Search This Blog

Sunday, January 15, 2012

Warga emas dirompak


warga emas dirompak

KAJANG – Seorang warga emas rela kerugian beribu ringgit bagi mengelakkan penyamun yang memecah masuk rumahnya di Taman Bukit Mewah dekat sini mencederakan ahli keluarganya yang lain.

Mangsa, Low Kim Huat, 63, berkata, kejadian kira-kira jam 4.15 pagi Selasa lalu berlaku ketika dia sedang tidur di tingkat bawah rumahnya sebelum pintu biliknya diketuk dari luar.

Menurutnya, dia bertindak membuka pintu bilik kerana menyangka cucunya yang tidur di tingkat atas rumah mengetuk pintu namun terkejut apabila membuka pintu bilik mendapati tiga orang lelaki sedang berdiri di pintu biliknya.

“Berdasarkan pertuturan mereka bukan rakyat tempatan malah mereka bersenjatakan besi, tukul dan pisau sebelum mengacukan dan mengarahkan saya mengeluarkan barang kemas dan duit.
“Keadaan mereka seperti sedang khayal dan saya bimbang keselamatan dua menantu serta lima orang cucu yang sedang tidur di tingkat atas lalu hanya mengikut arahan memberikan semua barang berharga yang ada,” katanya.

Kim Huat berkata, salah seorang daripada mereka menjaga pintu utama manakala seorang lagi menggeledah bilik mencari barang berharga kerana tidak berpuas hati dengan apa yang telah diberikannya.

“Mereka membawa lari beg yang menyimpan dompet dan telefon saya manakala satu lagi beg berisi lima rantai emas, tiga gelang tangan dan tiga cincin emas.

“Mereka turut membawa lari wang tunai RM5,000 juga SD$400 dan lebih 1,000 mata wang asing namun ketika melarikan diri satu beg berisi dompet saya tercicir,” katanya.

Menurutnya, dia cuba mengejar penyamun dengan parang namun gagal ekoran penyamun melarikan diri menaiki kereta.
Warga emas dirompak - Selangor & KL - Sinar Harian:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment