Search This Blog

Thursday, January 26, 2012

Kakak pelupa ditemui diJB

ALOR GAJAH: Seorang wanita warga emas yang mengalami masalah pelupa dan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Melaka Pindah, dekat sini, pada 19 Disember lalu, akhirnya ditemui di Depoh Tahanan Imigresen, di Jalan Kempas, Johor Bahru, tengah hari, Sabtu lalu.
Kehilangan, Tijah Othman, 54, ada dilaporkan akhbar ini dan dia dipercayai ke selatan tanah air dengan menunggang motosikal seorang diri tanpa arah tujuan.

Menurut adiknya, Halimah, 49, penemuan kakaknya itu dimaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah kira-kira jam 12 tengah hari Sabtu lalu selepas dihubungi pihak imigresen yang membaca laporan akhbar ini dan melihat gambar wanita terbabit.

“Saya dimaklumkan kakak selamat, cuma kesihatannya sedikit terganggu namun masih dalam keadaan terpinga-pinga sebelum saya dan ahli keluarga lain membawa kakak pulang ke kampung tengah hari kelmarin, selepas urusan dokumentasi selesai dilakukan.

“Selepas berbincang dengan ahli keluarga, kami mengambil keputusan menempatkannya di rumah adik bongsu saya, Fatimah, 43, di Kuala Lumpur buat sementara waktu,” katanya ketika ditemui semalam.

Bercerita lanjut, Halimah berkata, kakaknya menunggang motosikal seorang diri ke Kota Tinggi, Johor, dan ditemui seorang wanita warga emas dalam keadaan tidak terurus dan tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri. Katanya, wanita terbabit mempelawa kakaknya tinggal bersamanya di sebuah pondok sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kota Tinggi.

No comments:

Post a Comment