Search This Blog

Loading...

Friday, January 13, 2012

Dua maut tercampak keluar kenderaan

KUALA KANGSAR: Dua lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila Toyota Harrier dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh penghadang konkrit di di Kilometer 258.7, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), arah utara petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, rakyat tempatan, Mohamad Yusof Busu, 50, dan rakannya, rakyat Thailand dikenali sebagai Adisak, 42, maut di tempat kejadian akibat parah kepala dan badan, manakala dua lagi penumpang cedera ringan.


Difahamkan, insiden berlaku apabila tayar hadapan sebelah kanan kenderaan itu pancit sebelum meluncur laju menuruni bukit dan merempuh penghadang konkrit berkenaan.

Pemandu berusia 37 tahun serta penumpang hadapan kereta berusia 42 tahun hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Kangsar (HKK).


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang berkata, mangsa dalam perjalanan dari Shah Alam, Selangor ke Pulau Pinang,” katanya.

myMetro | Dua maut tercampak keluar kenderaan:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment