Search This Blog

Sunday, January 1, 2012

Hilang 9 jari dihempap tiang



Libau Rahim yang kehilangan sembilan jarinya dirawat di Hospital Miri, semalam.


MIRI 31 Dis. - Seorang pekerja binaan hilang sembilan jari apabila kedua belah tangannya dihempap sebatang tiang cerucuk di tapak pembinaan sebuah projek perumahan di Lutong Lama dekat sini semalam.

Kejadian mengerikan itu berlaku kira-kira pukul 3 petang ketika mangsa, Libau Rahim, 30, yang berasal dari Similajau membuka ikatan tali pada tiang cerucuk yang sedang diangkat menggunakan kren.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba, tiang cerucuk itu terjatuh dan menghempap sembilan jari tangannya.

Mangsa menjerit meminta tolong sebelum dia pengsan dan jeritan itu menyedarkan rakan-rakannya yang berada di tapak pembinaan bersebelahan untuk menghulurkan bantuan.

Dia kemudian dibawa ke Hospital Miri oleh majikannya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, Libau ketika ditemui di Hospital Miri hari ini berkata, dia tidak mampu berbuat apa-apa selain menjerit kesakitan sewaktu kejadian.

"Saya pun tidak tahu mengapa tiang itu tiba-tiba terjatuh padahal ikatannya baru sedikit dibuka.

"Ketika itu saya merasa tangan saya terkena sesuatu dan ketika saya mengangkat kedua-dua tangan saya, saya lihat jari saya berlumuran darah dan terputus sebelum saya menjerit minta tolong," katanya.

Menurutnya, kemalangan yang menimpanya itu adalah yang paling buruk pernah berlaku di tempat kerjanya.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment