Search This Blog

Sunday, January 1, 2012

6 maut nahas kereta-treler

KEADAAN Honda Stream yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lagi kereta dan treler di KM6 Jalan Lekir-Teluk Intan, Manjung, Perak lewat malam tadi.


2012/01/01

IPOH: Enam terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah treler di KM6 Jalan Lekir-Teluk Intan dekat Manjung malam tadi ketika rakyat Malaysia menanti detik sambutan tahun baru 2012.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan, mengesahkan setakat ini enam terkorban dalam nahas jam 11.30 malam itu.
"Berdasarkan maklumat awal, kemalangan itu setakat ini meragut enam nyawa, namun mungkin ada kematian atau kecederaan lain kerana keadaan masih kelam kabut di lokasi kejadian," katanya ditemui di sini, awal pagi ini.
Mohd Shukri berkata, pegawai penyiasat masih berada di lokasi kejadian dan sedang mengumpulkan maklumat mangsa yang meninggal dunia dan cedera.

Difahamkan, dua daripada tiga mangsa yang cedera dalam keadaan parah.
Berita Harian Online | 6 maut nahas kereta-treler:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment