Search This Blog

Wednesday, March 7, 2012

PGM gagalkan seludup rokok

PGM gagalkan seludup rokok - Johor - Sinar Harian:
PGM gagalkan seludup rokok

JOHOR BAHRU – Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Dua berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk sejumlah 26,900 paket rokok kretek pelbagai jenis di Kuala Sungai Benut, Pontian kira-kira jam 8.30 malam, kelmarin.

Komandernya, Asisten Komisioner Zainul Abidin Hasan berkata, semasa menjalankan Operasi Pensura 2012 yang diketuai seorang Koperal dan tiga anggota bot ronda RH 6 telah terserempak dengan sebuah bot yang mencurigakan di kedudukan lebih kurang 2.5 batu nautika dari Kuala Sungai Benut, Pontian.

Menurutnya, ketika menghampiri bot tersebut terus memecut laju ke arah pantai sambil mencampakkan beberapa objek dipercayai rokok ke dalam laut sehingga tersadai di kawasan hutan bakau.

“Dua suspek melarikan diri ke arah hutan bakau dan gagal dikesan kerana keadaan hutan yang gelap ketika dikejar anggota kita. Pemeriksaan ke atas bot menjumpai sejumlah 26,900 paket rokok keretek pelbagai jenis dengan nilai rampasan keseluruhan RM304,079.40 termasuk sebuah bot dan buah enjin sangkut,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Zainul Abidin berkata, sepanjang tiga bulan pertama tahun ini, pihaknya telah berjaya membuat tangkapan di bawah Akta Kastam 1967 sebanyak empat kes dengan rampasan bernilai lebih kurang RM663,008.40.

Menurutnya, pihaknya mengalu-alukan maklumat daripada orang awam mengenai sebarang kegiatan yang menyalahi undang–undang khasnya rompakan di laut, penyeludupan dan kesalahan–kesalahan maritim bagi tujuan pembanterasan.

“Kita mengalu-alukan kerjasama daripada orang awam bagi bersama-sama membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang. Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pasukan Polis Marin di talian 07–2372222 atau 07–2376122,” katanya


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment