Search This Blog

Sunday, March 11, 2012

Kematian keluarga diberitahu bila pulih


10/03/2012 7:13pm

KUANTAN — Keluarga kepada kanak-kanak yang kematian ibu, bapa dan abang dalam kemalangan di Lebuhaya Pantai Timur berhampiran Gambang awal pagi semalam, akan memberitahu perkara tersebut kepadanya selepas dia benar-benar pulih.
Nur Diana Norazam, 12, turut cedera dalam kemalangan itu dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Terengganu tengah hari tadi.
"Mungkin kami akan terus membawanya menziarahi pusara ibu bapa dan abangnya sebelum menceritakan hal yang sebenar kepadanya nanti. Apapun bergantung pada tahap kesihatannya,” kata ibu saudaranya Nordinal Ibrahim.
Dalam kejadian 1.30 pagi itu, bapanya Norazman Ibrahim, 43, ibunya Norhayati Ibrahim, 42, serta abangnya Akif Iskandar, 17, maut selepas kereta yang mereka naiki dipercayai terbabas sebelum melanggar belakang sebuah lori membawa bijih besi.
Mereka dikebumikan di Kuala Berang pada 10.30 malam tadi.
Nordinal, 49, berkata, anak saudaranya itu asyik bertanyakan ibu bapanya selepas sedarkan diri di Hospital Tengku Ampuan Afzan.
"Saya terpaksa menipu Nur Diana yang keluarganya yang lain sedang dirawat di hospital juga. Doktor yang merawatnya menasihatkan kami agar tidak memaklumkan berita kematian keluarganya kerana bimbang dengan keadaannya,” katanya.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment