
SEREMBAN - Seramai 22 wanita warga China dan Vietnam ditahan penguat kuasa Imigresen dalam serbuan, kira-kira jam 11 malam, di sebuah pusat hiburan di Jalan Rasah, di sini, kelmarin.
'via Blog this'
Di Temerloh, kemalangan melibatkan sebuah lori treler membawa besi dengan sebuah kereta di KM101.4 Lebuhraya Pantai Timur, mengakibatkan pemandu kereta terbabit, Mohd. Syarul Ghafaar, 33, dan penumpang, Abu Bakar Abdul Kadir, 26; mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Menurut Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Pahang, ASP Zainalabidin Othman, dalam kejadian 1.34 pagi itu, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Kuala Lumpur.
"Sampai tempat kejadian, dipercayai mangsa telah melanggar belakang lori terbabit yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan,” katanya. - BERNAMA
Kosmo! Online - Terkini:Pengarah Kastam KLIA, Datuk M.Govinden berkata, wanita Kemboja, 39, dan pelajar Nigeria, 26, telah ditahan di Terminal Utama KLIA pada 4.30 pagi dan 6 petang pada Rabu lepas.
"Ini merupakan kali pertama warga Kemboja ditahan kerana cuba menyeludup dadah di KLIA,” katanya pada satu sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam tangkapan pertama pada 4.30 pagi, Govinden berkata, wanita Kemboja yang menaiki pesawat dari Dhaka-Kuala Lumpur telah menyorok dadah seberat 3.1 kg yang bernilai RM775,000 dalam beg bagasi tarik yang direka khas untuk menyorok dadah. - BERNAMA
Kosmo! Online - Terkini:R. Dass, 7, dan kawannya, D. Santiran, 8, dilaporkan dihantar balik dengan teksi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, kedua-duanya memberitahu telah dibawa dari taman permainan itu oleh seorang wanita ke kawasan perumahan Hong Seng Estate dan ditinggalkan di situ.
"Mereka mendakwa dijaga oleh seorang lelaki, sebelum dihantar balik ke rumah mereka dengan teksi,” kata Kong Meng dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun beliau berkata, polis akan terus menyoal siasat kanak-kanak tersebut kerana keterangan yang mereka berikan adalah meragukan. - BERNAMA
Kosmo! Online - Terkini:PUTRAJAYA: Sejumlah 522 kes demam denggi dilaporkan bagi tempoh 11 hingga 17 Disember dengan dua kematian, satu di Selangor membabitkan kelindan lori berusia 31 tahun dan di Johor mangsa seorang tukang cuci berusia 44 tahun.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata hasil pemeriksaan di sekitar kediaman mangsa, menjumpai bekas pembiakan aedes seperti bekas plastik, kasut buruk, bekas air sembahyang Cina, tong cat serta tempayan yang tidak digunakan.
"Tindakan penguatkuasaan telah dikenakan terhadap pemilik kedua-dua premis dengan dua kompaun bernilai RM500 setiap satu telah dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata peningkatan kes yang dikesan sejak awal Oktober lepas itu juga dipengaruhi musim hujan yang memudahkan lagi pembiakan nyamuk Aedes.
Selain itu, katanya tujuh buah negeri iaitu Selangor (33 kes), Perak (18 kes), Sarawak (lapan kes), Terengganu (empat kes), Kedah (dua kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (dua kes), Putrajaya (dua kes) dan Johor (satu kes), menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya.
Dr Hasan berkata untuk tempoh sama kementerian juga menjalankan pemantauan terhadap 97 lokaliti wabak denggi di 21 buah daerah di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, katanya tiga lokaliti hot spot iaitu Flat Taman Gembira dan Vista Angkasa di Zon Klang Lama dan Apartment Taman Bukit Kenangan di daerah Hulu Langat Selangor, dikenal pasti menyumbang kepada 48 kes demam denggi. -- BERNAMA
KAJANG: Walaupun belum terbukti bersalah kerana dituduh mencuri sebuah komputer riba, seorang pelajar kolej swasta menerima ‘pembalasan’ awal apabila dia tidak sedarkan diri selepas dipukul, ditumbuk, diterajang dan dicekik seorang daripada 15 lelaki dalam kejadian di Bandar Mahkota Cheras, di sini, kelmarin.
Akibat kejadian itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Farhan, 19, dirawat di Hospital Kajang (HK) kerana koyak pada kening, retak tulang hidung serta lebam dan bengkak di beberapa bahagian badan selepas dibelasah tanpa belas kasihan.
Farhan berkata, kejadian berlaku jam 12.30 tengah malam ketika dia bersama seorang lagi rakannya ingin menjamah mi segera yang baru dimasak sebelum pintu rumah sewanya diketuk kuat oleh suspek yang menjerit memanggil namanya.
Katanya, tanpa mengesyaki sesuatu yang buruk bakal berlaku, dia membuka pintu, namun terkejut selepas mendapati 15 lelaki berada di hadapan rumahnya.
“Seorang daripada mereka meluru masuk dalam keadaan marah dan meminta saya bertanggungjawab atas kehilangan komputer riba milik seorang pelajar kolej sama beberapa jam sebelum kejadian.
“Bagaimanapun, saya enggan mengaku tuduhan itu kerana pada petang hari kejadian, saya berada di rumah sewa dan menghabiskan masa dengan tidur,” katanya.
Menurut Farhan, suspek masih tidak berpuas hati selain memaksanya mengaku mencuri, tetapi dia mencabar suspek membawa komputer riba berkenaan kepada polis bagi mengenal pasti pemilik cap jari pada komputer riba itu. Katanya, suspek yang bengang memukulnya menggunakan kerusi kayu, menumbuk muka bertubi-tubi, menendang badan selain mencekik lehernya sehingga sukar bernafas.
“Rakan serumah yang ingin membantu menghentikan perbuatan kejam suspek turut dipukul selain diugut akan diperlakukan lebih kejam sekiranya masuk campur. “Akibat tendangan dan tumbukan yang kuat pada kepalanya selain dicekik, dia tidak sedarkan diri dan menyebabkan suspek dan rakannya cemas sebelum melarikan diri,” katanya. Selepas beberapa minit tidak sedarkan diri, Farhan tersedar dan mendapati kepalanya berlumuran darah selain sakit pada keseluruhan badan sebelum menghubungi bapa saudaranya.
Bapa saudaranya yang tiba beberapa minit kemudian terkejut apabila mendapati mangsa lemah sebelum memberi pertolongan cemas dan membawanya ke Unit Kecemasan HK untuk rawatan lanjut sebelum dia ditahan kerana doktor mendapati keningnya koyak selain retak tulang hidung.
Katanya, bagi menjamin keselamatan diri pada masa akan datang selain bimbang suspek mengulangi perbuatannya, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya mematahkan dua cubaan penyeludupan dadah seberat 4.15 kilogram yang bernilai RM1.037 juta.
Pengarah Kastam KLIA, Datuk M Govinden berkata wanita Kemboja, 39, dan
pelajar Nigeria, 26, ditahan di Terminal Utama KLIA pada 4.30 pagi dan 6 petang pada Rabu lalu.
"Ini merupakan kali pertama warga Kemboja ditahan kerana cuba menyeludup dadah di KLIA," katanya pada satu sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam tangkapan pertama pada 4.30 pagi, Govinden berkata wanita Kemboja yang menaiki pesawat dari Dhaka-Kuala Lumpur menyorok dadah seberat 3.1 kg yang bernilai RM775,000 dalam beg bagasi tarik yang direka khas untuk menyorok dadah.
Semasa pemeriksaan, beliau berkata pegawai Bahagian Penguatkuasaan JKDM turut menemui dua 'kasut wedges' yang mana apabila dikopek didapati tersorok satu bungkusan dadah jenis Methamphetamine (syabu).
Dalam tangkapan kedua pada 6 petang, Govinden berkata JKDM menahan seorang lelaki Nigeria yang ditawar belajar Bahasa Inggeris selama setahun di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.
Beliau berkata pelajar yang menaiki pesawat dari Lagos-Doha-Kuala Lumpur itu cuba menyeludup dadah jenis Methamphetamine (syabu) seberat 3.1 kilogram dalam beg bagasi tariknya.
"Bagasi milik pelajar itu didapati meragukan ketika diimbas. Apabila pemeriksaan dilakukan, kami mendapati terdapat satu ruangan rahsia yang direka khusus dan selepas dibuka dan diperiksa, kami mendapati 1.05 kilogram dadah jenis Methamphetamine (Syabu) yang bernilai RM262,500," katanya.
"Pelajar itu ditawar belajar selama setahun di sini namun tiket penerbangan balik ialah Isnin depan (26 Disember). Suspek mengambil kesempatan ini untuk terlibat dalam penyeludupan dadah di sini," katanya.
Pada tahun ini, Govinden berkata JKDM KLIA berjaya mematahkan 41 kes penyeludupan dadah yang membabitkan 200 kilogram dadah yang bernilai RM40 juta dan menahan 23 individu, termasuk tiga wanita. - Bernama
Anggota forensik memeriksa mayat lelaki dipercayai warga tempatan yang dijumpai mati di padang bola berhampiran kawasan perindustrian Sungai Dua, Rawang. |