Search This Blog

Thursday, March 15, 2012

Sindiket curi kereta mewah tumpas




PEGAWAI polis menunjukkan sebahagian kereta mewah yang dirampas daripada tujuh lelaki pada sidang akhbar di Port Dickson semalam.


PORT DICKSON - Kelicikan tujuh individu menggunakan peralatan canggih mencuri kereta mewah yang dilengkapi sistem pengesanan global (GPS) dan alat penggera terkini sejak dua tahun lalu berkubur apabila kesemua mereka dicekup baru-baru ini.
Suspek-suspek berusia di antara 25 dan 38 tahun tersebut ditahan dalam operasi berasingan selama beberapa minggu melibatkan polis Negeri Sembilan dan Johor Bahru.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, polis berjaya membongkar kegiatan sindiket itu selepas menahan dua lelaki di Kluang, Johor pada 28 Januari lalu dan merampas sebuah kereta mewah yang dicuri di sini, cukai jalan palsu dan peralatan mencuri kenderaan.
Polis kemudian menahan lima lagi suspek di Lembah Klang, Johor serta Negeri Sembilan pada Februari lalu dan merampas tujuh buah kereta mewah yang disyaki dicuri.
Katanya, antara kereta yang dirampas termasuk sebuah Honda Civic, Honda Accord (2), Honda CRV (2), Toyota Mark X (1) dan Toyota Wish (2) yang dianggar bernilai hampir RM500,000.

No comments:

Post a Comment