Search This Blog

Thursday, December 15, 2011

Usah beri akaun bank

KUALA LUMPUR: Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu memberi nombor akaun bank semasa membuat permohonan bantuan itu, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau berkata, kementerian menerima aduan orang ramai mengenai munculnya borang palsu BR1M yang meminta mereka memberi nombor akaun bank.


“Kementerian hanya mahu butiran seperti nama penuh pemohon, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan pendapatan bulanan dan bukannya nombor akaun bank mereka,” katanya pada sidang akhbar di ruang legar Bangunan Parlimen di sini semalam.

Beliau berkata, sindiket penipuan sudah cuba mengaut keuntungan segera menerusi pemalsuan borang BR1M dan pemohon diingatkan supaya lebih berhati-hati.


Orang ramai boleh menghubungi talian Hotline BR1M di 1-800-222-500 mendapat kepastian untuk mengelak daripada menjadi mangsa sindiket penipuan.


Lim berkata, borang bantuan BR1M diedarkan secara percuma sejak Sabtu lalu, yang boleh didapati di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah terpilih dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Pendaftaran permohonan BR1M bermula pada 10 Disember lalu dan tarikh akhir menghantar borang pada 10 Januari tahun depan.


Maklumat lanjut mengenai BR1M boleh diakses dengan melayari laman web http://www.treasury.gov.my.

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC, T Mohan memberitahu satu sidang akhbar lain di sini, pihaknya akan ‘turun padang’ Ahad ini membantu masyarakat India yang masih keliru dengan syarat kelayakan BR1M. Mohan berkata, Pemuda MIC akan mengedar lebih 50,000 borang BR1M percuma dan membantu dalam mengisi borang. “Tindakan ini diambil selepas menerima panggilan mengenai BR1M dan bagaimana mendapatkan borang. “Pendaftaran BR1M secara besar-besaran akan dibuat bagi memastikan tidak ada sesiapa tertinggal di kalangan masyarakat India untuk mendapat bantuan khas ini,” katanya. - Bernama

myMetro | Usah beri akaun bank:

'via Blog this'

‘Jumpa lagi bagi sebat’

KLANG: “Kalau saya jumpa lagi kamu di mahkamah, saya bagi kamu hukuman sebat,” kata Hakim Nor Sharida Awang ketika menjatuhkan hukuman penjara terhadap dua remaja lelaki yang mengaku salah merompak lelaki Nepal, di Bandar Bukit Tinggi, April lalu.

Terdahulu, Nor Sharida menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan 20 bulan masing-masing terhadap Mohd Sabri Ning, 19, dan rakannya yang berusia 17 tahun pada masa kejadian dan memerintahkan ia berjalan mulai tarikh tangkap iaitu pada 30 April lalu.


Beliau turut mengingatkan kedua-dua tertuduh supaya memanfaatkan usia muda untuk mencari rezeki menerusi jalan yang betul.

“Saya tidak jatuhkan hukuman berat untuk memberi peluang kepada kamu. Saya tidak jatuhkan hukuman sebat. “Lain kali, jangan cari jalan singkat untuk cari duit, tetapi perlu berusaha dan bekerja,” katanya. Mohd Sabri dan rakannya mengaku salah merompak Achchhe Kumar Chaudry, 24, dan melarikan telefon bimbit milik mangsa di Jalan Batu Nilam 4, Bandar Bukit Tinggi pada jam 8 pagi, 18 April lalu. Kejadian itu menyebabkan mangsa kerugian RM350.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. Terdahulu, Sabri yang berasal dari Kota Marudu, Sabah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan hanya berusia 19 tahun pada masa kejadian.


Rakannya yang berasal dari Semporna, Sabah pula memohon mahkamah mengambil kira latar belakang pendidikannya yang hanya tamat tingkatan tiga. Berdasarkan fakta kes, Achchhe Kumar ketika sedang berjalan kaki dirompak oleh Sabri dan rakannya pada 18 April tahun ini.

Bagaimanapun pekerja asing itu secara tiba-tiba terserempak dengan kedua-dua remaja itu hampir dua minggu selepas kejadian.


Achchhe Kumar kemudian dapat menangkap kedua-dua tertuduh dan menyerahkan mereka kepada polis. Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin.

myMetro | ‘Jumpa lagi bagi sebat’:

'via Blog this'

Gelora nafsu suami

KUALA LUMPUR: Suami bangang. Begitulah tindakan dilakukan seorang penjawat awam yang sanggup mencakar isterinya di bahagian leher dan dada selain memukul wanita berkenaan hanya kerana menolak pelawaannya mengadakan hubungan seks walaupun isterinya sedang haid, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa berusia 27 tahun bekerja sebagai jururawat berada di rumah mereka diajak suaminya berusia 30-an mengadakan hubungan seks.


Sumber berkata, mangsa yang sedang haid ketika itu menolak pelawaan suaminya dengan sopan, namun tindakan mangsa menyebabkan suaminya naik angin.

Menurutnya, akibat berang, suami mangsa mula memaki- hamun mangsa selain menuduhnya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.


“Tindakan itu tidak berhenti di situ, malah suami mangsa bertindak lebih ganas mencakar mangsa di leher dan dada meskipun mangsa merayu tidak diperlakukan demikian,” katanya.


Beliau berkata, suami mangsa yang gagal mengawal kemarahannya cuba membakar kertas semata-mata untuk mengalih tumpuannya, namun tidak berjaya.

