Search This Blog

Thursday, February 16, 2012

Makan umpan si tua


       
KUALA LUMPUR: Berbekalkan perwatakan disenangi dan dihormati penduduk setempat, seorang warga emas berjaya memperdaya 20 jirannya sebelum lesap bersama wang tunai bernilai lebih RM400,000 dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu, Cheras, di sini.

Lelaki berusia 58 tahun itu memancing mangsa dengan menawarkan bantuan untuk mendapatkan rumah PPR baru di tujuh kawasan di sekitar Lembah Klang dan Selangor termasuk Bukit Jalil, Pandan Indah dan Taman Melawati pada harga serendah RM15,000 seunit.
Difahamkan, warga emas itu sudah menipu mangsa sejak 2009 hingga akhir tahun lalu dan memilih mangsa yang rata-rata kurang berpendidikan dan warga emas hingga sanggup mengeluarkan wang simpanan serta meminjam dengan rakan serta saudara-mara.

Untuk memudahkan urusan kelulusan permohonan, setiap mangsa perlu membayar RM4,000 sebagai bayaran pendahuluan dan jika mangsa berminat memiliki unit tambahan mereka perlu membayar lebih dan ada di antaranya sudah melabur RM100,000.



Menceritakan kembali modus operandi warga emas terbabit, seorang mangsa yang juga suri rumah yang mahu dikenali sebagai Mey, 29, berkata, dia tidak mempunyai rumah sendiri ditegur lelaki berkenaan ketika berada di kawasan perumahan itu.

No comments:

Post a Comment