Search This Blog

Loading...

Wednesday, January 18, 2012

Ketua Geng 08 ditembak mati


ANGGOTA polis mengangkat mayat suspek yang mati ditembak polis dalam satu kejadian berbalas tembak di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang, semalam. – UTUSAN/MALINDA ABDUL MALIK


PULAU PINANG 17 Jan. – Seorang penjenayah paling dikehendaki yang juga ketua kumpulan kongsi gelap Geng 08 mati dalam kejadian berbalas tembak di Paya Terubong di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu, Chor King Ying @ Ah Jin, 52, (gambar) mati ditembak dipercayai ketika pulang ke Air Itam di sini untuk menyambut Tahun Baru Cina.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, bertindak atas maklumat orang awam dan risikan, sepasukan polis peronda mengesan suspek yang sedang memandu keretanya di Jalan Kampung Melayu, Air Itam.
“Kita (peronda polis) mengekorinya dari Jalan Kampung Melayu tetapi apabila sedar diekori, suspek terus memecut ke arah Jalan Paya Terubong,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.
Beliau menambah, peronda polis yang mengejar bertindak memintas keretanya namun suspek bertindak melanggar kenderaan polis lalu keluar dari kereta dan melarikan diri ke sebuah kebun durian.
“Pada masa sama, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis. Sebagai langkah keselamatan, polis terpaksa membalas tembakan menyebabkan suspek mati di tempat kejadian,” ujarnya.
Tambah Zahruddin, suspek yang menggunakan pistol jenis .38 Smith & Wesson dikesan aktif melakukan jenayah peras ugut di sekitar Air Itam.

No comments:

Post a Comment