Search This Blog

Sunday, January 1, 2012

Harung banjir di malam tahun baru

PERMAISURI: Sambutan malam tahun baru sungguh berbeza bagi penduduk Besut dan Setiu, di Terengganu serta Pasir Puteh di Kelantan apabila terpaksa berpindah ke pusat pemindahan berikutan kedatangan gelombang kedua banjir selepas hujan lebat sejak semalam.

Sehingga jam 1 tengah hari tadi, seramai 704 mangsa daripada 181 keluarga ditempatkan di lapan pusat pemindahan, iaitu lima di Besut manakala bakinya di Setiu.
Pusat pemindahan Dewan Serbaguna Kampung Apal, Besut mencatatkan bilangan mangsa paling ramai, iaitu 316 mangsa daripada 64 keluarga.
Pengalaman pahit itu turut dialami 149 penduduk termasuk 73 warga tua di Rumah Orang Tua Nurul Saadah, Kampung Tok Dor apabila banjir mula melanda kira-kira jam 12 tengah malam.

Pengerusi rumah kebajikan itu, Harun Hussein, 68, berkata semua 73 penghuni perempuan yang tinggal di situ terpaksa berpindah kira-kira jam 2 pagi selepas air mula masuk ke rumah.

Katanya, keadaan bertukar panik apabila warga tua berkenaan terpaksa berpegang pada tali untuk menyeberang arus deras ke sebuah surau di tapak lebih tinggi kira-kira 50 meter dari situ.

"Bagaimanapun, tidak lama kemudian, air naik mendadak dan turut melimpah ke surau sedalam satu meter menyebabkan semua warga tua berkenaan terpaksa berdiri atas meja untuk menyelamatkan diri.
"Syukur mereka semua selamat dan kembali semula ke rumah masing-masing kira-kira jam 7 pagi ini sebaik air surut," katanya
Berita Harian Online | Harung banjir di malam tahun baru:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment