Search This Blog

Sunday, December 25, 2011

Lelaki maut diserang tiga lelaki

JOHOR BAHARU - Seorang lelaki maut selepas diserang tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang di sebuah restoran di Taman Puteri Wangsa, di sini, awal pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Supt Abdul Samad Salleh berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi ketika lelaki berumur 40-an itu sedang minum berseorangan di restoran berkenaan.

"Menurut saksi, ketiga-ketiga lelaki terbabit memakai topeng. Kejadian berlaku dengan pantas dan mangsa yang merupakan rakyat tempatan mati di tempat kejadian akibat cedera parah ditetak di beberapa anggota badan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Samad berkata polis sedang mengenal pasti motif kejadian dan memburu ketiga-tiga lelaki terbabit. Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk bedah siasat.
Lelaki maut diserang tiga lelaki - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

18 wanita rakyat asing ditahan

JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Johor menahan 18 wanita rakyat asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di sebuah kedai minuman di Jalan Shahbandar, dekat Batu Pahat malam
tadi.

Timbalan Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Johor Masri Adul berkata serbuan menerusi "Ops 6P" itu dilakukan kira-kira pukul 12.30 tengah malam oleh sepasukan penguatkuasa yang bertindak selepas menerima maklumat orang awam.

"Kesemua wanita itu terdiri daripada 14 rakyat China, tiga rakyat Vietnam dan seorang rakyat Thailand. Kesemua mereka berumur lingkungan 16 dan 41 tahun," katanya menerusi satu kenyataan, di sini hari ini.

Masri berkata 16 daripada wanita itu didapati melakukan kesalahan di bawah Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, manakala dua lagi melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
18 wanita rakyat asing ditahan - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

20 penagih ditahan

20 penagih ditahan
LUNAS - 20 penagih dadah berusia di antara 19 hingga 50 tahun berjaya ditahan Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kulim di Ladang Kelapa Sawit Weleslly, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, operasi yang diketuai oleh Cif Inspektor, Muhamad Amin Mat Yassin bersama 12 anggota itu bermula kira-kira jam 7 pagi dan tamat kira-kira jam 10.30 pagi.

Menurutnya, selain penagih, polis turut merampas 17 motosikal dipercayai dimiliki suspek terlibat.

“Polis turut merobohkan tiga pondok di kawasan terbabit dipercayai tempat di mana pengedar menjual dadah mereka.

“Sehingga kini beberapa lokasi baru telah dikenal pasti dan pihak kami telah pun membuat pemantauan sebelum serbuan dibuat.

“Polis terpaksa berjalan kira-kira 500 meter ke lokasi itu. Mereka kemudiannya di bawa ke Balai Polis Lunas sebelum dipindahkan ke IPD Kulim untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, dari ujian saringan air kencing dijalankan, kesemua suspek didapati positif dadah dan akan disiasat di bawah seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983 pindaan 1988.

“Polis mendapati kebanyakan mereka terlibat merupakan penagih dadah berulang kerana ada yang pernah mendapatkan rawatan dari Pusat Pemulihan Narkotik sebelum ini.

“Masalah penagihan dadah bermula sejak mereka muda.

“Apabila meningkat usia, mereka akan menjadi penagih dadah tegar dan tabiat itu lebih sukar untuk ditangani,” katanya.
20 penagih ditahan - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Nenek hampir ditipu

Nenek hampir ditipu
KUALA TERENGGANU – “Mulanya saya begitu gembira apabila dimaklumkan memenangi tunai berjumlah RM5,000, namun apabila pemanggil meminta nombor akaun dan alamat rumah, saya mula terfikirkan sesuatu dan terasa ini satu penipuan,” kata Latifah Mat Amin, 57, dari Chendering.

Latifah nenek seorang cucu yang hampir diperdaya dan ditipu seorang pemanggil telefon dalam kejadian kira-kira 2 petang kelmarin setelah dimaklumkan dia berjaya memenangi hadiah daripada sebuah syarikat telekomunikasi sedangkan dia tidak pernah menyertai sebarang peraduan.

Menurutnya, semuanya terbongkar apabila pemanggil berkenaan iaitu seorang lelaki mulai bengang setelah dia bertanya pelbagai soalan dalam bahasa Indonesia sehingga pemanggil itu turut menghemburkan kata-kata kurang sopan yang akhirnya menyebabkan dia mengambil keputusan menamatkan talian.

“Sewaktu dia (pemanggil) meminta nombor akaun dan alamat rumah, saya mula terfikir kerana sekiranya dia dari syarikat telekomunikasi tersebut pastinya butiran peribadi termasuk alamat rumah dalam pengetahuan mereka.
“Tambah menghairankan apabila panggilan dibuat menggunakan ‘private number’,” katanya.

Katanya, pemanggil berkenaan bercakap dalam bahasa Indonesia dan apabila saya turut bercakap dalam bahasa yang sama, dia marah termasuk mengeluarkan kata-kata biadap.

“Menyedari sesuatu tidak kena, saya mematikan talian.

“Saya bersyukur kerana tidak menjadi mangsa penipuan apatah lagi banyak kes sebegini berlaku,” katanya.

Menurutnya, sepanjang lebih lima tahun menggunakan nombor talian ini, ini pertama kali berlaku kepadanya, namun sekurang-kurangnya kejadian ini membuatkan dia semakin berhati-hati.
Nenek hampir ditipu - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Diragut depan rumah

Diragut depan rumah
IPOH – Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila wartawan kanan sebuah akhbar berbahasa Inggeris cedera di leher dan kaki selepas diragut dalam satu kejadian samun di Taman Bersatu, di sini, semalam.

Sebelum itu pada Isnin lalu, cermin bahagian tempat duduk penumpang kereta jenis Nissan Sylphy milik mangsa dipecahkan sehingga menyebabkan beliau mengalami kerugian sebanyak RM200.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari semalam, Sylvia Looi Lee, 36, kerugian kira-kira RM2,500 selepas rantai emas termasuk loket yang dipakainya diragut salah seorang daripada dua lelaki yang menaiki motosikal.

Menceritakan kejadian itu, Sylvia berkata, dia yang berada di perkarangan rumah melihat dua lelaki yang memakai topi keledar dan berkaca mata hitam berlegar-legar di kawasan perumahan tersebut.

“Saya mengesyaki seperti ada sesuatu yang tidak kena memandangkan kedua-dua lelaki terbabit seperti sudah melalui kawasan perumahan saya beberapa kali.

“Sangkaan saya tepat apabila secara tiba-tiba pembonceng motosikal terbabit melompat dan mengacukan sebilah parang ke leher saya serta merampas telefon Blackberry yang pada ketika itu masih di tangan saya,” katanya.

Tidak cukup dengan tindakan itu, Sylvia berkata, lelaki tersebut turut mengarahkannya untuk masuk ke dalam rumah namun dia bertindak nekad lari ke jalan raya serta menjerit meminta pertolongan.

“Apabila menyedari jiran di sekitar rumah mula keluar selepas mendengar jeritan saya, lelaki tersebut mula bertindak agresif.

“Saya cuba melawan, tetapi dia meragut rantai saya dan menolak saya hingga terjatuh. Sebaik meragut rantai saya, dia terus berlari ke arah rakannya dan terus memecut motosikal yang dinaiki,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Katanya, kedua-dua lelaki terbabit menaiki motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam.

Sylvia yang masih terkejut bagaimanapun bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius dalam kejadian itu dan dia dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Abdul Haq ketika dihubungi semalam berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung kes tersebut.

Beliau percaya kedua-dua suspek terbabit melakukan jenayah yang sama di beberapa lokasi berhampiran.

“Kita percaya kemungkinan motosikal yang digunakan suspek terbabit adalah kenderaan curi serta dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan,” katanya.
Diragut depan rumah - Perak - Sinar Harian:

'via Blog this'

Dikecualikan hukuman rotan

Dikecualikan hukuman rotan
SEREMBAN – Dua lelaki dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi Seremban, di sini semalam, selepas didapati bersalah memiliki dadah, pada 19 Mei lalu.

Lim Tian Hwee, 51, dan Tham Wai Meng, 43, dijatuhkan hukuman tersebut selepas Hakim Datuk Zulkifli Bakar mendapati perbuatan yang dilakukan kedua-dua tertuduh dianggap serius kepada masyarakat.

“Setelah meneliti segala dokumentasi dan fakta kes, mahkamah mendapati perbuatan yang dilakukan oleh kedua-dua tertuduh adalah sesuatu yang perlu dipandang serius dan diambil berat.

“Dengan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun kepada tertuduh pertama dengan pengecualian hukuman rotan me­man­dangkan faktor umur, manakala bagi tertuduh kedua, hukuman penjara sebanyak lapan tahun beserta 10 kali sebatan dikenakan terhadapnya.

“Kedua-dua hukuman ini bermula dari tarikh dia ditangkap,” katanya.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharudin Wan Ladin.

Terdahulu mengikut pertuduhan pindaan, kira-kira 11.45 malam di rumah bernombor 177C Kampung Tiong Gemas, Tampin, Tian Hwee dan Wai Meng secara bersama berniat memiliki dadah berbahaya iaitu heroin seberat 20.83 gram dan Monoacetylmorphines seberat 4.36 gram.
Dikecualikan hukuman rotan - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'

Gadis dicabul bekas kekasih

KUALA BERANG - Pertemuan dengan bekas kekasih membawa kenangan hitam bagi seorang gadis apabila dia dicabul dalam kereta pada 22 Disember kira-kira jam 3.30 petang di tepi jalan Kampung Gerdong, Kuala Berang.


Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, pada hari kejadian, mangsa berumur 19 tahun datang sendiri dengan rela hati berjumpa dengan lelaki terbabit dan masuk ke dalam kereta bagi berbincang serta menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Ketika hendak pulang, lelaki tersebut telah menarik kepala mangsa ke arah badannya sambil meraba buah dadanya tanpa membuka baju dan membuka zip seluar serta memasukkan jari kiri ke dalam kemaluan mangsa.

“Mangsa yang berasal dari Kampung Langkap, Sungai Tong, Setiu kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan mendapatkan rawatan di Hospital Setiu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, pasangan itu dipercayai menjalinkan hubungan sejak lima tahun lalu dan memutuskan hubungan pada Mei 2011 kerana mendapat tentangan daripada keluarga perempuan yang tidak menyukai lelaki berkenaan.

Menurutnya, suspek berumur 23 tahun dari Kampung Felda Belara, Kuala Terengganu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Gadis dicabul bekas kekasih - Terengganu - Sinar Harian:

'via Blog this'

Lima rumah musnah terbakar

Lima rumah musnah terbakar
KUANTAN - Seramai 23 orang hilang tempat tinggal apabila lima rumah separuh papan di Kampung Batu Lima Jalan Kuantan-Gambang, dekat sini, musnah dalam kebakaran petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, sebaris rumah sewa milik penduduk setempat gagal diselamatkan apabila api yang bermula dari sebuah rumah di bahagian tengah begitu marak menyebabkan penghuninya termasuk jiran hanya mampu melihat kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penguasa Kanan Bomba Satu Zulfahmi Sutaji berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam kira-kira jam 5.20 petang dengan tiga jentera bomba bersama 15 anggota dari Balai Bomba Kuantan, Taman Tas serta Indera Mahkota bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, pihaknya berjaya mengawal kebakaran 30 minit kemudian, manakala angin kencang ketika kejadian menyebabkan rumah separuh papan itu yang disewa empat keluarga termasuk pelajar dari Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kipsas) musnah.

“Kedudukan rumah yang sebaris menyebabkan api cepat merebak, selain itu tekanan air yang rendah turut melambatkan usaha mengawal kebakaran yang menyebabkan kerugian dianggarkan berjumlah RM285,000.

“Kita masih menyiasat punca kebakaran yang didakwa bermula dari rumah nombor dua sebelum api merebak ke kiri dan kanan,” katanya.

Sementara itu pelajar Kipsas, Wan Mohd Faris Idris, 21, berkata, ketika kejadian, dia bersama rakan, Mohd Hafiz Zainul Aabidin sedang tidur sebelum terjaga kerana mendengar jiran mengetuk pintu rumah menyuruh mereka keluar.

“Dalam keadaan mamai dan kelam kabut, kami hanya mampu berlari menyelamatkan diri manakala semua barang penting tidak dapat diselamatkan.

“Nasib baik jiran mengejutkan kami, kalau tidak mungkin kami dah rentung dalam api yang marak,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, dia dan rakan tinggal sehelai sepinggang kerana tidak dapat menyelamatkan barang berharga kerana api merebak dengan cepat selain angin kuat ketika kejadian.

“Semua buku rujukan dan dokumen penting musnah dalam kejadian itu sekelip mata sahaja,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Junaini Loke Ibrahim Loke, 33 berkata, ketika kejadian dia bersiap untuk menunaikan solat Asar sebelum bergegas keluar dari rumah selepas suaminya menjerit api yang bermula dari rumah bahagian tengah yang ketika itu tiada penghuni.

“Saya menghubungi Bomba dan Penyelamat sebelum menyelamatkan beberapa dokumen penting sementara harta benda lain musnah," katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga terpaksa menumpang di rumah jiran buat sementara waktu sebelum mendapatkan rumah baru.
Lima rumah musnah terbakar - Pahang - Sinar Harian:

'via Blog this'

Lelaki maut diserang tiga lelaki bertopeng

JOHOR BAHRU — Seorang lelaki maut selepas diserang tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang di sebuah restoran di Taman Puteri Wangsa, di sini, awal pagi ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supt. Abdul Samad Salleh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi ketika lelaki berumur 40-an itu sedang minum berseorangan di restoran berkenaan.
"Menurut saksi, ketiga-ketiga lelaki terbabit memakai topeng. Kejadian berlaku dengan pantas dan mangsa yang merupakan rakyat tempatan mati di tempat kejadian akibat cedera parah ditetak di beberapa anggota badan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Abdul Samad berkata, polis sedang mengenal pasti motif kejadian dan memburu ketiga-tiga lelaki terbabit.
Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk bedah siasat. — BERNAMA
Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Lima rumah musnah terbakar

Lima rumah musnah terbakar
KUANTAN - Seramai 23 orang hilang tempat tinggal apabila lima rumah separuh papan di Kampung Batu Lima Jalan Kuantan-Gambang, dekat sini, musnah dalam kebakaran petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, sebaris rumah sewa milik penduduk setempat gagal diselamatkan apabila api yang bermula dari sebuah rumah di bahagian tengah begitu marak menyebabkan penghuninya termasuk jiran hanya mampu melihat kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penguasa Kanan Bomba Satu Zulfahmi Sutaji berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam kira-kira jam 5.20 petang dengan tiga jentera bomba bersama 15 anggota dari Balai Bomba Kuantan, Taman Tas serta Indera Mahkota bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, pihaknya berjaya mengawal kebakaran 30 minit kemudian, manakala angin kencang ketika kejadian menyebabkan rumah separuh papan yang disewa empat keluarga termasuk pelajar dari Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kipsas) musnah.

“Kedudukan rumah yang sebaris menyebabkan api cepat merebak, selain itu teka-nan air yang rendah turut melambatkan usaha mengawal kebakaran yang menyebabkan kerugian dianggarkan berjumlah RM285,000.

“Kita masih menyiasat punca kebakaran yang didakwa bermula dari rumah nombor dua sebelum api merebak ke kiri dan kanan,” katanya.

Sementara itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta semua pihak tampil memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran.

Baginda bertitah, walaupun kerajaan menyediakan pelbagai bantuan kepada mangsa bencana, namun semua pihak juga perlu membantu bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa.

Baginda turut meminta Jabatan Bomba dan Penyelamat meneruskan siasatan punca kejadian yang menyebabkan lima rumah musnah dalam kejadian jam 5 petang semalam.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri akan membantu kesemua mangsa kebakaran menggunakan tabung bantuan bencana negeri.

Adun Inderapura, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, buat masa ini semua mangsa ditempatkan di Dewan Mat Kilau dekat sini sehingga kerajaan mendapatkan rumah sewa yang baru.

Menurutnya, Unit Perumahan Kerajaan Negeri akan memberi keutamaan kepada mangsa bencana untuk mendapatkan kediaman secepat mungkin.

Sementara itu penuntut Kipsas, Wan Mohd Faris Idris, 21, berkata, ketika kejadian, dia bersama rakan, Mohd Hafiz Zainul Abidin sedang tidur sebelum terjaga kerana mendengar jiran mengetuk pintu rumah menyuruh mereka keluar.

“Kami hanya mampu berlari menyelamatkan diri manakala semua barang penting tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Menurutnya, dia dan rakan tinggal sehelai sepinggang kerana tidak dapat menyelamatkan barang berharga kerana api merebak cepat selain angin kuat.

“Semua buku rujukan dan dokumen penting musnah sekelip mata” katanya.

Seorang lagi mangsa, Junaini Loke Ibrahim Loke, 33 berkata, ketika kejadian dia bersiap untuk menunaikan solat Asar sebelum bergegas keluar dari rumah selepas suaminya menjerit api yang bermula dari rumah bahagian tengah yang ketika itu tiada penghuni. Lima rumah musnah terbakar - Jenayah - Sinar Harian:

UPP rampas pelbagai mercun

UPP rampas pelbagai mercun
TUMPAT – Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor, berjaya menumpaskan cubaan seludup pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM160,000 termasuk cukai, selepas menahan sebuah lori di Kampung Dalam dekat sini, pagi kelmarin.

Komander UPP Kelantan, Mazlan Che Hamid berkata, pelbagai jenis mercun dan bunga api itu dirampas di dalam lori terbabit selepas tiga anggota UPP membuat rondaan di kawasan tersebut kira-kira jam 6.30 pagi.

Menurutnya, mercun dan bunga api itu sebanyak 120 kotak bernilai RM120,000 yang ditemui di dalam lori itu disyaki diseludup dari negara jiran untuk pasaran luar Kelantan sempena sambutan Tahun Baru Cina.

“Kami percaya kes penyeludupan mercun dan bunga api ini akan berterusan sehingga Tahun Baru Cina nanti,” katanya ketika ditemui pada Sidang Media di Pejabat UPP Pengkalan Kubor, semalam.

Mazlan berkata, ini rampasan terbesar tahun ini membabitkan cubaan penyeludupan mercun dan bunga api.

“Hasil pemeriksaan mendapati lori jenis Hicom warna merah menggunakan nombor pendaftaran palsu BJG 8631 dan berdasarkan rekod lori tersebut pernah dilaporkan hilang pada 17 November tahun lalu di Balai Polis Kota Bharu.

“Lori terbabit bernilai RM40,000 turut dirampas,” katanya.

Menurutnya, kelindan dan pemandu berjaya melarikan diri dan kes tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Bahagian Penguatkuasaan Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut di bawah seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Sebanyak 21 jenis mercun dan bunga api dirampas antaranya, Romantic Time, Power Of The Ball, Lotus Flower In Bloom, 6” Mixde Display Shells dan pelbagai jenis lagi.

Ini merupakan rampasan mercun yang pertama tahun ini bagi UPP Pengkalan Kubor dan kes yang ketujuh rampasan mercun bagi UPP Kelantan.

Keseluruhan nilai rampasan pelbagai jenis barang seludup sepanjang tahun ini bernilai RM3 juta termasuk beras, petrol dan barang-barang seludup lain. UPP rampas pelbagai mercun - Kelantan - Sinar Harian:

Tendang ibu mengandung

Tendang ibu mengandung
KUALA TERENGGANU – “Ketika tiba di simpang masuk ke rumah orang tua saya, tiba-tiba kami dikejar tiga lelaki dikenali yang juga merupakan anak tempatan di sini.

“Mereka tanpa bersoal jawab terus menendang perut saya dari tepi dan turut terkena lengan suami yang menyebabkan kami hampir terjatuh. Suami saya gagal mengawal motosikal menyebabkan kami hampir terbabas.” kata seorang ibu muda berusia 19 tahun yang sarat mengandung ketika menceritakan detik cemas diserang sekumpulan samseng kampung yang dikenali satu kejadian di Kampung Titian Baru, di sini, awal pagi kelmarin.

Ketika dihubungi Sinar Harian, semalam, ibu muda yang mengandung lapan bulan itu berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati kumpulan samseng berkenaan terhadap dirinya kerana berkahwin dengan orang luar yang bukan penduduk setempat di kawasan itu.

Dia yang mengandung lapan bulan berkata, ketika kejadian, dia bersama suami, 23, yang berketurunan Siam itu dalam perjalanan pulang dari rumah ibu mentuanya di Kampung Bukit Payong dengan menunggang motosikal.

Melihatkan motosikal dinaiki dia dan suami hampir terbabas, kumpulan samseng kampung itu bertindak melarikan diri dan membiarkan mereka berdua yang masih dalam keadaan trauma serta terkejut.

“Bagaimanapun, ini bukan kejadian pertama yang menimpa kami kerana sebelum ini, selepas lima bulan mendirikan rumahtangga, mereka pernah membelasah suami saya tetapi kemudiannya diselesaikan dengan cara baik oleh bapa saudara.

“Jadi, kami ingatkan peristiwa sebegini tidak akan berlaku lagi dan tidak menyangka mereka masih lagi berdendam dengan sanggup menganiayai kami, suami isteri sedangkan sebelum ini, kami tidak pernah mencari masalah dengan mereka,” katanya.

Susulan kejadian, mangsa membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, kira-kira jam 2 pagi, hari yang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi Sinar Harian, semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian. Tendang ibu mengandung - Jenayah - Sinar Harian:

Tidak berbaloi

Tidak berbaloi
KUALA TERENGGANU – Tindakan seorang buruh binaan mencuri dua batang besi kaki staging milik sebuah syarikat komunikasi tidak berbaloi setelah dia terpaksa meringkuk di penjara sehari dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret.

Tertuduh, Mohd Amierol Asrat Mohd Aris, 24, dari Kampung Durian Mas, Manir, di sini, mengaku bersalah mencuri dua batang besi kaki staging di tapak pembinaan pembesaran bangunan kedai 7-Eleven, Pekan Manir, di sini, kira-kira jam 8 malam, 19 Disember lalu.

Tertuduh didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang mempe-runtukkan penjara selama tempoh tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Ku Masharizul Ku Mahmood di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh dipenjarakan selama dua bulan lagi sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda yang dikenakan.

Pada 19 Disember lalu jam 8 malam, tertuduh yang sedang mencuri ditangkap oleh anggota polis dari Balai Polis Manir, yang secara kebetulan sedang menjalankan Tugas Ops Rentap di kawasan Pekan Manir.

Bagaimanapun, pemilik besi staging hanya menyedari besi stagingnya dicuri kira-kira jam 8.30 malam selepas setengah jam tertuduh ditangkap lalu membuat laporan di Balai Polis Manir. Tidak berbaloi - Jenayah - Sinar Harian:

Suspek kes culik kanak-kanak direman 10 hari

Suspek kes culik kanak-kanak direman 10 hari
GEORGETOWN - Seorang wanita berumur 25 tahun dikenakan tahanan reman 10 hari kerana disyaki suspek dalam kes penculikan dan penderaan dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika sedang bermain di kawasan rumah di flat Jalan Padang Tembak, Air Itam, 13 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, suspek ditahan reman selama 10 hari sehingga 2 Januari depan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik kerana hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek disyaki positif dadah jenis heroin.

“Suspek juga ditahan reman selama empat hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan berhubung kes jenayah culik dan mendera kanak-kanak tersebut,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan iaitu pengurungan salah dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit, semalam.

Dua kanak-kanak berusia antara tujuh dan lapan tahun yang dilaporkan hilang ketika sedang bermain di kawasan rumah mereka lebih seminggu lalu telah ditemui kira-kira jam 1 petang kelmarin.

Suspek mengaku mengurung dan mendera kedua-dua kanak-kanak itu selama 10 hari di rumahnya selepas menyangka bahawa kedua-dua mereka mencuri wang dan telefon bimbit miliknya.

Pemeriksaan ke atas kedua-dua kanak-kanak itu di Hospital Pulau Pinang (HPP) mendapati terdapat kesan kecederaan dan kesan lebam serta melecur. Suspek kes culik kanak-kanak direman 10 hari - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Hasrat murni bertukar tragedi

Hasrat murni bertukar tragedi
PELABUHAN KLANG - Hasrat murni seorang kelindan memberi isyarat kepada pemandu lain agar menukar laluan bersebelahan bagi memastikan mereka mengelak daripada merempuh lorinya yang rosak mengundang padah apabila maut dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu, di Persiaran Raja Muda Musa di sini, mangsa dikenali A Kamaraj, 25, dari Pandamaran meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan lain selepas terseret beberapa meter.

Sebelum kejadian berlaku, mangsa bersama pemandu lori sedang membawa muatan barangan alat ganti kenderaan dari arah Klang menghala Pelabuhan Klang.

Setibanya di tempat kejadian, lori yang dinaiki tiba-tiba mengalami kerosakan ketika berada di laluan paling kanan memaksa pemandunya terpaksa memberhentikan kenderaan.

Dia kemudiannya bergegas ke lokasi lain dipercayai untuk memanggil mekanik bagi membaiki kenderaannya.

Sementara itu, kelindannya dikatakan menunggu sambil berdiri bersebelahan kenderaan itu untuk memberi isyarat kepada pemandu lain agar segera menukar laluan bagi mengelak merempuh lorinya.

Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintenden Rosly Abdul Rahman berkata, secara tiba-tiba sebuah pacuan empat roda jenis Nissan Frontier yang dipercayai dipandu laju gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh bahagian belakang lori tersebut.

“Mangsa yang berdiri tidak sempat menyelamatkan diri sekali gus menyebabkan lori dan mangsa terseret sejauh kira-kira lima meter.

“Mangsa terseret di bawah lori itu hingga ke laluan paling kiri dan tersangkut pada pengadang jalan,” katanya.

Berikutan kejadian itu katanya, mangsa meninggal dunia di bawah lori tersebut dan anggota bomba memberi bantuan untuk mengeluarkan mangsa.

“Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

“Sementara itu, pemandu kenderaan pacuan empat roda pula hanya mengalami kecederaan ringan dan kenderaannya remuk teruk di bahagian hadapan,” katanya. Hasrat murni bertukar tragedi - Selangor & KL - Sinar Harian:

'via Blog this'

Siasatan kes Chong-Yong kekal disiasat Akta Orang Hilang

Siasatan kes Chong-Yong kekal disiasat Akta Orang Hilang
SHAH ALAM - Siasatan berhubung kehilangan ahli perniagaan warga korea, Kim Chong-Yong, 53, di kondominium di Ampang sejak 29 Oktober lalu, kekal disiasat mengikut Akta Orang Hilang.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, sehingga kini, usaha mengesan Chong-Yong yang juga Presiden Majlis Sukan Korea Selatan di Malaysia itu masih diteruskan.

“Tiada petunjuk baru, namun usaha menjejaki mangsa tetap dijalankan berpandukan maklumat yang diperoleh. Siasatan, setakat ini dibuat menjurus mengikut Akta Orang Hilang,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutupan Seminar Pencegahan Jenayah Police and Youth: Saying Yes di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, semalam.

Sebelum ini, selepas berita Chong-Yong dilaporkan hilang, seorang suspek yang juga rakan senegara mangsa, difahamkan melarikan diri ke luar negara sehari selepas kali terakhir dilihat bersamanya.

Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan suspek yang melarikan diri bagi membantu siasatan.

Kereta Mercedez Benz model CLS350 milik mangsa dengan satu daripada tayarnya rosak teruk, ditemui ditinggalkan di kondominium tersebut pada 1 November lalu dan laporan sama dibuat empat hari kemudian oleh anak perempuan mangsa yang baru tiba dari Britain.

Sementara itu, 400 remaja India yang mewakili Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia, Education Welfare and Research Foundation, MySkills Foundation dan Pusat Silambam, menyertai program Seminar Pencegahan Jenayah Police and Youth: Saying Yes anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dengan kerjasama polis Selangor, semalam. Siasatan kes Chong-Yong kekal disiasat Akta Orang Hilang - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pegawai yang ditembak jalani pembedahan

KUALA LUMPUR - Pegawai penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKRM) negeri Melaka yang ditembak di hadapan rumahnya di Jalan Sungai Air Hitam, Taman Tanjung Minyak di Melaka kelmarin telah menjalani dua pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Rosli Aziz, 53, yang dibawa ke HKL kira-kira 7.30 malam kelmarin menjalani pembedahan di bahu kiri dan tapak tangan.
Beliau cedera di bahu kiri serta kedua-dua belah tapak tangan selepas terkena empat daripada lima tembakan yang dilepaskan oleh sekumpulan lelaki kira-kira pukul 7.20 pagi.
Difahamkan Rosli tidak sempat mempertahankan dirinya ekoran tindakan kumpulan tersebut yang menembak kedua-dua belah tangannya apabila mangsa cuba melepaskan tembakan.
Timbalan Ketua Pengarah JKRM, (Penguatkuasaan & Pematuhan), Datuk Matrang Suhaili yang ditemui pemberita ketika melawat mangsa di HKL hari ini, berkata, kes tembakan tersebut merupakan yang pertama bagi agensi berkenaan tahun ini yang biasanya para anggotanya menerima ancaman berbentuk ugutan.
"Ini antara halangan serta cabaran anggota JKRM terutama di bahagian penguatkuasaan,” katanya. - BERNAMA
Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Suspek kini berada di Temerloh


KUALA TERENGGANU 24 Dis. - Polis percaya empat suspek yang merompak barang kemas dan wang tunai berjumlah RM350,000 dari sebuah rumah peraih kelapa sawit di Kampung Tok Randok, Ajil, Hulu Terengganu semalam kini berada di sekitar daerah Temerloh, Pahang.
Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Supritendan Mohd. Rosli Mohd. Amir berkata, pemeriksaan yang dilakukan ke atas salah sebuah telefon bimbit milik ahli keluarga mangsa yang dilarikan dalam kejadian itu mendapati ia kini berada di daerah tersebut.
Namun, katanya, polis percaya kesemua suspek berkenaan akan kembali semula ke negeri ini bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa di daerah itu.
Polis juga, tidak menolak kemungkinan kumpulan itu dianggotai lima individu yang mana seorang daripadanya bertindak sebagai pemandu kereta manakala empat yang lain memecah masuk rumah mangsa.
"Buat masa ini, kita masih mengesan identiti kesemua suspek itu dan akan terus memburu mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Utusan Malaysia semalam melaporkan 13 ahli keluarga seorang peraih kelapa sawit melalui detik-detik cemas apabila rumah mereka disamun empat perompak bertopeng kira-kira pukul 2.30 pagi.
Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Reman ahli perniagaan disambung

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Seorang ahli perniagaan lelaki bergelar Datuk yang ditahan reman selama dua hari sejak Khamis lalu disambung reman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, tempoh tahanan reman itu terpaksa dilanjutkan bagi membolehkan pihaknya meneruskan siasatan.
"Proses siasatan dijalankan secara menyeluruh termasuk isu-isu yang berbangkit," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.
Khamis lalu, ahli perniagaan itu ditahan reman selama dua hari selepas dipercayai cuba menyogok beberapa pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Lelaki berusia 45 tahun itu juga pengusaha ejen pekerja asing dan syarikat pengangkutan awam itu ditahan pada Rabu lalu selepas polis menerima maklumat berhubung tindakannya yang cuba memberi rasuah.
Ahli perniagaan terbabit didapati memiliki dua kes jenayah komersial lampau melibatkan penipuan di Cheras dan Bercham, Ipoh pada tahun lalu.
Mustafar dalam pada itu enggan memberi komen sama ada siasatan tersebut mempunyai kaitan dengan kes penyelewengan dana Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).
Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

UPP patah cubaan seludup mercun RM120,000

TUMPAT 24 Dis. - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) mematahkan cubaan menyeludup 120 kotak mercun dan bunga api pelbagai jenis dari negara jiran selepas menahan sebuah lori di Kampung Dalam dekat sini awal pagi kelmarin.
Komander UPP Kelantan, Mazlan Che Hamid berkata, serbuan dibuat selepas sepasukan anggota UPP Pengkalan Kubor yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 6.30 pagi.
"Sebaik sahaja dihampiri, pemandu dan dua kelindan lori itu terjun dan melarikan diri. Hasil pemeriksaan, pihak kami menemui pelbagai jenis mercun dan bunga api dipercayai diseludup dari negara jiran bernilai RM120,000 termasuk cukai. Lori tersebut bernilai RM40,000.
"Hasil siasatan awal, lori jenis Hicom berwarna merah itu didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu. Kesemua mercun dan lori yang dirampas akan diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya di pejabat UPP Pengkalan Kubor hari ini.
Mazlan memberitahu, lori tersebut yang membawa 21 jenis mercun dan bunga api itu dipercayai akan memasarkan barangan tersebut di luar Kelantan sempena Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
Katanya, sepanjang tahun ini, sebanyak tujuh rampasan mercun dan bunga api yang diseludup dari negara jiran berjaya dipatahkan oleh pihaknya.
"Daripada tujuh kes itu, rampasan ini merupakan kali pertama di kawasan Pengkalan Kubor dan terbesar setakat ini.
"Selain itu, sepanjang tahun ini juga, UPP Kelantan berjaya merampas RM3 juta barangan yang cuba diseludup masuk dan keluar dari negara ini termasuk beras dan minyak masak," ujarnya.
Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Wanita direman

PULAU PINANG 24 Dis. - Seorang wanita berusia 25 tahun yang disyaki terlibat dalam kes penculikan dan penderaan dua kanak-kanak yang hilang ketika bermain di Flat Jalan Padang Tembak, Air Itam di sini pada 13 Disember lalu direman untuk membantu siasatan polis.
Perintah tahanan reman selama 14 hari mulai hari ini itu dikeluarkan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit dalam prosiding di Mahkamah Majistret, di sini pagi ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, suspek ditahan reman selama 10 hari sehingga 2 Januari depan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik kerana hasil ujian saringan air kencing mendapati wanita itu positif mengambil dadah jenis heroin.
Katanya, suspek kemudian akan ditahan reman selama empat hari lagi sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan berhubung kes jenayah culik dan mendera kanak-kanak tersebut.
"Siasatan kes itu dibuat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan iaitu pengurungan salah dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya di sini hari ini.
Dua kanak-kanak berusia antara tujuh dan lapan tahun yang dilaporkan hilang sejak 13 Disember lalu akhirnya ditemui pukul 1 petang semalam.
Penemuan kanak-kanak berkenaan membawa kepada penahanan seorang wanita yang mengaku mengurung dan mendera mereka.
Dia mengaku mengurung dan mendera kedua-dua kanak-kanak itu selama 10 hari di rumahnya selepas menyangka bahawa kedua-dua mereka mencuri wang dan telefon bimbit miliknya.
Pemeriksaan ke atas kedua-dua kanak-kanak di Hospital Pulau Pinang (HPP) mendapati terdapat kesan kecederaan dan kesan lebam serta melecur.
Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Menyorok sebelum samun RM380,000

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Sekumpulan penjenayah sanggup menyorok dalam pasar raya Mydin sejak tengah malam tadi untuk menyamun wang hasil jualan berjumlah RM380,000 di dalam premis itu di Jalan Masjid India di sini.
Mereka yang dipercayai lebih daripada seorang, menyorok dalam bangunan pasar raya ketika pengawal keselamatan menutup premis itu pada pukul 12.30 tengah malam.
Selepas pasar raya itu ditutup, suspek dikatakan mula bertindak menggerudi dinding pintu sebuah bilik di tingkat tiga bangunan itu yang menyimpan wang tunai hasil perniagaan.
Dengan menggunakan beberapa peralatan yang sudah dirancang, penjenayah kemudian membuka peti simpanan yang disimpan dalam bilik itu dan melarikan kesemua wang tunai berjumlah RM380,000 serta meninggalkan wang syiling sahaja di dalam peti itu.
Bilik berkenaan tidak mempunyai sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan tanpa kawalan pengawal dilihat satu peluang bagi suspek melakukan jenayah itu serta dipercayai melarikan diri melalui bumbung di tingkat lima pasar raya berkenaan.
Difahamkan, kumpulan penjenayah itu menggunakan sarung tangan kerana tiada kesan cap jari ditemui ketika melakukan jenayah serta meninggalkan pemutar skru dan gerudi di lokasi kejadian.
Hasil siasatan awal, beberapa suspek sudah dikenal pasti dan pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi Mingguan Malaysia mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk.
Beliau tidak menolak kemungkinan, suspek yang terlibat dalam kejadian itu mahir selok-belok bangunan pasar raya tersebut.
Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Mati selepas jemput isteri muda


MAHERAN MOKHTAR (dua dari kiri) yang merupakan isteri pertama
 Abd. Rahman ditenangkan oleh anak-anak di Hospital Melaka semalam.

MELAKA - Seorang lelaki warga emas ditemui mati di dalam sebuah kereta dengan keadaannya berbogel di Jalan Tun Kudu, Bukit Katil di sini selepas menjemput isteri muda pulang dari tempat kerjanya awal pagi semalam.
Abd. Rahman Adam(gambar kecil), 56, ditemui mati di tempat duduk penumpang hadapan kereta jenis Perodua Viva dengan pakaiannya berlonggok di atas lantai tempat duduk pemandu.
Menurut sumber, sebelum dijumpai pada kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa menjemput isteri keduanya yang dikenali sebagai Norliza Saidon, 47, dari tempat dia bekerja di Taman Melaka Raya.
Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Suri rumah kerugian RM9,000

BATU PAHAT 24 Dis. - Gara-gara mahu memiliki kereta Toyota Camry pada harga RM18,000 dalam satu cabutan bertuah, seorang suri rumah kerugian RM9,000 akibat ditipu seorang wanita baru-baru ini.
Kejadian berlaku pertengahan bulan lalu apabila mangsa didatangi suspek yang memaklumkan kononnya dia telah memenangi cabutan bertuah kereta tersebut daripada sebuah syarikat minyak.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, suspek memaklumkan kepada mangsa bahawa sebanyak RM18,000 diperlukan sebagai kos pengurusan bagi memperoleh hadiah cabutan bertuah itu.
"Mangsa yang terpedaya dengan helah berkenaan menyerahkan wang tunai RM9,000 kepada suspek dan mahu membayar bakinya pada keesokan hari.
"Sebagai cagaran suspek telah meninggalkan dua alat penapis air yang didakwa bernilai RM9,000 bersama nombor telefon dan berjanji akan berjumpa dengan mangsa mengikut waktu yang telah dijanjikan, tetapi suspek tidak juga muncul," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, semalam.
Din berkata, susulan kes itu, polis sedang mengesan seorang wanita yang dikenali sebagai Veno Lim bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Dalam kes berasingan, kata beliau, seorang lelaki kerugian RM1,550 akibat terpedaya dengan jualan telefon bimbit dalam Internet bulan lalu.
Menurutnya, mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan telah memasukkan wang tersebut ke dalam akaun suspek, tetapi hingga kini mangsa tidak menerima telefon bimbit itu.
Kedua-dua kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, kata Din.
"Polis menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dengan apa juga jualan murah yang tidak munasabah seperti jualan dalam Internet selain cabutan bertuah yang memerlukan wang pendahuluan," katanya.
Utusan Malaysia Online - Johor:

'via Blog this'