Search This Blog

Thursday, February 16, 2012

Kenduri nikah bertukar tahlil

       
KANGAR: Seorang lelaki yang dijadualkan menaiki jenjang pelamin bulan depan, ditemui lemas dalam sebuah terusan di Sungai Bugis, di sini, awal pagi semalam.

Mayat Mohammad Faris Ruahani, 23, yang juga pekerja am di sebuah syarikat pembersihan sisa pepejal di bandar ini, ditemui bapanya sendiri, Ruahani Mat, 50, jam 8.30 pagi, hanya lima meter dari motosikal miliknya yang ditemui di tebing sungai.
Ruahani berkata, anak sulungnya itu dijadualkan melangsungkan perkahwinan bulan depan dan bakal isterinya berusia 30-an berasal dari Perak.

Menurutnya, persiapan dilakukan keluarganya kini terpaksa dibatalkan dan diganti dengan majlis tahlil.



Katanya, anaknya keluar rumah jam 9 malam kelmarin, tetapi tidak pulang sehingga motosikal dinaikinya ditemui penduduk kampung di tebing sungai, 500 meter dari rumah mereka.

No comments:

Post a Comment