anting-anting yang dipakai menyebabkan wanita itu menjerit sekuat hati kerana telinganya sakit," katanya.
Kejadian itu disedari jiran mangsa yang kemudiannya bertindak mengejar suspek hingga ke jalan utama sebelum suspek terjatuh dan dapat diberkas.
"Suspek dibelasah teruk sekumpulan orang kampung yang marah dengan tindakannya dan pemeriksaan mendapati dia bukan penduduk kawasan itu,"katanya .
Suspek berusia lingkungan 30-an itu diserahkan kepada polis manakala mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat di bawah kes disiasat mengikut Seksyen 394/395 Kanun Keseksaan.

Subscribe to:
Posts (Atom)