Search This Blog

Thursday, December 22, 2011

'Bom' gegar sekolah

KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak puas hati dengan guru, dua pelajar nekad meletupkan bangunan sebuah sekolah menengah di pinggir ibu kota dengan ‘bom’ buatan sendiri yang dipercayai diperbuat daripada mercun bola dan lingkaran nyamuk, semalam.
Tindakan ala ‘MacGyver’ itu dilakukan kedua-dua pelajar tingkatan tiga terbabit pada kira-kira jam 7.40 pagi menyebabkan berlaku tiga letupan di tiga lokasi berasingan sekolah berkenaan, sekali gus menggemparkan guru dan pelajar yang baru memulakan sesi pembelajaran.
Sumber polis berkata, pelajar terbabit dipercayai cuba membakar bangunan sekolah mereka, namun ketiga-tiga letupan yang dihasilkan tidak mencetuskan kebakaran.
“Biarpun insiden itu tidak mendatangkan kemalangan jiwa atau kecederaan kepada guru mahupun pelajar, ia kesalahan serius dan polis kini memburu kedua-dua pelajar terbabit yang dikenal pasti identiti mereka,” katanya.
Menurutnya, letupan pertama kedengaran ketika sesi pembelajaran baru bermula dan tersentak dengan itu, beberapa guru bersama pengawas sekolah bergegas mencari lokasi kejadian.
“Dalam kebingungan mencari punca letupan, satu lagi letupan berlaku kira-kira 10 minit kemudian di bangunan berhampiran pejabat dan kira-kira 20 meter dari lokasi letupan pertama yang berlaku dalam sebuah bilik darjah kosong di blok berlainan,” katanya.

Sumber itu berkata, ketika letupan kedua, beberapa guru mendakwa melihat cebisan kertas yang hancur dan beberapa lingkaran nyamuk yang masih berasap di atas bangunan berkenaan.

Menurutnya, bimbang dengan keadaan itu, pihak pengurusan sekolah menghubungi polis dan lima anggota dari Balai Polis Setapak tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian.

“Anggota polis berkenaan mula menggeledah bangunan sekolah itu, namun gagal mengesan suspek. Dalam kesibukan itu, tiba-tiba kedengaran pula letupan ketiga pada kira-kira jam 8.40 pagi di kawasan padang sekolah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, seorang saksi yang juga pelajar sekolah terbabit mendakwa melihat dua pelajar lengkap berpakaian sekolah tergesa-gesa meninggalkan sekolah dengan menggunakan motosikal yang diletakkan di luar sekolah.

Sehubungan itu, wakil sekolah berkenaan membuat laporan di Balai Polis Setapak di sini dan Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan itu.

“Siasatan awal mendapati pelajar terbabit menggunakan mercun bola dan lingkaran nyamuk untuk menghasilkan letupan itu. Sehingga kini tiada tangkapan dilakukan dan motif sebenar masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pihaknya menyerahkan siasatan penuh dilakukan pihak berkuasa mengenai motif sebenar insiden berkenaan.

“Jika hasil siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan pelajar sekolah berkenaan, tindakan tegas akan diambil,” katanya.
myMetro | 'Bom' gegar sekolah:

‘Kancil’ tersepit


kancil-tersepet

SEREMBAN – Dua rakan sekerja bernasib baik kerana selamat dalam kemalangan di jejambat Jalan Serem­ban-Tampin, berhampiran Kampung Baru Rahang, kira-kira jam 9 pagi, di sini, semalam.

Pang Kin Yin, 72, memandu kereta Perodua Kancil, dan rakannya dikenali sebagai Ahmad memandu lori, dalam perjalanan pulang ke Seremban selepas mengambil lori yang telah dibaiki dari sebuah bengkel di sekitar Senawang.

Bagaimanapun, lori tanpa muatan itu tiba-tiba mengalami kerosakan di tengah jalan, menyebabkan mereka terpaksa berhenti di lorong kiri dan keluar dari kenderaan untuk menghubungi mekanik.

Kin Yin berkata, tidak sampai lima minit menunggu, keretanya dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Kembara dari arah belakang.

“Rempuhan menyebabkan kereta saya terdorong ke depan dan merempuh lori pula.

“Ia menyebabkan kereta saya ber­ada di tengah remuk,” katanya.

Sementara itu, pemandu Perodua Kembara yang mahu dikenali sebagai Ho, 30, berkata, dia tidak menyedari kereta Kin Yin berhenti di kiri jalan.

“Saya sangka kenderaannya bergerak, menyebabkan saya hilang kawalan sebelum merempuh kedua-dua kenderaan.

“Mujur saya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. ‘Kancil’ tersepit - Melaka & NS - Sinar Harian:

Ugut sebar gambar bogel


rogol

AYER KEROH - Akibat merogol seorang remaja bawah umur dan mengugut menyebarkan gambar bogel mangsa, seorang pekerja ‘bundle’ dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Hukuman dijatuhkan Hakim Ahmad Sazali Omar ke atas Nornira Ali, 26, selepas dia mengaku bersalah terhadap dua tuduhan termasuk pertuduhan pilihan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan pindaan, tertuduh bersama seorang lagi rakannya Ruszarie Aim didakwa bersama-sama melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa sama dan teman lelaki mangsa, berusia 15 tahun iaitu ugutan menyebarkan suatu bencana terhadap nama baik mereka.

Perbuatan itu dilakukan Nornira dan Ruszarie pada 22 Ogos 2010 di sebuah Pusat karaoke, tingkat atas Perhentian Bas Pulau Sebang di dalam daerah Alor Gajah, jam 9.30 hingga 10.30 pagi.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan kedua, Nor­nira didakwa merogol seorang gadis berusia 15 tahun di alamat dan masa yang sama seperti pertuduhan pertama pada 23 Ogos 2010.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sebelum ini, pada 13 Mac lalu, Ruszarie dijatuhi hukuman denda RM2,000 atas kesalahan bagi Seksyen 506 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan disabitkan ke atasnya.

Nornira yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hu­kuman kerana telah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.

Dia juga perlu menanggung ibu bapa yang uzur dan anak kecil berusia setahun serta isteri yang tidak bekerja.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat memohon mah­kamah menjatuhkan hukuman berat kerana sering berlaku kes melibatkan rogol bawah umur.

Ahmad Sazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi pertuduhan pindaan dan lima tahun untuk pertuduhan kedua. Ugut sebar gambar bogel - Melaka & NS - Sinar Harian:

Didenda RM2,000 pamer poster DVD lucah

GEORGETOWN - Akibat mempamerkan 61 keping poster cakera padat digital (DVD) lucah di sebuah premis dalam kompleks peniagaan Prangin Mall, seorang peniaga didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Lim Hup Wooi, 32, mengaku bersalah melakukan kesalahan itu, di sebuah premis menjual DVD dalam kompleks peniagaan itu kira-kira jam 4.35 petang, 24 November lalu.

Majistret Noor Aini Yusof, memerintah hukuman penjara dua bulan sekiranya lelaki itu gagal menjelaskan denda.

Hup Wooi dari Lebuh Aceh disabit kesalahan mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tiga tahun atau denda atau keduanya sekali.

Terdahulu, Hup Woi merayu satu hukuman denda dengan alasan mempunyai tiga anak dan juga tanggungan keluarga.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hashim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman bersifat pengajaran dengan mengambil kira jumlah poster lucah yang dirampas walaupun dia tiada rekod lampu. Didenda RM2,000 pamer poster DVD lucah - Utara - Sinar Harian:

'via Blog this'

Penganggur mengaku tidak bersalah

GEORGETOWN - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan pecah rumah dan mencuri dua minggu lalu.

Natera Othman, 32, didakwa memecah rumah dan mencuri sebuah komputer riba, dua telefon bimbit, satu beg galas, satu beg komputer riba, dua kamera digital, sebuah buku album koleksi mata wang asing, semuanya dianggarkan bernilai RM4,000.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah Flat Batu Bukit, Tanjong Tokong, antara jam 8 pagi hingga 6.30 petang, 8 Disember lalu.

Natera dari Flat Uda, Tanjong Takong didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Majistret Noor Aini Yusof membenarkan Natera diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan 13 Januari depan untuk sebutan semula kes. Penganggur mengaku tidak bersalah - Utara - Sinar Harian:

Maut terkena renjatan elektrik

GEORGETOWN - Seorang penjual alat telekomunikasi maut setelah terkena renjatan elektrik dari alat pemanas air ketika mandi di bilik air di rumahnya di Changkat Bukit Gambir, petang kelmarin.
Menurut jurucakap polis, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, lelaki berusia 40-an dipercayai mandi dengan menghidupkan alat yang dipasang di dalam bilik air rumahnya.

"Dipercayai alat pemanas air yang digunakan mangsa mempunyai masalah litar pintas yang menyebabkan renjatan kepadanya.

"Kejadian itu hanya disedari isteri mangsa menemui suaminya mati di dalam bilik air," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat kelmarin.

Difahamkan, laporan bedah siasat mengesahkan kematian mangsa berpunca daripada renjatan elektrik.

Mayat mangsa dituntut keluarga dan dikebumikan semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan ada menerima laporan dan berkata, sepasukan polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan.

“Berdasarkan siasatan awal, kejadian tidak membabitkan unsur jenayah dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. Maut terkena renjatan elektrik - Utara - Sinar Harian:

'via Blog this'

Mayat ditemui terapung di Sungai Linggi

SEREMBAN - Mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Linggi berdekatan kawasan mengorek pasir di Taman Angsa Mas, Mambau di sini hari ini Mayat yang tidak mempunyai sebarang identiti itu ditemui kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Menurut seorang pekerja di kawasan mengorek pasir di situ, Cho Hai, mayat itu disedari oleh rakannya yang sedang memberi ikan makan di kolam berdekatan.
"Pada mulanya kami ingat benda itu bangkai anjing kerana sebelum ini beberapa ekor anjing ditemui mati di sungai ini. Tapi kemudiannya kami lihat benda itu ada tangan dan kaki seperti manusia.
"Kami lalu menelefon pihak polis,” katanya.
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan penemuan mayat tersebut. - BERNAMA
Kosmo! Online - Terkini:

Rasuah RM50: 3 penguatkuasa sempadan didakwa

PASIR MAS - Gara-gara menerima suapan sebanyak RM50 dan RM150, dua pegawai kastam dan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menerima rasuah yang didakwa dilakukan mereka di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Rantau Panjang.
Pegawai Kastam, Zainal Ismail, 45; Pembantu Penguasa Kastam, Azahar Mohamad, 37, dan Ketua Pembantu Penguatkuasa JPJ, Che Mat Nor Ali, 53, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.
Irwan memerintahkan kesemua tertuduh diikat jamin RM3,000 setiap seorang dan menetapkan 25 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Zainal yang bertugas di Unit Khas Pemeriksaan Penumpang, Kastam dituduh menerima suapan wang RM50 daripada seorang individu sebagai upah supaya tidak melakukan pemeriksaan secara menyeluruh ke atas sebuah van.
Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut pada pukul 8.25 pagi, 20 November lalu di CIQ itu. - BERNAMA
Kosmo! Online - Terkini:

Pengedar dadah diberkas, heroin RM132,000 dirampas

KUANTAN - Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah ditahan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri dalam operasi di persimpangan jalan di Felda Chanis, Jalan Kuantan-Segamat, dekat Muadzam Shah.
Dalam kejadian 7.45 petang semalam itu, polis turut merampas dadah dipercayai jenis heroin seberat 663.1 gram bernilai RM132,620, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Supt Yap Thoon Kuan, hari ini.
Kedua-dua suspek yang dikesan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva sebelum itu merempuh kenderaan polis setelah dihalang di persimpangan jalan tersebut.
"Pemandu kereta terbabit sempat melarikan diri, manakala seorang suspek berjaya ditahan,” katanya.
Yap berkata hasil pemeriksaan ke atas kereta itu, polis menemui dua beg plastik berwarna ungu dipercayai mengandungi dadah jenis heroin. - BERNAMA
Kosmo! Online - Terkini:

Wanita cari durian jumpa mayat lelaki

SANDAKAN: Seorang wanita yang sedang mencari durian menemui mayat seorang lelaki dengan kesan cedera di kepalanya di Kampung Sandak Batu 10 dekat sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superitendan Fadzil Mohd Ali, berkata wanita itu menemui mayat terbabit di tepi jalan kira-kira jam 5.30 pagi.
Katanya, identiti mayat itu belum diketahui berikutan tiada pengenalan diri ditemui.
Siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati kesan cedera di kepala mayat itu dipercayai akibat dipukul.

Fadzil berkata, mayat lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. - BERNAMA
Berita Harian Online | Wanita cari durian jumpa mayat lelaki:

'via Blog this'

Pihak berkuasa Indonesia tahan bot pukat harimau Malaysia

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menahan sebuah bot pukat harimau dari Malaysia bersama lima awak-awak warganegara Indonesia kerana didapati menjalankan operasi di perairan Indonesia berhampiran Kalimantan Timur.

Penahanan itu dilakukan oleh pasukan gabungan Jabatan Kelautan dan Perikanan daerah Nunukan, tentera laut Indonesia, polis marin dan udara Indonesia serta pasukan pegawai penguat kuasa daerah pada awal pagi Rabu.
Nakhoda dan empat awak-awak bot nelayan itu berasal dari Sulawesi Barat, media tempatan melaporkan pada Khamis.
Ketua Jabatan Kelautan dan Perikanan Nunukan, Supriyanto berkata pihak berkuasa turut merampas hasil tangkapan ikan berjumlah 100 kilogram dari bot itu semasa ia ditahan pada jam 4.50 pagi waktu tempatan.

Bot itu dilaporkan sedang beroperasi di kawasan Karang Unarang berhampiran Pulau Sebatik iaitu wilayah perairan yang masih menjadi pertikaian sempadan oleh Malaysia dan Indonesia.

Pihak berkuasa Indonesia kemudiannya menunda bot itu dari perairan Karang Unarang berhampiran blok Ambalat (Ambang Batas Laut) ke pos polis marin dan udara daerah Nunukan Selatan, di mana bot itu serta awak-awaknya diserahkan kepada polis tempatan untuk siasatan lanjut. - BERNAMA
Berita Harian Online | Pihak berkuasa Indonesia tahan bot pukat harimau Malaysia:

Dirompak RM8,000 lepas keluarkan duit

SEORANG lelaki dirompak RM8,000 oleh empat lelaki yang bersenjatakan sebilah parang dan kapak selepas mengeluarkan wang dari sebuah bank di Sungai Petani petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang semalam, mangsa yang enggan dikenali dan berumur lingkungan 20-an telah ke sebuah bank di Pekan Baru di Sungai Petani untuk mengeluarkan wang, dan kemudian memandu ke Taman Intan apabila keretanya diekori oleh orang tidak dikenali.
"Kereta tersebut cuba menghimpit dan menyekat saya supaya berhenti, tetapi saya pecutkan kereta untuk menyelamatkan diri,” katanya kepada pemberita di Sungai Petani, semalam.
Katanya, apabila sampai di simpang jalan masuk ke Taman Petani Jaya dia telah terlanggar dua buah kereta lain di hadapannya, dan tayar keretanya pancit.
“Apabila kereta saya tidak dapat bergerak lagi, saya nampak empat orang lelaki sambil membawa sebilah parang dan kapak turun dengan pantas dari kereta mereka. Sebaik melihat mereka, saya terus keluar kereta, selamatkan diri,” katanya.
Mangsa berkata mereka telah memecahkan cermin depan tingkap kereta kiri dan kanannya menggunakan kedua-dua senjata itu dan mengambil wang yang berbungkus dari dalam kereta.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan menurutnya polis akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan. — BERNAMA
Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

GRO: 22 wanita antara warga asing ditahan

SEREMBAN - Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menahan 32 warga asing termasuk 22 wanita yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam dua serbuan di premis hiburan, di sini malam tadi.
Pengarahnya Faizal Fazri Othman berkata, 22 wanita dari China dan Vietnam itu yang berusia antara 25 dan 30 tahun ditahan dalam serbuan pertama di sebuah pusat hiburan kira-kira 11 malam.
"Kita dapati sebahagian daripada wanita ini menggunakan pas pelajar, namun disalah guna untuk bekerja di pusat hiburan,” katanya, di sini hari ini. - BERNAMA
Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Lelaki didakwa tipu ahli perniagaan RM100 ribu

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan membabitkan wang tunai lebih RM100,000, bulan lepas.
Ngow Jin Chong, 48, didakwa menipu Chong Yow Chung, 46, dengan memperdayakannya bahawa dia akan membantu membuat pertukaran wang Ringgit Malaysia kepada mata wang China Renminbi (RMB) sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM175,175 dengan memasukkannya ke dalam akaun Maybank milik tertuduh.
Bapa kepada seorang anak itu dituduh melakukan kesalahan itu di kaunter Maybank di Jalan Tun H.S Lee, Dang Wangi, di sini pada 2.10 petang, 24 November lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun dan sebat dan juga boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - BERNAMA
Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

JKM cari waris bayi

SHAH ALAM: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Selangor mencari waris bayi yang ditinggalkan di perkarangan Rumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Rahimah, di Kuala Selangor, pada 8 November lalu.

Bayi berkenaan yang berusia seminggu ketika ditemui dinamakan Nur Qalesya Husna akan diserahkan kepada ibu bapa angkat yang sudah berdaftar dengan jabatan itu jika waris gagal menghubungi JKM.


Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Kuala Selangor, Hamzalina Haris, berkata bayi perempuan itu dijumpai orang awam dan menerima rawatan di Hospital Tanjung Karang.

“Ketika bayi itu ditemui, dia dibaluti selimut berwarna merah jambu dan terdapat seutas tasbih bersamanya.


“Pemeriksaan doktor mendapati bayi berkenaan berbangsa Melayu dan mempunyai berat 2.9 kilogram,” katanya. Hamzalina berkata, waris bayi berkenaan boleh menghubunginya di talian 03-32891495.

myMetro | JKM cari waris bayi:

Tembak 10 das

GOMBAK: “Saya percaya kejadian malang yang menimpa adik, S Murugesan mempunyai kaitan dengan masalah lama,” kata S Gunabalan, 47, abang sulung kepada mangsa 10 das tembakan dalam kejadian di Pangsapuri Laksamana Jaya, Kampung Laksamana, Batu Caves, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, Murugesan, 46, yang mempunyai empat anak mati di tempat kejadian dan ditemui dalam keadaan terkulai di dalam keretanya selepas ditembak dari jarak dekat oleh sekumpulan lima lelaki yang dipercayai dikenali mangsa manakala saudara perempuan mangsa, S Krisnaveni, 40, cedera di perut.

Gunabalan berkata, kejadian itu hanya diketahui keluarganya kira-kira jam 11 malam selepas menerima panggilan daripada seorang rakan yang mendakwa adiknya terbabit dalam pergaduhan dan berada di kawasan Batu Caves.

Menurutnya, bagi menyelamatkan adiknya yang cukup rapat dengannya itu, dia bergegas ke lokasi kejadian dan terkejut selepas mendapati adiknya sudah tidak bernyawa lagi manakala saudara perempuannya parah.


Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata pihaknya percaya kejadian berkenaan berpunca daripada dendam dan setakat ini, tiada penahanan dilakukan berhubung kes berkenaan.

myMetro | Tembak 10 das:

Pistol di kepala

MUAR: “Peluh dingin mengalir di dahi apabila penjenayah mengacukan pistol serta parang di kepala. Apa difikirkan ketika itu, apa akan terjadi jika penjenayah melepaskan tembakan atau melibas parang terbabit,” kata Kong Foon Ming, 25, kontraktor mangsa samun tiga penjenayah yang menceroboh masuk rumah sewanya di Taman Sri Permai, Bukit Pasir, kelmarin.

Ketika kejadian, Kong seorang diri di rumahnya selepas tiga pekerjanya keluar makan malam di restoran berhampiran.

“Saya berada di bilik tidur di tingkat atas apabila terdengar bunyi ketukan pintu dan menyangka mereka balik lalu turun membuka pintu berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, Kong terkejut apabila parang serta pistol diacu ke arahnya sebaik dia membuka pintu.


Kong berkata, tiga penjenayah terbabit mengarahkannya diam dan menunjukkan tempat menyimpan kunci kenderaan.

myMetro | Pistol di kepala:

'via Blog this'

Maut lepas disamun

PORT DICKSON: Seorang pemandu teksi warga emas terbunuh apabila kereta dipandunya terbabas di Jalan Lukut-Sepang berdekatan Kampung Jimah Baru, Lukut, dekat sini, malam kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, mangsa, P Mathaven@Ramakutty, 66, dikatakan sempat menghubungi anaknya selepas terbabit dalam kemalangan menyebabkan teksi dipandunya itu terbalik.

Cucu mangsa, V Kartik, 30, mendakwa mangsa ada menghubungi ibu saudaranya memberitahu dia dipukul dan disamun beberapa individu yang juga penumpangnya.

“Selepas dihubungi, ibu saudara saya segera pergi ke lokasi kejadian dan membawa mangsa ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk mendapatkan rawatan lanjut.


“Mangsa mengalami kecederaan pada kepala dipercayai akibat dipukul penyamun selain barangan peribadinya turut hilang. Selepas sejam berada di hospital, datuk saya itu disahkan meninggal dunia,” katanya di sini, semalam.

myMetro | Maut lepas disamun:

'via Blog this'

Ketua rombongan korban ke-7

KOTA KINABALU: Ketua rombongan Kumpulan Muslimah Kampung Mulaut, Brunei, yang kritikal akibat kemalangan ngeri di Kilometer 8.9, Jalan Tamparuli-Ranau petang kelmarin, meninggal dunia, semalam, menjadikan jumlah kematian nahas itu meningkat kepada tujuh orang.

Awang Tarsad Damit, 58, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth (HQE) kira-kira jam 12.15 tengah malam. Tujuh yang maut dalam kemalangan itu membabitkan empat penumpang wanita dan tiga lelaki.


Empat mangsa wanita ialah Pangiran Zaharah Pangiran Zainal, 61, Dayang Norhayati Abd Hadi, 61, Noor Faridah Tusin, 62, dan Hasnah Yusof, 62 yang baru dikenal pasti identitinya. Dua mangsa lelaki ialah Abdul Manan Ishak, 50, dan Abdul Ghani Muhamad, 66.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang, semalam turut mengesahkan seramai 33 individu berada di dalam bas berkenaan termasuk pemandu dan seorang pemandu gantian.


“Seramai 32 orang termasuk pemandu bas berkenaan adalah warga Brunei, manakala seorang lagi iaitu pembantu pemandu berasal dari India dan bekerja dengan syarikat pengangkutan itu di Brunei,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, semalam.


Tan berkata, semua pelancong terbabit tiba di Kota Kinabalu dari Brunei pada 16 November lalu sebelum mengunjungi beberapa daerah termasuk Ranau, Sandakan, Tawau dan Semporna. Sementara itu, Konsul Jeneral Brunei di Sabah, Daud Tahir, ketika ditemui berkata, semua mangsa yang terbunuh, 26 mangsa yang cedera dan penumpang yang selamat dihantar pulang menggunakan tiga pesawat milik Royal Brunei Airlines dan pesawat Tentera Udara Diraja Brunei (BRAF), semalam.

“Pesawat pertama membawa jenazah mangsa bersama 13 penumpang yang selamat berlepas dari Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kira-kira jam 12.30 tengah hari.


“Pesawat kedua membawa sembilan mangsa cedera berlepas pada jam 2.30 petang manakala pesawat terakhir membawa empat penumpang selamat berlepas pada lewat petang,” katanya.

Menurutnya, mengiringi mangsa ialah Menteri Kewangan II Pejabat Perdana Menteri, Pehin Orang Kaya Lalla Setia Datuk Seri Setia Abdul Rahman dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pehin Orang Kaya Lalla Diraja Datuk Paduka Hazair Abdullah.


Semua jenazah mangsa dibawa menggunakan trak dan van milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas dimandi dan disembahyangkan di Masjid As Salam Kem Lok Kawi.

myMetro | Ketua rombongan korban ke-7:

'via Blog this'

Macam tin sardin

SEREMBAN: “Kejadian berlaku amat pantas, kereta pacuan empat roda itu gagal mengelak lalu melanggar kereta rakan saya yang kemudian diseret hingga ke belakang lori,” kata pemandu lori, Ahmad Bahari Mustar, 52.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, sebuah kereta Perodua Kancil diibaratkan umpama tin sardin berikutan keadaannya yang remuk teruk antara dua kenderaan lain dalam kemalangan di jejambat Jalan Seremban-Tampin berdekatan Kampung Baru Rahang, di sini.


Menurut Bahari, ketika itu dia dalam perjalanan pulang menuju ke bandar ini bersama pemandu kereta berkenaan yang juga rakannya dikenali sebagai Pang Kim Yin, 72.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, lori tanpa muatan dipandu rosak di tengah jalan dan menyebabkan kami memberhentikan kenderaan masing-masing di lorong kiri jalan.


“Namun, tidak lama kemudian, saya terkejut apabila melihat kereta rakan (Kim Yin) dilanggar sebuah Perodua Kembara yang datang dari arah belakang.


“Perlanggaran itu menyebabkan kereta Perodua Kancil berkenaan terseret lalu merempuh pula belakang lori saya sehingga tersepit,” katanya di sini, semalam.

Kata beliau, dia amat bersyukur kerana kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu tidak membabitkan sebarang kecederaan serius walaupun kejadian berlaku pantas. Harian Metro difahamkan, pemandu kereta Perodua Kembara yang tidak cedera tidak perasan kereta Perodua Kancil berkenaan berhenti di tepi jalan akibat mengalami kerosakan.


Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

myMetro | Macam tin sardin:

'via Blog this'

Benam pisau 35 kali


TEMPAT KEJADIAN...kawasan kediaman mangsa di Jalan Puncak Desa, Kepong. Gambar kecil, Mohd Yusak, reda.
TEMPAT KEJADIAN...kawasan kediaman mangsa di Jalan Puncak Desa, Kepong. Gambar kecil, Mohd Yusak, reda.


KUALA LUMPUR: Dalam kesengsaraan dan berlumuran darah selepas ditikam 35 kali di seluruh tubuh, seorang wanita masih mampu mengesot lima meter untuk meminta pertolongan orang ramai menerusi tingkap rumah sewanya di Jalan Puncak Desa, Kepong, awal pagi semalam.
Bagaimanapun, Rozana Mohd Yusak, 35, yang dihantar ke Hospital Selayang oleh jiran, meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital jam 2.10 pagi.

Sebelum itu, pada jam 1.30 pagi, mangsa yang juga kerani bank ditikam dengan objek tajam 35 kali di seluruh tubuh termasuk lengan kiri, paha, bahu, rusuk dan belakang badan di dalam rumah sewanya ketika dia bersendirian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan ada seorang wanita berlumuran darah akibat kesan tikaman di sebuah rumah kedai pada jam 1.55 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa ditikam di ruang tamu rumah sewanya dan mengesot ke arah tingkap untuk meminta pertolongan.
myMetro | Benam pisau 35 kali:

'via Blog this'

3 keluarga bantu siasatan penemuan rangka manusia

AMPANG: Sehingga kini, tiga keluarga yang kehilangan ahli keluarga sudah tampil membantu siasatan berhubung penemuan satu rangka manusia yang dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dicampak ke kawasan cerun di Kilometer 4.28 Jalan Ampang-Hulu Langat.

Rangka berkenaan ditemui jam 11 pagi Isnin lalu oleh dua pekerja tapak projek dalam keadaan berselerakan berhampiran paya di kaki cerun tempat projek membaik pulih cerun tanah runtuh itu dilakukan. Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, keputusan bedah siasat masih belum diperoleh dan sukar untuk mengetahui identiti si mati.


“Setakat ini (petang semalam) tiga keluarga yang kehilangan ahli keluarga sudah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi membantu siasatan.

“Kami (polis) akan menjalankan siasatan terperinci dan menunggu keputusan diperoleh bagi mengenal pasti identitinya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

myMetro | 3 keluarga bantu siasatan penemuan rangka manusia:

'via Blog this'

‘Mujur tak hempap budak’

TUMBANG...pokok yang tumbang di taman permainan kanak-kanak di Pangsapuri Merak, Subang.
TUMBANG...pokok yang tumbang di taman permainan kanak-kanak di Pangsapuri Merak, Subang.

SUBANG: “Nasib baik ketika pokok tumbang tiada kanak-kanak yang bermain di taman permainan ini. Jika tidak pasti ada yang parah dan mungkin maut,” kata penghuni Pangsapuri Merak, Muhammad Najwan Adzmi, 25.

Katanya, kejadian ribut yang kuat jam 9 malam pada Sabtu lalu itu menyebabkan sebatang pokok di taman berkenaan tumbang dan menghempap alat permainan pada hari berkenaan.


“Terdapat 11 pokok di sekitar taman ini dan berusia hampir 10 tahun. Selepas kejadian itu, kami bimbang kejadian sama berulang dan berlaku tanpa dijangka.

“Ini kali pertama berlaku dan saya difahamkan pokok ini tumbang berikutan akarnya yang tidak kuat mencengkam disebabkan lapisan bawah tanah adalah konkrit,” katanya ketika ditemui.


Penduduk yang mahu dikenali, Taib, 34, berkata keadaan struktur tanah yang lemah sudah tidak sesuai untuk menampung pokok yang tinggi dan berharap pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) memotong pokok berkenaan.


“Mungkin pihak JMB boleh menanam pokok yang renek untuk menggantikan pokok berkenaan kerana perlu diutamakan sekarang keselamatan kanak-kanak yang bermain di taman ini.

“Lagipun pokok ini menghadap parkir kenderaan penghuni dan berkemungkinan tumbang bila-bila menghempap kereta,” katanya.


Sementara itu, penyelenggara bangunan pangsapuri berkenaan, Zakaria Zailani, berkata walaupun kejadian ini tidak meragut nyawa penduduk, pihaknya akan bertindak segera bagi memastikan keselamatan penghuni terjamin.

“Setiap bulan kawasan taman permainan ini diselenggara pihak pengurusan dengan memotong dahan yang tua selain membersihkan kawasan permainan berkenaan,” katanya.

myMetro | ‘Mujur tak hempap budak’:

'via Blog this'

Penuntut IPTA didakwa rompak polis guna pisau

SHAH ALAM: Seorang penuntut pelajar institusi pengajian tinggi awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan merompak anggota polis dengan bersenjatakan pisau dan batang besi di sebuah restoran, di sini, bulan lalu.
Tertuduh, Mohd Fariq Azwan Rahmat, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Slamat Yahya.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu bersama dua lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap Mohamed Shahril Abu Bakar di Restoran Darul Ehsan, Seksyen 13 di sini, jam 5.15 pagi, 22 November lalu.
Tertuduh didakwa melarikan dua telefon pintar, iPhone dan Blackberry milik mangsa bernilai RM3,500. Dia didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Dalira Din menawarkan jaminan RM15,000.

Bagaimanapun, Mohd Fariq Azwan memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan berikutan dia baru memulakan pengajian di sebuah IPTA.
Slamat kemudian menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin di samping dikenakan syarat tambahan melapor diri pada Sabtu pertama setiap bulan.

Mahkamah juga menetapkan kes itu disebut semula pada 11 Januari tahun depan.
myMetro | Penuntut IPTA didakwa rompak polis guna pisau:

'via Blog this'

Padah curi barang kemas bapa tiri RM10,000

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang tergamak mencuri pelbagai jenis barang kemas bernilai RM10,000 milik bapa tirinya di rumah mereka di Kampung Durian Burung di sini, menerima balasan apabila dia dipenjarakan tiga bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Zulhilmi Syazwan Mohamad, 21, turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.


Majistret Nor Azizah Yusof menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri seutas rantai emas kristal, sebentuk cincin tangan emas kristal, sebentuk cincin berlian, tiga bentuk kerongsang emas, dua utas rantai perak dan sebentuk loket perak bernilai RM10,000 milik bapa tirinya, Mohd Zam Endut, 55.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Kampung Durian Burung di sini, jam 9 pagi pada 9 Disember lalu.


Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor V. Ravi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Mengikut fakta kes, kehilangan barang kemas itu disedari bapa tiri tertuduh selepas mendapati kayu pada cermin tingkap biliknya mempunyai kesan dibuka pada jam 1 tengah hari.

Curiga dengan keadaan itu, bapa tiri tertuduh yang bekerja sebagai peniaga emas bertindak membuat pemeriksaan dan mendapati beg mengandungi barang kemas miliknya hilang sebelum membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini, pada hari sama.


Susulan laporan itu, tertuduh ditahan di tepi jalan di hadapan sebuah hotel di bandar raya ini jam 1 tengahari, 11 Disember lalu.

Hasil soal siasat, tertuduh menunjukkan lokasi barang kemas itu disimpan iaitu di dalam rumah mereka pada jam 2.10 petang pada hari yang sama.

myMetro | Padah curi barang kemas bapa tiri RM10,000:

'via Blog this'

Brek bas tak berfungsi

KOTA KINABALU: Kegagalan brek dipercayai menjadi punca bas persiaran membawa 31 pelancong warga emas Brunei terbabas dan terbalik lalu merempuh pokok sehingga mengorbankan tujuh nyawa dalam kejadian di Kilometer 8.9 Jalan Tamparuli-Ranau, kelmarin.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, keadaan itu menyebabkan pemandu bas gagal mengawal kenderaan ketika tiba di selekoh semasa menuruni bukit.


“Siasatan awal mendapati brek bas ini gagal berfungsi dengan baik sebelum pemandu hilang kawalan. “Bagaimanapun, siasatan terperinci masih diteruskan dan polis menunggu laporan pemeriksaan dari Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi mengetahui sekiranya ia mengalami masalah teknikal,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, semalam.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati terdapat kesan geseran menunjukkan pemandu hilang kawalan terhadap bas persiaran dipandunya.


“Sebelum terbabas, bas ini turut bergesel dengan sebuah van pelancong yang datang dari bandar raya, namun tiada kecederaan terhadap pemandu van terbabit,” katanya.


Beliau berkata, pemandu bas persiaran itu masih menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) kerana cedera parah.

“Kami akan mengambil keterangan pemandu bas bagi membantu siasatan sebaik mangsa pulih daripada kecederaan.


“Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan beberapa mangsa yang terselamat,” katanya.

Tan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta saksi yang melihat kejadian itu tampil membantu siasatan.


Sementara itu, kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah terhadap keluarga mangsa yang terbabit dalam kemalangan maut itu.


Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, kerajaan negeri berasa sedih dan bersimpati dengan tragedi terbabit serta sentiasa bersedia memberi bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa.


“Saya berharap keluarga mangsa bersabar dan tabah menghadapi keadaan ini manakala mangsa yang cedera dan menerima rawatan diharap akan segera pulih,” katanya.


Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, bas yang dinaiki 33 penumpang termasuk pemandu dan pembantunya terbalik ketika dalam perjalanan dari Semporna ke Kota Kinabalu.


Rombongan pelancong yang turut disertai sembilan lelaki dan 22 wanita termasuk kanak-kanak.


Daripada jumlah itu, tujuh daripada mereka maut manakala 17 lain parah termasuk pemandu bas dan sembilan lain hanya cedera ringan.

myMetro | Brek bas tak berfungsi:

'via Blog this'

Pelajar diperkosa abang ipar hamil empat bulan

KUCHING: Selepas diperkosa abang ipar beberapa kali sejak lima bulan lalu, seorang pelajar tingkatan lima membongkar perbuatan jijik lelaki terbabit kepada ibunya selepas mendapati dia kini mengandung.

Berikutan pendedahan itu, polis menahan suspek berusia 43 tahun di rumahnya di Semariang, di sini kira-kira jam 11 pagi semalam.


Menurut sumber, suspek yang tinggal bersama mangsa dikatakan mengambil kesempatan ketika semua penghuni rumah berkenaan sedang tidur dengan masuk ke bilik pelajar terbabit untuk melampiaskan nafsu serakahnya sejak Ogos lalu.

“Selepas hampir empat bulan menderita, mangsa akhirnya membuat keputusan menceritakan kejadian itu kepada ibunya selepas mendapati dia mengandung hasil perbuatan terkutuk suspek,” katanya.


Kata sumber, ibu mangsa yang terkejut dengan pendedahan anaknya itu kemudian membuat laporan polis sebelum membawanya membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik dan disahkan mengandung empat bulan.


“Mangsa sebelum ini dikatakan enggan makan bersama keluarganya sekiranya suami kakaknya itu turut makan bersama mereka,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata suspek sudah ditahan untuk membantu dalam siasatan dan disiasat mengikuti seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.

myMetro | Pelajar diperkosa abang ipar hamil empat bulan:

'via Blog this'

Warga emas cedera ditetak anak

KUALA LIPIS: Hanya kerana meminta anak perempuannya bersarapan, cuping telinga kanan seorang warga emas hampir putus manakala pergelangan tangan kanannya cedera akibat ditetak anak perempuannya itu di rumah mereka di Taman Lipis Baru, di sini pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, Ho Yoon Ming, 83, tidak sempat melarikan diri apabila diserang anak perempuannya yang berusia 53 tahun yang dipercayai kurang siuman ketika dia sedang berehat di depan rumahnya.


Anak perempuan mangsa dipercayai berang selepas bapanya itu mendesaknya makan bubur yang disediakan sebagai sarapan sebelum Ho pergi berehat di depan rumah.

Anak perempuannya kemudian mengambil pisau pemotong daging di dapur lalu melibas pisau berkenaan mengakibatkan mangsa cedera di beberapa bahagian tubuhnya.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata siasatan mendapati kejadian itu dipercayai berpunca teguran mangsa meminta anak perempuannya itu makan selepas dia menyajikan bubur di atas meja.


Menurutnya, siasatan turut mendapati mangsa yang sudah uzur tidak sempat menyelamatkan diri, menggunakan tangan untuk menangkis serangan itu mengakibatkan pergelangan tangannya cedera.

Katanya, anak mangsa yang seperti dirasuk tidak menghiraukan jeritan bapanya, terus melibas pisau lalu terkena telinga kanan dan kepala menyebabkan warga emas itu rebah berlumuran darah.


“Jeritan kedua-dua mereka menarik perhatian jiran berhampiran dan mereka cuba menyelamatkan mangsa namun disergah wanita terbabit yang mengacukan senjata tajam berkenaan.

“Polis yang mendapat panggilan berhubung kejadian terbabit melalui jiran mangsa pada jam 8.30 pagi bergegas ke rumah mangsa sebelum mendapati wanita itu sedang berdiri sambil memegang senjata tajam berkenaan,” katanya di sini, semalam.


Menurutnya, wanita terbabit turut mengacukan pisau kepada sepasukan anggota polis sambil mengugut mahu terus mencederakan mangsa.


“Melihat keadan semakin tegang dan cemas, anggota polis memujuknya selama setengah jam supaya menyerah diri sebelum dia mencampakkan senjata tajam dipegangnya,” katanya.


“Wanita itu ditahan dan polis menemui bapanya yang terbaring dalam rumah dengan kesan luka dan tetakan di kepala dan badan.


“Mangsa dan anaknya dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis (HKL). Ho menerima tujuh jahitan di kepala dan telinga manakala pergelangan tangan kanannya dijangka dibedah dalam masa terdekat,” katanya.

myMetro | Warga emas cedera ditetak anak:

'via Blog this'

Dijel rogol gadis di pusat karaoke

MELAKA: Seorang penjual pakaian terpakai dihukum tujuh tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas disabitkan atas dua pertuduhan, iaitu merogol gadis bawah umur dan melakukan ugutan jenayah untuk menyebarkan video lucah mangsa dan teman lelakinya.

Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman terhadap Nornira Ali, 26, dari Tampin Tengah, dekat sini, yang menukar pengakuannya kepada bersalah.


Beliau memutuskan demikian selepas mengambil kira fakta kes, rayuan dan hujah pendakwa raya serta menasihati tertuduh supaya berfikir sebelum melakukan sesuatu perbuatan apatah lagi dia mempunyai anak dan isteri.

“Kamu boleh kata apa saja mengenai kes ini. Namun, saya ambil kira pada hari ini (semalam) kamu mengaku bersalah dan mengaku keseluruhan fakta kes.


“Saya juga bersetuju dengan pendakwaan bahawa kamu mengambil kesempatan terhadap mangsa yang belum matang berusia 15 tahun lapan bulan walau apa pun latar belakangnya,” katanya.


Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa bersama-sama rakannya, Ruszairie Aim, 25, dengan niat bersama melakukan ugutan jenayah terhadap gadis berusia 15 tahun lapan bulan dan teman lelakinya yang berusia 15 tahun iaitu hendak menyebarkan video lucah milik mereka yang boleh menyebabkan bencana kepada nama baik mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 43-46 & 45-47, Tingkat Atas Perhentian Bas Pulau Sebang, Alor Gajah, pada 22 Ogos lalu, antara jam 9.30 pagi dan 10.30 pagi dan dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Pertuduhan kedua, Nornira didakwa merogol gadis berkenaan pada 23 Ogos 2010 antara jam 9.30 pagi dan 10.30 pagi di pusat karaoke Lot 43-46 & 45-47, Tingkat Atas, Perhentian Bas Pulau Sebang.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan. Ahmad Sazali menjatuhkan hukuman penjara lima tahun penjara bagi kesalahan rogol dan dua tahun penjara bagi melakukan ugutan jenayah dan kedua-dua hukuman bermula serentak dari tarikh ditangkap.


Mengikut fakta, pada 22 Ogos 2010, jam 9.30 pagi pengadu dan teman lelakinya pergi ke tempat kejadian untuk berkaraoke.


Ketika membuat bayaran untuk lagu tambahan di kaunter, pengadu dan teman lelakinya dipanggil Nornira dan Ruszairie yang bertanya sama ada mereka melakukan seks di pusat karaoke itu, namun mereka menafikannya.


Selepas itu kedua-dua tertuduh memaksa pengadu dan teman lelakinya berbogel dan merakam video mereka sebelum pada sebelah malamnya dia menghubungi pengadu dan memintanya datang seorang diri ke premis itu keesokan harinya jika tidak mahu video bogel itu diedarkan.


Apabila pengadu dan kawannya datang pada keesokan harinya, tertuduh mengatakan dia hanya akan memadam video bogel mangsa dan teman lelakinya jika mangsa melakukan seks dengannya.


Pengadu memilih melakukan seks dengan Nornira kerana khuatir dia akan melaporkan kepada polis sebelum tertuduh memadam video itu Namun, tertuduh merakam pula gambar dia melakukan seks dengan pengadu sebelum mangsa membuat laporan di Balai Polis Pulau Sebang, Alor Gajah pada 25 Ogos 2010.

myMetro | Dijel rogol gadis di pusat karaoke:

'via Blog this'

Duit kutu RM9,000 bawah tikar hilang

KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga kuih kempunan untuk membelanjakan duit kutu sebanyak RM9,000 yang baru diterimanya selepas empat bulan menunggu giliran apabila wang berkenaan hilang berikutan rumahnya dimasuki pencuri dalam kejadian di Kampung Maras, Batu Rakit, di sini, Isnin lalu.

Mangsa, Fatimah Ismail, 56, yang menerima wang berkenaan sehari sebelum itu hanya menyedari kehilangan terbabit apabila masuk ke dalam biliknya pada jam 6.30 pagi untuk menunaikan solat Subuh dan mendapati tingkap bilik itu terbuka selain keadaannya berselerak.


“Saya memperoleh duit kutu itu pada petang Ahad lalu dan merancang memasukkannya ke dalam bank pada keesokan hari.

“Tapi, belum sempat berbuat demikian, wang berkenaan yang diletakkan di bawah tikar dalam bilik tidur dilarikan pencuri.


“Selain wang itu, saya juga kehilangan barangan kemas termasuk rantai dan gelang bernilai RM10,000,” katanya.


Dia yang menjalankan perniagaan di Pasar Maras, di sini, mendakwa terdengar bunyi orang mengheret sesuatu di luar rumah kira-kira jam 11.30 malam Ahad lalu, tetapi tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka ia perbuatan jiran yang tinggal berdekatan rumahnya.

“Saya percaya pencuri berkenaan melakukan jenayah itu ketika saya, suami dan dua anak berada di dapur untuk menyiapkan kuih untuk dijual antara jam 5.30 hingga 6.30 pagi, Isnin lalu.


“Ketika saya mengejutkan suami sebelum jam 5.30 pagi di bilik itu, belum ada tanda ia dipecah masuk.

“Saya juga dimaklumkan jiran bahawa rumahnya turut dimasuki pencuri pada hari sama, tetapi dia hanya kehilangan duit syiling yang diletakkan dalam bekas cenderamata,” katanya.


Menurutnya, dia bersama suami, Yaser Mohd, 57, kemudian membuat laporan mengenai kejadian berkenaan di Balai Polis Batu Rakit, di sini, pada jam 7.20 pagi, Isnin lalu.


“Walaupun kehilangan wang tunai dan barangan berharga, saya bersyukur kerana kami sekeluarga tidak diapa-apakan dalam kejadian itu,” katanya.

myMetro | Duit kutu RM9,000 bawah tikar hilang:

'via Blog this'

Penyamun tekup muka

AMPANG: Seorang peniaga kerugian lebih RM100,000 selepas rumahnya dimasuki dua penyamun dalam kejadian di Pandan Indah, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa dikenali sebagai Chong, 44, tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi bising.


Katanya, sebaik keluar dari bilik, dia terkejut apabila mendapati dua lelaki berusia 20-an yang membawa parang panjang berdiri di ruang tamu.

“Mereka yang tidak menyangka kehadiran saya mengacukan parang ke badan dan mengugut akan mencederakan saya sekiranya cuba melawan.


“Saya ditolak masuk ke bilik dan mereka menendang dada hingga saya terjatuh. Mereka menutup muka saya dengan bantal,” katanya di sini, semalam.


Chong berkata, seorang daripada mereka sekali lagi mengacukan parang ke badannya, manakala seorang lagi menggeledah bilik mencari barangan berharga.

Menurutnya, selepas lima minit menggeledah rumahnya, mereka melarikan pelbagai barangan berharga termasuk tiga kad kredit, telefon, komputer riba, kereta BMW dan wang tunai RM3,000.


“Saya tergamam dengan kejadian itu kerana mereka menyamun pada waktu siang dengan mengumpil pintu depan,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Ampang sejurus kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut dijalankan.

myMetro | Penyamun tekup muka:

'via Blog this'

Wanita ditikam 15 kali


Kes bu

SHAH ALAM - Seorang kerani bank maut selepas ditikam 15 kali di sebuah rumah kedai di Jalan Puncak Desa, Kepong, Gombak, awal pagi semalam.
Dalam keadaan parah, wanita itu merangkak ke bahagian tingkap rumahnya dan menjerit meminta tolong ke arah sekumpulan individu yang berada di kedai makan di tingkat bawah premis tersebut.
Jeritannya didengari orang awam yang berada di kedai itu yang terus membantunya dan menghubungi polis kira-kira jam 1.55 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, polis mendapat maklumat mengenai seorang wanita yang ditemui terbaring berlumuran darah dalam rumah kedai terbabit dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, menurutnya, mangsa yang masih bujang itu disahkan mati kira-kira jam 2.10 pagi di hospital terbabit.
“Siasatan awal mendapati terdapat 15 tikaman di belakang badan mangsa, termasuk kesan luka di beberapa bahagian anggota badan lain seperti siku, lengan, peha, rusuk kanan dan jari.
“Mangsa dikenali sebagai Rozana Mohd Yusak, 35 tahun,” katanya ketika dihubungi semalam.
Rosly berkata, pemeriksaan ke atas rumah kedai yang disewa oleh mangsa, mendapati premis itu kosong dan hanya terdapat pakaian milik mangsa.
Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan cemburu sebagai motif kejadian dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Katanya, polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam kejadian dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berdekatan atau talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, 03-61262222 bagi membantu siasatan.
Rozana, yang sudah 10 tahun bekerja sebagai kerani bank itu, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.
Sementara itu, bapa mangsa, Yusak Suparman, 64, berkata, dia sekeluarga sangat terkejut dengan kejadian itu, tetapi reda dengan pemergian anak sulung daripada tiga beradik itu.
Yusak berkata, isterinya pengsan selepas mendengar berita pembunuhan itu.
“Kami dapat tahu berita ini daripada anak saudara kira-kira jam 6.30 pagi tadi (semalam).
“Kami sekeluarga baru saja bertemu dia (mangsa) minggu lalu ketika dia pulang ke kampung. Dia tak ceritakan apa-apa masalah, sama ada berkaitan kerja atau teman lelaki. Dia minta saya belikannya komputer riba sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur baru-baru ini,” katanya.
Dia berharap individu yang membunuh anaknya itu akan menerima balasan sewajarnya.
Wanita ditikam 15 kali - Jenayah - Sinar Harian:

Pekerja kontrak mati ditembak 10 das


Pekerja kontrak mati ditembak 10 das

SHAH ALAM - Seorang pekerja kontrak maut terkena 10 das tembakan, manakala adik ipar perempuannya cedera parah dalam serangan bertubi-tubi oleh lima lelaki bertopi keledar di kawasan parkir Blok A, Apartment Laksamana Jaya, Batu Caves, Gombak, malam kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika pekerja kontrak yang maut, S Murgeso, 46, berada dalam Toyota Vios warna hitam yang diletakkan di kawasan terbabit, manakala adik iparnya, S Krishnarni, 40, sedang memasuki kenderaan yang sama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, kedua-dua mangsa terbabit ditembak oleh lima lelaki memakai topi keledar yang menaiki kereta pacuan empat roda Mitsubishi Storm warna hitam dan Proton Waja berwarna emas.

Menurutnya, kelima-lima lelaki itu dipercayai melepaskan sebanyak 11 das tembakan menggunakan peluru bersaiz 9 milimeter (mm) ke arah kedua-dua mangsa, sebelum melarikan diri bersama dua kereta mereka.

“Siasatan menunjukkan terdapat 10 kesan tembakan di tubuh badan mangsa yang maut, termasuk satu di dahi dan dua di bahagian dada.

“Adik ipar mangsa cedera terkena tembakan di bahagian rusuk kanan dan sedang menerima rawatan di Hospital Selayang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Rosly berkata, siasatan awal menunjukkan motif adalah disebabkan dendam kerana kelima-lima lelaki terbabit sudah bersiap sedia menunggu berdekatan kereta mangsa sebelum menembaknya.

Katanya, usaha memburu kelima-lima individu yang terlibat dalam kejadian sedang giat dilancarkan dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Pekerja kontrak mati ditembak 10 das - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pedang dalam kereta


Bersalah---Ahmad-Zaidy-(tengah)-turut-memiliki-lapan-rekod-lampau

KOTA BHARU –Tindakan seorang mekanik membawa bersama sebilah pedang di dalam keretanya Oktober lalu membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh, Ahmad Zaidy Abd Majid, 34 dari Taman Makmur, Kok Lanas di sini, didapati bersalah melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah bengkel kereta di Kampung Kedai Mulong di sini, pada jam 5 petang, 8 Oktober lalu.

Berdasarkan fakta kes, polis dari balai Nilam Puri di sini, menahan sebuah Honda Civic berwarna kuning dan pemeriksaan menemui pedang berhulu besi itu terselit di tempat brek tangan kereta tersebut.

Tertuduh kemudiannya dituduh mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

Pada prosiding semalam, tertuduh pada mulanya mengaku tidak bersalah, namun menukar pengakuan itu selepas Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly memberi peringatan kepadanya.

“Jika kamu terus tidak mahu mengaku salah, saya ingatkan kamu, kamu tidak akan mendapat hukuman penjara atau denda yang ringan seperti yang tertuduh-tertuduh lain dapat pada hari ini. Kalau hari ini ada tertuduh yang mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman enam atau
lapan bulan penjara atau denda serendah RM2,800, kamu tidak akan mendapat hukuman sama jika kamu didapati bersalah selepas perbicaraan nanti,” katanya.

Peringatan itu menyebabkan tertuduh menukar pengakuannya dan kemudian dijatuhi hukuman penjara tersebut. Pedang dalam kereta - Kelantan - Sinar Harian:

'via Blog this'

Kebimbangan wabak penyakit menular di wilayah bencana di Mindanao



KANAK-KANAK mangsa taufan Washi memasukkan air ke dalam botol dari sebuah baldi di bandar Iligan, Mindanao di selatan Filipina, semalam. - REUTERS


MANILA 21 Dis. - Jabatan Kesihatan Filipina hari ini meningkatkan tahap kemungkinan wabak penyakit berlaku di dua bandar di selatan negara ini yang dilanda banjir ketika angka korban meningkat melebihi 1,000 orang.

Menurut jabatan itu, mereka telah menempatkan pasukan untuk memeriksa pusat pemindahan yang mudah terjejas dengan penyakit dan wabak disebabkan air tercemar di bandar Cagayan de Oro dan Iligan.

Penolong Setiausaha Kesihatan, Ted Herbosa berkata, pekerja kesihatan turut memberikan vaksin campak kepada kanak-kanak.

Sekurang-kurangnya 1,002 orang terbunuh dan ramai lagi hilang akibat Taufan Washi yang melanda selatan negara ini lewat minggu lalu, menurut Pejabat Pertahanan Awam (OCD).

Ketua Agensi Bantuan Kecemasan Nasional, Benito Ramos berkata, sebanyak 650 kematian dilaporkan di selatan bandar pelabuhan Cagayan de Oro, manakala 283 orang lagi maut di bandar Iligan.

Menurutnya, angka korban dijangka meningkat kerana masih ramai yang hilang dan usaha mencari akan diteruskan.

Lebih 340,000 orang pula dipindahkan akibat banjir dengan sekurang-kurangnya 44,000 mangsa tinggal di pusat pemindahan yang sesak dan kurang kemudahan, manakala selebihnya berkhemah di kampung mereka dan di jalanan, lapor OCD.

"Jika terlalu ramai orang di sesuatu tempat yang kekurangan bekalan terutamanya air, kemungkinan besar wabak penyakit akan merebak," kata Herbosa.

Beliau menggesa penduduk untuk terus menjaga kebersihan untuk melindungi mereka daripada penyakit seperti jangkitan pernafasan, cirit-birit dan demam.

"Kami juga dimaklumkan ramai mangsa banjir di pusat pemindahan tidur di atas lantai simen, sekali gus berisiko dijangkiti pneumonia ekoran cuaca sejuk," tambahnya. - DPA

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'