Search This Blog

Thursday, February 16, 2012

Polis masih siasat warga Iran disyaki terlibat insiden letupan Bangkok

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menahan seorang warga Iran yang dicekup semalam di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) untuk siasatan lanjut berhubung kegiatan keganasan, berikutan insiden pengeboman di Bangkok pada Selasa.

PDRM berkata Masoud Sedaghat Zadeh, 31, ditangkap mengikut Akta Imigresen atas permintaan pihak berkuasa Thailand.

"PDRM ingin menjelaskan bahawa suspek masih di dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut berkaitan terrorism (kegiatan keganasan).

"Siasatan masih diteruskan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," kata PDRM dalam laman sosial 'Facebook'nya.

Menurut laporan, suspek diburu polis Thailand setelah disyaki terlibat dalam siri letupan di Bangkok yang menyaksikan seorang lagi suspek warga Iran putus kedua-dua belah kakinya akibat letupan bom tangan yang dibalingnya sendiri.

Orang ketiga, juga warga Iran, yang disyaki terlibat dalam siri letupan itu, dilaporkan ditangkap ketika cuba meninggalkan Thailand dengan menaiki pesawat.

Laporan media menyebut insiden letupan itu berlaku sehari selepas petugas Kedutaan Israel di India dan Georgia menjadi sasaran pengebom.- Bernama

No comments:

Post a Comment