Search This Blog

Thursday, January 26, 2012

Kastam Sabah rampas barangan seludup


26/01/2012 1:07pm

KOTA KINABALU — Kastam Sabah merampas pelbagai barangan larangan, bersubsidi dan kawalan bernilai lebih RM590,000 dalam operasi di tiga daerah di pantai timur negeri ini sepanjang minggu lepas.

Timbalan Pengarah Kastam negeri, Hamzah Sundang berkata, barangan terbabit dipercayai diseludup masuk dan juga keluar negara jiran.

"Semua rampasan dilakukan oleh Pasukan Kastam Marin Sabah dalam operasi 10 hari dikenali sebagai Operasi Pasukan Marin Bersepadu.

"Ia dijalankan bermula 12 hingga 22 Januari di kawasan pantai timur Sabah melibatkan daerah Tawau, Lahad Datu dan Semporna,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Hamzah berkata, antara barangan terbabit ialah rokok, mercun, petrol dan diesel, serta barangan kawalan seperti makanan, daging beku, minyak masak, tepung dan gula.

Selain itu pihaknya turut menahan tiga lelaki warga asing berumur antara 22 dan 30 tahun kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan penyeludupan minyak petrol dan diesel.

Hamzah juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan di negeri ini supaya menghubungi pejabat Kastam terdekat atau menghubungi talian bebas tol 1-800-88-8855. — BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment