Search This Blog

Sunday, March 4, 2012

Dua rakan baik maut dilenyek lori


AMPANG JAYA – Dua pemuda yang merupakan sahabat baik terbunuh selepas motosikal yang mereka tunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Tasek Permai berhampiran Menara Tinjau di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, Saiful Ramli dari Taman Industri Lembah Jaya, Ampang dan pembonceng, Muhammad Syafiq Yahya dari Persiaran Saujana, Ampang meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Kedua-dua mangsa berusia 24 tahun dan bekerja sebagai pemandu teksi.

Lebih memilukan, Muhammad Syafiq meninggalkan seorang isteri yang sedang hamil lima bulan dan dua orang anak berusia lima tahun serta lapan bulan.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment