Search This Blog

Sunday, February 26, 2012

Kaki lima port minum arak

Kaki lima port minum arak - Melaka & NS - Sinar Harian:
minum arak tepi jalan

ALOR GAJAH - Segelintir warga asing dikesan menjadikan kaki lima bangunan perniagaan sebagai tempat minum arak.

Lokasinya pula berhampiran sebuah kedai serbaneka yang membekalkan minuman ber­kenaan kepada mereka.

Lebih membimbangkan, keadaan itu berlaku berdekatan sebuah taman perumahan di Pengkalan Balak, Masjid Tanah, di sini.

Kebanyakan penduduk mendakwa terdapat kedai serbaneka yang menjualnya secara terbuka.

Salah seorang penduduk, Mohd Wafi Wichi, 39, berkata, persekitaran kedai serbaneka 24 jam itu menjadi tumpuan warga asing yang tinggal berhampiran dengan kedai ber­­kenaan.

Menurutnya, kebanyakan pembeli terdiri daripada kalangan remaja dan pekerja industri, warga emas selain penduduk taman perumahan berkenaan.

“Minuman keras pelbagai jenis di jual di kedai serbaneka itu dan dipamerkan dalam satu peti sejuk bersama minuman lain.

“Keadaan ini kadang-kadang mengelirukan pengguna yang mahu membe­li minuman,” katanya.

Justeru, Mohd Wafi berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat memben­dung keadaan itu supaya tidak merosakkan akhlak penduduk setempat terutama yang beragama Islam.

“Saya perhatikan setiap malam ramai warga asing mengunjungi premis ber­kenaan untuk membeli arak tanpa sebarang pengawasan PBT.

“Jika pemilik premis itu mahu menjual arak, mereka sepatutnya jual di tempat yang dikhaskan bukannya di premis yang menjadi tumpuan orang ramai,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Pengarah Penguatkuasaan dan Perle­senan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Azizan Sulung, berkata, siasatan ke atas kedai serbaneka ber­kenaan mendapati hanya minuman keras biasa yang dijual dan bukannya jenis liquor.

Katanya, segala jenis minuman keras adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM) kerana bidang kuasa MPAG hanya tertakluk pada pengelua­ran lesen kedai runcit dan kedai serbaneka.

“Saya difahamkan, peniaga hanya dibenarkan menjual minuman keras di bawah paras alkohol lima peratus dan untuk lesen minuman keras jenis Liquor mestilah mendapat kelulusan pihak kastam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasaan Kas­tam Negeri, Abd Rahman Muda, berkata, pihaknya ada menerima beberapa rungutan daripada orang ramai yang meminta pihak Kastam menyiasat dakwaan itu segera.

Katanya, berdasarkan pada siasatan awal, pihaknya mendapati minuman keras yang diisi dalam tin kurang daripada lima peratus alkohol boleh dijual dan tidak memerlukan lesen daripada pihak JKDRM.

“Bagaimanapun, pihak kami akan melakukan pe­meriksaan ke atas premis terbabit.

“Jika ia berlaku, maka tindakan tegas akan dikenakan terhadap pemilik premis,” katanya.


'via Blog this'

1 comment:

  1. SIAPA SALAH ?
    1. PEMINUM ARAK ..? KALAU TIDAK ADA JUALAN TENTU MEREKA TIDAK AKAN MINUM
    2. PENJUAL ARAK ? KALAU TIADA KEBENARAN TENTU ARAK TIDAK AKAN DIJUAL.
    3. JAWAPAN YG TEPAT ADALAH PIHAK YANG MEMBENARKAN DAN MELULUSKAN PENJUALAN ARAK

    ReplyDelete