Search This Blog

Friday, December 30, 2011

Ahli perniagaan hadapi tuduhan menipu Pengarah NFC


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 30, 2011
Ahli perniagaan hadapi tuduhan menipu Pengarah NFC

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Datuk Shamsulbahrin Ismail, 45, dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua tuduhan berasingan menipu Pengarah Syarikat National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail membabitkan bayaran bagi perkhidmatan rundingan dan nasihat sehingga mangsa menyerahkan cek berjumlah RM1.755 juta, antara November dan Disember tahun lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Resources Sdn Bhd itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan berkenaan.

Bagi setiap tuduhan, Shamsulbahrin didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Hakim, Ahmad Zamzani Mohd Zin menetapkan tertuduh dijamin mahkamah dengan RM300,000.00 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 31 Januari 2012.

Ahli perniagaan hadapi tuduhan menipu Pengarah NFC - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Lagi jenayah babitkan Arroyo


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 30, 2011

MANILA - Bekas Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo didakwa atas jenayah kedua oleh pendakwa raya melibatkan perjanjian dengan sebuah syarikat telekomunikasi China yang dikatakan melibatkan sogokan wang sangat besar.

Arroyo yang kini sedang ditahan polis atas dakwaan melakukan penipuan semasa pilihan raya menafikan dakwaan terbaru itu.
Beliau sebelum ini membatalkan perjanjian antara Manila dan syarikat ZTE Corp dari China untuk menubuhkan rangkaian jalur lebar di seluruh negara dengan nilai AS$330 juta (RM1 bilion) selepas menerima tekanan rakyat Filipina.
Presiden Filipina, Benigno Aquino yang menggantikan Arroyo, tahun lalu, mendakwa pemimpin wanita itu mengamalkan rasuah selama lebih sedekad sehingga menghakis kepercayaan rakyat dan pelabur asing terhadap kerajaan negara itu.
Namun, Arroyo menafikan dakwaan itu dan menuduh Aquino membuat tuduhan jahat untuk merosakkan imejnya.
Lagi jenayah babitkan Arroyo - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

11 terkorban akibat Taufan Thane di India




2011/12/30

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 11 terkorban apabila ribut kencang membawa hujan dan angin ke kawasan pantai di tenggara India sehingga menumbangkan pokok dan merosakkan kediaman.

Jabatan Meteorologi India berkata, Taufan Thane yang berpusat di Lautan Hindi, 35 kilometer barat daya bandar Pondicherry yang juga dikenali sebagai Puducherry.

Pejabat Ramalan Cuaca berkata, taufan itu mungkin lemah dan akan bergerak ke barat. - AP
Berita Harian Online | 11 terkorban akibat Taufan Thane di India:

'via Blog this'

Lelaki warga emas ke tali gantung kerana bunuh jiran




2011/12/30

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga emas dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah membunuh jirannya yang juga warga emas dengan menetak mangsa menggunakan parang pada Ogos tahun lalu.

Hakim Nor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pembelaan Ho Ah Tee, 65, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan itu.

Sejurus hakim menjatuhkan hukuman, Ho yang berdiri di kandang tertuduh kelihatan bersahaja manakala isterinya di galeri awam menangis teresak-esak.
Dalam penghakimannya, Nor Azian menolak pembelaan Ho yang mendakwa dia tidak sedar semasa kejadian kerana diserang hiperglasemia berikutan tidak bersarapan pagi selepas mengambil ubat kencing manis.

Sebaliknya, hakim itu menerima keterangan saksi pendakwaan iaitu Ketua Unit Diabetes dan Endokrinologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Nor Azmi Kamaruddin yang menyatakan kekurangan gula serta hiperglasemia tidak akan menyebabkan seseorang tidak menyedari apa yang dilakukannya.

Ho, yang memiliki sebuah kedai motosikal, didakwa membunuh Teo Chai Hock, 71, di depan rumah No 13, Jalan Sekolah, Pelabuhan Klang pada 8.30 pagi, 12 Ogos tahun lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan, seramai 11 saksi pendakwaan memberi keterangan manakala pembelaan mengemukakan enam saksi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Md Kamal sementara Ho diwakili peguam Stanley Clement Augustine.

Mengikut keterangan saksi, kejadian itu dipercayai berlaku akibat perselisihan faham antara Ho dan mangsa yang berlarutan selama lima tahun.

Dalam kejadian itu, mangsa ditetak di tangan kiri, kepala dan lehernya. - BERNAMA
Berita Harian Online | Lelaki warga emas ke tali gantung kerana bunuh jiran:

'via Blog this'

Pereka hiasan dalaman ke tali gantung


Oleh : BERNAMA
Tarikh : December 30, 2011

SHAH ALAM - Seorang pereka hiasan dalaman dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis syabu seberat 3.98 kilogram, tujuh tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman itu ke atas Lee Boon Kwang, 40, dari Johor Baharu, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, beliau menolak pembelaan Lee yang mendakwa dia tidak mengetahui tentang dadah itu dan menafikan beg yang mengandungi dadah berkenaan adalah miliknya.

Lee, yang bekerja di Singapura, didakwa mengedar 3,984.4 gram dadah jenis methylenedioxy methamphetamine (MDMA) di pejabat Narkotik, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada jam 7.10 pagi, 25 September 2004.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman sementara Lee diwakili peguam Zamani Dolmat yang menyebut bagi pihak peguam James George.

Lee sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan 10 kali sebatan selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan pindaan memiliki dadah yang sama mengikut Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952 di akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun, dia kemudian diperintah membela diri atas tuduhan mengedar dadah selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sama yang meminda pertuduhan itu.

Pereka hiasan dalaman ke tali gantung - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pengedar Dadah Mati Selepas Tembak Menembak Dengan Polis


GEORGE TOWN: Seorang pengedar dadah yang dikehendaki polis mati selepas berbalas tembakan dengan polis di Sungai Lokam, Butterworth malam Khamis.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakop berkata lelaki berusia 36 tahun dan berasal dari Butterworth itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

"Sepasukan anggota polis yang sedang membuat rondaan pada 10.30 malaqm tadi telah mengekori kereta yang dipandu lelaki berkenaan sehingga ke tempat kejadian selepas mendapati dia berada dalam keadaan mencurigakan," katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Beliau berkata sebaik lelaki yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan jenayah termasuk mengedar dadah itu menyedari diekori polis, dia bertindak memecut keretanya.

Katanya apabila polis memintas kereta itu di Sungai Lokam, lelaki itu terus keluar dari kenderaan itu dan melepaskan beberapa tembakan ke arah polis.

"Anggota kita bertindak membalas tembakan dan terkena lelaki yang memang dikehandaki polis itu dan dia meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Ayub berkata polis menemui sepucuk pistol dan sejumlah peluru serta dua ketul dadah jenis ganja seberat 1.2 kilogram dalam kereta itu.

Katanya polis turut menemui topeng muka, sarung tangan, satu batang rotan dan sebuah komputer riba, dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah.

"Siasatan juga mendapati lelaki itu mempunyai beberapa rekod jenayah berkaitan senjata api dan dadah yang kedua-duanya masih dalam perbicaraan," katanya.

Dalam kes lain, polis menahan seorang lelaki dan merampas dua pucuk pistol bersama 80 butir peluru dalam sebuah kereta yang dipandunya di Nibong Tebal malam tadi.

Ayub berkata lelaki yang mempunyai rekod jenayah dan positif dadah itu direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 (Akta 206). - BERNAMA

mStar Online : Pengedar Dadah Mati Selepas Tembak Menembak Dengan Polis:

'via Blog this'

Rumah Anak Yatim Di Puchong Terbakar


KUALA LUMPUR: Seramai 33 kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim "House of Joy" hilang tempat berlindung apabila rumah dua tingkat yang mereka diami musnah dalam kebakaran di Taman Tenaga, dekat Puchong, di sini, Jumaat.

Kebakaran pada pukul 10.50 pagi itu dipercayai bermula di salah sebuah bilik di tingkat atas sebelum merebak ke bahagian lain sehingga memusnahkan keseluruhan tingkat atas bangunan itu manakala 60 peratus daripada tingkat bawah rumah berkenaan turut musnah.

Bagaimanapun, 20 kanak-kanak berusia antara enam hingga 17 tahun yang berada di tingkat bawah ketika itu berjaya diselamatkan.

Pemangku Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Anuar Harun berkata sebanyak tiga jentera bomba dengan 27 anggota dan pasukan siasatan forensik tiba di tempat kejadian pada pukul 10.59 pagi untuk mengawal kebakaran.

Katanya punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Anuar berkata kanak-kanak itu akan ditempatkan di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Subang Jaya di Puchong Jaya, buat sementara waktu.

Sementara itu, Moses Chart, 68, penjaga rumah anak yatim tersebut, berkata beliau hanya menyedari kebakaran itu apabila terbau sesuatu terbakar dan mendapati api sudah marak di bilik tingkat atas rumah itu.

"Nasib baik ketika itu kanak-kanak sedang menonton televisyen di tingkat bawah rumah. Api marak di bahagian atas rumah kerana ia diperbuat daripada kayu," katanya.

Sementara itu Ketua Pengurusan Rumah Anak Yatim "House of Joy", Lesly Mah, 55, berkata orang ramai boleh memberikan sumbangan dengan menghubunginya terus di talian 019-3392847. - BERNAMA

mStar Online : Rumah Anak Yatim Di Puchong Terbakar:

'via Blog this'

Polis Tahan Tiga Lelaki Termasuk Teman Lelaki Rozana Yusak


KUALA LUMPUR: Tiga lelaki, termasuk teman lelaki Rozana Mohd Yusak, 35, wanita yang ditemui mati dengan lebih 15 kesan tikaman di rumah sewanya di Puncak Desa, Kepong 21 Dis lepas, ditahan polis pada Khamis.

Sumber polis berkata kesemua mereka berumur 19 hingga 20 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di Pantai Dalam dan Datuk Keramat.

"Dalam tangkapan pukul 8 malam sehingga 1 pagi itu, polis juga merampas sebuah komputer riba milik mangsa daripada salah seorang suspek," katanya.

Menurut sumber itu, ketiga-tiga lelaki tersebut dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang pagi ini dan direman tujuh hari sehingga 6 Jan depan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Rosly Hassan ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan tersebut namun enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata sidang media mengenai kes tersebut akan diadakan pada Sabtu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor oleh Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, Rozana ditemui berlumuran darah dengan lebih 15 kesan tikaman pada bahagian belakang badannya, di rumah sewanya di Puncak Desa, Kepong.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur. - BERNAMA

mStar Online : Polis Tahan Tiga Lelaki Termasuk Teman Lelaki Rozana Yusak:

'via Blog this'

Pengedar dadah mati dalam kejadian tembak-menembak

GEORGETOWN – Seorang pengedar dadah yang dikehendaki polis mati selepas berbalas tembakan dengan polis di Sungai Lokam, Butterworth malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakop berkata, lelaki berusia 36 tahun dan berasal dari Butterworth itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

"Sepasukan anggota polis yang sedang membuat rondaan pada 10.30 malaqm tadi telah mengekori kereta yang dipandu lelaki berkenaan sehingga ke tempat kejadian selepas mendapati dia berada dalam keadaan mencurigakan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata sebaik lelaki yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan jenayah termasuk mengedar dadah itu menyedari diekori polis, dia bertindak memecut keretanya.

Katanya apabila polis memintas kereta itu di Sungai Lokam, lelaki itu terus keluar dari kenderaan itu dan melepaskan beberapa tembakan ke arah polis.

"Anggota kita bertindak membalas tembakan dan terkena lelaki yang memang dikehandaki polis itu dan dia meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya. - BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

17 maut kilang kimia Myanmar meletup


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 30, 2011
masjid

YANGON - Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan 80 lagi cedera dalam satu letupan di kawasan perindustrian di pinggir Yangon, Myanmar, awal pagi semalam.

Kebakaran di gudang pe-nyimpanan bahan kimia, dipercayai serbuk peluru itu menyebabkan letupan besar diikuti beberapa letupan susulan dan tiga anggota bomba turut terbunuh dalam kejadian itu.
Gegaran akibat letupan kuat itu dilaporkan dapat dirasai penduduk di seluruh Yangon. Polis masih belum mendedahkan punca sebenar letupan.
17 maut kilang kimia Myanmar meletup - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Ular sawa belit kanak-kanak


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 30, 2011

SYDNEY - Seorang kanak-kanak lelaki di Australia dimasukkan ke hospital selepas dia dipatuk sebanyak empat kali dan dibelit sehingga paras dada oleh seekor ular sawa besar, kelmarin.

Sewaktu kejadian, kanak-kanak berumur dua tahun itu sedang bermain di laman belakang rumahnya di utara Australia sebelum ular itu mematuk kaki mangsa dan membelit badannya, menurut ibu kepada kanak-kanak itu.
Ibunya yang mendengar jeritan budak lelaki itu berjaya menyelamatkan anaknya dengan bantuan jiran. Ular itu disahkan tidak berbisa dan kanak-kanak tersebut dibenarkan pulang selepas ditahan di hospital selama 24 jam.
Ular sawa belit kanak-kanak - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Kepala nyaris digilis


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 30, 2011
Kepala nyaris digilis

ALOR GAJAH - Kepala mangsa hanya kira-kira lima sentimeter daripada tayar treler tetapi dia bernasib baik kerana terselamat dalam kemalangan di Kampung Londang, Masjid Tanah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, Mokhtar Kassim, 50, dari Kampung Tanjung Bidara, nyaris maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan, lalu merempuh sebuah treler yang sedang mengundur.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda berseorangan dan baru pulang dari sebuah ladang di Paya Rumput.

Akibat rempuhan kuat itu, mangsa terperosok di bawah treler, sementara motosikalnya tersepit di bawah tangki gas kenderaan itu.

Pemandu treler terbabit, Zamri Mohd Nor, 32, berkata, ketika itu, rakannya, Yatim Mustafa, 39, sudah bersedia mengawal lalu-lintas bagi memudahkan urusan mengundurkan kenderaan itu yang membawa muatan batu-bata untuk keluar.

“Saya undur treler perlahan-lahan dan keadaan waktu itu tidak sibuk kerana kurang kenderaan melalui jalan berkenaan.

“Saya memang tidak menyedari ada penunggang motosikal di laluan kiri. Ketika mengundurkan treler, tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti ranting kayu di patahkan dan saya cuba meninjau dari cermin sisi sebelah kiri tapi saya tidak nampak dahan kering melintang atas jalan,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian­nya keluar dari ken­deraan dan bertanya kepada rakan, sama ada melihat sebarang benda tersangkut di bawah lori ketika mengundur.

“Bagaimanapun, selepas membuat pemeriksaan, kami terkejut melihat sebuah motosikal terperosok di tengah lori.

“Ini kemalangan pertama sejak lima tahun saya bekerja sebagai pemandu treler. Memang terkejut apabila melihat sepasang kaki terjulur keluar dari bahagian tengah treler,” katanya.

Zamri berkata, mereka segera membantu mengeluarkan mangsa yang terbaring meraung kesakitan.

“Ketika itu kami lihat kepalanya begitu hampir dengan tayar lori, jaraknya anggaran lima sentimeter sahaja.

“Agak sukar mengeluarkan mangsa yang tersepit kerana kaki kanannya dihempap motosikal,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Hospital Alor Gajah berkata, mangsa mengalami kecederaan patah tangan kiri, patah kaki kanan dan luka kecil di dagu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan kemalangan tersebut.

Kepala nyaris digilis - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Parah diserang senjata tajam


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 30, 2011
Parah diserang senjata tajam

LUNAS - Seorang lelaki berusia 20-an cedera parah di bahagian badan, kaki dan kepala apabila dua lelaki bersenjatakan senjata tajam mencederakan mangsa di Jalan Paya Besar berhadapan dengan sebuah stesen minyak kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.

Mangsa yang menunggang motosikal dikatakan dalam perjalanan balik ke rumahnya. Apabila tiba di persimpangan Taman Kobis motosikal mangsa dipintas motosikal suspek dan menyerangnya.

Mangsa yang tercedera cuba melarikan diri bagaimanapun rebah kira-kira empat meter dari tempat kejadian sebelum mendapat bantuan daripada orang ramai.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim berkata, beliau menerima panggilan daripada orang awam menyatakan seorang lelaki ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

“Menurut maklumat diperoleh daripada orang ramai yang berada di tempat kejadian, mangsa dikejar tiga motosikal dari Taman Kuchai hingga ke Taman kobis.

“Saya kemudiannya menghubungi ahli PPKM dan mengarahkan mereka pergi ke tempat kejadian untuk membantu mangsa, “ katanya.

Beliau turut bertindak menghubungi ambulan dari Hospital Kulim untuk membawa mangsa mendapatkan rawatan kecemasan.

“Ini merupakan kejadian kedua, satu kejadian hampir sama turut berlaku di Taman Desa Aman, ” katanya.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh mengesahkan kejadian itu dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

“Kejadian ini melibatkan dua suspek dan seorang mangsa. Turut di temui kapak dan gergaji di tempat kejadian. Mangsa mengalami kecederaan masih di rawat. Polis masih menyiasat motif kejadian ini. Sehingga kini mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Parah diserang senjata tajam - Utara - Sinar Harian:

'via Blog this'

4 warga asing terima hukuman


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 30, 2011
4 warga asing terima hukuman

AYER KEROH – Akibat salah guna pas lawatan dan menetap melebihi tempoh dibenarkan di negara ini, empat warga asing menerima hukuman di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Mokhtar Ahmed Musleh Al-Qadri, 25, didenda RM1,000 selepas mengaku bersalah bekerja sebagai juruwang di sebuah kedai walaupun menetap di negara ini menggunakan pas lawatan sosial sah sehingga 27 Februari depan.

Mokhtar yang memegang pasport Yemen, melakukan kesalahan itu pada 17 Disember lalu, am 4.20 petang di Mini Market Turky, Jalan Bukit Beruang Utama.

Dia melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan boleh dihukum di bawah peraturan sama.

Sementara itu, Puji Ambarwati, 36, dipenjara enam bulan daripada tarikh ditangkap selepas mengaku bersalah tinggal lebih masa selama setahun empat bulan 17 hari di negara ini.

Puji yang juga warganegara Indonesia dan mempunyai pas lawatan kerja sementara sehingga 21 Julai 2010, melakukan kesalahan itu pada 7 Disember lalu, jam 11 malam di sebuah rumah di Jalan Kandang, Bakar Batu.

Manakala, dua pemegang pasport Thailand, Thach Thi Thuy Quynh, 23 dan Tran Thi Tuyet Diem, 23, masing-masing dipenjara enam bulan.

Mereka ditahan pada 7 Disember lalu jam 12.30 tengah hari di Klebang, selepas dibenarkan masuk dan berada di negara ini atas pas lawatan sosial sah sehingga 4 dan 6 Disember lalu.

Justeru, ketiga-tiga mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1) ( c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Malaysia, Natijah Abu Hasan di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

4 warga asing terima hukuman - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'

Maut dirempuh lori satu tan


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 30, 2011
Maut dirempuh lori satu tan

ALOR GAJAH - Pihak polis meminta saksi kejadian kemalangan membabitkan warga emas yang maut di persimpangan lampu isyarat, di Pengkalan, Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ), kelmarin tampil untuk bantu siasatan.

Ketika kejadian, mangsa yang masih sedarkan diri dipercayai dilanggar sebuah kenderan lain ketika dalam perjalanan ke Bandar Alor Gajah menaiki motosikal jenis Suzuki RC80.

Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu menyebabkan, Lee Lian Heng, 77, dari arah Machap Umboo ke Bandar Alor Gajah maut empat jam kemudian selepas dirempuh sebuah lori muatan satu tan dari arah belakang.

Menantu sulungnya, An Ai Yong, 50, ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka berkata, mangsa masih sedarkan diri sekitar jam 1.45 petang di wad kecemasan sempat bertemu dengannya dan seorang cucu.

“Semasa dimaklumkan berhubung kejadian, saya ber­ada di tempat kerja di Machap Umboo dan bergegas pulang ke rumah sebelum ke Hospital Alor Gajah. Saya sangka bapa cuma cedera ringan.

“Sewaktu di hospital, bapa ada mengadu sakit di belakang badannya selain sesak nafas. Dia juga ada menceritakan yang dia dilanggar dari arah belakang,” katanya.

Menurutnya, ketika itu bapa mertuanya kelihatan stabil namun, tidak lama kemudian, doktor memberitahu bapanya itu perlu dirujuk ke Hospital Melaka berikutan keadaannya semakin kritikal.

“Saya terkejut apabila doktor memaklumkan keadaannya semakin kritikal dan tidak sedarkan diri akibat ke­cederaan parah yang dialami,” katanya.

Katanya, pagi sebelum kejadian, bapa mentuanya sempat bersarapan bersamanya dan berbual seperti biasa sambil bergurau senda sebelum keluar ke Pekan Alor Gajah atas pelbagai urusan.

“Biarpun usianya semakin meningkat tapi bapa masih kuat dan mampu bekerja keras menyara sembilan ahli keluarganya.” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supe­rintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, menge­sahkan ada menerima laporan berhubung kemalangan terbabit.

Katanya, mangsa yang menunggang motosikal sendirian dikatakan dilanggar dari arah belakang di persimpa­ngan berkenaan oleh sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti jenis dan nombor pendaftarannya kira-kira jam 10 pagi.

“Mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah oleh orang awam sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi balai polis berdeka­tan atau Balai Polis Trafik Ibu pejabat Daerah (IPD) Alor Gajah untuk membantu siasatan,” katanya.

Maut dirempuh lori satu tan - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'

Kena kejar lebih 30 kilometer


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 29, 2011
Kena kejar lebih 30 kilometer

KULIM - Polis menahan dua lelaki yang dipercayai pengedar dadah selepas mengejar kereta suspek lebih 30 kilometer di Lebuhraya Utara Selatan dari Sungai Dua/Bertam, Pulau Pinang hingga ke Padang Serai dekat sini awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superintendan Chin Soo Song berkata, kedua-dua suspek diberkas ketika cuba memboloskan diri daripada ditahan polis setelah kereta yang dipandu salah seorang suspek itu terbabas di tepi jalan raya berhampiran Sekolah Menengah Padang Serai kira-kira jam 7 pagi, semalam.

“Seorang daripada suspek tersebut dikatakan mengalami kecederaan ringan setelah bertindak agresif melawan anggota polis ketika hendak diberkas dan kedua-dua suspek berkenaan kini ditahan di lokap Balai Kulim di sini untuk siasatan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Katanya sebelum itu, kira-kira jam 6.30 pagi kedua-dua suspek dikatakan tidak berhenti pada satu sekatan jalan raya polis di sekitar kawasan Sungai Dua, Seberang Perai dan cuba melarikan diri dengan memecut kereta jenama Toyota Altis itu ke arah Plaza Tol Bertam dan melanggar palang pintu tol di situ dan terus ke Padang Serai.

Katanya, sebaik tiba di Padang Serai, kereta tersebut dikesan kereta polis yang mengejar mereka dan memintas kereta suspek menyebabkan kereta itu terbabas di tepi jalan dan kedua-dua suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan polis.

Beliau berkata polis menemui 3.6 gram dadah yang percayai heroin dan 10 biji pil Eramin 5 daripada kedua-dua suspek berumur 27 dan 37 tahun, yang berasal dari Pulau Pinang.

Kedua suspek direman hari ini.

Polis menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 39A (1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kena kejar lebih 30 kilometer - Utara - Sinar Harian:

'via Blog this'