Search This Blog

Saturday, March 24, 2012

Guru wanita rugi lebih RM103,000 terjerat cinta 'Awang Hitam'



KUALA LUMPUR 23 Mac - Meskipun banyak kali kisah penipuan cinta siber dilaporkan dalam akhbar, namun masih ramai wanita tidak serik melayari laman sosial untuk mencari jejaka 'mat salleh' untuk dijadikan teman lelaki.
Mereka yang biasanya menaruh harapan tinggi terhadap jejaka idaman setelah dijanjikan pemberian hadiah lumayan dan disunting sebagai isteri, akhirnya berendam air mata apabila menyedari kekasih dipuja rupa-rupanya hanya kasanova 'Awang Hitam' yang menyamar.
Mangsa bukan sahaja menderita emosi akibat cinta dipermainkan, tetapi menjadi papa kedana setelah diperdaya agar menyerahkan wang kepada anggota sindiket penipuan yang bijak menabur janji manis.
Terbaru, seorang guru wanita berusia 48 tahun, menjadi mangsa sindiket terbabit yang menyamar sebagai jejaka berasal dari Switzerland.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, mangsa yang berasal dari Desa Petaling di sini membuat laporan polis setelah menyedari ditipu oleh seorang jejaka yang dikenali melalui laman web Asian Dating.com pada Jumaat lalu.
"Mangsa memberitahu dia berkenalan dengan suspek yang menyamar sebagai lelaki warga Switzerland pada pertengahan Februari lalu.
"Biarpun baru berkenalan, mangsa sudah jatuh cinta dan mempercayai 100 peratus lelaki berkenaan apabila sanggup menyerah wang sebanyak RM103,452.95 bagi membantunya menambah modal untuk menjalankan perniagaan membekalkan emas ke Kanada," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini baru-baru ini.
Menurut Izany, wang yang dikirim melalui perkhidmatan Western Union dan juga transaksi melalui akaun sebuah bank tempatan pada 29 Februari dan 13 Mac lalu itu kononnya diperlukan suspek untuk menjelaskan bayaran duti setem dan mendapatkan bekalan emas

No comments:

Post a Comment