Search This Blog

Tuesday, January 31, 2012

Edar syabu: Wanita berdepan hukuman mati


PETALING JAYA 30 Jan. - Seorang wanita berusia 24 tahun berdepan hukuman mati di tali gantung apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar 794.6 gram syabu, dua minggu lalu.

Siti Maymona Bactiar yang tidak bekerja hanya mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid.

Wanita itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Bilik No. 523, Tune Hotel Suite 3A & 5, Menara Utama Sunsuria Avenue, Persiaran Mohogany, PJU 5, Kota Damansara di sini pada pukul 1.15 petang, 18 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Ahmad Solihin menetapkan 5 Mac depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan mahkamah tidak membenarkan dia diikat jamin seperti yang dicadangkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Ruvinna Mohd. Rawi.

Ahmad Solihin menetapkan 5 Mac depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

No comments:

Post a Comment