Search This Blog

Saturday, January 14, 2012

Polis tahan anggota sindiket peminjam wang haram

SINGAPURA: Polis menahan 13 suspek terlibat dalam aktiviti pinjaman wang haram dalam dua operasi berasingan.
Dalam kes pertama, satu operasi besar-besaran termasuk serbuan serentak dilakukan semalam, di Henderson, Jurong East, Woodlands, Choa Chu Kang, Yishun, Tao Payoh, Bedok dan Tampines.
Polis menahan 10 lelaki dan seorang wanita, semuanya berusia antara 29 dan 52 tahun.

Siasatan awal mendapati, suspek membuka akaun bank dan memberikan nombor kad ATM dan PIN kepada sindiket pinjaman wang haram untuk memudahkan urusan pinjaman wang tidak berlesen.

Dalam operasi kedua, polis menahan dua lelaki berusia 36 dan 46 tahun yang berada di Sembawang Central.

Mereka dilihat dalam keadaan yang mencurigakan dan setelah diperiksa, mempunyai peralatan berkaitan pinjaman wang haram, termasuk telefon bimbit yang dipercayai mengandungi rekod penghutang, kad ATM dan resit transaksi bank.

Siasatan awal mendapati lelaki itu terlibat dalam pemindahan wang menggunakan kad ATM bagi pihak peminjam wang tak berlesen. - AsiaOne
myMetro | Polis tahan anggota sindiket peminjam wang haram:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment