Search This Blog

Sunday, January 15, 2012

Majikan malang

MELAKA: Malang buat seorang majikan kedai urut yang baru sebulan menggaji pekerja asing tanpa izin (Pati) selepas dua premisnya di sebuah pusat beli-belah di Melaka Raya, di sini, diserbu serentak oleh pihak berkuasa, kelmarin.

Serbuan hasil maklumat awam itu dilakukan sepasukan 10 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen negeri diketuai Timbalan Penolong Pengarahnya, Salmah Omar, bermula jam 4.50 petang.


Dalam operasi lebih dua jam itu, seramai 14 warga Thailand, masing-masing 12 wanita dan dua lelaki berusia 28 hingga 58 tahun, ditahan untuk tindakan lanjut.

Pengarah Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, siasatan awal pihaknya mendapati majikan premis itu baru pertama kali menggaji pekerja warga asing.


“Ketika serbuan, semua warga asing itu tidak melarikan diri kerana ada yang sibuk mengurut pelanggan dan anggota kami turut mengepung premis berkenaan.


“Kami turut merampas beberapa helai tuala kecil dan peralatan mengurut yang akan dijadikan bahan bukti,” katanya di sini, kelmarin.

Menurut Kamalludin, mereka yang ditahan didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di premis berkenaan selepas memasuki negara ini sejak sebulan lalu.


“Mereka dibawa ke Depoh Tahanan Machap Umboo untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kamalludin berkata, pihaknya masih menyiasat mengenai majikan mereka yang tiada di situ ketika serbuan.


“Majikan atau pemilik premis itu akan didakwa mengikut Seksyen 55B Peraturan Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) kerana menggaji pekerja tidak memiliki pas sah.


“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda RM50,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap pekerja diambil,” katanya.

myMetro | Majikan malang:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment