Search This Blog

Friday, January 27, 2012

Polis siasat teman lelaki

GEORGETOWN: Polis mengambil keterangan seorang lelaki bagi membantu siasatan kematian teman wanitanya yang maut dipercayai terjun dari tingkat 17 di sebuah blok flat di Taman Utara, Batu Uban, di sini, awal pagi kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, lelaki berusia 21 tahun itu diambil keterangan selepas hadir ke Balai Polis Sungai Nibong sambil ditemani ahli keluarganya malam kelmarin.

Menurutnya, keterangan diambil selepas siasatan mendapatinya berjumpa dengan teman wanitanya untuk berbincang mengenai perhubungan mereka sebelum berlaku pertengkaran.

Katanya, dia dikatakan turun menggunakan lif untuk ke tempat letak kereta selepas bertengkar sebelum ternampak beberapa orang sedang mengerumuni sesuatu.

“Dia terkejut apabila mendapati orang ramai mengerumuni teman wanitanya yang sudah meninggal dunia akibat terjatuh flat,” katanya.

Semalam, akhbar ini melaporkan seorang wanita, Lau Kah Kah, 22, maut dipercayai selepas bertindak terjun dari tingkat 17 flat terbabit dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu.

No comments:

Post a Comment