Search This Blog

Sunday, January 8, 2012

Angka kematian lombong emas runtuh Filipina meningkat



PEKERJA-PEKERJA penyelamat menemui mayat seorang pelombong dalam bencana tanah runtuh di bandar Pantukan, selatan Filipina semalam.- Reuters


PANTUKAN, Filipina - Angka kematian akibat tanah runtuh yang menimpa pelombong emas di pedalaman selatan Filipina meningkat kepada 28 orang semalam berbanding 25 orang sebelum ini.

Namun, pasukan penyelamat percaya jumlah tersebut akan terus meningkat ekoran 35 mangsa yang didapati hilang masih belum ditemui.

Perkembangan tersebut susulan saudara-mara mangsa yang berkumpul di pusat menyelamat di lokasi kejadian memberitahu bahawa mereka sedang mencari 35 orang yang masih belum ditemui.

Namun, pihak berkuasa masih keliru berhubung bilangan sebenar mangsa yang tertimbus. Bencana tersebut berlaku di lereng pergunungan di sini, Pulau Mindanao sebelum subuh pada Khamis lalu.

"Kami tidak tahu berapa orang sebenarnya hilang kerana penduduk di sini sering bersilih ganti. Malah, ketua-ketua komuniti di sini juga tidak tahu siapa yang keluar masuk di kawasan mereka," kata Datuk Bandar Pantukan Celso Sarrenas.

Namun, ketua pasukan penyelamat Benito Ramos memberitahu, angka kematian akan meningkat dengan ketibaan beberapa buah jentolak bagi meneruskan kerja menggali untuk mencari mangsa tertimbus. - AFPKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment