Search This Blog

Sunday, January 15, 2012

14 tukang urut Thailand ditahan


SEBAHAGIAN daripada tukang urut ditangkap oleh pegawai Imigresen kerana menyalahguna dokumen perjalanan di sekitar Melaka Raya, Melaka, semalam. - UTUSAN/AZLI AHAD


MELAKA 14 Jan. - Dua buah premis menawarkan khidmat urut yang baru sebulan mahu 'berjinak-jinak' menggunakan pekerja haram menerima padah apabila pekerjanya dicekup Jabatan Imigresen dalam satu operasi di sebuah pusat beli-belah, Banda Hilir, di sini petang semalam.
Dalam serbuan pukul 4.50 petang itu, seramai 12 wanita dan dua lelaki warga Thailand yang bekerja sebagai tukang urut secara haram ditahan sepasukan 10 anggota Jabatan Imigresen diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Salmah Omar.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, serbuan dilakukan setelah menerima maklumat premis itu menggajikan pekerja menggunakan pas lawatan sosial sejak sebulan lalu.
"Ketika serbuan, semua warga Thailand berusia 28 hingga 43 tahun sedang bekerja di premis terbabit dan dipercayai tiba di negara ini sejak kira-kira sebulan lalu,.
"Hasil siasatan mendapati kesemua warga Thailand itu memasuki negara ini dengan pas lawatan sosial dan menyalahgunakan dokumen berkenaan untuk bekerja sebagai tukang urut," katanya pada pemberita di sini malam tadi.
Menurutnya, kesemua warga Thailand berkenaan akan didakwa didakwa di bawah Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
"Sabit kesahanan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.
"Pemilik permis berkenaan turut akan didakwa di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (pindaaan 2002) kerana mengambil kerja seseorang yang tidak memiliki pas yang sah dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000 atau dipenjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.
Utusan Malaysia Online - Selatan:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment