Search This Blog

Thursday, February 16, 2012

4 sekawan dituduh bunuh rakan serumah

       
KUALA LUMPUR: Empat sekawan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menyebabkan kematian seorang wanita yang juga teman serumah mereka, awal bulan lalu.

Semua tertuduh, Sherill Clarissa Razif, 23, Ellina Mahili, 24, Raja Nur Bahiah Raja Kamarulzaman, 23, serta seorang rakan lelaki, Huzaifah Kamal, 23 hanya mengangguk faham akan pertuduhan dibacakan terhadap mereka.


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan niat membunuh Nor Shahirah Hassan, 26, di sebuah kondominium yang terletak di Genting Court Condo, Jalan Genting Klang, Setapak, di sini.


Mereka didakwa melakukan perbuatan itu 3 Februari lalu, antara jam 12 tengah malam hingga 5 pagi.


Bagi tuduhan itu, keempat-empat rakan mangsa didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang berdepan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Sementara itu, hanya Sherill Clarissa yang diwakili peguam bela, Leng Wie Mun dan dia kelihatan tenang sepanjang prosiding dijalankan, manakala Ellina serta Raja Nur Bahiah menangis ketika pertuduhan dibacakan ke atas mereka.


Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor S Chandra di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Erry Shahriman menetapkan kes disebut semula pada 19 April depan.


Harian Metro 4 Februari lalu melaporkan kematian seorang wanita 20-an yang disangka membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh sebuah kondominium di Jalan Genting Klang, Setapak.

3 comments:

  1. Yang meninggal dan dua dari tertuduh adalah kawan2 saya. janganlah selalu bersalah anggap pada org.kes dlm proceeding. Mari kita doakan kes di selesaikan dan mendapat justice

    ReplyDelete
  2. semalam br kwn sy bgtau pasal si mati n kwn2 nye.. hr tu ms jd sy xamik port pun... rupanya kwn kami... Moga dpt keadilan.

    ReplyDelete
  3. baru dapat mklumat...sherill tu kwn sy...
    di harapkn kes ni selesai scepat mugkin...
    dn sy bdoa agar kwn sy xterlibat dlm pmbunuhan tu...

    ReplyDelete