Search This Blog

Saturday, December 17, 2011

Pesakit tikam doktor

TAHAN...suspek ditahan dan diikat sebelum diserahkan kepada polis.
TAHAN...suspek ditahan dan diikat sebelum diserahkan kepada polis.
CEDERA...rusuk kiri doktor ditikam lelaki yang mengamuk di kliniknya.
CEDERA...rusuk kiri doktor ditikam lelaki yang mengamuk di kliniknya.

GEORGETOWN: Berang menunggu giliran pemeriksaan perubatan yang lama, seorang lelaki warga emas secara tiba-tiba mengamuk sebelum menikam rusuk kiri seorang doktor di sebuah klinik swasta dengan pisau di Jalan Magazine di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Dr Lee Kok Seng, 50, sedang merawat pesakit lain dalam bilik rawatan ketika suspek berusia dalam lingkungan 60-an tiba di klinik berkenaan.

Difahamkan, warga emas berkenaan kemudian terus meluru masuk ke bilik rawatan itu tanpa mempedulikan doktor yang sedang merawat pesakit lain.

Berikutan itu, doktor tidak mempedulikan kehadirannya dan membiarkan dia menunggu di bilik rawatan terbabit, sebaliknya terus merawat pesakit lain mengikut giliran.


Kira-kira 20 minit menunggu, lelaki itu naik berang dengan tindakan doktor kerana tidak merawatnya menyebabkan dia bertindak menikam mangsa dengan pisau yang dipercayai dibawanya.

myMetro | Pesakit tikam doktor:

Amukan bekas majikan

JEMPOL: Seorang lelaki terpaksa lari menyelamatkan diri selepas diserang bekas majikannya menggunakan penyodok besi dalam kejadian di sebuah bengkel di Bandar Seri Jempol, di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, mangsa berusia 30-an terpaksa melarikan diri dalam keadaan kesakitan selepas dipukul bertubi-tubi seorang lelaki berusia 50 tahun itu. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Muhamad (gambar) berkata, akibat tidak tahan dengan pukulan itu, mangsa dipercayai berlari menyelamatkan diri daripada terus dipukul.


Katanya, sebelum kejadian itu, mangsa dipercayai menghantar lori majikannya ke bengkel berkenaan untuk dibaiki dan dibersihkan sebelum menuju ke Puspakom.

“Ketika sedang menunggu kenderaan itu dibaiki, tiba-tiba suspek datang dan terus mengambil penyodok besi kemudian memukul bertubi-tubi tanpa diketahui motif serangan itu,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.


Mohd Sabri berkata, tidak tahan dengan serangan itu, mangsa kemudian melarikan diri ke arah deretan bangunan berhampiran JPJ, di sini, bagi mendapatkan bantuan.


Katanya, sebaik melihat kelibat suspek menghilang, mangsa kemudian berlari menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, untuk membuat laporan polis manakala suspek ditahan pada hari yang sama di rumahnya di Felda Raja Alias 4, di sini, kira-kira jam 5 petang untuk siasatan lanjut.

“Mangsa kemudiannya, mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Jempol akibat cedera pada badannya.


“Soal siasat mendapati motif serangan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati mangsa berhenti kerja dengannya dan bekerja dengan majikan lain, bagaimanapun, sama ada benar atau tidak dakwaan suspek, semuanya masih dalam siasatan polis,” katanya.

myMetro | Amukan bekas majikan:

Terjunam dalam kolam

SEREMBAN: Seorang lelaki maut selepas van dinaiki terbabas ke dalam kolam ternakan ikan di Kampung Wong Seng Chow di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.10 malam itu, Lau Kim Yew, 49, mati di tempat kejadian selepas kenderaannya hilang kawalan dan terbabas ke dalam kolam berkenaan ketika melalui lereng bukit sempit.


Jurucakap polis berkata, van dipandu mangsa gagal dikawal lalu terhumban dalam kolam terbabit.

“Siasatan mendapati mangsa tidak mengalami cedera pada badan dan bedah siasat menunjukkan mangsa maut akibat darah tinggi, berkemungkinan terkejut dengan kejadian itu,” katanya di sini, semalam.


Mangsa yang juga pemilik kolam ikan di kawasan itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Rumah Rakyat Jalan Jelebu, di sini, selepas menguruskan kolam ikannya terletak dua kilometer dari tempat kejadian.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan menerima laporan kes itu dan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, ini kejadian kedua membabitkan kenderaan terjunam ke dalam kolam ikan di negeri ini dalam tempoh tidak sampai lima lima hari.


Isnin lalu, selepas seorang wanita, Suzimah Shuhaimi, 28, dari Felda Temangau, Pahang, maut apabila keretanya terbalik beberapa kali sebelum terjunam dalam kolam ikan di Kilometer 24, Jalan Seremban-Kuala Pilah di Kampung Gedang, di sini.

myMetro | Terjunam dalam kolam:

Senjata milik pegawai tentera

KUALA LUMPUR: Pemilik senjata jenis Styer yang digunakan seorang penyamun ketika cuba melarikan wang tunai RM253,000 dalam rompakan bank di Taman Muda, Ampang, Selasa lalu, adalah seorang pegawai tentera.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada Panglima Angkatan Tentera untuk siasatan lanjut.


“Kami akan meneruskan siasatan dan percaya terdapat suspek lain yang terbabit dalam rompakan itu,” katanya pada sidang media sempena Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Mortadza Nazarene daripada Pemangku Pengarah Pengurusan, Datuk Rahim Hanafi.

Ismail berkata, pihaknya kini sedang mengesan suspek lain bagi memperlengkapkan siasatan.


Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, pihaknya kini menjejaki suspek utama kes kehilangan Timbalan Presiden Komuniti Sukan Korea Selatan di Malaysia, Kim Chong Yong, 53, yang dilapor hilang sejak hujung Oktober dan dipercayai dibunuh.


Katanya, suspek berkenaan sudah dikenal pasti dan dipercayai melarikan diri ke luar negara. “Bagi mengesan suspek yang mempunyai hubung kait dengan mangsa itu, kita minta bantu polis antarabangsa (Interpol),” katanya.

Harian Metro kelmarin, melaporkan misteri kehilangan seorang ahli perniagaan warga Korea Selatan yang dilaporkan hilang sejak 30 Oktober lalu belum terjawab, namun polis mendapat petunjuk baru dan tidak menolak kemungkinan wujud unsur jenayah termasuk mangsa dibunuh serta mayatnya dicampak dalam gaung sekitar Jalan Gombak-Bentong.


Mangsa dilihat kali terakhir bersama seorang lelaki di sebuah bar sekitar Desa Sri Hartamas, dekat sini, dan menurut anak perempuannya, dia ada membuat panggilan pada hari dia dilaporkan hilang untuk bertanyakan keselamatan semua ahli keluarga.

myMetro | Senjata milik pegawai tentera:

Rampas syabu RM1.1j

IPOH: Polis Perak melumpuhkan satu sindiket dadah jenis syabu bermutu tinggi dipercayai terbesar pada tahun ini susulan penahanan seorang ‘otai’ dadah dan merampas beberapa kilogram syabu dengan rampasan bernilai lebih RM1.1 juta di sini, semalam.

Selain penemuan syabu seberat 3.4 kilogram, polis turut menemui wang tunai kira-kira RM100,000 yang disembunyikan di kediaman suspek, disyaki hasil jualan dadah.


Serbuan di sebuah rumah di Ampang dekat sini, oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak selepas risikan dan maklumat awam yang pelik melihat kehidupan mewah suspek manakala rumahnya sering dikunjungi individu mencurigakan.

Suspek berusia 30-an yang tinggal bersendirian, tergamam dan tidak sempat melarikan diri dan dia kini direman untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Asisten Komisioner Eiap Eng Kian mengesahkan serbuan itu yang dipercayai terbesar di Perak tahun ini.


Katanya, siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti sama ada suspek sebahagian daripada rangkaian sindiket pengedaran syabu antarabangsa.

“Satu sidang media khas oleh Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahlan akan dilakukan dalam masa terdekat bagi memberikan butiran terperinci mengenainya,” katanya.

myMetro | Rampas syabu RM1.1j:

Pemandu lori dituduh perdagang remaja

MELAKA: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan memperdagang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di negeri ini yang baru berusia 15 tahun untuk tujuan pelacuran.

Tertuduh, Suriah Sulong, 34, dari Taman Tun Sri Lanang, dekat sini, membuat pengakuan itu sejurus mendengar dan diterangkan mengenai pertuduhan itu oleh jurubahasa mahkamah.


Mengikut kertas pertuduhan, Suriah didakwa memperdagangkan pelajar berusia 15 tahun itu bagi maksud eksploitasi seks di Hotel Coastal Park, Ujong Pasir, dekat sini, Ogos lalu.

Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007, sabit kesalahan Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.


Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat menawarkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi membebaskan Suriah yang ditangkap pada 7 Disember lalu, sementara menunggu perbicaraan kesnya selesai.


Bagaimanapun, tertuduh memohon jaminan dikurangkan kerana tidak mampu.

Zaharah kemudian membenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.


Kes ditetapkan untuk sebutan lantikan peguam pada 25 Januari tahun depan.

myMetro | Pemandu lori dituduh perdagang remaja:

11 maut akibat banjir, tanah runtuh di Colombia

Berita Harian Online | 11 maut akibat banjir, tanah runtuh di Colombia: "BOGOTA: Sebelas orang terbunuh manakala empat lagi dilaporkan masih hilang selepas hujan lebat menyebabkan banjir dan tanah runtuh di Colombia, semalam.

Anggota pasukan penyelamat menemui sembilan mayat dalam dua rumah yang ranap akibat tanah runtuh di Caldas.

Di utara Magdalena, paras sungai yang meningkat menyebabkan dua rumah dibawa arus deras dan meranapkan sebuah jambatan, menyebabkan dua terbunuh manakala empat lagi dilaporkan hilang.
Musim tengkujuh di Colombia, yang bermula September sehingga kini sudah mengorbankan 159 nyawa manakala lebih 878,000 penduduk terjejas. - AFP
"

Ribut Tropika Washi ragut 14 nyawa di selatan Filipina

Berita Harian Online | Ribut Tropika Washi ragut 14 nyawa di selatan Filipina: "MANILA: Ribut Tropika Washi mengganas di selatan Filipina hari ini, mengakibatkan banjir teruk dan mengorbankan sekurang-kurangnya 14 nyawa.

Sementara itu, 20,000 tentera Filipina dikerahkan untuk membantu kerja-kerja menyelamat dan memindahkan mangsa di pulau besar selatan Mindanao, kawasan paling teruk terjejas, kata Pegawai Pertahanan Awam, Benito Ramos kepada agensi berita AFP.

"Ribut bergerak dengan perlahan di kawasan berkenaan menyebabkan hujan turun dengan lebat dan mengakibatkan banjir besar,” katanya yang juga Pengarah Eksekutif Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan. - AFP"

Angka korban ribut di selatan Filipina meningkat 60 nyawa

Berita Harian Online | Angka korban ribut di selatan Filipina meningkat 60 nyawa: "MANILA: Angka kematian mangsa ribut Tropika Washi yang mengganas di selatan Filipina hari ini meningkat kepada 60 orang, kata pegawai tempatan.

Ketua pasukan penyelamat di bandar Cagayan de Oro, Lemuel Gunda, berkata sekurang-kurangnya 40 nyawa yang terkorban berjaya dijumpai.

Datuk Bandar Iligan, Lawrence Cruz berkata, di bandar berkenaan saja sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh manakala ramai lagi disyaki masih hilang.
Mereka yang hilang termasuk penyampai radio yang dihanyutkan ketika cuba menyelamatkan jirannya, kata Lawrence.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam, Benito Ramos berkata, kerja-kerja menyelamat masih diteruskan dan dijangka angka yang terkorban akan meningkat dari semasa ke semasa. - AP "

Seorang maut, empat cedera pesawat terhempas di Indonesia

Berita Harian Online | Seorang maut, empat cedera pesawat terhempas di Indonesia: "JAYAPURA: Sebuah pesawat ringan terbakar ketika mendarat di kawasan terpencil di Wilayah Papua, hari ini, mengorbankan seorang juruterbang manakala empat penumpang dilaporkan cedera.

Nahas berlaku di Daerah Pegunungan Bintang apabila pesawat PAC-750 XL terbabas dari landasan ketika mendarat dipercayai akibat cuaca buruk dan angin kencang.

"Juruterbang pesawat rentung manakala empat penumpang cedera dengan kesan melecur. Dua daripada penumpang terbabit bagaimanapun dalam keadaan kritikal," kata Pegawai Kementerian Pengangkutan, John Rettob.
Beliau berkata, semua penumpang yang menaiki pesawat terbabit adalah warga Indonesia.

Ketika kejadian, pesawat terbabit dalam penerbangan balik ke ibu negeri Jayapura selepas menghantar barang ke kawasan perkampungan terpencil. - AFP
"

Kereta BMW 325i Fasha Sandha hilang

MODEL kereta BMW 325i milik Fasha yang dilaporkan hilang di Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal, Fasha Sandha mengalami kerugian kira-kira RM300,000 apabila kereta jenis BMW 325i miliknya lesap, dipercayai dicuri di kawasan letak kereta Jalan Wangsa Delima berhampiran pusat beli-belah Wangsa Walk, di Wangsa Maju di sini semalam.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, Fasha, 27, yang ditemani ibunya dikatakan meninggalkan kereta itu untuk ke salun Chinta miliknya yang terletak berhampiran premis tersebut.

"Fasha yang keluar semula menuju ke arah keretanya 10 minit kemudian terkejut apabila mendapati kereta BMW 325i berwarna putih miliknya telah hilang," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Jelas sumber itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Fasha di Balai Polis Wangsa Maju berhubung kehilangan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Sementara itu, Fasha yang ditemui pada majlis pelancaran filem terbaharu lakonannya, Penanggalmengesahkan kehilangan kereta tersebut.

Kosmo! Online - Negara:

Tangan nyaris putus ditetak

MANGSA tetak masih tidak sedarkan diri ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah semalam.


ALOR SETAR - Nyawa seorang lelaki ternyata masih panjang apabila dia dapat diselamatkan walaupun kehilangan banyak darah akibat tangan kanannya terkulai manakala betisnya cedera selepas ditetak dalam pergaduhan di sebuah kuarters di Tongkang Yard di sini kelmarin.

Lelaki tersebut ditemui pada pukul 9.30 malam dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas didakwa bergaduh dengan kenalannya kira-kira satu jam sebelum itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Baharom Abu berkata, polis masih menyiasat motif kejadian dan mencari seorang lelaki berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Kosmo! Online - Negara:

Tangan nyaris putus ditetak


MANGSA tetak masih tidak sedarkan diri ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah semalam.


ALOR SETAR - Nyawa seorang lelaki ternyata masih panjang apabila dia dapat diselamatkan walaupun kehilangan banyak darah akibat tangan kanannya terkulai manakala betisnya cedera selepas ditetak dalam pergaduhan di sebuah kuarters di Tongkang Yard di sini kelmarin.

Lelaki tersebut ditemui pada pukul 9.30 malam dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas didakwa bergaduh dengan kenalannya kira-kira satu jam sebelum itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Baharom Abu berkata, polis masih menyiasat motif kejadian dan mencari seorang lelaki berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Kosmo! Online - Negara:

Doktor ditikam pesakit berang


Oleh NOOR HASLIZA NUSI


PESAKIT yang menikam seorang doktor di sebuah klinik di Jalan Magazine, George Town diberkas polis kelmarin.


