Search This Blog

Wednesday, December 28, 2011

JSJN sita RM62.4 juta harta pengedar dadah tahun ini

KUALA TERENGGANU 28 Dis. - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya menyita dan merampas harta milik pengedar dadah bernilai lebih RM62.4 juta hasil operasi agresif yang dijalankan jabatan bagi tempoh Januari hingga November lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Nor Rashid Ibrahim berkata, bagi tempoh yang sama jabatan itu berjaya merampas dadah bernilai RM216.52 juta.

Beliau berkata, tindakan itu merupakan salah satu pendekatan yang dilakukan oleh pihak Narkotik bagi mengekang masalah pengedaran dadah di negara ini.

"Kita percaya bahawa dengan harta yang dimiliki inilah mereka mudah dapat menjalankan kegiatan secara berterusan dan dengan tindakan penyitaan dan rampasan yang dilakukan oleh pihak polis, kita berjaya melumpuhkan aktiviti mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, dalam tempoh yang sama pada tahun lepas, JSJN berjaya menyita lebih RM64.81 juta harta milik pengedar dadah dan merampas dadah bernilai RM254.56 juta. - BERNAMA

Kastam Melaka rampas 1.56 juta rokok tidak sah tahun ini

JASIN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka berjaya merampas 1.56 juta batang rokok tidak sah dengan cukai sebanyak RM807,000 di negeri ini dari awal tahun ini hingga semalam.

Pengarahnya, Datuk Mohd Nasir Said, berkata rampasan bernilai RM179,000 itu adalah hasil operasi pemeriksaan dan penguatkuasaan di 169 premis perniagaan dan seramai 14 individu didakwa.

Sementara itu, beliau berkata, pegawai penguatkuasa kastam yang ditembak di hadapan rumahnya di Jalan Sungai Air Hitam, Taman Tanjung Minyak, di sini, Jumaat lalu kini dilaporkan stabil.
“Rosli Aziz, 53, selesai menjalani dua pembedahan Sabtu lalu dan kini ditempatkan di unit rawatan rapi Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan susulan,” katanya selepas merasmikan Kempen Membasmi Jualan Rokok Tidak Sah dan Khidmat Bakti Masyarakat di sini, hari ini.

Mohd Nasir berkata, kemalangan yang menimpa pegawainya itu dipercayai bermotifkan dendam berikutan kejayaannya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan mendakwa lebih 15 ahli sindiket tahun ini.

Susulan itu, semua pegawai penguatkuasa kastam dinasihatkan mengambil langkah keselamatan dalam setiap tugas penguatkuasaan dan ketika di rumah. - BERNAMA

Pekebun sayur dituduh edar 3.64 kilogram syabu

IPOH: Seorang pekebun sayur hari ini dituduh mengedar dadah jenis syabu seberat 3.64 kilogram di Mahkamah Majistret di sini.

Tertuduh Leong Chai Wai, 43 dari Taman Sri Ampang di sini didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Baru, Ampang Baru pada jam 10 pagi, 15 Disember lalu.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang diwakili peguam Datuk Naran Singh di hadapan Majistret Haslina A Raof.
Leong didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama Seksyen 39B (2) yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa raya Nurul Qistini Qamarul Abrar.

Majistret Haslina kemudiannya menetapkan kes disebut semula pada 28 Februari sementara menunggu laporan kimia. - BERNAMA 

Polis Terengganu kenal pasti anggota kumpulan pecah rumah

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu mengenal pasti dua anggota kumpulan pecah rumah yang dipercayai melakukan jenayah itu di sebuah rumah di Marang pada 17 Disember lalu dan Hulu Terengganu pada Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata pihak polis sedang giat menjejaki kesemua ahli kumpulan terbabit yang dianggotai antara empat ke lima orang.

Kumpulan itu dipercayai dianggotai oleh warga asing dan seorang warga tempatan, katanya.
"Siasatan awal polis mendapati kumpulan berkenaan didalangi seorang warga tempatan yang bertindak memberikan maklumat kepada kumpulan terbabit sebelum mereka memilih sasaran," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, kumpulan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan sebuah kumpulan pecah rumah yang berjaya ditumpaskan di Kemaman 17 Disember lalu.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi, 17 Disember di Marang, seorang peniaga wanita kerugian hampir RM80,000 termasuk wang tunai sebanyak RM7,000 apabila rumahnya dipecah masuk oleh empat lelaki bertopeng yang bersenjatakan alat pemotong dan besi.

Tidak sampai seminggu selepas itu, seorang peraih kelapa sawit di Hulu Terengganu terpaksa berputih mata apabila kehilangan wang tunai serta barangan kemas yang dianggarkan bernilai RM350,000 apabila rumahnya dipecah masuk dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi.
Dalam kejadian itu, kesemua mangsa dikejutkan sebelum diikat dengan menggunakan wayar dan dikumpulkan di satu tempat.

Manoharan tidak menolak kemungkinan kes tersebut dilakukan oleh kumpulan yang sama berdasarkan modus operandi yang digunakan. - BERNAMA

Lelaki rentung dalam kebakaran di Ranau

 KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia lingkungan 60-an rentung dalam kebakaran di Ranau, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Rudy Mekii, berkata kejadian berlaku di rumah mangsa yang dikenal pasti sebagai Hamidul Abdullah di Kampung Menteki Mesilau, 25 kilometer dari pekan Ranau.

Bomba menerima panggilan kira-kira jam 11.45 malam dan lima anggota menggunakan kenderaan pacuan empat roda, tiba di tempat kejadian hampir satu jam kemudian disebabkan jalan yang sukar dilalui.
Mekii berkata, api yang marak berjaya dipadamkan setengah jam kemudian namum rumah kayu itu musnah sepenuhnya. - BERNAMA 

Wanita Indonesia dijatuhi hukuman gantung

ALOR SETAR - Seorang wanita warga Indonesia dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah mengedar dadah di Bukit Kayu Hitam, tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd. Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Maggie Taissya Olyvia, 25, seorang graduan perbankan sebuah universiti di Indonesia, selepas memutuskan pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Maggie dituduh mengedar dadah seberat 841.63 gram (656.15 gram heroin dan 185.48 gram monoacertylmorphines) di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bukit Kayu Hitam pada 20 September 2010, pukul 12.15 tengah hari . - BERNAMA

Langgar lari punca kematian lelaki


KUALA LUMPUR - Polis percaya punca kematian seorang lelaki yang mayatnya ditemui di kawasan pembahagi jalan di Jalan Pandan Indah menghala ke Taman Shamelin Perkasa, Ampang di sini Isnin lepas adalah akibat langgar lari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt. Mohamed Nazri Zawawi berkata bedah siasat yang dilakukan mendapati mangsa, Seenivasan Subramaniam, 40, seorang warga India mati di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan dada.

"Maklumat mengenai mangsa hanya diketahui apabila seorang rakannya tampil membuat laporan polis mengenai kehilangannya. Rakannya membawa slip pendaftaran pemutihan mangsa bagi Program 6P.

"Menurut rakannya itu, mangsa merupakan rakan serumahnya yang tinggal di Pandan Jaya, iaitu lebih kurang dua kilometer dari tempat kejadian,” katanya. - BERNAMA

Lelaki rentung dalam kebakaran


KOTA KINABALU - Seorang lelaki berusia lingkungan 60-an rentung dalam kebakaran di Ranau malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Rudy Mekii berkata, kejadian berlaku di rumah mangsa yang dikenal pasti sebagai Hamidul Abdullah di Kampung Menteki Mesilau.

Bomba menerima panggilan kira-kira pukul 11.45 malam dan lima anggota menggunakan kenderaan pacuan empat roda, tiba di tempat kejadian 25 km dari pekan Ranau, hampir satu jam kemudian disebabkan jalan yang sukar dilalui.

Mekii berkata, api dapat dipadamkan setengah jam kemudian tetapi rumah kayu itu musnah sepenuhnya. - BERNAMA

2 lelaki ditahan selepas dikejar hampir 30km



KULIM - Polis menahan dua lelaki yang dipercayai pengedar dadah selepas mengejar kereta suspek lebih 30 kilometer di Lebuhraya Utara Selatan dari Sungai Dua/Bertam, Pulau Pinang hingga ke Padang Serai dekat sini awal pagi tadi.<br />
<br />
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, DSP Chin Soo Song berkata, kedua-dua suspek diberkas ketika cuba memboloskan diri daripada ditahan polis setelah kereta yang dipandu salah seorang suspek itu terbabas di tepi jalan raya berhampiran Sekolah Menengah Padang Serai kira-kira pukul 7 pagi tadi.<br />
<br />
“Seorang daripada suspek tersebut dikatakan mengalami kecederaan ringan setelah bertindak agresif melawan anggota polis ketika hendak diberkas dan kedua-dua suspek berkenaan kini ditahan di lokap Balai Kulim di sini untuk siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.<br />
<br />
Katanya, sebelum itu, kira-kira pukul 6.30 pagi kedua-dua suspek dikatakan tidak berhenti pada satu sekatan jalan raya polis di sekitar kawasan Sungai Dua, Seberang Perai dan cuba melarikan diri dengan memecut kereta jenama Toyota Altis itu ke arah Plaza Tol Bertam dan melanggar palang pintu tol di situ dan terus ke Padang Serai. - BERNAM</div>

Peragut dilanggar selepas samun

KUALA TERENGGANU - Geram dengan tindakan dua lelaki cuba meragut isterinya, seorang peniaga bertindak nekad melanggar motosikal yang dinaiki suspek yang sebelum itu berjaya menyamun seorang warga emas, di sini.

Dalam kejadian pada Isnin lepas di Jalan Hiliran itu, seorang suspek diberkas manakala rakannya berjaya melarikan diri apabila motosikal yang dinaiki mereka terjatuh selepas dilanggar kereta peniaga berusia 31 tahun tersebut.

"Polis juga menemui semula beg galas wanita warga emas yang disamun mereka sebelum dilanggar. Suspek juga didapati positif dadah,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan di sini hari ini.

Mengulas rentetan kejadian, Manoharan berkata, sebelum itu kedua-dua suspek dipercayai cuba meragut beg seorang wanita yang berjalan kaki menuju ke tempat kerjanya di sebuah pasar raya di Jalan Sultan Ismail di sini. - BERNAMA

Tiga maut dalam kejadian banjir lahar dingin gunung Gamalama

 JAKARTA: Hujan lebat yang berlarutan selama tiga jam di Ternate, Maluku Utara malam tadi menyebabkan bandar itu dilanda banjir lahar dingin dari sisa bahan volkanik gunung berapi Gamalama dan mengakibatkan tiga orang terkorban.

Mangsa yang terbunuh dari sebuah keluarga di kawasan Desa Tobu, Ternate Utara, yang dihanyutkan arus deras, kata pihak berkuasa tempatan.
Dalam kejadian itu lima penduduk kampung juga cedera parah dan dirawat di hospital daerah sementara ribuan penduduk lagi terpaksa dipindahkan ke tempat selamat.

Desa Tubo merupakan kawasan paling teruk dilanda banjir lahar dingin itu dengan kira-kira 90 peratus rumah penduduk mengalami kerosakan teruk, bahkan ada rumah yang dihanyutkan arus.



Gunung Gamalama meletus pada 4 Dis lalu, namun letusan pada hari itu tidak mengakibatkan kerugian harta benda, cuma mengganggu jadual penerbangan komersil Manado-Ternate selama seminggu. - Bernama

Pengarah mengaku tidak bersalah


Pengarah mengaku tidak bersalah

JOHOR BAHRU - Seorang pengarah syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM1.6 juta bagi membantu dapatkan tender membina sebuah sekolah, pada April dan Jun tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Amin Suhaimi, 52, didakwa bagi tuduhan pertama iaitu meminta suapan wang tunai RM816,900 daripada seorang penga­rah syarikat Detect Engineering Sdn Bhd, Mohd Hassan Madon, 48, melalui Mohd Iskandar Fahmi Abdullah, 52, kononnya sebagai dorongan untuk membantu syarikat tersebut mendapatkan tender membina dan menyiapkan Sekolah Menengah Berasrama Penuh di atas sebahagian lot di Mukim Pulai, dekat sini, daripada syarikat Iskandar Investment Bhd (IIB).

Dia dituduh melakukan kesalahan­ terbabit di sebuah hotel dekat sini jam 5 petang, 22 April 2010. Bagi tuduhan kedua, Mohd Amin didakwa menerima bagi dirinya suapan­ RM500,000 daripada Mohd Hassan melalui Mohd Iskandar Fahmi, sebagai upah membantu syarikat Detect Engineering Sdn Bhd berkenaan mendapat tender membina dan menyiapkan Sekolah Menengah Berasrama Penuh bernilai RM40.8 juta itu daripada IIB, di tempat letak kereta di Jalan Wong Ah Fook, di sini, jam 4 petang, 4 Jun 2010.

Bagi tuduhan ketiga, Mohd Amin didakwa menerima bagi dirinya suapan­ wang tunai RM316,900 daripada individu yang sama iaitu sebagai upah membantu mendapatkan tender yang sama daripada IIB, di tempat letak kereta di Jalan Trus, di sini, antara jam 2 dan 3 petang, 9 Jun 2010.

Bagi ketiga-tiga kesalahan terbabit dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Hakim Mohd Nasir Nordin membenarkan Mohd Amin yang juga suami bekas Ketua Pegawai Eksekutif itu diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Mohd Nasir turut menetapkan 27 Januari depan untuk sebutan semula kes dan 5 hingga 16 Mac depan untuk bicara.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Abdul Ghafar Abdul Latif manakala Mohd Amin diwakili peguam Shamsul Sulaiman.

60,000 tinggal dalam khemah

60,000 tinggal dalam khemah

MANILA - Puluhan ribu penduduk terjejas akibat banjir kilat di Filipina pada 17 Disember lalu, terpaksa meneruskan kehidupan di dalam khemah buat beberapa bulan lagi sementara kerajaan mencari kawasan selamat untuk mereka duduki.

Ketua Pertahanan Awam, Benito Ramos berkata, lebih 60,000 mangsa ribut tropika Washi berlindung di bangu-nan kerajaan di bandar Cagayan de Oro dan Iligan, kebanyakannya di sekolah yang akan dibuka selepas musim cuti.

“Kami tidak dapat membina tempat perlindungan tetap kepada mereka dalam masa terdekat. Kesemua mangsa perlu berpindah ke dalam khemah sebaik musim persekolahan dibuka 3 Januari depan,” katanya, semalam.

Penempatan di tepi sungai Pulau Mindanao musnah teruk akibat banjir kilat.

Naib Yang Dipertua Dua Perkim didakwa pecah amanah

SHAH ALAM - Naib Yang Dipertua Dua Pertubuhan Kebajikan Islam Kebangsaan (Perkim) dan dua ahlinya dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini, semalam atas dakwaan pecah amanah RM3,7 juta yang sepatutnya diperoleh pertubuhan itu, lebih tujuh tahun lalu.

Bagaimanapun, Profesor Emeritus Datuk Dr Ariffin Suhaimi, 74, Datuk Baharin Baba, 58, dan Abas Adam, 60, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Asmadi Hussin.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perkim cawangan Damansara Utama, dekat sini, antara 1 April 2002 dan 22 April 2004.

Wang terbabit merupakan dana balasan projek menaik taraf laluan dari Lapangan Terbang Subang ke Hospital Sungai Buloh (Fasa II) yang sepatutnya dimiliki Perkim Damansara Utama.

Ariffin juga bekas Timbalan Rektor Pertama Universiti Islam Antarabangsa dan dua rakannya itu berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Sinti dan Nik Haslinie Hashim, manakala mereka diwakili peguam, Najah Ariffin dan Normala Lot.

Muhammad memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM20,000 seorang dengan alasan pertuduhan melibatkan jumlah besar.

Bagaimanapun kedua-dua peguam memohon mahkamah mengurangkan ikat jamin tersebut dengan alasan, semua tertuduh memberikan kerja sama baik sepanjang siasatan dijalankan SPRM sejak 2006.

Kes disebut semula 27 Januari depan.

'Toyol' cilik curi RM20 ribu ditangkap


PUCHONG – Disangkanya toyol yang mencuri duit simpanan yang diletakkan dalam kotak berkunci di dalam bilik tidur rumahnya, namun misteri kehilangan wang tunai berjumlah hampir RM20,000 milik seorang kontraktor sebelum ini terjawab apabila tiga penyamun cilik mengaku melakukan perbuatan itu.

Difahamkan, penyamun cilik terbabit mengaku mencuri wang tunai itu selepas ditakut-takutkan anak mangsa yang mendakwa badan mereka yang mencuri akan terasa panas kerana terkena air jampi.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal berkata, sebelum ini beberapa kali duit yang disimpan di dalam biliknya didapati hilang namun gagal menjejaki si pencuri.

Polis kesan lelaki dipercayai teman lelaki Rozana

SHAH ALAM - Polis sedang menjejaki seorang individu dipercayai teman lelaki kepada kerani bank, Rozana Mohd Yusak, 35, yang mati ditikam 15 kali di sebuah rumah kedai, di Jalan Puncak Desa, Kepong, Gombak pada 22 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya memperoleh petunjuk baru dan sudah mengenal pasti seorang lelaki dipercayai ada kaitan dengan kes tersebut.

“Kita sedang mengesan lelaki itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Selain itu, kita juga sudah mengambil keterangan beberapa rakan mangsa termasuk ahli keluarganya bagi mengumpul maklumat berhubung kes,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, semalam.

Tun Hisan berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan terlalu banyak maklumat kerana bimbang mengganggu siasatan.

Dalam kejadian 22 Disember lalu, Rozana ditemui oleh orang awam dalam keadaan nyawa-nyawa ikan serta berlumuran darah dalam premis sewanya, sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun mangsa yang masih bujang itu, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan dan bedah siasat menunjukkan terdapat 15 kesan tikaman di belakang badan mangsa serta kesan kecederaan di beberapa bahagian anggota badan lain seperti siku, lengan, peha, tepi rusuk kanan dan jari.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Tun Hisan mengesahkan jantina pemilik rangka serta tengkorak manusia yang ditemui di tapak projek membaik pulih cerun runtuh di Kilometer 4.28, Jalan Ampang ke Hulu Langat pada 19 Disember lalu adalah lelaki.

“Identiti mangsa kita belum tahu tapi jantina serta umur sudah dikenal pasti berdasarkan bentuk tubuh serta giginya.

“Mangsa juga merupakan penghidap penyakit ‘down syndrome’ dan berusia 20-an. Siasatan menunjukkan dia mati dibunuh lebih dua minggu ketika mayatnya ditemui,” katanya.

Surat palsu SC diguna untuk skim pelaburan haram

 KUALA LUMPUR 28 Dis. - Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini memberi amaran kepada orang ramai mengenai surat palsu yang tertera logonya yang digunakan dalam skim pelaburan haram.

SC berkata skim itu dijalankan oleh individu yang tidak berlesen.

"Surat yang dialamatkan kepada individu mengandungi tandatangan palsu seorang pegawai SC,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.

Menurut aduan yang diterima oleh SC, skim pelaburan itu dikatakan menawarkan pulangan antara 5 dan 10 peratus sebulan dan telah menarik pelabur dari Kota Bharu, Nilai, Putrajaya dan Johor Bahru.

Individu berkenaan kemudiannya menggunakan surat palsu SC bagi memaklumkan kepada pelanggan mengenai kewajarannya tidak membayar pulangan seperti yang dijanjikan kepada mereka.

SC sudah membuat laporan polis terhadap penggunaan nama dan logo SC secara tidak sah itu.

Mereka yang tidak memperoleh lesen daripada SC tidak dibenarkan mengutip wang daripada pihak lain untuk pelaburan dalam sekuriti atau derivatif. - BERNAMA

Bekas pembantu gerai dipenjara 18 tahun miliki dadah

 GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan terhadap seorang bekas pembantu gerai makanan setelah didapati bersalah memiliki dadah jenis kanabis awal tahun ini.

Hakim Datuk Zamani A. Rahim memerintahkan agar hukuman terhadap Noor Azman Abidin, 40, itu dijalankan dari tarikh dia ditangkap di kawasan letak kereta belakang Pasar Raya Sunshine di Air Itam di sini pada 3 petang 5 Jan lepas kerana memiliki kanabis seberat 1,941 gram.
Bapa kepada tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang menetapkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Saliza Ismail, manakala tertuduh diwakili peguam, Hussaini Abdul Rashid.



Terdahulu dalam prosiding hari ini Hussaini memohon mahkamah untuk mengenakan hukuman penjara yang ringan dan bukannya seumur hidup bagi memastikan kehidupan keluarga tertuduh terjamin memandangkan isterinya tidak bekerja dan dua daripada tiga anaknya masih bersekolah. - Bernama

69 dipercayai pelacur ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan 69 wanita warga tempatan dan asing serta seorang mak nyah, yang dipercayai melakukan kegiatan pelacuran, semasa menyerbu dua kelab malam dan pub yang menawarkan hiburan tarian tiang di ibu negara awal pagi tadi.

Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Deputi Superintendan Azman Mohd Isa, berkata serbuan pertama dilakukan ke atas sebuah kelab di Jalan Changkat Thambi Dollah pada jam 1 pagi dan menahan 17 wanita warga Thailand, yang dipercayai menjadi penghibur seks.

"Turut ditahan seorang mak nyah warga Thailand yang menjalani pembedahan menukar jantina. Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 21 dan 33 tahun.
"Seramai 14 lagi wanita warga tempatan turut ditahan dalam premis itu bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi kedua kemudian dilakukan dengan menyerbu sebuah pub berhampiran Menara PGRM pada jam 3 pagi dan menahan 37 wanita tempatan serta seorang wanita warga Vietnam yang kesemuanya berusia antara 17 dan 50 tahun.

Azman berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua premis hiburan itu menawarkan hiburan tarian tiang untuk menarik pelanggannya berdasarkan dua tiang yang ditemui di pentas dalam premis terbabit.

"Selain itu, pelanggan juga boleh ‘mengalungkan bunga’ kepada pelayan yang diminati dan kita percaya ini akan menjurus kepada kegiatan pelacuran,” katanya.
Beliau berkata, aktiviti kalungan bunga diadakan dengan harga RM20 bagi setiap kalungan dan pelayan wanita itu akan mampu memperoleh 'tips' sehingga RM1,000 oleh pelanggan yang meminati mereka.

"Mereka ini akan dipakaikan jubah khas berharga RM1,000 jika diminati oleh pelanggan dan mereka akan menjadi pelayan paling popular pada malam itu. Kita juga masih menyiasat pembabitan wanita warga tempatan itu," katanya.

Azman berkata, siasatan lanjut mendapati kedua-dua premis yang diserbu beroperasi sejak sebulan lalu dan tidak mempunyai lesen perniagaan sah.

Beliau berkata, operasi itu berakhir kira-kira jam 4 pagi dan mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi membantu siasatan mengikut Akta Hiburan (tiada lesen) dan Akta Imigresen (membenarkan warga asing kerja tanpa permit). - BERNAMA 

Askar wataniah maut dilanggar lori

KULIM: Seorang askar wataniah maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 26, Jalan Kulim-Baling berhampiran Kawasan Perindustrian Padang Meha, Sungai Karangan, dekat sini, hari ini.

Ketika kejadian kira-kira jam 11 pagi, mangsa Azlina Rosli, 23, yang menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Mutiara, Sungai Kob, dekat sini, bersama adiknya Izzati, 19, yang menunggang motosikal lain bersama seorang rakan yang berusia 20 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superitendan Chin Soo Son, berkata ketiga-tiga mereka dalam perjalanan ke arah Pekan Padang Serai apabila kemalangan itu berlaku.
Katanya, ketika Azlina mengambil selekoh di situ, dia bertembung dengan lori yang datang dari arah Padang Serai menyebabkan mangsa terpelanting dari motosikalnya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Chin berkata, Azlina mengalami luka parah di kepala selain luka di bahagian badan dan kaki.

Mayatnya dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat. - BERNAMA

Jenayah siber di Pahang babitkan kerugian RM1.3 juta membimbangkan

 KUANTAN: Sebanyak RM1.3 juta kerugian dicatatkan membabitkan kes penipuan menerusi jenayah siber di Pahang tahun ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pahang, Supt Thomas Navamoney, sejak Januari hingga 21 Dis lepas, sebanyak 26 kes dilaporkan membabitkan kerugian berjumlah RM1,313,481.88 dialami mangsa-mangsa penipuan.
"Modus operandi sindiket terbabit ialah mereka menyamar sebagai pegawai dari Bank Negara, polis atau pegawai kad kredit bank.

"Kebanyakan mereka yang ditipu terdiri daripada golongan berpendidikan tinggi serta berjawatan besar," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata mereka yang menjadi mangsa penipuan didapati kurang maklumat dan kesedaran terhadap jenayah siber.

"Terdapat mangsa yang ditipu sehingga mencecah ratusan ribu ringgit, paling tinggi ialah sebanyak RM400,000 daripada 26 kes yang dilaporkan itu," katanya.

Katanya, mangsa dilihat mudah terpedaya sehingga sanggup memindahkan wang atau memberikan nombor akaun mereka beserta nombor pin kepada sindiket terbabit.

"Kita meminta orang ramai mengabaikan panggilan daripada bank khususnya Bank Negara atau polis jika diminta menyatakan berkenaan akaun bank dan kad kredit," katanya.

Thomas berkata orang ramai diminta pergi ke bank bagi mendapatkan pengesahan tentang perkara berkaitan akaun bank dan kad kredit mereka.

"Jangan sesekali memindahkan wang atau mendedahkan maklumat akaun melalui telefon atau e-mel kepada orang yang tidak dikenali," katanya. -- BERNAMA

Polis jejaki lelaki berkaitan kes bunuh tikam 15 kali

 SHAH ALAM: Polis sedang menjejaki seorang lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan kes bunuh seorang wanita yang ditemui dengan lebih 15 kesan tikaman di rumah sewanya pada 21 Dis lepas.

Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu termasuk motif serta hubungan lelaki tersebut dengan mangsa.
"Polis ada 'something ongoing', kita masih menjalankan siasatan terperinci," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata empat individu telah dipanggil memberikan keterangan termasuk rakan-rakan dan anggota keluarga mangsa.



Katanya berdasarkan bedah siasat, terdapat 36 kesan kecederaan pada tubuh mangsa termasuk luka-luka dipercayai akibat pergelutan dengan suspek. - Bernama

Rokok seludup RM90,000 dirampas di perairan Sandakan

 SANDAKAN: Pasukan Gerakan Marin (PGM) merampas 8,000 bungkus rokok bernilai RM90,000 yang cuba diseludup masuk ke daerah ini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Sandakan, Superitendan Fadzil Mohd Ali, berkata rampasan dilakukan selepas anggota PGM menahan sebuah bot laju di kawasan perairan Terusan Duyung pada jam 6.10 petang.

Katanya, ketika cuba diperiksa, bot laju itu enggan berhenti dan apabila bot anggota PGM mengejarnya, bot laju itu hilang kawalan dan merempuh hutan bakau berhampiran.
"Juragan dan seorang pembantunya berjaya melarikan diri di kawasan hutan bakau itu," kata Fadzil.

Beliau berkata, rokok yang cuba diseludup itu adalah untuk dipasarkan di sekitar daerah ini. - BERNAMA

Dua remaja mengaku tidak bersalah cuba merompak

 KUALA LUMPUR: Dua remaja berusia 19 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan cuba merompak dan menyebabkan kerosakan kepada sebuah kereta milik seorang wanita di sini, minggu lalu.

Muhammad Norazrin Abu Bakar dan Mohd Zuhairi Zunaidi, dituduh cuba merompak seorang ahli perniagaan wanita, Tan Yoke Chew, 58, dengan memecah cermin depan sebelah kanan keretanya dengan objek keras di persimpangan lampu isyarat di Manjalara, Kepong pada 2.30 petang 23 Disember.

Bagi percubaan merompak, mereka dituduh mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Mereka juga mengaku tidak bersalah memecah cermin kereta Tan mengakibatkan kerugian RM300.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Loh Wei Dhin meminta mahkamah menetapkan ikan jamin RM10,000 disertai seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Majistret Azmil Muntapha Abas membenarkan ikat jamin RM7,000 setiap seorang dengan seorang pejamin dan menetapkan 27 Januari tahun depan untuk sebutan kes. - BERNAMA 

Askar wataniah maut dilanggar lori

 KULIM - Seorang askar wataniah maut setelah motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 26, Jalan Kulim-Baling berhampiran Kawasan Perindustrian Padang Meha, Sungai Karangan, dekat sini hari ini.

Ketika kejadian kira-kira 11 pagi, mangsa, Azlina Rosli, 23, yang menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Mutiara, Sungai Kob, dekat sini, bersama adiknya Izzati, 19, yang menunggang motosikal lain bersama seorang rakan yang berusia 20 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, DSP Chin Soo Son berkata, ketiga-tiga mereka dalam perjalanan ke arah Pekan Padang Serai apabila kemalangan itu berlaku.

Katanya, ketika Azlina mengambil satu selekoh di situ, dia bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah Padang Serai menyebabkan mangsa terpelanting dari motosikalnya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Soo Son berkata, Azlina mengalami luka parah di kepala selain luka-luka di bahagian badan dan kaki.

Mayatnya dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat. - BERNAMA

69 orang dipercayai pelacur ditahan



KUALA LUMPUR 28 Dis. - Polis menahan 69 wanita warga tempatan dan asing serta seorang mak nyah, yang dipercayai melakukan kegiatan pelacuran, semasa menyerbu dua kelab malam dan pub yang menawarkan hiburan tarian tiang di ibu negara awal pagi tadi.

Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), DSP Azman Mohd. Isa berkata, serbuan pertama dilakukan ke atas sebuah kelab di Jalan Changkat Thambi Dollah pada 1 pagi dan menahan 17 wanita warga Thailand, yang dipercayai menjadi penghibur seks.

"Turut ditahan seorang mak nyah warga Thailand yang telah menjalani pembedahan menukar jantina. Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 21 dan 33 tahun.

"Seramai 14 lagi wanita warga tempatan turut ditahan dalam premis itu bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi kedua kemudian dilakukan dengan menyerbu sebuah pub berhampiran Menara PGRM pada 3 pagi dan menahan 37 wanita tempatan serta seorang wanita warga Vietnam yang kesemuanya berusia antara 17 dan 50 tahun. - BERNAMA

Belia mengaku tak bersalah cuba merompak


KUALA LUMPUR - Dua belia berusia 19 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan cuba merompak dan menyebabkan kerosakan kepada sebuah kereta milik seorang wanita di sini minggu lepas.

Muhammad Norazrin Abu Bakar dan Mohd. Zuhairi Zunaidi, dituduh cuba merompak seorang ahli perniagaan wanita, Tan Yoke Chew, 58, dengan memecah cermin depan sebelah kanan keretanya dengan objek keras di persimpangan lampu isyarat di Manjalara, Kepong pada 2.30 ptg 23 Disember.

Bagi percubaan merompak, mereka dituduh di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Pekerja kilang terbunuh jatuh dalam mesin


TAIPING - Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam mesin pembancuh kelapa sawit di sebuah kilang di Kampung Padang Gajah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusof Mohd. Diah berkata, Suhaimi Mohamad Ariffin, 36, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada seluruh bahagian badan.

Dalam kejadian kira-kira 10.20 pagi itu, mangsa dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam mesin yang masih bergerak ketika mencuci mesin terbabit, katanya kepada pemberita, di sini.

Yusof berkata, hanya mangsa berada di dalam kilang ketika itu dan kejadian disedari rakan sekerja mangsa yang berada di luar kilang selepas mendengar jeritannya. - BERNAMA

Rokok seludup RM90,000 dirampas

SANDAKAN - Pasukan Gerakan Marin (PGM) merampas 8,000 bungkus rokok bernilai RM90,000 yang cuba diseludup masuk ke daerah ini semalam.

Timbalan Ketua Polis Sandakan, Supt. Fadzil Mohd. Ali berkata, rampasan dilakukan selepas anggota PGM yang menahan sebuah bot laju di kawasan perairan Terusan Duyung pada 6.10 petang.

Katanya, ketika cuba diperiksa, bot laju itu enggan berhenti dan apabila bot anggota PGM mengejarnya, bot laju itu hilang kawalan dan merempuh hutan bakau berhampiran.

"Juragan dan seorang pembantunya berjaya melarikan diri di kawasan hutan bakau itu,” kata Fadzil.

Beliau berkata, rokok itu yang cuba diseludup itu adalah untuk dipasarkan di sekitar daerah ini. - BERNAMA

Bekas pengurusan kanan IIB didenda

JOHOR BAHRU - Bekas Naib Presiden Kanan Iskandar Investment Berhad (IIB) didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah mendedahkan maklumat harga anggaran bidaan bagi tender satu projek pembinaan jalan, tiga tahun lepas.

Hakim Mohd. Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu selepas Rostam Razali, 51, yang berasal dari Bandar Baru Bangi, Selangor, mengaku melakukan kesalahan itu di pejabat South Johor Investment Corporation Berhad, yang kini dikenali sebagai IIB pada awal April, 2008.

Dia dituduh tanpa kebenaran pihak pengurusan telah menggunakan maklumat yang diperolehi atas kedudukannya sebagai pegawai syarikat itu untuk mendapat keuntungan bagi dirinya dan orang lain dengan mendedahkan maklumat harga anggaran bidaan Projek 3: Pakej 3B - pembinaan dan penyiapan Jalan Abu Bakar Interchange kepada bakal penender iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kimlun Sdn. Bhd., Sim Tian Liang. - BERNAMA

Wanita meraung selepas dihukum gantung

ALOR SETAR: Seorang bekas pegawai pemasaran warga Indonesia menangis teresak-esak selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atasnya kerana didapati bersalah mengedar dadah seberat 841.63 gram (g), tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu ke atas Maggie Taissya Olyvia, 27, yang juga bekas graduan perbankan sebuah universiti di Jakarta, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Tertuduh yang berasal dari Depok, Jakarta didapati bersalah mengedar 656.15 g heroin dan 185.14 g monoacetylmorphine di Kompleks Kuarantin, Imigresen dan Kastam (KIK) Bukit Kayu Hitam kira-kira jam 12.15 tengah hari pada 20 September 2010.
Maggie Taissya yang memakai baju lengan panjang biru dan berseluar gelap pada mulanya kelihatan tenang sebaik hukuman terhadapnya dibacakan, bagaimanapun wanita itu gagal mengawal perasaan dan meraung sebaik saja dibawa masuk oleh polis ke dalam lokap mahkamah sebelum ditenangkan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Mohd Zaki dalam penghakimannya berkata, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

"Pihak pendakwaan berjaya membuktikan Maggie Taissya mengetahui mengenai kewujudan dadah di dalam beg dibawanya ketika ditahan.
"Dalam keterangannya, tertuduh juga mengakui yang dia tahu beg dibawanya itu mengandungi dadah tetapi tidak mengetahui dadah jenis apa.

"Dengan itu, tertuduh didapati bersalah sebagaimana diperuntukkan mengikut Seksyen 39B(2) dan hanya satu hukuman ke atas pesalah iaitu hukuman gantung sampai mati," katanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan di KIK Bukit Kayu Hitam selepas anggota kastam mengesan kewujudan dadah menerusi mesin imbasan di dalam beg dibawanya.

Dadah berkenaan dipercayai diletakkan di dalam sampul surat ditempatkan dalam ruangan khas di bagasi dibawanya sebelum dipaksa buka dengan cara menoreh di bahagian berkenaan bagi mengeluarkan dadah terbabit.

Tertuduh dalam keterangannya mengakui bahawa dia menerima tawaran daripada seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Nick di Jakarta untuk membawa beg itu dari Kemboja ke Malaysia.

Tertuduh kemudian dikatakan pergi ke Phnom Penh untuk bertemu seorang lelaki bernama Daniel sebelum memintanya membawa bagasi berkenaan ke Malaysia menerusi Thailand.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Shuhada Mat Yatim, manakala tertuduh diwakili A J Surinarayanan.

‘Geli Girl’ dah tak kisah

PENGAKUAN...Aida  berkongsi pengalaman kisah hidupnya sebagai ‘Geli Girl’ kepada wartawan Harian Metro.
PENGAKUAN...Aida berkongsi pengalaman kisah hidupnya sebagai ‘Geli Girl’ kepada wartawan Harian Metro.

GEORGETOWN: Mula menjaja tubuh untuk mendapatkan wang ketika masih bergelar siswi, nyata kerja terkutuk itu sukar ditinggalkan biarpun diri kini sudah menjadi graduan dan memiliki pekerjaan tetap.

Tanpa rasa malu, gadis hanya mahu dikenali sebagai Aida, 24, berkata jika dulu golongan sepertinya dikenali sebagai ‘Call Girl’ atau ‘Escort Girl’, kini lelaki yang menagih belaian manja mereka memberi gelaran baru iaitu ‘Geli Girl.’

“Apapun gelaran diberi dan biarpun seluruh tubuh kami diratah, kami tidak kisah kerana apa dicari hanyalah wang. Yang penting, orang tak tahu kegiatan saya dan saya juga berjaya menghabiskan pengajian di kolej,” katanya.

Aida berkata, walaupun sudah bekerja di sebuah syarikat swasta, dia masih aktif dalam kerja itu untuk menampung kos kehidupan kerana gaji diperoleh setiap bulan tidak mencukupi.


“Ibu bapa saya di kampung tak tahu saya melakukan kerja terkutuk ini kerana setiap bulan saya akan memberikan separuh wang gaji kepada mereka.


“Wang yang dapat hasil kegiatan Geli Girl saya tak bagi pada ibu bapa tapi saya gunakan untuk beli barangan berjenama dan pakaian untuk diri saya,” katanya.

myMetro | ‘Geli Girl’ dah tak kisah:

'via Blog this'

Penyamun datang balik

MUSNAH...sebahagian peralatan rumah hangus dibakar penyamun.
myMetro | Penyamun datang balik:

'via Blog this'

Pekebun sayur didakwa edar syabu 3.64 kilogram

IPOH: Seorang pekebun sayur didakwa di Mahkamah Majistret pagi tadi atas kesalahan mengedar syabu seberat 3.64 kilogram di Ampang dekat sini pada 15 Disember lalu.

Leong Chai Wai, 43, didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Majistret Haslina A Raof menetapkan 28 Februari depan untuk sebutan semula kes berkenaan.
Berita Harian Online | Pekebun sayur didakwa edar syabu 3.64 kilogram:

'via Blog this'

Remaja maut digilis treler

Kemalangan

BUKIT MERAH – Cubaan memotong motosikal lain di garisan kecemasan gagal, apabila motosikal dipandu seorang remaja, di sini, bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 190.2 arah utara, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Tol Bukit Merah/Alor Pongsu, 8.40 malam semalam.

Mangsa, Ahmad Akmal Ahmad Fauzi, 21, maut di tempat kejadian akibat gagal mengawal motosikal sebelum di gilis sebuah treler dari arah sama.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dikatakan cuba memotong sebuah motosikal lain yang ketika itu dipandu seorang lelaki India bersama seorang pembonceng di lorong kecemasan.
Menurutnya, bagaimanapun cubaan mangsa gagal menyebabkan mangsa bergesel dengan treler sebelum terjatuh dan di gilis tayar treler terbabit.
“Mangsa dipercayai tidak dapat mengawal motosikalnya kerana angin daripada treler yang kuat.
“Mangsa mati di tempat kejadian setelah mengalami pendarahan dalaman,” katanya.
Katanya, mayat mangsa dituntut oleh datuknya, Adnan Basarudin, 60, dan di bawa pulang ke kampung halaman di Kuala Sepetang, Taiping untuk dikebumikan.
Ahmad Akmal sudah kematian kedua ibu bapanya dan tinggal bersama datuknya sejak beberapa tahun lalu di Kuala Sepetang, Taiping.
Bagaimanapun, penunggang dan pembonceng motosikal itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, pemandu treler, Ahmad Sharani, 26, berkata, sebelum kejadian, dia melihat daripada cermin sisi sebelah kiri, sebuah motosikal dipandu seorang lelaki India di lorong kecemasan sebelum dipotong oleh mangsa yang meluru laju ke hadapan.
“Saya risau juga tengok gelagat mangsa yang tidak mempedulikan treler saya dengan memotong agak rapat.
“Saya khuatir dia bergesel dengan badan treler, selalunya angin daripada treler yang kuat boleh menarik sesiapa sahaja jika jarak terlalu dekat,” katanya.
Ahmad berkata, kebimbangannya menjadi kenyataan apabila dia terlihat mangsa terjatuh dan tergilis pada tayar belakang treler.
“Saya terus memberhentikan kenderaan, nasib baik kontena ini tiada muatan jadi mudah untuk berhentikan.
“Mangsa mungkin terbabas disebabkan terlalu rapat dengan treler dan angin daripada treler menariknya sebelum terjatuh,” katanya.
Katanya, dia mengucapkan takziah kepada ahli keluarga disebabkan kejadian yang tidak di sangka-sangka itu.
Remaja maut digilis treler - Perak - Sinar Harian:

'via Blog this'

‘Toyol’ masjid kena cekup

toyol

RAUB - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan selepas dipercayai mencuri wang milik salah seorang jemaah Masjid Tengku Abu Bakar, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superin-tendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, seorang remaja berusia 19 tahun meletakkan begnya yang berisi dompet dan wang tunai RM200 di ruang solat wanita.

Menurutnya, lebih kurang jam 8.50 pagi itu, mangsa ke tandas sebelum masuk semula ke dalam masjid dan mendapati beg pakaiannya terbuka dan dompet telah tiada.

“Mangsa sempat bertanyakan beberapa individu yang berada di sekitar masjid dan pihak pengurusan masjid juga mendapat makluman awal berkaitan kes kecurian itu.

“Berdasarkan maklumat orang ramai, suspek berjaya ditahan di Perhentian Bas dekat Pusat Perdagangan Raub,” katanya.

Wan Mohd Samsudin berkata, siasatan awal mendapati suspek yang berasal dari Serendah, Selangor itu menyimpan wang RM200 dalam dompetnya.

Katanya, suspek bertindak mengeluarkan wang dan membuang dompet mangsa ke dalam salah sebuah pasu di masjid berkenaan.

“Suspek juga menunjukkan sendiri lokasi dompet mangsa yang dibuangnya dan ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atasnya didapati negatif.

“Suspek pernah bekerja sambilan di sebuah kedai makanan dekat Bandar Raub dan difahamkan baru sahaja berhenti kerja,” kata Wan Mohd Samsudin.

Beliau berkata, pada malam sebelum kejadian, suspek dipercayai baru sahaja sampai dari Serendah dan tidur di masjid itu.

Katanya, suspek mendakwa melakukan perbuatan mencuri itu kerana ingin dijadikan tambang bas untuk pulang semula ke kampungnya di Serendah.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan dan orang ramai perlu sentiasa berhati-hati termasuk ketika berada dalam kawasan masjid atau surau supaya menjaga barangan berharga termasuk wang dan telefon bimbit,” katanya.

Sementara itu, tindakan suspek memulangkan semula dompet yang diambilnya dalam beg pakaian mangsa akhirnya memerangkap dirinya sendiri.

Imam Dua Masjid Tengku Abu Bakar, Abd Rahman Mohd Ali berkata, ketika kejadian beliau sedang memeriksa alat pembesar suara dalam masjid itu.

Menurutnya, pada masa itu dia terlihat seorang remaja lelaki mencampak dompet ke dalam sebuah pasu di penjuru masjid berhampiran tempat wuduk dan tandas wanita.

“Pada waktu itu saya menggunakan mikrofon untuk menguji sistem bunyinya dan sempat saya menjerit sebagai respons apabila melihat perbuatan remaja itu.

“Orang ramai juga keluar dari premis berdekatan dan sempat melihat kelibat suspek melarikan diri keluar dari kawasan masjid menuju ke bandar,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Abd Rahman berkata, dia sempat menceritakan kepada anggota polis berdekatan tentang kejadian berkenaan dan menerangkan ciri-ciri fizikal remaja itu.

“Dalam masa singkat sahaja, polis dapat mengesan kedudukan lokasi suspek ketika itu dan berjaya memberkasnya,” katanya.

‘Toyol’ masjid kena cekup - Pahang - Sinar Harian:

'via Blog this'

Enam ditahan bantu siasat kes pembunuhan

KUALA LUMPUR – Polis menahan enam lelaki dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang pekerja kontrak warga Bangladesh di Sunway Harmony 3, Jalan Damansara di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Aida Abdul Hamid berkata, lelaki itu yang ditemui mati dengan tempurung kepalanya pecah di sebuah tapak projek perumahan di situ, dipercayai maut akibat dipukul.

"Mereka semua ditahan petang semalam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, polis masih menyiasat motif pembunuhan.

Dalam kejadian itu, mangsa ditemui rakan sekerjanya yang mengangkut perkakas pembinaan di kawasan tersebut kira-kira 8.30 pagi. – BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Tidak mengaku terima suapan RM1.6 juta

JOHOR BAHRU: Suami kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Berhad (IIB) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, terhadap tiga tuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM1.6 juta pada April dan Jun 2010.

Mohd Amin Suhaimi, 52, dituduh meminta dan menerima suapan untuk membantu sebuah syarikat mendapatkan tender membina serta menyiapkan sebuah sekolah menengah berasrama penuh membabitkan kos RM40.8 juta daripada IIB.


Tertuduh yang juga pengarah syarikat swasta di bandar raya ini didakwa meminta suapan wang tunai RM816,900 daripada Mohd Hassan Madon, 48, melalui seorang lelaki, Mohd Iskandar Fahmi Abdullah, 52, di Kafe Para-Para, Hotel Grand Paragon di sini, pada jam 5 petang, 22 April 2010.

Ia kononnya sebagai dorongan membantu Detect Engineering Sdn Bhd mendapatkan tender itu membina dan menyiapkan sekolah menengah berasrama penuh di Pulai.


Bagi tuduhan kedua, Mohd Amin didakwa menerima suapan RM500,000 daripada individu sama, juga melalui orang yang sama.

myMetro | Tidak mengaku terima suapan RM1.6 juta:

'via Blog this'

Tidak mengaku terima suapan RM1.6 juta

JOHOR BAHRU: Suami kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Berhad (IIB) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, terhadap tiga tuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM1.6 juta pada April dan Jun 2010.

Mohd Amin Suhaimi, 52, dituduh meminta dan menerima suapan untuk membantu sebuah syarikat mendapatkan tender membina serta menyiapkan sebuah sekolah menengah berasrama penuh membabitkan kos RM40.8 juta daripada IIB.


Tertuduh yang juga pengarah syarikat swasta di bandar raya ini didakwa meminta suapan wang tunai RM816,900 daripada Mohd Hassan Madon, 48, melalui seorang lelaki, Mohd Iskandar Fahmi Abdullah, 52, di Kafe Para-Para, Hotel Grand Paragon di sini, pada jam 5 petang, 22 April 2010.

Ia kononnya sebagai dorongan membantu Detect Engineering Sdn Bhd mendapatkan tender itu membina dan menyiapkan sekolah menengah berasrama penuh di Pulai.


Bagi tuduhan kedua, Mohd Amin didakwa menerima suapan RM500,000 daripada individu sama, juga melalui orang yang sama.

myMetro | Tidak mengaku terima suapan RM1.6 juta:

'via Blog this'

Warga Nigeria edar ganja

KUALA LUMPUR: Kegiatan pengedaran dadah warga Nigeria di Malaysia, yang sebelum ini banyak membabitkan syabu kini beralih kepada ganja.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, sekumpulan anggota polis menyerbu di belakang restoran di Taman Melati, Wangsa Maju, Khamis lalu jam 10.30 malam dan menahan dua lelaki warga Nigeria. “Selepas pemeriksaan kita menemui 15 ketulan mampat dipercayai ganja dalam kenderaan suspek.


“Pemeriksaan di kondominium disewa kedua-dua suspek berusia 27 dan 29 tahun itu menemui dua ketulan ganja serta 25 gram syabu yang dianggarkan RM49,000,” katanya.

Menurut beliau, siasatan mendapati suspek berusia 27 tahun pelajar di institusi pengajian tinggi swasta di Cheras berdasarkan visa pelajar dimilikinya, manakala seorang lagi tiada dokumen pengenalan diri.

myMetro | Warga Nigeria edar ganja:

'via Blog this'

Serangan 30 lelaki

KUALA LUMPUR: Ditetak dua kali di kepala selain diserang dengan spanar. Begitulah nasib malang yang menimpa seorang joki kereta apabila dia diserang lebih 30 lelaki bersenjatakan parang dan besi sehingga menyebabkannya menerima 18 jahitan di kepala selain cedera di bahu dan tangan dalam kejadian di hadapan sebuah kelab malam di Jalan Metro, Pudu, di sini kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, tiga rakan mangsa yang kebetulan menggunakan laluan sama ‘merempuh’ ahli kumpulan terbabit menggunakan kereta dinaiki sebelum menariknya masuk ke kenderaan dan meninggalkan kawasan berkenaan untuk menyelamatkannya.


Menceritakan semula kejadian yang nyaris meragut nyawanya, S Prabakaran, 31, berkata, dia baru tiba berdekatan tempat kerja yang terletak tidak jauh dari kawasan itu dan ketika itu, dia ternampak lebih 30 lelaki bergaduh sesama mereka.

Menurutnya, kerana bimbang kumpulan itu bertindak ganas, dia memperlahankan kenderaannya sebelum berhenti tidak jauh dari tempat kumpulan itu bergaduh.


Malangnya, katanya, dengan tiba-tiba beberapa lelaki daripada kumpulan itu meluru ke arahnya sebelum seorang daripada mereka melompat ke atas keretanya dan memecahkan cermin keretanya dengan cota.


“Saya keluar dari kereta menyoal tindakan mereka, tetapi seorang daripada mereka menyoal saya kembali dengan alasan menyaksikan pergaduhan mereka itu.

“Saya menjawab hanya melalui kawasan berkenaan berikutan tempat kerja saya tidak jauh dari kawasan itu dan berang dengan jawapan saya, mereka mula menyerang saya dengan cota,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.


Dia berkata, tidak cukup dengan itu, kumpulan itu membawa keluar parang yang disimpan di dalam kelab malam itu sebelum menetaknya dua kali di bahagian kepala selain cuba menetak di bahagian badan namun dia sempat mengelak.

“Mereka memecahkan kereta dan melarikan pemain radio, telefon bimbit, rantai emas saya dan wang RM1,300 yang disimpan di dalam kocek seluar,” katanya.


myMetro | Serangan 30 lelaki:

'via Blog this'

Terbunuh rakan

MARANG: Gara-gara memukul rakannya menggunakan sebilah parang ketika berbincang masalah hutang di sebuah kilang baja pada 15 September lalu, seorang penghidap HIV dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Nor Azizah Yusof menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Amzul Jusoh, 39, dari Kampung Rhu Muda, di sini, yang mengaku bersalah mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan (KK) kerana menyebabkan kematian Hassan Harun, 37, menggunakan sebilah parang.


Terdahulu tertuduh memakai baju lokap berwarna merah dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan terhadapnya atas alasan perlu menjaga ibunya yang uzur.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh terhadap Hassan di Sea Union Fishmill Sdn Bhd di Kampung Batangan, di sini, antara jam 2.30 hingga 3.30 pagi, 15 September lalu.


Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 304(b) KK kerana membunuh tanpa niat yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nazlyza Mohamad Nazri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, tertuduh bersama mangsa dan seorang lagi rakan pergi ke kawasan kilang berkenaan kira-kira jam 3 pagi untuk berbincang masalah hutang dengan seorang rakan mereka yang berada di situ.


Bagaimanapun, tertuduh yang ketika itu memegang sebilah parang tersalah memukul mangsa berikutan keadaan persekitaran gelap.

Akibat kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan serius pada kepala.

myMetro | Terbunuh rakan:

'via Blog this'

Surat rahsia jual zuriat

KUCHING: Sekeping surat yang ditemui dalam bakul sampah menyelamatkan seorang bayi tidak sah taraf daripada dijual bapa kandungnya sendiri dengan harga RM7,000 dipercayai kepada sindiket menjual bayi.

Bayi perempuan berusia lapan hari itu diselamatkan selepas tiga individu ditahan polis dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini, Jumaat lalu.

Difahamkan, bayi itu dilahirkan ibunya yang berusia 31 tahun berasal dari Kuala Lumpur di sebuah hospital di bandar raya ini, pada 19 Disember lalu.

Menurut sumber, sebaik melahirkan bayi berkenaan, wanita berkenaan mendakwa dia dibawa seorang wanita lain yang tidak dikenali pulang ke rumahnya di Jalan Keranji, di sini, pada keesokannya, kononnya untuk berehat.


“Tanpa mengesyaki sesuatu tidak diingini, mangsa bersama anaknya dibawa seorang wanita tidak dikenali dipercayai berasal dari Sibu ke rumah terbabit untuk berehat.


“Ketika berada di rumah itu, wanita terbabit ternampak sekeping surat dalam bakul sampah dan hatinya tiba-tiba tergerak untuk membaca kandungan surat berkenaan.

“Wanita itu terkejut apabila mendapati surat dibacanya menyatakan bayinya akan dijual dengan harga RM7,000 dan mengesyaki teman lelakinya berusia 30-an berasal dari Sibu turut terbabit dalam rancangan bagi menjual anak mereka,” katanya.

myMetro | Surat rahsia jual zuriat:

'via Blog this'

Terapung 10 jam di laut

KUALA KEDAH: “Saya sebenarnya hampir berputus asa dan merasakan hanya tinggal 10 peratus peluang untuk terus hidup kerana sudah terlalu penat selepas terapung hampir 10 jam di dalam air.

“Namun, saya terpaksa menggagahkan diri dan tidak memberitahu awak-awak kerana tidak mahu mereka panik,” kata Md Habib Kasa, 51, tekong yang terselamat selepas bot pukat tunda yang dinaiki bersama tiga awak-awaknya karam dipukul ombak besar di perairan Langkawi berhampiran Pulau Segantang, kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, Md Habib bersama tiga awak-awak iaitu Kasim Ghazali, 56, serta dua warga Thailand dikenali sebagai Ham Peng, 51, dan Som Mai, 35, terpaksa berpaut pada dua tong minyak dan empat pelampung selain terapung hampir 10 jam sebelum diselamatkan sebuah kapal dagang dari Myanmar kira-kira jam 4 petang.

Pada masa sama, dua lagi bot nelayan lain yang berada berhampiran bot berkenaan turut karam.

myMetro | Terapung 10 jam di laut:

'via Blog this'

Bimbang kes samun, bakar rumah meningkat

KAJANG: Penduduk di daerah ini semakin bimbang berikutan kes samun dan bakar rumah yang meningkat sejak kebelakangan ini.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Zul, 51, berkata, kejadian yang berlaku perlu dipandang serius pihak berkuasa kerana ia bukan saja membabitkan kehilangan harta benda, malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa.


“Polis sememangnya melaksanakan peranan secara proaktif dalam menangani jenayah namun rondaan perlu ditingkatkan terutamanya di kawasan yang tidak mempunyai pengawal keselamatan,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang dikenali sebagai Mustapa, 56, turut melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes samun dan bakar sejak kebelakangan ini.


Beliau berkata, taman perumahan seharusnya menubuhkan pasukan Rukun Tetangga (RT) yang melakukan rondaan secara berkala terutamanya pada waktu malam.


“Sukar untuk pihak polis mengawal dan mengekang kejadian jenayah, tetapi sebagai penduduk kita seharusnya berganding bahu dengan pihak berkuasa dalam menangani kes jenayah agar keselamatan diri dan harta benda terjamin,” katanya.

myMetro | Bimbang kes samun, bakar rumah meningkat:

'via Blog this'

Wanita kelar tangan rakan akibat cemburu

KUALA LUMPUR: Gara-gara cemburu, seorang peniaga wanita warga Thailand berusia 37 tahun cedera selepas lengannya dikelar jiran juga rakan senegaranya di luar sebuah hotel di Jalan Thamby Pillay, di sini, kelmarin.

Difahamkan, sebelum kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, berlaku pergaduhan antara mereka selepas suspek wanita berkenaan menuduh mangsa menjalinkan hubungan dengan suaminya.


Perselisihan faham yang mulanya hanya perang mulut pada kira-kira jam 7.30 malam berlanjutan sehingga tengah malam sambil disaksikan beberapa orang awam di kawasan berkenaan.

Menurut sumber, suspek yang gagal mengawal diri bertindak di luar jangkaan apabila mengambil sebilah pisau pemotong sayur dan menyerang mangsa.


“Akibat serangan itu, lengan mangsa luka dan mengalami pendarahan selepas suspek mengelarnya menggunakan pisau itu,” katanya.


“Orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan kemudian menghubungi polis sebelum anggota polis peronda sampai,” katanya.

Bagaimanapun, suspek sempat melarikan diri sebelum polis berkenaan tiba di tempat kejadian.


Sumber berkata, mangsa yang risau akan keselamatan dirinya kemudian membuat laporan di Balai Polis Brickfields.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abd Hamid mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

myMetro | Wanita kelar tangan rakan akibat cemburu:

'via Blog this'

Sukar berhenti kerana wang, ketagihan seks

GEORGETOWN: “Memang sukar untuk gadis seperti Aida dan Mimi berhenti daripada kegiatan keji mereka. Selain sudah kelabu mata dengan wang ringgit, aktiviti seksual yang keterlaluan menyebabkan mereka kini menjadi ketagih.”

Demikian komen Koordinator Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas) Pulau Pinang, Nur Fitri Amir Muhammad mengenai kegiatan ‘Geli Girl’ dilakukan Aida dan Mimi.


Nur Fitri berkata, pihaknya pernah beberapa kali didatangi ‘Geli Girl’ yang meminta bantuan untuk keluar daripada gejala itu.

“Antara nasihat kami ialah menggalakkan mereka berpuasa kerana dengan puasa menyebabkan tubuh menjadi lemah. Tubuh lemah akan membuatkan nafsu seseorang turut menjadi lemah.


“Ini sekali gus dapat membantu mereka mengekang nafsu daripada melakukan aktiviti maksiat,” katanya.


Nur Fitri turut menasihati golongan itu supaya lebih berfikir panjang diri mereka kerana kemewahan yang diperolehi sebenarnya tidak memberi sebarang maka jika mereka dilaknat Allah, bukan saja di akhirat kelak, malah ada yang mendapat balasan ketika masih hidup.

“Contoh paling muda, mereka yang mengamalkan aktiviti seks bebas amat terdedah kepada penyakit Aids dan virus HIV. Kalau sudah dijangkiti penyakit maut itu baru nak menyesal, mungkin ia sudah terlambat,” katanya.

myMetro | Sukar berhenti kerana wang, ketagihan seks:

'via Blog this'

Terkejut jumpa mayat rakan ditetak

KUALA LUMPUR: Tiga warga Bangladesh yang bekerja sebagai buruh binaan dikejutkan dengan penemuan mayat rakan senegara mereka berhampiran tempat menyimpan barang di tempat kerja mereka di Manjalara, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, tiga lelaki berkenaan baru saja selesai menghadiri taklimat keselamatan mengenai tempat kerja mereka dan menuju ke tempat penyimpanan barang sebelum memulakan tugas.


Bagaimanapun, beberapa meter sebelum sampai ke tempat yang dituju, mereka mendapati seorang lelaki berada dalam keadaan terbaring di atas jalan dan berlumuran darah.

Menurut sumber, setelah memeriksa keadaan rakan mereka, mereka mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dan terus menghubungi polis.


“Mangsa dipercayai ditetak dengan menggunakan senjata tajam berdasarkan kecederaan di muka dan kepalanya,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abd Hamid ketika dihubungi berkata, mangsa berusia 31 tahun, bekerja sebagai buruh binaan di kawasan pembinaan di situ dan sudah bekerja selama setahun setengah.

“Mangsa dipercayai ditetak di kepalanya dengan menggunakan senjata tajam. Bagaimanapun, suspek serta motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya.


Aida berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

myMetro | Terkejut jumpa mayat rakan ditetak:

'via Blog this'

Terkejut rumah pindah tangan

REMBAU: “Saya bercadang mahu membuat pengubahsuaian rumah awal tahun depan tetapi terkejut diberitahu rumah dibeli secara tunai lebih 10 tahun lalu sudah dilelong dan kini mempunyai pemilik lain,” kata kakitangan kerajaan, Normala Hashim, 48, yang terkejut apabila rumah teres setingkat dibelinya di Taman Rembau Utama, di sini, dilelong tanpa pengetahuannya.

Menurutnya, tiga minggu lalu, dia didatangi pembida yang mengatakan sudah membeli rumahnya dengan bayaran RM6,300 sebagai deposit melalui Kontrak Lelongan Awam di Mahkamah Tinggi Seremban.


Normala berkata, masalah itu bukan saja menghimpit dirinya tetapi lapan lagi pemilik rumah yang sudah membeli rumah secara tunai juga dimaklumkan kediaman mereka turut tersenarai dalam lelongan itu.

“Perkara ini sudah tentu memeranjatkan kerana sudah 11 tahun kami mendiami rumah itu namun awal bulan lalu didatangi broker mengatakan rumah ini akan dilelong,” katanya ketika ditemui di Taman Rembau Utama, di sini, semalam.


Katanya, ketiadaan geran tanah juga menyebabkannya berdepan dengan situasi sukar apabila timbul masalah seperti itu.


“Sebelum ini kami cuba mendapatkan geran tanah rumah untuk menuntut hak milik kekal namun pelbagai alasan diberikan pihak berkaitan sehinggalah tiba waktu rumah kami dilelong.

“Kami berasa tidak puas hati dan tertipu apabila tidak menerima sebarang notis mengatakan rumah dilelong sedangkan bayaran pembelian rumah sudah lama langsai,” katanya. Seorang lagi pemilik rumah yang baru kematian suami, Aminah Jahan, 39, berkata, dia terkejut dimaklumkan rumah diduduki lebih 10 tahun lalu sudah dilelong.


“Lebih menyedihkan, rumah ini dihadiahkan oleh ayah kepada saya dan kakak, malah rumah ini sudah habis dibayar cuma sehingga kini kami tidak memperoleh geran rumah,” katanya.

Kedua-dua pemilik rumah berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Rembau bagi menuntut keadilan berhubung dengan masalah itu.

myMetro | Terkejut rumah pindah tangan:

'via Blog this'

Penyamun lakon terbabit nahas

SERDANG: Melakukan lagak aksi terbabit dalam kemalangan jalan raya dan mengalami kecederaan. Itu taktik terbaru digunakan dua lelaki untuk menyamun mangsa mereka dalam kejadian di Bandar Puchong Jaya, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 3.30 pagi di depan sebuah restoran itu menyebabkan lelaki berkenaan kerugian sebanyak RM2,000 selepas wang tunai dan barangan berharga di rampas.


Mangsa, Wong Chu Woo, 20, berkata dia dalam perjalanan ke kereta dikejutkan dengan bunyi rempuhan kuat di hadapan restoran. Katanya, dia melihat dua lelaki berusia 20-an telentang dan mengerang kesakitan sebelum dia berlari untuk membantu. “Saya lihat dua lelaki itu menahan kesakitan dan meminta bantuan supaya mengangkat mereka. Sebaik saja saya memegang badan salah seorang daripada mereka, rakannya serta-merta mengeluarkan pisau dan diacukan ke dada.

“Saya terkejut melihat tindakan lelaki itu terus melepaskan dari pegangan. Mereka kemudian mengugut mahu mencederakan sekiranya tidak mahu menyerahkan barangan berharga dan wang tunai,” katanya, semalam.


Menurutnya, takut dengan ugutan itu, dia terus mengeluarkan barangan yang diminta.


Katanya, dua penyamun yang berpura-pura sakit itu terus melarikan diri selepas mendapat barangan berharga.

“Walaupun mengalami kerugian sebanyak RM2,000, tetapi saya bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Puchong sejurus kejadian.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias mengesahkan menerima laporan kejadian.

myMetro | Penyamun lakon terbabit nahas:

'via Blog this'

Mati terjun kereta

SEDIH...Yu bersama anak tunggalnya Eee.  Gambar kecil Huynh.
SEDIH...Yu bersama anak tunggalnya Eee. Gambar kecil Huynh.

ALOR GAJAH: Seorang wanita warga Vietnam terpaksa bertarung nyawa hampir 24 jam sebelum menemui ajal akibat pendarahan di kepala selepas terjun dari kenderaan pacuan empat roda dipandu teman lelakinya berhampiran sebuah pondok bas di Pekan Rembia, malam Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 10.45 malam itu, Huynh Anh Nguyet, 29, dikatakan terjun secara tiba-tiba menyebabkannya parah di kepala.

Mangsa mati ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka jam 10.30 malam Khamis lalu.

Suami mangsa, Yu Boon Seng, 49, berkata dia tidak tinggal bersama isterinya (mangsa) sejak empat bulan lalu selepas mendakwa marah dengan perbuatan isterinya yang pernah menipu sebelum ini.


“Sebelum ini, dia pernah tipu saya apabila mendakwa keluar berjumpa kawan, namun selepas menunggu lama isteri hanya pulang keesokan hari membuatkan saya marah kerana kami mempunyai anak masih kecil yang ditinggalkan di rumah.

myMetro | Mati terjun kereta:

'via Blog this'