Search This Blog

Thursday, January 26, 2012

Ribut terbangkan bumbung 12 rumah



26/01/2012 2:10am

KUALA LUMPUR — Bumbung 12 unit kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka di Lembah Pantai dekat sini diterbangkan angin dalam kejadian ribut petang semalam.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku pada pukul 6 petang itu kerana tingkat atas flat berkenaan tidak berpenghuni.
Ketua Operasi yang juga Ketua Balai Bomba Pantai, Hamid Daud berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.05 petang dan tiba di tempat kejadian tiga minit kemudian.
"Kita dibantu lapan anggota dari Balai Bomba Damansara. Kita dapati zink tercabut semasa hujan petang tadi. Pada masa ini, kita sedang mengalihkan zink yang jatuh itu,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.
Dalam kejadian itu, kira-kira 30 motosikal dan 10 kereta musnah dihempap zink.
Sementara itu, bumbung tingkat 17 Pangsapuri Muhibbah di Taman Desa, yang terletak berhampiran PPR Seri Cempaka, turut diterbangkan angin.
Ketua Bomba Taman Desa Saparisan, Ramli berkata, walaupun terdapat penghuni di tingkat itu, tidak ada kecederaan dilaporkan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment