Search This Blog

Sunday, January 15, 2012

6 lelaki miliki 4.5 kilogram ganja ditahan


KUALA LUMPUR - Polis menahan enam lelaki dalam satu operasi di Taman Keramat di sini Jumaat lalu dan merampas ganja seberat 4.5 kilogram daripada mereka.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kesemua lelaki itu ditahan di rumah mereka di Jalan Enggang, Taman Keramat pada pukul 11.45 malam.

"Mereka yang ditahan itu berumur antara 25 hingga 36 tahun bekerja sebagai kontraktor, pengawal keselamatan, pemandu, peniaga dan dua lagi adalah penganggur," katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka juga didapati positif dadah setelah menjalani ujian air kencing dan tempoh tahanan reman dilanjutkan sehingga 20 Januari ini untuk siasatan lanjut.

Keenam-enam lelaki itu akan didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment