Search This Blog

Friday, March 16, 2012

Ayah hiba meraung

myMetro | Ayah hiba meraung:KUANTAN: “Ya Allah, anak aku!” jerit seorang bapa yang gagal mengawal perasaan sebaik melihat jasad anak kesayangannya yang terbunuh selepas Perodua Myvi dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 43, Jalan Kuantan-Kemaman, berhampiran Balai Polis Cherating, di sini, kelmarin.
Tindakan Rosli @ Rosdi, 50-an itu menyebabkan abang iparnya, Wan Rosli Wan Ismail, 52, terpaksa memujuknya kerana bimbang dia gagal mengawal perasaan selepas mengecam mayat anaknya, Ruhazril, 19, di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). 
Dalam kejadian jam 7 malam itu, Ruhazril yang juga pelajar Kolej Tati di Kijal, Terengganu dan berasal dari Gong Pasir, Dungun mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala selepas tersepit dalam kereta sebelum mayatnya dikeluarkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng.

Manakala seorang rakan mangsa yang belum dikenal pasti identiti yang turut berada dalam kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, namun masih trauma dan sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di HTAA.

Menurut Wan Rosli, mereka sekeluarga menerima panggilan daripada ibu arwah, Wan Rubiha, 44, memaklumkan kemalangan menimpa anak saudaranya sebelum bergegas ke HTAA.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment