Search This Blog

Tuesday, January 10, 2012

Minyak bocor dari kapal Rena



Jentera berat digunakan untuk menurunkan kontena dari kapal kargo rena yang pecah akibat dilanda ribut ke pantai Waihi di teluk Plenty, semalam. – AFP


WELLINGTON, New Zealand 9 Jan. – Lapisan minyak dapat dilihat mengalir sejauh tiga kilometer dari kapal kargo Rena yang terkandas dan terbelah dua akibat dipukul ombak di Terumbu Astrolabe dekat Pelabuhan Tauranga sejak Oktober lalu.

Pihak berkuasa berkata, bagaimanapun kerosakan terhadap alam sekitar adalah kecil berbanding ketika ia mula terdampar dan terkandas pada Oktober lalu.

Kira-kira 150 kontena yang dibawa Rena pecah dan pihak berkuasa memberi amaran orang ramai menjauhi serpihan dan barangan yang terdampar di pantai.

Jurucakap agensi Maritim New Zealand, Bruce Fraser berkata, pihaknya menjangka kira-kira 100 tan minyak masih berada dalam kapal tersebut.

Sebanyak 400 tan minyak petrol bocor dari Rena apabila ia terdampar pada 5 Oktober lalu di Terumbu Astrolabe, 22 kilometer dari Pelabuhan Tauranga, pencemaran alam sekitar paling buruk dalam sejarah negara ini.

Pihak berkuasa menemui 2,000 bangkai burung laut ekoran kejadian itu dan meramalkan kemusnahan hidupan laut adalah sebanyak 10 kali ganda.

Sejak kejadian itu, kru penyelamat memindahkan 1,100 tan minyak bersama-sama 400 kontena dari kapal tersebut.

Proses pemindahan itu berjalan perlahan dan ketika ia terbelah dua, beratus-ratus lagi kontena masih berada dalam kapal tersebut.

Keadaan kapal yang terbelah dua itu menyebabkan usaha memindahkan kontena itu terhenti kerana terlalu berbahaya untuk berbuat demikian dalam keadaan laut bergelora. – AGENSI

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment