Search This Blog

Wednesday, December 21, 2011

Akibat terlelap


terlelap

ALOR GAJAH - Akibat keletihan dan tertidur ketika memandu, seorang gadis nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas ke kiri jalan, sebelum terhumban ke dalam parit di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi itu, Norzaini Abd Rahman, 24, yang juga pekerja kilang dalam perjalanan pulang ke rumah di Kuala Linggi.

Menurutnya, dia baru habis bekerja di Pengkalan Balak dan tidak menyedari kereta Perodia Viva yang dipandunya terbabas kerana terlalu mengantuk.
“Waktu kerja saya bermula jam 8 malam hingga 7.30 pagi. Ketika kejadian, saya memang tidak sedar stereng kereta semakin menghala ke kiri jalan dan hanya terjaga apabila kenderaan sudah terbalik dalam parit berlumpur.

“Memang panik dan terkejut apabila air lumpur mula memasuki kereta dan saya pula sukar menyelamatkan diri kerana pintu susah untuk dibuka, menyebabkan saya terpaksa keluar menggunakan pintu bahagian penumpang,” katanya kepada Sinar Harian.

Norzaini, anak ketiga daripada lima beradik berkata, dia bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan yang serius walaupun keretanya terhumban dan terbalik.

Sementara itu, saksi kejadian, Ghazali Ani, 41, berkata, ketika kejadian, dia dari arah Kuala Linggi menuju ke pekan Kuala Sungai Baru.

“Saya terkejut melihat kereta mangsa meluncur laju ke kiri jalan tanpa menekan brek.

“Saya segera berpatah balik dan melihat mangsa cuba menyelamatkan diri dalam keadaan panik serta ketakutan,” katanya. Akibat terlelap - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'

Lans Koperal didakwa samun remaja

AYER KEROH - Seorang anggota polis berpangkat Lans Korperal dan rakannya dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, kerana menyamun seorang remaja di sebuah pusat siber, pertengahan November lalu.
Ahmad Muzammir Zorkanain, 24, dan rakannya, Mohd Hazhar Baharum, 32, bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Zaharah Hussain.
Berdasarkan pertuduhan, kedua-duanya didapati melakukan rompak bersenjata menggunakan sebilah pisang parang ke atas Hilary Salisih, 18, dengan merompak wang tunai RM1,000 milik sebuah pusat siber.
Tertuduh melakukan kesalahan itu di sebuah kedai pusat siber di Taman Rambai Jaya, Bukit Rambai, jam 3.55 pagi pada 17 November 2011.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 391 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 395/397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun dan sebat.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Fairuz Syuhada Amran meminta mahkamah memberikan jaminan RM10,000 setiap tertuduh dan dikenakan syarat tambahan.
Bagaimanapun, Ahmad Muzammir yang diwakili peguamnya A Partheeban, memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan dengan alasan dia telah berkahwin dan perlu menyara keluarga.
Sementara Mohd Hazhar yang tidak diwakili peguam bela juga memohon wang jaminan dikurangkan kerana dia berniaga kecil-kecilan dan bakal menimang cahaya mata.
Setelah mendengar permintaan dan rayuan kedua-dua belah pihak, Zaharah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 seorang dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 15 Januari tahun depan.
Lans Koperal didakwa samun remaja - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'

600 keluarga berlindung dari banjir di Bengkulu


600 keluarga berlindung dari banjir di Bengkulu

JAKARTA- Seramai 600 keluarga kini mencari tempat perlindungan dari banjir yang melanda wilayah Bengkulu, Indonesia menurut sebuah akhbar dari Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan semalam.
Ketua Pusat Data Maklumat dan Perhubungan Awam di Agensi Kebangsaan bagi Pegurusan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata, tiada kematian dilaporkan ketika banjir melanda wilayah itu pada jam 5 petang waktu tempatan.
Dalam satu kenyataan lain yang dilaporkan oleh agensi berita Xinhua China semalam, Nugroho berkata, banjir tersebut telah menenggelami beratus rumah dan menyebabkan kesesakan jalan raya yang menghubungkan wilayah Bengkulu dan Selatan Sumatra.
Katanya, hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan Sungai Musi dan Sungai Semplang melimpah.
Tambahnya, dengan air berketinggian 1.5 meter, ia menyebabkan penduduk berpindah ke tempat yang lebih selamat buat masa sekarang.
"BNPB tempatan telah diselaraskan dengan pihak polis dan institusi yang berkaitan untuk tindak balas kecemasan segera," katanya.
600 keluarga berlindung dari banjir di Bengkulu - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

9 dicekup asyik laga ayam


ayam

TELUK INTAN - Kemaruk bermain laga ayam di dalam estet kelapa sawit mengundang padah apabila sembilan individu yang leka bermain dicekup dalam satu operasi di Jalan Estet, Kampung Bahagia, di sini, petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Mohd Zaki Harun berkata, operasi berjaya dilakukan hasil maklumat orang awam dan risikan anggotanya sebelum menyerbu lokasi kaki judi berkenaan.

Katanya, ketika serbuan dilakukan sekumpulan orang awam yang asyik bermain permainan laga ayam terkejut dengan kehadiran polis dan mereka cuba melarikan diri.

Namun mereka dikepung dan polis berjaya menahan sembilan lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun yang disyaki terlibat dengan aktiviti laga ayam di kawasan ini.

“Selain itu, kami turut merampas 13 ekor ayam yang dikatakan digunakan untuk aktiviti laga ayam,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, di sini, semalam.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 44 Akta Binatang 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Mohd Zaki berkata, kesemua suspek yang dipercayai orang luar daerah ini dibawa ke IPD Hilir Perak untuk siasatan lanjut.

Katanya, pihaknya juga akan menyiasat dalang di sebalik aktiviti itu yang dipercayai dijalankan oleh penduduk tempatan. 9 dicekup asyik laga ayam - Perak - Sinar Harian:

'via Blog this'

Polis cari Samuel Thangaraju


hilang

IPOH – Polis mencari seorang pemandu lori yang terlibat dalam satu kemalangan maut pada 17 Mac lalu, membabitkan kenderaannya dengan sebuah motosikal, supaya hadir ke Mahkamah Tinggi Ipoh, hari ini.

Individu dikenali sebagai Samuel Thangaraju a/l Jebamony, 38, beralamat Jalan Sungai Pari Buntong di sini, tidak pernah hadir ke mahkamah tetapi diwakili peguamnya. Waran tangkap juga telah dikeluarkan.

Kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal maut dan pemboncengnya cedera.

Samuel Thangaraju diminta hadir ke mahkamah pada jam 8 pagi di hadapan Hakim Datuk Zainal Adzam Abd Ghani.

Orang ramai yang mengetahui dan dapat memberi maklumat individu berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Inspektor Hanum di talian 010-3915581 atau 05-2451546. Polis cari Samuel Thangaraju - Perak - Sinar Harian:

'via Blog this'

Bot karam dipukul ombak


bot karam

PASIR PUTEH - Seramai lapan nelayan warga Vietnam hampir maut apabila bot yang dinaiki mereka dipukul ombak besar ketika memasuki Muara Tok Bali di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim, Daerah Maritim Tok Bali, Komander Maritim Zainin Abd Majid berkata, kejadian yang berlaku kira-kira 150 meter dari muara itu disedari orang awam kira-kira jam 10.30 pagi sebelum melaporkan ia kepada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

“Bot KNF 7847 itu dipercayai keluar untuk menangkap ikan pada 1 Disember lalu dan setelah 19 hari di laut, mereka pulang dan dalam perjalanan ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tok Bali untuk membawa hasil tangkapan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, semua mangsa berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun sempat bertarung nyawa selama setengah jam sebelum diselamatkan, bagaimanapun kesemuanya selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zainin berkata, mereka yang terlibat ialah Nguyen Van Tinh, 46, Fham Thanh Tu,25, Ngiyin Tmlong Du, 34, Nguyin Vam Tam,22, Fhum Thnuh Tuan, 25, Danh Thiiong, 21, Nguyen Van Liet, 36 dan Danh Chung, 24.

Beliau berkata, kejadian itu kerugian dianggarkan RM700,000 dan semua barang dalam bot berkenaan tidak dapat diselamatkan.

“Operasi menyelamat ini melibatkan bot Penyelamat Tujuh yang diketuai oleh BK Maritim Juhari Ab Rahim, dan Kilat 28 yang diketuai BM Maritim Azahar Hussin.

“Manakala daripada Pasukan Gerakan Marin (PGM) pula diketuai oleh Inspektor Yaakub Pairuk menggunakan bot PSC (Penyengat 16),” katanya.

Zainin berkata, tujuh daripada mangsa diselamatkan APMM manakala seorang lagi PGM sebelum dibawa ke Jeti Operasi APMM Tok Bali.

Beliau berkata, semua mangsa diserahkan kepada pemilik mereka untuk tindakan selanjutnya. Bot karam dipukul ombak - Kelantan - Sinar Harian:

'via Blog this'

Patah lengan jatuh longkang tiada besi penutup

SEREMBAN – Kehilangan 12 besi penutup longkang di Taman Seremban Jaya Fasa 5 dekat sini beberapa hari lalu mengundang malang kepada seorang suri rumah apabila dia terjatuh, menyebabkan lengan kanannya patah.
Law Cheng See, 36, berkata, dia tidak perasan besi penutup longkang di hadapan rumahnya hilang ketika mahu membuang sampah, Sabtu lalu.
“Saya mahu ke Melaka pada hari kejadian kerana ada urusan peribadi. Sebelum bertolak, saya mengemas rumah terlebih.
“Ketika mahu buang sampah, kaki saya tersadung ke dalam longkang menyebabkan saya terjatuh, mengakibatkan lengan kanan patah,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, disebabkan kejadian itu, dia terpaksa membatalkan hasrat ke Melaka kerana perlu mendapatkan rawatan di hospital.
Katanya, dia bersyukur kerana anaknya tidak ikut sama membuang sampah pada waktu itu.
“Saya dapati, bukan di hadapan rumah saya sahaja besi penutup longkang hilang, tetapi hampir keseluruhan lorong 5/6A.
“Saya percaya, ia menjadi sasaran segelintir individu tidak bertanggungjawab yang ingin mendapatkan wang dengan jalan mudah selepas menjualnya,” katanya kepada Sinar Harian,
Cheng See berkata, dia terpaksa mengambil inisiatif sendiri menempah besi penutup longkang yang baru dengan kos RM70 kerana bimbang keselamatan anaknya.
Sementara itu, Adun Senawang, P Gunasekaran berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada pihak berkenaan untuk tindakan segera.
Patah lengan jatuh longkang tiada besi - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'

Nenek, anak lelaki ditahan


Nenek, anak lelaki ditahan

IPOH – Seorang nenek berusia 73 tahun bersama anak lelakinya berusia 43 tahun ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Dalam satu serbuan 15 Disember lalu, dua beranak itu ditahan dan polis merampas 3.64 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM500,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Ampang Baru, New Village.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, dadah berkenaan dibungkus semula dalam paket kecil bagi memudahkan suspek menjual secara kecil-kecilan untuk pasaran tempatan.

“Dadah yang diterima seperti bungkusan hadiah kemudian dipaket kecil antara 23 hingga 24 gram bagi memudahkan penjualan juga dipercayai sebagai transit ke tempat lain seperti Kuala Lumpur.

“Antara yang dirampas ialah wang tunai berjumlah RM110,000, sebuah kereta, jam tangan jenama Rolex dan wang dalam akaun berjumlah RM95,000. Keseluruhan nilai harta yang disita dianggar RM237,000,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, semalam.

Mohd shukri berkata, lelaki berkenaan direman sehingga 22 Disember ini untuk membantu siasatan manakala, ibunya dilepaskan dengan ikat jamin polis.

“Suspek yang ditangkap disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah dan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

“Aktiviti pengedaran yang telah aktif tiga bulan lalu itu akan diteruskan siasatan bagi mengenal pasti sindiket yang lain,” katanya. Nenek, anak lelaki ditahan - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Duit lesap ditipu juru runding perkahwinan

SEREMBAN- Hasrat seorang remaja untuk mengadakan majlis pertunangan dengan meriah tidak kesampaian apabila ditipu juru runding perkahwinan, di sini, Sabtu lalu.
Nur Hidaty Faulina Rosly, 21, berkata, dia menanggung kerugian lebih RM600 apabila pakej ditawarkan seorang wanita, sebenarnya tidak wujud.
Menurutnya, kejadian bermula apabila dia melayari laman sosial Facebook milik wanita terbabit, yang memaparkan pengalamannya menguruskan majlis pertunangan dan perkahwinan.
“Setelah meneliti harga bagi setiap pakej, saya setuju menggunakan khidmatnya untuk majlis pertunangan saya.
"Wanita terbabit meminta wang pendahuluan kerana katanya sebagai bayaran untuk dia membeli barangan diperlukan terlebih dahulu," katanya, semalam.
Nur Hidaty Faulina berkata, dia membayar wang deposit sebanyak RM400 dan bakinya hanya akan dijelaskan ketika dia ke butik untuk mencuba pakaian tunang.
"Keadaan mula jadi serba tidak kena apabila pakaian yang ditempah tidak seperti yang saya inginkan.
"Lebih teruk lagi apabila sehari sebelum majlis berlangsung, wanita terbabit menghubungi saya memaklumkan dia tidak dapat memasang pelamin di rumah dengan alasan pekerjanya bawa lari semua peralatan perkahwinan termasuk pelamin yang ditempah," katanya.
Menurutnya, mahu tidak mahu, dia terpaksa mencari pelamin lain sebagai ganti supaya tidak mencacatkan majlis pertunangannya.
"Disebabkan rasa tertipu, saya telah membuat laporan polis semalam di Balai Polis Seremban 2 untuk menuntut ganti rugi," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Duit lesap ditipu juru runding perkahwinan - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'

Duit lesap ditipu juru runding perkahwinan

SEREMBAN- Hasrat seorang remaja untuk mengadakan majlis pertunangan dengan meriah tidak kesampaian apabila ditipu juru runding perkahwinan, di sini, Sabtu lalu.
Nur Hidaty Faulina Rosly, 21, berkata, dia menanggung kerugian lebih RM600 apabila pakej ditawarkan seorang wanita, sebenarnya tidak wujud.
Menurutnya, kejadian bermula apabila dia melayari laman sosial Facebook milik wanita terbabit, yang memaparkan pengalamannya menguruskan majlis pertunangan dan perkahwinan.
“Setelah meneliti harga bagi setiap pakej, saya setuju menggunakan khidmatnya untuk majlis pertunangan saya.
"Wanita terbabit meminta wang pendahuluan kerana katanya sebagai bayaran untuk dia membeli barangan diperlukan terlebih dahulu," katanya, semalam.
Nur Hidaty Faulina berkata, dia membayar wang deposit sebanyak RM400 dan bakinya hanya akan dijelaskan ketika dia ke butik untuk mencuba pakaian tunang.
"Keadaan mula jadi serba tidak kena apabila pakaian yang ditempah tidak seperti yang saya inginkan.
"Lebih teruk lagi apabila sehari sebelum majlis berlangsung, wanita terbabit menghubungi saya memaklumkan dia tidak dapat memasang pelamin di rumah dengan alasan pekerjanya bawa lari semua peralatan perkahwinan termasuk pelamin yang ditempah," katanya.
Menurutnya, mahu tidak mahu, dia terpaksa mencari pelamin lain sebagai ganti supaya tidak mencacatkan majlis pertunangannya.
"Disebabkan rasa tertipu, saya telah membuat laporan polis semalam di Balai Polis Seremban 2 untuk menuntut ganti rugi," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Duit lesap ditipu juru runding perkahwinan - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'

Warga emas maut nahas jalan raya

KUANTAN-Seorang lelaki warga emas maut dalam nahas jalan raya yang berlaku di Kilometer (KM) 148 Lebuhraya Pantai Timur, di sini, semalam.
Ketua Pegawai Turus Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Rizal Abdullah berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.50 petang itu membabitkan mangsa, Yip Sup Yiew, 75 dari Kampung Sungai Terentang, Rawang, Selangor.
Menurutnya, kejadian berlaku selepas motosikal ditunggangi mangsa terlanggar belakang kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota yang dipercayai berhenti di lorong kecemasan.
“Pemandu kenderaan pacuan empat roda itu berhenti kerana tayar pancit dan mangsa tidak menyedari kenderaan yang berhenti di lorong terbabit.
“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya kepada pemberita di Bilik Media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang di sini, semalam.
Sementara itu, beliau juga memberitahu seorang lagi warga emas meninggal dunia di Hospital tengku Ampuan Afzan (HTAA) ketika menerima rawatan kira-kira jam 5.15 petang semalam selepas menjadi mangsa langgar lari pada 16 Disember lalu.
Mangsa, Cha Sin Won, 67 dari Taman Hong Seng di sini dipercayai dari arah Bukit Astana menuju ke Kuantan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.25 petang.
Menurutnya, mangsa dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan tidak dikenali.
“Orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Warga emas maut nahas jalan raya - Pahang - Sinar Harian:

'via Blog this'

Sorok wang samun RM4,000 dalam celana

RAUB – Seorang lelaki bertindak menyorokkan wang hasil rompakan sebanyak RM4,000 dalam seluar dalamnya untuk mengelak ia dikesan.
Namun nasib tidak menyebelahinya apabila wang itu berjaya dirampas polis Raub dalam satu serbuan­ ketika lelaki terbabit berada di kediaman saudaranya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, lelaki berusia 25 tahun itu dipercayai terlibat dalam kejadian rompakan wang milik seorang warga emas di Kampung Jenud.

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika warga emas lelaki berusia 78 tahun berkenaan dalam perjalanan­ pulang dari kebunnya sebelum dihampiri suspek dari arah belakang.

“Ketika kejadian lebih kurang jam 11 pagi itu, suspek yang menunggang motosikal bertindak menekup mulut lalu mengambil wang berkenaan sebelum memecut meninggalkan mangsa.

“Mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan suspek berjaya dikesan dalam tempoh sejam selepas laporan dibuat,” katanya kepada Sinar Harian.

Wan Mohd Samsudin berkata, tangkapan itu berjaya dilakukan hasil siasatan dan maklumat orang ramai yang mendapati suspek berada di rumah saudaranya di Kampung Kuala Dong.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut termasuk ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis heroin.
“Suspek ditahan reman selama tujuh hari. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman sehingga 14 tahun penjara serta sebatan,” katanya. Sorok wang samun RM4,000 dalam celana - Pahang - Sinar Harian:

'via Blog this'

Penjual ayam didenda RM1,600 miliki daun ketum

SIK - Mahkamah Majistret Sik, semalam, mengarahkan seorang penjual ayam membayar denda RM1,600 atas kesalahan memiliki sejumlah 2.01 kilogram (kg) daun ketum.

Muhamad Syafik Sobri, 20, dituduh memiliki daun tumbuhan yang mengandungi Mitragynine, iaitu bahan bahan yang disenaraikan dalam jadual pertama dan ketiga (bahan-bahan Psikotropik) Akta Racun 1952.

Muhamad Syafik didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 (pindaan 2003) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30(35) akta sama, kira-kira jam 2.50 petang, 27 Ogos lalu, di jalan Padang Awam, kawasan Kampung Mandul, Sik.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun, atau kedua-duanya sekali.

Majistret Raja Shahril Anuar Raja Baniamin mengarahkan Muhamad Syafik membayar denda RM1,600 atau penjara lima bulan jika gagal membayar jumlah denda ditetapkan.

Terdahulu, Muhamad Syafik dalam rayuannya memohon agar dikenakan hukuman paling minimum atas alasan hanya bekerja sebagai penjual ayam dengan pendapatan RM30 sehari selain tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan sebelum ini.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syaiful Akmal Mohd Razi. Penjual ayam didenda RM1,600 miliki daun ketum - Utara - Sinar Harian:

'via Blog this'

Nelayan dipenjara kerana rompak nenek saudara

GEORGETOWN - Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, itulah nasib seorang nelayan yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merompak barang kemas dan telefon bimbit milik nenek saudaranya berusia 55 tahun, Oktober tahun lalu.
Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu sejurus Yusri Md Sani, 24, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.
Mengikut pertuduhan, Yusri dari Kampung Che Rahmat, Pantas Remis, Perak didakwa merompak barang kemas iaitu sepasang subang, seutas rantai dan dua gelang tangan serta dua telefon bimbit milik Mek Zainab Ali, 55 serta dengan sengaja menyebabkan cedera kepada mangsa.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mangsa di Flat Jalan Tengah, Bayan Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang, 15 Oktober 2010.
Untuk kesalahan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hashim mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.
Berdasarkan fakta kes, pengadu merupakan anak saudara kepada mangsa membuat laporan di Balai Polis Bayan Baru, pada 15 Oktober lalu bahawa ibunya yang ditinggalkan bersama cucu (Yusri) disamun dan dicederakan oleh Yusri.
Ketika kejadian, pengadu baru pulang dari kedai berhampiran rumah dan mendapati ibu saudara dalam keadaan berlumuran darah di bahagian kepala.
Ibu saudara pengadu memaklumkan bahawa Yusri menjerut lehernya dengan wayar cerek elektrik dan menghentak kepalanya dengan batu serta topi keledar sebelum merompak barang kemas dan telefon bimbitnya.
Nelayan dipenjara kerana rompak nenek saudara - Utara - Sinar Harian:

'via Blog this'

Nenek ke tali gantung akibat dadah


uganda

GEORGETOWN - Angkara sorok dadah di ruang sulit bagasi, seorang nenek warga Uganda menerima padah apabila dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Hukuman terhadap Nabweteme Hadija, 56, dibuat mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama kerana kesalahan mengedar dadah jenis methamphetamin seberat 2,329 gram.
Dia didapati bersalah pada pertuduhan mengedar dadah di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), kira-kira jam 11 malam, 9 September 2010.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari manakala Nabweteme diwakili S Yagoo.
Dalam penghakimannya, Pesuruhanjaya Kehakimam Mohd Amin Firdaus Abdullah berkata, tertuduh dalam pembelaannya menafikan bagasi berisi dadah itu miliknya, sebaliknya mendakwa meminjam bagasi itu daripada rakannya di Uganda kerana bagasinya basah dan dihantar kedai dobi.
"Bagaimanapun, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh adalah tidak munasabah iaitu tidak mempunyai masa untuk membeli bagasi baru dan terpaksa pinjam daripada rakannya untuk suatu perjalanan jauh.
"Mahkamah mendapati tertuduh sendiri menyimpan pakaiannya di dalam bagasi berkesempatan untuk memeriksa bagasi itu. Oleh itu, alasan tertuduh tidak sedar bahawa bahagian bawah bagasi itu keras dan mecurigakan adalah tidak logik,"katanya.
Berikutan itu, Mohd Amin Firdaus berkata, keterangan saksi pendakwaan juga konsisten bahawa tertuduh yang mengeluarkan anak kunci bagasi itu serta pakaian yang terdapat dalam bagasi itu sesuai dipakai oleh tertuduh.
"Ini menunjukkan tertuduh mempunyai pengetahuan tentang dadah itu dan mempunyai niat untuk melakukan kesalahan. Atas penilaian maksimum, pembelaan didapati gagal timbulkan keraguan yang munasabah terhadap pihak pendakwaan dan hanya satu hukuman di bawah undang-undang iaitu tertuduh dijatuhi hukuman mati," katanya.
Nenek ke tali gantung akibat dadah - Utara - Sinar Harian:

'via Blog this'

Akibat panas baran dan cederakan teman wanita


pukul

GEORGETOWN - Akibat mengikut emosi, seorang teman lelaki yang gagal mengawal sikap panas baran mengundang padah apabila dikenakan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan sengaja mencederakan teman wanitanya, minggu lalu.
Majistret Noor Aini Yusof membuat keputusan itu setelah Kumarendren Sreetheran,21, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.
Dia turut diperintah dipenjara dua bulan jika gagal menjelaskan denda itu.
Kumarendren disabit kesalahan atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap teman wanitanya berusia 19, di Flat Sri Saujana Gat Lebuh Maccullam, di sini, kira-kira jam 10 malam, 12 Disember lalu.
Untuk kesalahan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azizah Jaafar mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda ataupun kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, Kumarendren didakwa menendang teman wanita yang juga rakan sekerjanya di bahagian tangan dan dada sehingga lebam di lenggan kanannya.
Dalam rayuan, Kumarendren memohon hukuman ringan dengan alasan mendapat kerja di Singapura.
"Saya merupakan penanggung tunggal keluarga kerana ibu bapa sudah pencen," katanya.
Bagaimanapun, Nur Azizah memohon hukuman yang setimpal kerana mangsa adalah seorang perempuan dan perlu mendapat keadilan.
Akibat panas baran dan cederakan teman wanita - Utara - Sinar Harian:

'via Blog this'

Gudang simpan minyak diserbu


Mohamad-(kanan)-memeriksa-tempat-petrol-disimpan

BUKIT MERTAJAM – Sejum­lah 20,000 liter petrol dan 80,000 liter diesel dianggar­kan bernilai RM182,000 di­rampas Kemen­terian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepeng­gunaan (KPDNKK) Putrajaya, semalam, dalam ope­rasi yang diadakan di sebuah gudang menyimpan minyak dekat Ladang Juru, di sini.

Operasi bersama Su­ru­han­jaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) itu disertai 18 pegawai, termasuk 10 pe­gawai KPDNKK dike­tuai Pe­nolong Pengarah Unit Ka­wa­lan Bahagian Petroleum Putrajaya, Mohamad Hashim.

Mohamad ketika ditemui berkata, petrol yang disimpan di bawah tanah itu dirampas selepas ia didapati tidak mempunyai lesen simpanan sah, manakala diesel yang disimpan di dalam sebuah tangki itu dirampas setelah mendapati ia disimpan di tempat yang tidak dilesenkan.

“Tempat ini dipercayai berope­rasi lebih 10 tahun lalu berdasarkan siasatan awal yang dijalankan.

“10 pekerja, termasuk pemilik premis yang berusia lingkungan 50an ditahan untuk diambil ke­terangan,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua rampasan itu disiasat bawah Seksyen 7(4) Akta Kawalan Be­kalan 1961 dan Seksyen 20 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, sabit kesalahan bo­leh dikenakan hukuman denda maksimum RM100,000 atau pen­jara tiga tahun atau kedua-duanya se­kali bagi individu yang terlibat, manakala bagi syarikat pula denda tidak lebih RM250,000. Gudang simpan minyak diserbu - Utara - Sinar Harian:

'via Blog this'

Nenek, anak lelaki ditahan


Nenek, anak lelaki ditahan

IPOH – Seorang nenek berusia 73 tahun bersama anak lelakinya berusia 43 tahun ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Dalam satu serbuan 15 Disember lalu, dua beranak itu ditahan dan polis merampas 3.64 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM500,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Ampang Baru, New Village.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, dadah berkenaan dibungkus semula dalam paket kecil bagi memudahkan suspek menjual secara kecil-kecilan untuk pasaran tempatan.

“Dadah yang diterima seperti bungkusan hadiah kemudian dipaket kecil antara 23 hingga 24 gram bagi memudahkan penjualan juga dipercayai sebagai transit ke tempat lain seperti Kuala Lumpur.

“Antara yang dirampas ialah wang tunai berjumlah RM110,000, sebuah kereta, jam tangan jenama Rolex dan wang dalam akaun berjumlah RM95,000. Keseluruhan nilai harta yang disita dianggar RM237,000,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, semalam.

Mohd shukri berkata, lelaki berkenaan direman sehingga 22 Disember ini untuk membantu siasatan manakala, ibunya dilepaskan dengan ikat jamin polis.

“Suspek yang ditangkap disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah dan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

“Aktiviti pengedaran yang telah aktif tiga bulan lalu itu akan diteruskan siasatan bagi mengenal pasti sindiket yang lain,” katanya. Nenek, anak lelaki ditahan - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Akibat tidak dengar kata


24 terkandas di Taman negara

MERSING - Seramai 24 individu termasuk seorang kanak-kanak berusia setahun, dilaporkan terkandas lebih 36 jam di kawasan Sungai Lembakoh, Taman Negara Endau Rompin Peta, di sini.

Rombongan terdiri daripada 21 warga Singapura dan tiga rakyat tempatan itu, dipercayai gagal keluar dari kawasan tersebut akibat jalan utama ditenggelami air.

Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Suhairi Hashim berkata, kesemua individu terbabit masuk tanpa kebenaran walaupun diberi amaran oleh pihak pengurusan Taman Negara.

“Taman Negara ditutup sejak 1 Disember lalu daripada kunjungan orang awam kerana cuaca buruk dan pihak kami telah memaklumkan kepada rombongan tersebut mengenai perkara itu. Bagaimanapun mereka tetap bertegas mahu meneruskan perjalanan.

“Mereka dilaporkan memasuki kawasan pada Sabtu lalu, namun gagal keluar ke esokan harinya kerana kawasan terbabit ditenggelami banjir dan mereka terkandas di Sungai Lembakoh Peta,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurutnya, rombongan warga Singa­pura itu masuk ke Taman Negara dengan menggunakan lima kenderaan pacuan empat roda melalui jalan sejauh 56 kilometer.

Suhairi berkata, bagaimanapun kesemua mangsa terkandas, dilaporkan selamat dan bekalan makanan mencukupi.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Pemangku Ketua Balai, Ramli Harun berkata, misi menyelamatkan semua mangsa berjaya.

“Mereka diselamatkan bermula jam 11.24 pagi dengan menggunakan helikopter unit udara Bomba dan Penyelamat Malaysia berpangkalan di Subang. Helikopter tersebut selamat mendarat di lapangan terbang pesawat ringan Sri Panta, di sini pada jam 12.25 tengah hari,” katanya.

Ramli turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan kelab radio amatur yang banyak memberi kerjasama dalam memberi maklumat.

Bagaimanapun usaha Sinar Harian untuk menemubual mangsa gagal kerana kesemua mereka terus dihantar pulang ke Singapura menaiki bas.

Sementara itu di Singapura, Kemen­terian Luar (MFA) Singapura mengesahkan sekumpulan 21 warga negara itu yang terkandas di Taman Negara Endau-Rompin di Johor selepas banjir menghalang laluan ke lokasi mereka, berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa Malaysia dengan helikopter, tengah hari semalam.

Dalam satu kenyataan menjawab pertanyaan media, MFA berkata, semua warga Singapura berada dalam keadaan sihat.

Jurucakap MFA berkata, pegawai-pegawai dari pejabat Konsul Singapura di Johor Bahru berada di Mersing bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia dalam usaha menye­lamatkan warga Singapura itu.

“Konsul Jeneral Singapura di Johor Bahru menyatakan penghargaannya kepada pihak berkuasa Malaysia kerana berusaha membantu warga Singapura yang terjejas akibat insiden itu,” kata jurucakap itu.

Pada masa sama, banjir di negeri ini direkodkan semakin buruk dengan bilangan mangsa dipindahkan ke pusat penempatan sementara meningkat.

Laporan portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) merekodkan sebanyak 3,284 mangsa daripada 817 keluarga ditempatkan di 40 pusat pemindahan membabitkan tujuh daerah di negeri ini, sehingga jam 8 malam, semalam. Akibat tidak dengar kata - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Rangka manusia, cebisan kain ditemui


Rangka manusia, cebisan kain ditemui

KUALA LUMPUR – Satu rangka manusia ditemui di tapak projek membaik pulih cerun runtuh di Kilometer 4.28 jalan Ampang ke Hulu Langat, semalam.
Rangka manusia tersebut ditemui pekerja kontraktor yang baru memulakan kerja kira-kira jam 11 pagi.
Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pemeriksaan pasukan forensik dan patologi menemui ikatan pada tulang kaki selepas dua jam pemeriksaan dilakukan.
Menurutnya, dipercayai mangsa dibunuh lebih daripada tiga bulan, hasil penemuan tengkorak dan serpihan tulang serta cebisan kain pada mangsa.
“Dipercayai mangsa dibunuh sebelum dibuang ke cerun, tetapi siasatan masih dijalankan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Rangka manusia, cebisan kain ditemui - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Tanya ‘ada pitis?’, acu gunting


Mohd-Ramli-(dua-kanan)-dan-Abu-Salam-(tiga,-kanan)-dijatuhkan-hukuman-penjara-36-bulan-dan-dua-sebat

KUALA TERENGGANU - Kawan makan kawan. Gara-gara terlalu mempercayai kawan, seorang pemuda kerugian RM450 dan kehilangan telefon bimbit setelah dirompak rakan sendiri.

Bagaimanapun, rakan mangsa, Mohd Ramli Rahmat, 21, mendapat hukuman setimpal apabila dikenakan hukuman penjara selama 36 bulan dan dua sebatan, bermula dari tarikhnya ditangkap, bersama seorang lagi kenalannya iaitu Abd Salam Abd Rashid, 34, seorang penganggur di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini, semalam.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Ramli dan Abd Salam telah merompak wang tunai sebanyak RM450 dan sebuah telefon bimbit jenis Nokia milik Mohammad Azhar Long, 20, dari Kampung Teluk Menara, Manir pada 9 Oktober 2010, kira-kira jam 9 malam.

Tertuduh telah menggunakan senjata yang boleh mendatangkan kematian, iaitu sebilah gunting dan dengan itu didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Bagaimanapun dalam pembelaannya, Mohd Ramli meminta hukumannya diringankan memandangkan dia menghidap penyakit lelah yang memerlukan rawatan berkala dan meminta hukuman dijalankan di Penjara Marang.

Abd Salam pula yang menghidap penyakit tibi, juga meminta hukumannya diringankan memandangkan dia berasal dari keluarga susah dan sering mengalami sakit dada dan badan, akibat penyakitnya.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin kemudiannya menasihati kedua-dua tertuduh agar tidak mengulangi kesilapannya lalu menjatuhkan hukuman penjara selama 36 bulan dan dua sebatan, bermula dari tarikh ditangkap sebagai pengajaran di atas perbuatan mereka.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud @ Mamat manakala tertuduh diwakili peguam, Yasin Aminuddin Anwar.

Berdasarkan fakta kes, pada 9 Oktober 2010, kira-kira jam 9 malam semasa pengadu sedang duduk seorang diri di tangga, pengadu telah didatangi Mohd Ramli dan Abd Salam menggunakan motosikal lalu bertanya kepada pengadu ‘ada pitis?’ dan pengadu memberitahu ada.

Selepas itu, Abd Salam mendekati pengadu dan mengacukan gunting di leher pengadu dan Mohd Ramli pula terus mengambil wang di dalam saku pengadu sebanyak RM450 bersama sebuah telefon bimbit.

Sebelum itu, pada hari yang sama kira-kira jam 5.30 petang, Mohd Ramli telah menghubungi pengadu menggunakan telefon awam dan telah meminta tolong pengadu untuk meminjamkan wang tunai kira-kira RM100 dan memberitahu, akan datang ke rumah pengadu pada
malam hari.

Kira-kira jam 9 malam, Ramli datang bersama seorang rakan lelaki yang tidak dikenali, iaitu Abd Salam.

Bagaimanapun, setelah pengadu memberitahu mempunyai duit untuk dipinjam, Abd Salam menyeluk poketnya dan mengeluarkan gunting, lalu mengacukannya kepada pengadu dan mengambil wang tunai telefon bimbit pengadu.

Selepas disamun, pengadu ditolak oleh Salam sehingga terjatuh lalu melarikan diri dengan motosikal. Pengadu bagaimanapun tidak dapat mempertahankan diri berikutan masih bertopang dan kaki sebelah kirinya bersimen akibat kemalangan jalan raya. Tanya ‘ada pitis?’, acu gunting - Terengganu - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pemandu lori maut ditetak


Pemandu lori maut ditetak

MERU - Seorang pemandu lori tidak sempat menjamah sarapan pagi apabila dia secara tiba-tiba diserbu tiga lelaki bersenjatakan parang sebelum dia dikejar dan ditetak beberapa kali di anggota badan menyebabkannya maut selepas terjatuh dalam parit, di Jalan Haji Abdul Manan, Aman Perdana, pagi semalam.

Sekitar jam 9 pagi, mangsa dikenali N Moorthy, 25, dari Taman Seri Bayu, Karak, Pahang dalam perjalanan menghantar muatan kayu ke sebuah kilang di kawasan Aman Perdana.

Dia bagaimanapun terlebih dahulu singgah di sebuah restoran dipercayai untuk mengalas perut. Ketika ingin menjamah sarapan pagi, dia didatangi tiga lelaki bersenjatakan parang yang terus menyerbu ke arahnya tanpa mempedulikan pelanggan lain yang turut sama sedang menikmati hidangan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohamad Shukor Sulong berkata, mangsa yang dipercayai mengenali ahli kumpulan terbabit segera melarikan diri dengan keluar dari restoran itu dipercayai khuatir dicederakan.

“Ketika sedang berlari, tiga lelaki terbabit turut sama mengejar dan sebaik menghampiri mangsa, dia ditetak beberapa kali hinggalah mangsa tidak terdaya lalu jatuh tersungkur ke dalam parit beberapa meter di hadapan restoran itu.

“Sebaik suspek mendapati mangsa sudah lemah dan nyawa-nyawa ikan, kesemua mereka melarikan diri dengan menaiki kereta Proton Waja warna silver bersama seorang lagi rakan mereka yang menanti dalam kenderaan tidak jauh dari tempat kejadian,” katanya.

Menyedari keadaan yang menimpa mangsa, menurutnya, beberapa pelanggan yang berada dalam restoran itu segera memberikan bantuan lalu segera menghubungi Polis.

“Polis yang tiba di tempat kejadian mendapati mangsa sudah meninggal dunia. Terdapat beberapa kesan tetakan di bahagian hadapan dan belakang kepala mangsa selain di tangan kanannya.

“Berdasarkan siasatan lanjut, polis percaya mangsa memang mengenali salah seorang suspek dan kejadian berlaku dipercayai atas faktor dendam dan cemburu,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Shukor berkata, berdasarkan makluman awam kesemua suspek dipercayai berusia sekitar 21 hingga 25 tahun dan tidak menolak kemungkinan mangsa sudah diekori dari awal.

“Hingga kini kita masih mencari saksi yang melihat kejadian ini berlaku. Justeru itu, saya minta mereka tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Sungai Kapar Indah bagi membantu siasatan,” katanya kepada media di lokasi kejadian.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Pemandu lori maut ditetak - Selangor & KL - Sinar Harian:

'via Blog this'

Kereta terjunam masuk parit


viva terjunam

ALOR GAJAH - Akibat keletihan, seorang gadis nyaris maut apabila kereta jenis Perodua Viva yang dipandu terbabas ke kiri jalan sebelum terhumban ke dalam parit di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi itu, pekerja kilang, Norzaini Abd Rahman, 24, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Pengkalan Balak menuju ke Kuala Linggi tidak menyedari kereta dipandunya terbabas dan terhumban ke dalam parit berlumpur.

“Saya memang tidak sedar stereng kereta semakin menghala ke kiri jalan dan hanya terjaga apabila kereta sudah berada dalam keadaan terbalik.

“Saya tambah terkejut dan panik apabila air lumpur mula masuk ke dalam kereta. Kedudukan kereta yang terbalik di bahagian pemandu menyebabkan saya terpaksa keluar mengikut pintu penumpang,” katanya.

Mangsa yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik itu baru sahaja tamat waktu bekerja, jam 8 malam kelmarin hingga 7.30 pagi semalam bersyukur tidak mengalami kecederaan serius.

Saksi kejadian, Ghazali Ani, 41, ketika ditemui berkata, dia dari arah Kuala Linggi menuju ke pekan Kuala Sungai Baru terkejut apabila mendapati kereta yang dipandu mangsa meluncur laju ke kiri tanpa menekan brek.

“Saya tidak sedar keadaan pemandu ketika berselisih dengannya dan sebaik kejadian, saya segera berpatah balik ke arah mangsa untuk melihat keadaannya.

"Mangsa ketika itu cuba keluar sendiri menyelamatkan diri dalam keadaan panik, mungkin kerana ketakutan," katanya.

Norzaini yang masih terkejut dengan kejadian itu menerima rawatan pesakit luar di klinik berhampiran. Kereta terjunam masuk parit - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'

700,000 dapat elaun penganggur

JEDDAH: Kira-kira 700,000 lelaki dan wanita muda Arab Saudi layak untuk menerima elaun pengangguran sebanyak SR2,000 (RM 1,700) sebulan daripada Tabung Pembangunan Sumber Manusia.

“Kira-kira 80 peratus pemohon layak untuk mendapatkan elaun itu adalah wanita,” kata Ketua Pengarah Tabung, Ibrahim Al Moaiqel, semalam.

“Kami telah memberitahu semua pemohon melalui sistem pesanan ringkas untuk memeriksa keputusan pemohonan mereka melalui laman web www.hafiz.gov.sa,” katanya.

Menurut Ibrahim, pemohon yang gagal boleh menghubungi nombor telefon 920011559 untuk mengetahui mengapa permohonan mereka gagal.


Sebanyak 145,000 permohonan yang diterima tidak diisi dengan lengkap oleh pemohon.


“Kami akan mendeposit elaun itu ke dalam akaun penerima pada 31 Disember,” katanya.

Dalam program Hafiz ini, mereka akan memberikan latihan yang diperlukan untuk mereka yang menganggur ini mendapat pekerjaan dengan segera.

“Objektif asas program Hafiz ini adalah untuk menukar mereka yang mencari pekerjaan kepada pekerja yang efektif dan akan menyumbang kepada rancangan pembangunan negara ini,” katanya.

myMetro | 700,000 dapat elaun penganggur:

'via Blog this'