GEORGE TOWN - Berang kerana lambat mendapatkan rawatan, seorang pesakit bertindak menyerang lalu menikam seorang doktor di sebuah klinik swasta di Jalan Magazine di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 9 malam itu dipercayai berlaku rentetan daripada suspek yang berusia 67 tahun itu terpaksa menunggu lama ketika pergi ke klinik itu untuk berjumpa doktor pada Rabu lalu.

Suspek yang tidak sabar menunggu gilirannya untuk masuk berjumpa doktor meninggalkan klinik tersebut yang ketika itu mempunyai ramai pesakit.

Kelmarin suspek muncul semula ke klinik itu namun dia enggan membuat pendaftaran dengan alasan dia sudah mendaftar pada hari Rabu lalu.

Semasa itu, klinik tersebut mempunyai 10 pesakit yang menunggu giliran untuk berjumpa doktor. Suspek ketika itu kelihatan gelisah dan mundar-mandir di ruang pendaftaran.

Selepas kira-kira 10 minit bersikap tidak menentu di ruang menunggu, lelaki itu tiba-tiba meninggikan suara kepada seorang petugas wanita di klinik terbabit untuk bertemu dengan doktor.

Petugas di klinik itu gagal meredakan keadaan menyebabkan doktor, Lee Kok Seng, 50, membenarkan lelaki itu masuk ke bilik rawatan.

Namun belum sempat doktor memeriksa lelaki itu, suspek terus mengeluarkan sebilah pisau pemotong buah dan mencederakan bahagian rusuk kiri doktor itu.

Semasa kejadian hanya doktor berkenaan berada di bilik rawatan manakala pembantunya berada di luar bilik rawatan.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

'Geng Cicak' edar dadah tumpas



ABDUL RAZAK (kanan) menunjukkan dadah dan wang yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang semalam.


SUBANG JAYA - Dua pengedar dadah bergelar 'Geng Cicak' yang baru sebulan mencuba nasib mencari rezeki dengan melakukan kerja haram tidak bertahan lama apabila mereka dicekup dalam serbuan di sebuah kondominium di Bandar Kinrara dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abdul Razak Elias berkata, polis melakukan serbuan di kondominium itu pada pukul 10 pagi dan mulanya menahan seorang suspek di tempat letak kereta kondominium tersebut.

"Ketika ditahan suspek berusia 27 tahun sedang menghidupkan kereta Toyota Camry untuk keluar.

"Ketika ditahan berlaku pergelutan, namun suspek itu kemudian menyerah diri," kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, susulan tangkapan itu, polis kemudian menahan suspek kedua berusia 39 tahun di sebuah unit kondominium yang disewa oleh kedua-dua sahabat tersebut.

Kedua-dua sahabat itu bergelar 'Geng Cicak' kerana masing-masing mempunyai tatu berupa seekor cicak pada bahagian dada kiri mereka.

Abdul Razak memberitahu, polis yang memeriksa rumah itu menemui pelbagai jenis dadah seperti ketamin, ekstasi, syabu, dan pil kuda yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM80,000.

Kosmo! Online - Negara:

Awang hitam mengamuk


Oleh ROSLI HASSAN


KAMALLUDIN (kanan) memeriksa Awang Hitam yang ditahan pada sidang akhbar di Melaka semalam.


MELAKA - Tindakan seorang Awang Hitam yang cuba melarikan diri sebaik terlepas daripada pergelutan dengan beberapa pegawai Imigresen mengundang padah apabila tulang kepalanya retak selepas terhantuk pada tiang dan tembok bangunan kelmarin.

Lelaki Nigeria berusia lingkungan 30-an itu bagaimanapun dapat ditahan dalam Ops Gagak Hitam selepas ditemui dalam keadaan terlentang sambil mengerang kesakitan dengan kepalanya berlumuran darah di situ. Dia kini dirawat di Hospital Melaka.

Suspek yang mendakwa pelajar sebuah kolej terbabit merupakan antara tujuh Awang Hitam yang ditahan dalam operasi selama tujuh jam bermula pukul 1 petang di dua buah kedai makan di Kota Laksamana dan sebuah pasar raya di Jalan Tun Ali di sini.

Suspek yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan tiga rakannya itu ditahan di Kota Laksamana manakala bakinya ditahan di pasar raya tersebut. Kesemua serbuan dilakukan ketika Awang Hitam berusia di antara 21 dan 51 tahun terbabit sedang makan.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, operasi yang diketuai timbalannya, Yusof Hashim mendapati enam daripada suspek merupakan warga Nigeria manakala seorang rakyat Afrika Selatan.

Katanya, ketika ditahan, kesemua Awang Hitam berkenaan bertindak ganas apabila menyiku dan membaling kerusi ke arah pegawainya.

Kosmo! Online - Negara:

Pelajar, teman lelaki berdepan hukuman gantung

ZULKEFLY (tengah) dan Inspektor Azman Marwaji (kanan) menunjukkan paket cili sos dan dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Kulaijaya semalam.


KULAIJAYA - Seorang pelajar berusia 15 tahun yang ditahan bersama teman lelakinya berusia 32 tahun berdepan hukuman gantung kerana dipercayai memiliki dadah jenis heroin seberat kira-kira 19 gram dan syabu 1.4 gram bernilai RM1,000 di Kulai Besar di sini kelmarin.

Ketika serbuan pada pukul 8.30 malam di rumah sewa lelaki itu, pasangan berkenaan dipercayai sedang membungkus dadah dengan melekatnya di belakang paket sos cili.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, polis turut menjumpai sepaket plastik lutsinar berisi heroin seberat 19 gram dan enam paket plastik lutsinar berisi syabu seberat 1.4 gram di atas meja dalam sebuah bilik.

"Ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis syabu dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau manakala teman lelakinya tidak bekerja," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Kes tersebut, katanya, disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan mereka direman sehingga Khamis depan.

Kosmo! Online - Negara:

Wanita warga emas rentung dalam kebakaran

SUNGAI SIPUT – Seorang wanita warga emas rentung selepas rumah yang didiaminya musnah dalam kebakaran di Kampung Baru, Simpang Jalung, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt Azman Salim berkata, Wong Siew Moy, 76, ditemui rentung di dalam bilik rumahnya pada 11.35 malam selepas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat selesai memadamkan kebakaran.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Azman berkata, ketika kejadian, Siew Moy, yang belum berkahwin, tinggal seorang diri dan menjalankan perniagaan barangan runcit kecil-kecilan di rumahnya.

Kejadian disedari jirannya yang kemudian menghubungi bomba.

Katanya, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang berkejar ke tempat kejadian, mengambil masa satu jam untuk memadamkan kebakaran rumah yang diperbuat daripada papan itu.

Punca kejadian dan jumlah kerugian sedang dalam siasatan. – BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini
:

Penoreh maut kepala dihentak ke dinding

SEORANG penoreh getah maut selepas kepalanya dihentak ke dinding ketika mabuk bersama rakannya.

Mangsa, Kassim Bah Litap, 34, disahkan meninggal dunia 5 petang semalam di Hospital Sultan Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh.

Menurut Ketua Polis daerah Kuala Lipis, Supt Abdul Razak Hassan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

"Dalam kejadian dua hari lepas, mangsa minum minuman keras bersama suspek di rumah suspek di Kampung Kenit, dekat Pos Betau kira-kira 12 tengah malam,” katanya kepada pemberita di Kuala Lipis, semalam.

Kedua-dua mereka mabuk, mangsa mendesak suspek minum minuman keras lagi tetapi ditolak suspek yang berusia 24 tahun.

"Suspek menolak kerana sudah mabuk tetapi mangsa mendesak juga menyebabkan suspek menghentakkan kepala mangsa ke dinding,” katanya.

Selepas kejadian berkenaan, mangsa pulang ke rumahnya dan tidur sehingga jam 10 pagi semalam.

"Isteri mangsa, 20, yang terkejut melihat keadaan mangsa segera memaklumkan ibunya dan mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Betau.

"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lipis sebelum dipindahkan ke HoSHAS berikutan kecederaan parah yang dialaminya,” katanya.

Abdul Razak berkata suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

"Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

— BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini: