Search This Blog

Tuesday, January 10, 2012

Dua wanita maut, motosikal rempuh pikap



10/01/2012 4:37pm

JITRA - Dua wanita maut apabila motosikal ditunggang mereka merempuh sebuah pikap yang terbabas di atas jambatan lebuh raya jalan Jitra-Bukit Wang di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt. Ibrahim Mohamad Yusof berkata, kejadian berlaku ketika mangsa Fatimah Dali, 48, dan rakan sekampungnya Ariza Daud, 36, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di kampung Padang Panjang, Malau dekat sini dari pekan Jitra pada jam 11.20 pagi.
"Ketika sampai di tempat kejadian motosikal mangsa terlanggar bahagian pintu penumpang depan pikap yang terbabas kerana jalan licin. Pikap itu datang dari arah bertentangan dan termasuk ke laluan mangsa.
"Kedua-dua mangsa meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala kerana topi keledar tertanggal dan pemandu pikap (lelaki, umur tidak dinyatakan) tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment