Search This Blog

Tuesday, December 27, 2011

Pemilik kedai dobi dihukum gantung

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zakiah Kassim menjatuhkan hukuman itu ke atas Md Nazli Sahid@Said, 39, selepas memutuskan pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Md Nazli didakwa melakukan kesalahan itu di halaman rumah No. 33 Taman Sri Hartamas Mergong pada 10 malam, 24 Dis 2010 mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani manakala tertuduh diwakili peguam J. Martin.

Pemilik kedai dobi dihukum gantung - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pegawai polis kena tetak ketika serah saman

ALOR SETAR - Seorang pegawai polis cedera parah ditetak manakala seorang lagi cedera ringan setelah terlibat dalam satu pergelutan dengan seorang lelaki di Kampung Gelam 2, Alor Pudak, Bukit Besar dekat Yan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, Inspektor Mohd. Firdaus Zainal, 29, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Yan, cedera parah di kaki kiri dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) manakala seorang lagi mangsa, iaitu pegawai polis berpangkat Inspektor, menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Yan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, sepasukan 12 pegawai dan anggota polis ke rumah suspek yang berusia 45 tahun bagi menyerahkan saman kepada suspek berhubung satu kes lain.

Beliau berkata, suspek yang melihat kehadiran polis mengambil parang panjang sebelum menyerang pegawai serta anggota polis itu serta merosakkan kenderaan mereka.

"Suspek dan pasukan polis itu terlibat dalam pergelutan dan pihak polis tidak menggunakan senjata kerana mahu menangkap suspek secara biasa. Seorang pegawai kena libasan parang dan mengalami kecederaan serius,” katanya kepada pemberita ketika melawat Mohd. Firdaus. - BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Polis tumpas sindiket curi lori ”Geng Azlan”

KUALA LUMPUR - Polis percaya telah menyelesaikan sekurang-kurangnya lapan kes curi lori di Gombak sejak awal tahun ini dengan penangkapan empat anggota ”Geng Azlan” minggu lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supt. Rosly Hassan berkata, polis turut menemui semula lapan lori terbabit dalam serbuan di Tanjung Karang, Selangor dan Selekoh, Perak.

"Suspek pertama lelaki tempatan, berusia 26 tahun yang dipercayai dalang sindiket ditahan pada 19 Disember, kira-kira 5.30 petang di Parit 3, Tanjung Karang,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Susulan itu pada 21 Disember, polis memberkas suspek kedua juga lelaki warga tempatan yang berusia 30 tahun di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang. - BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

2 warga Nigeria ditahan, dadah RM50,000 dirampas

KUALA LUMPUR - Dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar Lembah Klang sejak beberapa bulan lepas, dua lelaki warga Nigeria berjaya diberkas polis yang turut merampas dadah bernilai hampir RM50,000.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, dua lelaki terbabit termasuk seorang penuntut sebuah pusat pengajian tinggi swasta ditahan pada 22 Disember lepas.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Mohmad berkata, suspek pertama berusia 27 tahun ditangkap kira-kira 10.30 malam di sebuah restoran di Taman Melati, Wangsa Maju selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

"Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan 15 ketulan tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja dan satu paket plastik berisi dadah disyaki syabu yang diletakkan di dalam kereta suspek.

"Kita percaya suspek sedang menunggu pelanggan bagi mengedarkan dadah tersebut,” katanya. - BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

18 rangka motosikal ditemui dalam sungai

KANGAR - Sebanyak 18 rangka motosikal dan dua unit penutup enjin kenderaan itu ditemui dalam Sungai Panggau dekat sini serta anak-anak sungai sekitarnya dalam Ops Lejang bagi menumpaskan kegiatan mencuri motosikal sepanjang minggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Md. Zukir Md. Isa berkata, penemuan rangka motosikal dan penutup enjin itu adalah hasil tangkapan empat suspek termasuk seorang pelajar tingkatan empat antara 16 dan 20 Disember lalu di beberapa kawasan sekitar Kangar.

Bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis hari ini, beliau berkata, mereka yang berumur antara 16 dan 25 tahun itu tidak memiliki rekod jenayah dan turut ditahan ialah mekanik dan penganggur.

"Kesemua motosikal itu dipercayai telah dicuri dan dilupuskan di sungai berkenaan serta anak-anak sungai sekitarnya manakala komponen utamanya telah diambil,” katanya. - BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Dua sahabat terbunuh motosikal terbabas

ALOR GAJAH: Kegembiraan dua sahabat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dol Said, di sini, yang gemar bersiar-siar mengelilingi kampung dengan menunggang motosikal bertukar tragedi menyayat hati apabila mereka terbunuh dalam satu kemalangan, malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam di Kampung Rembia, dekat sini, pemboncengnya, Muhammad Firdaus Mohamad, 13, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.


Penunggang motosikal, Mohd Shazlan Rosli, 15, pula disahkan meninggal dunia lapan jam selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Melaka, kira-kira jam 7.30 pagi, kelmarin.

Menurut sumber, motosikal Honda Wave dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan apabila tiba di lakosi kejadian lalu terbabas di tebing bukit sebelum merempuh tiang telefon.


“Motosikal ditunggang Mohd Shazlan dipercayai gagal dikawal lalu tercampak di lereng bukit sebelum dia dan rakannya itu melambung dan tercampak pada bahagian tengah tiang telefon berkenaan,” katanya.


“Akibatnya, pembonceng motosikal cedera parah di kepala selain patah tangan kiri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Mohd Shazlan yang cedera di badan meninggal dunia lapan jam kemudian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata siasatan awal pihaknya mendapati motosikal dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui satu jalan lurus di kampung itu.

myMetro | Dua sahabat terbunuh motosikal terbabas:

'via Blog this'

Mayat terbaring

AMPANG: Mayat seorang lelaki dipercayai warga tempatan berusia 30-an ditemui dalam keadaan terbaring di Jalan Pandan Indah, di sini, pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi berkata, polis menerima panggilan jam 9.55 pagi daripada orang awam sebelum sepasukan polis dan unit forensik dihantar ke tempat kejadian.


Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas mangsa tidak menemui sebarang dokumen peribadi tetapi pihaknya percaya mangsa berkemungkinan warga tempatan berdasarkan kesan suntikan BCG pada lengannya.

“Terdapat kesan cedera pada dahi dan kedua-dua paha selain patah kaki kanan. Malah terdapat kesan calar pada belakang badan.


“Bagaimanapun, tiada senjata ditemui di tempat kejadian. Kita tidak menolak kemungkinan mangsa dilanggar kenderaan sebelum tercampak di atas pembahagi jalan,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Selain itu, mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian iaitu berseluar hitam serta berbaju kemeja biru.

Difahamkan, mangsa berkemungkinan maut awal pagi, namun disebabkan keadaan mayat terselindung di sebalik pokok hiasan di pembahagi jalan berkenaan, ia hanya disedari orang awam selepas jalan mula sibuk.


Nazri berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat.

Katanya, pihaknya tidak dapat mengenal pasti punca kematian berikutan tiada saksi tampil membantu siasatan dan menunggu keputusan bedah siasat.

myMetro | Mayat terbaring:

'via Blog this'

Lemas dibawa arus deras

PEKAN: Keghairahan empat sekeluarga menjaring ikan pada musim ombak besar ketika ini di Pantai Air Leleh, Kampung Serandu, dekat sini, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka lemas dibawa arus deras, kelmarin.

Mangsa, Zairolazri Zainuddin, 23, yang tidak pandai berenang bersama abang ipar dan dua anak saudaranya turun ke laut jam 2 petang sebelum tenggelam selepas lebih sejam menangkap ikan. Abang ipar mangsa, Mohd Rawi Madali, 46, berkata, dia tidak menyedari bila mangsa turun ke laut sebelum dibawa arus deras kerana sebelum kejadian, dia berada di darat memegang tali jaring. Menurutnya, ketika kejadian ombak agak besar dan mereka melepaskan jaring ke laut sejauh 50 meter dari persisiran pantai sebelum menariknya semula.


“Sebelum kejadian, saya beberapa kali mengingatkan arwah jangan turun ke laut kerana saya tahu dia tidak pandai berenang selain ombak besar ketika itu.

“Namun mungkin disebabkan terlalu ghairah menarik jaring, arwah secara tidak sengaja turun ke laut sebelum dipukul ombak dan tenggelam dibawa arus deras,” katanya yang tinggal di Kuala Pahang.


Mohd Rawi berkata, dia cuba membantu mangsa yang tenggelam dan hampir lemas apabila dipukul ombak besar sebelum berenang ke pantai dan pengsan.


Katanya, tindakan pantas mengarahkan dua anaknya, Mohd Hafiz, 20, dan Mohd Shafiq, 16, melepaskan tali jaring yang dipegang menyelamatkan mereka daripada lemas.

“Saya tidak menyangka keinginan arwah mengikut kami selepas beberapa jam singgah di rumah saya bersama isterinya, Norfarawahida Mohd Madali, 22, berakhir tragedi yang tidak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila.


Sementara itu, adik mangsa, Zairid Azmir Zainuddin, 21, berkata, abangnya tidak pandai berenang dan tidak menyangka dia mengikut keluarga iparnya ke laut menjaring ikan.

“Saya pelik kerana sebelum kejadian, abang tidak singgah di rumah kami di Felda Chini Timur 1 ketika pulang mengambil isterinya di Felda Chini 2, sebaliknya terus ke rumah iparnya di Kuala Pahang.


“Selalunya arwah menghubungi kami sekeluarga dan singgah ke rumah jika pulang bercuti kerana dia kini bekerja di kilang elektronik di Muar, Johor sejak lebih setahun lalu,” katanya.


Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Amran Sidek berkata, gerakan mencari mangsa disertai 95 unit skuba bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Rela, Majlis Daerah Pekan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung serta penduduk setempat.


“Kami mendapat bantuan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan mayat mangsa ditemui penduduk kampung yang sama-sama menyertai gerakan mencari jam 1 pagi, semalam.


“Saya menasihatkan pihak yang bercadang melakukan aktiviti di laut menangguhkan rancangan itu berikutan ombak besar dan angin kencang,” katanya.

myMetro | Lemas dibawa arus deras:

'via Blog this'

Mayat terbaring

AMPANG: Mayat seorang lelaki dipercayai warga tempatan berusia 30-an ditemui dalam keadaan terbaring di Jalan Pandan Indah, di sini, pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi berkata, polis menerima panggilan jam 9.55 pagi daripada orang awam sebelum sepasukan polis dan unit forensik dihantar ke tempat kejadian.


Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas mangsa tidak menemui sebarang dokumen peribadi tetapi pihaknya percaya mangsa berkemungkinan warga tempatan berdasarkan kesan suntikan BCG pada lengannya.

“Terdapat kesan cedera pada dahi dan kedua-dua paha selain patah kaki kanan. Malah terdapat kesan calar pada belakang badan.


“Bagaimanapun, tiada senjata ditemui di tempat kejadian. Kita tidak menolak kemungkinan mangsa dilanggar kenderaan sebelum tercampak di atas pembahagi jalan,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Selain itu, mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian iaitu berseluar hitam serta berbaju kemeja biru.

Difahamkan, mangsa berkemungkinan maut awal pagi, namun disebabkan keadaan mayat terselindung di sebalik pokok hiasan di pembahagi jalan berkenaan, ia hanya disedari orang awam selepas jalan mula sibuk.


Nazri berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat.

Katanya, pihaknya tidak dapat mengenal pasti punca kematian berikutan tiada saksi tampil membantu siasatan dan menunggu keputusan bedah siasat.

myMetro | Mayat terbaring:

'via Blog this'

35,000 putus hubungan

  • Foto

    SUJIE ABANG dari Moyan Lidan Asajaya,terpaksa menyambut Hari Krismas dalam banjir setelah kediamannya dinaiki air sambil mengunakan tudung tangki sebagai 'perahu'.

  • Foto

    SEBAHAGIAN penduduk Kampung Moyan Lidan Asajaya dipindahkan pusat pemindahan banjir setelah kampung mereka dinaiki air.

Banjir di Sarawak meruncing, 6,000 mangsa pindah

KUCHING: Lebih 35,000 penduduk kawasan sekitar Asajaya dan Sadong Jaya terputus hubungan darat ke Kuching apabila kawasan itu dinaiki air antara 0.5 hingga 1.5 meter sejak petang kelmarin.
Hujan berterusan sejak tiga hari lalu menyebabkan hampir 6,000 penduduk di seluruh Sarawak termasuk 5,000 di dua kawasan berkenaan dipindahkan ke pusatpemindahan banjir. Banjir kali ini lebih buruk berbanding tiga tahun lalu.
Berita Harian Online | 35,000 putus hubungan:

'via Blog this'

Jumlah kematian akibat banjir di Filipina kini hampir 1,500 orang

MANILA: Jumlah kematian akibat banjir yang menghanyutkan hampir keseluruhan perkampungan di selatan Filipina kini meningkat kepada kira-kira 1,500 orang pada ketika pihak berkuasa meluaskan operasi mencari mayat.

Pejabat Pertahanan Awam mengumumkan hari ini bahawa 891 orang mati di Cagayan de Oro dan seramai 451 lagi di bandar berhampiran iaitu Iligan manakala selebihnya dari wilayah lain.
Kebanyakan yang mati masih belum dikenali pasti identiti mereka.
Ketua Pertahanan Awam, Benito Ramos berkata, mayat didapati masih terapung di permukaan laut sejauh kira-kira 100 kilometer dari dua bandar berkenaan pada 16 Disember akibat taufan yang menyebabkan hujan lebih sebulan dalam tempoh 12 jam dan air naik di kawasan kediaman.

Ramos berkata, operasi mencari masih diteruskan selagi mayat ditemui. - AP
erita Harian Online | Jumlah kematian akibat banjir di Filipina kini hampir 1,500 orang:

'via Blog this'

Suami bekas CEO IIB dituduh minta dan terima rasuah RM1.6 juta

JOHOR BAHRU: Suami kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Berhad (IIB) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.6 juta pada April dan Jun, tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Amin Suhaimi, 52, mengaku tidak bersalah atas kesemua tuduhan berkenaan.
Berita Harian Online | Suami bekas CEO IIB dituduh minta dan terima rasuah RM1.6 juta:

'via Blog this'

Pelajar warga India mati ditembak ketika bercuti di UK

LONDON: Seorang pelajar warga India mati ditembak di sebuah bandar di sini ketika sedang bercuti bersama sekumpulan rakannya.

Mangsa, Anuj Bidve dibunuh semalam dalam kejadian yang polis sifatkan sebagai serangan jarak dekat tanpa provokasi berdekatan hotel di bandar Salford, barat laut England.
Ketua Superintendan Polis Greater Manchester, Kevin Mulligan, berkata lelaki berusia 23 tahun itu adalah antara kumpulan sembilan orang yang melawat bandar berdekatan Manchester.
Bidve adalah pelajar jurusan mikroelektronik Universiti Lancaster, utara England.

Polis berkata, seorang lelaki kulit putih berumur lingkungan 20an menahan pelajar berkenaan dan bercakap seketika, sebelum mengacukan pistol dan menembak dari jarak dekat. - AP
Berita Harian Online | Pelajar warga India mati ditembak ketika bercuti di UK:

'via Blog this'

Dua pelajar maut dalam kemalangan di Maran

MARAN: Dua pelajar perempuan yang dalam perjalanan pulang dari membeli makanan di pasar malam, maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 33.1 Jalan Maran, Jerantut.

Zalika Idris, 16 dan rakannya yang hanya dikenali Wan Nur Fatihah, 17, kedua-duanya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dekat sini, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Maran, DSP Ahmad Johari Shahabuddin, berkata dalam kejadian 6.55 petang itu, motosikal yang ditunggangi Zalika dipercayai cuba memotong kereta sebelum bertembung dengan kereta lain dari arah bertentangan.
Pemandu kereta itu, Nur Faradilla Abd Rahim, 39, bersama enam penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ahmad Johari berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua pelajar berkenaan tidak memakai topi keledar ketika kejadian. - BERNAMA
Berita Harian Online | Dua pelajar maut dalam kemalangan di Maran:

'via Blog this'

Dua pelajar maut dalam kemalangan di Maran

MARAN: Dua pelajar perempuan yang dalam perjalanan pulang dari membeli makanan di pasar malam, maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 33.1 Jalan Maran, Jerantut.

Zalika Idris, 16 dan rakannya yang hanya dikenali Wan Nur Fatihah, 17, kedua-duanya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dekat sini, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Maran, DSP Ahmad Johari Shahabuddin, berkata dalam kejadian 6.55 petang itu, motosikal yang ditunggangi Zalika dipercayai cuba memotong kereta sebelum bertembung dengan kereta lain dari arah bertentangan.
Pemandu kereta itu, Nur Faradilla Abd Rahim, 39, bersama enam penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ahmad Johari berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua pelajar berkenaan tidak memakai topi keledar ketika kejadian. - BERNAMA
Berita Harian Online | Dua pelajar maut dalam kemalangan di Maran:

'via Blog this'

Dua pelajar maut dalam kemalangan di Maran

MARAN: Dua pelajar perempuan yang dalam perjalanan pulang dari membeli makanan di pasar malam, maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 33.1 Jalan Maran, Jerantut.

Zalika Idris, 16 dan rakannya yang hanya dikenali Wan Nur Fatihah, 17, kedua-duanya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dekat sini, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Maran, DSP Ahmad Johari Shahabuddin, berkata dalam kejadian 6.55 petang itu, motosikal yang ditunggangi Zalika dipercayai cuba memotong kereta sebelum bertembung dengan kereta lain dari arah bertentangan.
Pemandu kereta itu, Nur Faradilla Abd Rahim, 39, bersama enam penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ahmad Johari berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua pelajar berkenaan tidak memakai topi keledar ketika kejadian. - BERNAMA
Berita Harian Online | Dua pelajar maut dalam kemalangan di Maran:

'via Blog this'

Dua pelajar terbunuh

 Muhammad Firdaus Mohamad (kiri) dan Mohd Shazlan Rosli
Muhammad Firdaus Mohamad (kiri) dan Mohd Shazlan Rosli
Motosikal dinaiki terbabas langgar tiang telefon

ALOR GAJAH: Dua remaja lelaki yang juga rakan sekolah, maut selepas motosikal mereka naiki terbabas sebelum merempuh tiang telekom di Kampung Rembia dekat sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dol Said, Muhammad Firdaus Mohamad, 13, yang juga pembonceng motosikal, mati di tempat kejadian, manakala rakannya pelajar Tingkatan Tiga sekolah sama, Mohd Shazlan Rosli,15, disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka, kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata Muhammad Firdaus dari Kampung Rembia dan Mohd Shazlan dari Taman Seri Pelangi, Rembia meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan.

Katanya, siasatan mendapati, motosikal jenis Honda Wave yang ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui sebatang jalan lurus di Kampung Rembia.

Beliau berkata, akibat kejadian, Muhammad Firdaus mengalami kecederaan parah di kepala dan patah kaki kiri, manakala Mohd Shazlan disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di hospital.

"Muhammad Firdaus mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan patah tangan kiri, manakala Mohd Shazlan yang cedera di badan disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka lapan jam kemudian," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Umar berkata, saksi diminta tampil membantu siasatan kes dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah di talian 06-5563222.

"Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Berita Harian Online | Dua pelajar terbunuh:

'via Blog this'

Pantai penuh sampah

Pantai penuh sampah

KUANTAN – Jika di kawasan lain mengalami hakisan teruk selepas air pasang besar malam semalam, pantai Cempaka pula dipenuhi sampah sarap dibawa ombak besar, disifatkan paling te­ruk dalam tempoh lima tahun.

Tinjauan Sinar Harian di sepanjang pantai itu mendapati banyak plastik, bekas makanan, botol dan kayu memenuhi jajaran pantai Kampung Cempaka hingga pantai Cerok Paloh, antara yang terkenal sebagai lokasi pelanco­ngan di daerah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mat Lazim Kadir, berkata sampah sarap itu dibawa ombak besar dan air pasang malam semalam.

“Kita akan melakukan gotong-royong bagi membersihkan semua sampah sarap ini selepas musim tengkujuh bagi memastikan keselamatan penduduk,” katanya.

Katanya, fenomena air pasang itu mengakibatkan beberapa tempat di pantai itu berlaku hakisan.

Pantai penuh sampah - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Air pasang bagai pesta

Banjir

KUANTAN – Fenomena air pasang di daerah ini memberi kesan kepada penduduk yang berada di tepi pantai namun ada dalam kalangan warga Kuantan mengambil kesempatan melihat situasi itu di beberapa pesisir pantai.

Tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa pantai termasuk pantai Cempaka, Pantai Teluk Chempedak dan Pantai Taman Gelora di bandar ini dipenuhi dengan gelagat orang ramai yang mahu menyaksikan fenomena itu.
Di Taman Esplanade, ombak besar dari pantai Tanjung Api yang mencecah dataran esplanade bukan sahaja menarik ramai pengunjung malah situasi itu menggalakkan mereka menanti lebih lama di lokasi baru pusat pelancongan Kuantan itu.
Air pasang kira-kira jam 9 malam semalam di pantai itu bagaimanapun memberi kesan kepada penduduk Tanjung Api berdekatan kerana air pasang mencecah bahagian luar rumah mereka.
Seorang penduduk dari Lorong Tanjung Api 11, Che Ngah Abdullah, 48, berkata, mereka berhadapan fenomena itu tiga hari lalu.
Katanya, penduduk sudah menjangkakan situasi itu dan setiap tahun mereka bersiap sedia menghadapinya.
Che Ngah juga memberitahu, dia tidak bimbang dengan fenomena itu kerana tempoh air pasang kira-kira tiga atau empat jam sahaja dan lantai rumahnya belum pernah digenangi air.
“Kami bersyukur kerana tiada hujan dan angin kencang yang mungkin boleh mengakibatkan air pasang lebih besar dan banjir di kawasan ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Sebagai penduduk tetap di situ, dia dan keluarga sedia maklum ai pasang besar akan berlaku kira-kira 10 hari terakhir sebelum tahun baru.
Sementara itu, ramalan air pasang surut di perairan Cendering dari Jabatan Meteorologi Malaysia dalam tempoh seminggu ialah antara 1.26 meter hingga 2.50 meter manakala di Tanjung Gelang pula diramalkan mencecah sehingga 3.33 meter.
Dalam tempoh sama, jabatan itu juga meramalkan kelajuan angin 60 hingga 70 kilometer sejam di perairan Pahang manakala ombak setinggi 7.5 meter.
Air pasang bagai pesta - Pahang - Sinar Harian:

'via Blog this'

Bayangan rumput panjang

Bayangan rumput panjang

TELUK BAGAN - Pengguna jalan di Kampung Perenggam, Jalan Teluk Bagan sering dihantui bayangan rumput panjang yang memenuhi kawasan jalan dan kejadian misteri itu kerap berlaku pada waktu malam.

Lebih pelik lagi kejadian yang yang berlaku itu tidak hanya tertumpu di satu kawasan malah seringkali berlaku di kawasan berhampiran dan lebih membimbangkan kejadian itu menjadi punca kemalangan.

Surirumah, Rohani Shaari, 52, berkata, dia pernah berdepan dengan situasi itu beberapa bulan lalu sewaktu dalam perjalanan ke rumah ibunya yang terletak di Tebengau.

“Sewaktu kejadian saya sedang menunggang motosikal, dalam perjalanan saya terlihat rumput panjang memenuhi ruang di hadapan jalan yang menyebabkan saya memperlahankan motosikal.

“Apabila saya memasang lampu tinggi sambil membaca ayat Kursi, barulah timbunan rumput itu berkurangan dan hilang terus daripada penglihatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Rohani mendakwa, kejadian bayangan rumput tinggi itu bukan sahaja pernah berlaku kepada dirinya malah pengguna lain yang kerap menggunakan jalan itu.

Kawasan jalan yang tidak disediakan kemudahan lampu jalan itu juga sering mengundang kemalangan sehingga meragut nyawa.

“Bagi pengguna yang sering menggunakan jalan ini mereka mungkin sudah biasa dengan kejadian pelik atau aneh berkenaan namun bagi yang belum mereka perlu lebih berhati-hati terutama pada waktu malam,” katanya.

Sementara itu, pekerja swasta, Nadhirah Nazri, 20, berkata, keadaan jalan berselekoh dan gelap juga merupakan faktor lain mengundang kepada kemalangan di kawasan itu.

Dia berkata, lebih lima tahun penduduk di kawasan itu terpaksa berhati-hati pada waktu malam ketika menggunakan jalan berkenaan kerana keadaan yang gelap dan sering dikaitkan dengan kisah misteri.

“Kemudahan lampu hanya disediakan di hadapan jalan besar sahaja manakala sepanjang jalan ini gelap dan pemandu hanya mengharapkan cahaya lampu kenderaan lain .

“Saya juga mohon pihak yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan lampu jalan bagi mengurangkan kejadian kemalangan dan kemudahan kepada pengguna,” katanya.

Pada 7 Disember lalu satu kemalangan di kawasan terbabit telah berlaku sehingga meragut nyawa pemandunya, selepas kenderaan jenis Proton Wira yang dipandu terbakar.

Bayangan rumput panjang - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Lalat bagaikan berpesta

Lalat bagaikan berpesta

KAMPUNG GEMBUT - Dalam hanya beberapa jam sahaja, puluhan lalat melekat pada kertas pelekat yang diletakkan di kedai salah seorang peniaga, di sini.

Peniaga, Suhana Pani, 38, berkata, ekoran keadaan itu dia yang mengusahakan kedai makanan sangat terganggu dengan serangan serangga berkenaan setiap hari tanpa mengira waktu.

Menurutnya, meskipun dia mengutamakan kebersihan di kedainya dengan membersihkan lantai dan meja serta membakar sampah yang ada, keadaan masih
tetap sama.

“Pelanggan yang datang ke kedai ini berasa tidak selesa apabila lalat mula mengerumuni makanan dan minuman mereka. Malah, kadang kala saya juga terpaksa menukar minuman yang dipesan pelanggan beberapa kali apabila lalat masuk ke dalamnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Penduduk, Ruzita Manap, 30, berkata, lalat berkenaan muncul semakin banyak terutama selepas hujan.

Menurutnya, masalah serangan serangga itu dipercayai berpunca daripada kewujudan reban penternakan ayam di kawasan berhampiran.

“Lalat yang hinggap pada peralatan rumah turut meninggalkan kesan hitam dan ia amat menggelikan serta boleh dikatakan hampir 24 jam lalat ini berkeliaran. Malah, apabila tiba waktu tidur kami terpaksa mematikan lampu bagi mengelakkan lalat berkenaan yang turut mengeluarkan bunyi bising.

“Lebih meresahkan, lalat yang hinggap pada makanan di rumah turut berpotensi menyebarkan kuman pembawa penyakit. Kami bimbang tahap kesihatan diri dan keluarga ekoran lalat yang terlalu banyak,” katanya.

Ruzita berkata, mereka memohon agar pihak bertanggungjawab dapat membuat pantauan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi demi keselesaan penduduk.

Lalat bagaikan berpesta - Johor - Sinar Harian:

'via Blog this'

Awas ejen pelancongan palsu

Awas ejen pelancongan palsu

LUKUT – Hanya bermodalkan air liur, seorang lelaki bertindak licik apabila dipercayai menyamar sebagai pegawai sebuah syarikat ejen pelancongan yang beribu pejabat di Jalan Genting, Klang untuk memperdayakan orang ramai.

Sinar Harian difahamkan, lelaki berkenaan bersama beberapa rakannya membuka kaunter di sebuah pasaraya, di sini untuk menjual pakej pelancongan dengan harga murah.

Seorang mangsa, Chong Kok Keong, 26, berkata, dia mengalami kerugian sebanyak RM698 apabila membuat bayaran untuk menjadi ahli kelab yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.

Menurutnya, mereka mengatakan apabila menyertai kelab berkenaan, ahlinya akan menerima diskaun dan pakej percutian menarik.

“Promosi pakej percutian kelab yang dibuat pada Jun 2011 berjaya menarik minat ramai pelanggan termasuklah saya kerana lokasinya di kawasan umum selain kepetahan ejen kelab ini berkata-kata,” katanya ketika ditemui selepas membuat aduan di Pusat Khidmat Masyarakat Adun Lukut, baru-baru ini.

Seorang lagi mangsa, Sim Siew Ling, 25, berkata, setelah membuat permohonan dan pengisian borang, dia diberikan kad keahlian yang membolehkannya melancong ke mana sahaja.

Bagaimanapun, katanya, mereka menetapkan syarat di mana jika mahu melancong, dia perlu memaklumkan dahulu kepada pihak syarikat.

“Saya menyedari pakej percutian ini adalah satu penipuan kerana cuba membuat penempahan untuk bercuti tetapi berasa amat kecewa kerana talian semua syarikat dan ejen percutian ini tidak dapat dihubungi lagi,” katanya yang juga melaburkan wang sebanyak RM698 untuk menjadi ahli kelab itu.

Sementara itu, Adun Lukut, Ean Yong Tin Sin berkata, pihaknya menerima tiga aduan berkenaan kes tersebut dan sudah melaporkan hal berkenaan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan serta membuat laporan polis.

Menurutnya, aduan itu akan disiasat secepat mungkin bagi mengelakkan syarikat percutian itu membuat penipuan promosi di tempat lain.


“Saya minta masyarakat di luar sana lebih berhati-hati untuk pergi melancong bersama agensi pelancongan dan hanya memilih yang berdaftar serta sah sahaja.

“Mana-mana individu atau pihak yang tertipu dengan kegiatan ini boleh tampil untuk membuat laporan,” katanya.

Awas ejen pelancongan palsu - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pegawai Imigresen dituduh menagih

Pegawai Imigresen dituduh menagih

KOTA BHARU – Seorang pegawai imigresen dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menagih dadah, Jun lalu.

Pertuduhan terhadap Osman Che Harun, 30, dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan, Osman dari Kuarters Imigresen, Jalan Kuala Krai di sini, didakwa memberikan kepada dirinya sendiri dadah metamphetamine di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, pada jam 1.45 pagi, 8 Jun lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Hafiz Abd Rahman.

Bagaimanapun, pada prosiding di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly, semalam, tertuduh mengaku tidak bersalah. Dia kemudian dibenarkan diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 25 Januari depan.

Terdahulu, Mohd Hafiz menawarkan jaminan RM5,000, tetapi dirayu tertuduh supaya jaminan itu dikurangkan dengan alasan mempunyai tanggungan dua anak yang masih bersekolah dan isteri yang tidak bekerja.

Selain itu, Mohd Fazaly Ali turut mengingatkan tertuduh untuk memastikan kehadiran peguamnya pada tarikh 25 Januari tersebut.

“Mahkamah akan menetapkan perbicaraan pada tarikh itu. Jadi, pastikan kamu lantik peguam kerana sebarang penangguhan tidak dibenarkan serta kes kamu ini akan disegerakan,” katanya.

Pegawai Imigresen dituduh menagih - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Ditangkap leka curi besi jeriji

Ditangkap leka curi besi jeriji

KULIM - Seorang lelaki berusia 20-an yang bersenjatakan parang ditahan oleh ahli Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) kerana mencuri besi jeriji di sebuah rumah tinggal di Jalan Bukit Awi kira-kira jam 10.30 pagi, semalam.

Pengerusi Rukun Tetangga Bukit Awi, Zul Bakri Shuib ketika ditemui di tempat kejadian berkata, hasil maklumat orang ramai, beliau kemudiannya segera menghubungi PPKM dan terus ke lokasi berkenaan dan mendapati suspek yang bersenjatakan parang sedang leka mencuri besi jeriji di rumah terlibat.

“Beberapa minit kemudian saya nampak suspek keluar dari rumah berkenaan.

“Sejurus selepas itu ahli PPKM pun sampai. Suspek yang menyedari kehadiran PPKM bertindak melarikan diri menyeberangi jalan di hadapan Kulim Inn. Bagaimanapun dia berjaya ditahan,” katanya.

Pengerusi PPKM, Khor Eng Khim berkata, sehingga kini lebih 10 suspek terlibat atas kesalahan yang sama berjaya ditahan.

“Suspek dibawa ke Balai Polis Kulim untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, suspek akan disiasat dibawah seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. .

Ditangkap leka curi besi jeriji - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Susu bayi China beracun

Susu bayi China beracun

SHANGHAI - Satu lagi produk susu China dikesan mengandungi toksin penyebab kanser yang dihasilkan oleh sebuah syarikat tenusu utama negara, kes terbaru dalam skandal keselamatan makanan negara itu.

Pengawal kualiti kerajaan menemui tahap aflatoksin yang tinggi dalam susu keluaran syarikat Mengiu Dairy, menurut kenyataan dikeluarkan syarikat itu, kelmarin.

Mengiu Dairy menjelaskan, produk tenusu yang dihasilkan di loji di Sichuan itu, telah menjalani ujian sebelum dijual dan susu yang tercemar tidak akan sampai ke pasaran.

Namun begitu, produk-produk berkenaan telah dimusnahkan dan syarikat berkenaan memohon maaf kepada pelanggannya.

Selepas beberapa skandal berprofil tinggi, China mula mengambil tindakan tegas terhadap pencabulan keselamatan produk untuk memastikan rakyat negara itu percaya semula kepada kerajaan.

Pencemaran makananan di China sebelum ini membabitkan pelbagai produk daripada barangan perubatan sehingga minyak masak. September lalu, seramai 32 orang ditahan kerana terlibat de­ngan penjualan minyak masak yang diproses dari sisa buangan yang diambil dari longkang.

Susu bayi China beracun - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'