Sebaliknya, dia tiba-tiba memaki semula mangsa selepas memadamkan api kertas itu sebelum menampar dan memukul mangsa.


“Akibat tidak tahan, mangsa mengugut menceritakan kejadian itu kepada majikan suaminya menyebabkan lelaki itu bertambah marah dan terus membelasah mangsa di hadapan anak mereka berusia lima tahun sebelum mangsa dihalau keluar dari rumah,” katanya.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di balai polis berdekatan kerana bimbang keselamatan diri dan anaknya.

myMetro | Gelora nafsu suami:

'via Blog this'

Gusti isteri

KUALA LUMPUR: Lagak seperti ahli gusti, itu dilakukan seorang suami yang bertindak kejam mencekik, memulas kaki dan duduk beberapa minit di atas badan isterinya sebelum membelasah mangsa hanya kerana geram alat pengecas telefon bimbit miliknya tidak dijumpai, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, lelaki terbabit berusia 30-an yang buntu selepas tidak menemui alat berkenaan di kediaman mereka di Jinjang Utara bertanya kepada isterinya, 30, sama ada terlihat peralatan itu.

Menurut sumber, mangsa bagaimanapun hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu dan menyuruh suaminya mencari sekali lagi.

“Tindakannya itu mengundang padah apabila suaminya tiba-tiba naik angin dan terus memarahinya menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.


“Selepas beberapa minit bertengkar, si suami menampar muka wanita itu sebelum mencekik dan menendang mangsa hingga terjatuh,” katanya.

myMetro | Gusti isteri:

'via Blog this'

Tukul cemburu

MIRI: Seorang wanita cedera di kepala dan kaki kanan akibat diserang menggunakan tukul besi oleh seorang lelaki yang berang selepas mengesyaki wanita berkenaan menjalin hubungan sulit dengan bapanya sejak beberapa bulan lalu.

Sebelum kejadian, mangsa berusia 44 tahun itu dikatakan sedang minum bersama beberapa rakan di ruang tamu rumah di Kampung Pasir, Lutong, dekat sini, sebelum dikejutkan dengan bunyi objek keras dibaling ke dinding jam 11 malam.


Terkejut dengan kejadian itu, wanita berkenaan melakukan pemeriksaan sebelum terkejut apabila melihat seorang lelaki tiba-tiba muncul di depan pintu rumah sambil memegang tukul besi dan terus menyerang dirinya dan rakan.

Menurut sumber, sejurus melakukan serangan itu, lelaki terbabit terus melarikan diri bersama beberapa rakan yang menunggu tidak jauh dari tempat kejadian.


Sumber berkata, lelaki terbabit dikatakan tidak dapat menahan perasaan marahnya selepas dapat menghidu hubungan istimewa antara mangsa dengan ayahnya sejak beberapa bulan lalu.


Bagaimanapun, sumber itu berkata, difahamkan mangsa tidak pernah menjalin hubungan istimewa dengan ayah suspek, sebaliknya hubungan mereka sekadar rakan kerja, namun perkara itu disalah anggap oleh anak lelaki terbabit.

Rakan mangsa dikenali sebagai Aju, 42, mendakwa, ketika kejadian mereka sedang minum dan tergamam kerana belum pun sempat menjenguk ke luar rumah, lelaki terbabit sudah muncul di depan pintu rumah sambil memegang tukul besi dan menyerang mangsa.


“Malah, saya sendiri turut menjadi mangsa apabila ditumbuk lelaki berkenaan ketika mahu membantu mangsa,” katanya ketika ditemui di Hospital Miri, semalam.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Lutong, semalam.


Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan laporan mengenai kejadian itu.

myMetro | Tukul cemburu:

'via Blog this'

Ramai pilih bomoh

KUALA LUMPUR: “Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengakui menerima banyak aduan berhubung kes ilmu hitam membabitkan sihir penunduk nafsu,” kata Penasihat Medianya, Tuan Asmawi Tuan Umar.

Beliau berkata, orang ramai lebih terdorong untuk merujuk bomoh bagi mendapatkan cinta walaupun menggunakan cara yang bertentangan Islam berbanding berdoa dan berserah kepada Tuhan.


Katanya, apabila mangsa tidak kuat untuk menghadapi gangguan terbabit, sihir itu lebih mudah terjadi apatah lagi jika kedua-dua pihak pernah mempunyai hubungan istimewa.

“Kes sihir seperti ini terjadi sejak sekian lama di kalangan masyarakat kita yang terlalu taksub dengan dukun. Orang yang menggunakan khidmat bomoh ini kebanyakannya menggunakan ilmu hitam kerana putus asa disebabkan doa mereka tidak dimakbulkan.


“Sepatutnya kita lihat balik ibadat wajib kita terutama solat, sempurna atau tidak. Kalau yang itupun tak cukup, jangan pertikaikan kenapa permintaan kita tidak ditunaikan, namun jangan pula memilih jalan tidak diredai iaitu sihir,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Tuan Asmawi berkata, hanya solat mampu menjadi pendinding untuk mengelak terkena perbuatan sihir oleh pihak tertentu walaupun ia ilmu hitam yang paling kuat.

myMetro | Ramai pilih bomoh:

'via Blog this'

15 siswa ingkar bersurai ditahan

KUALA LUMPUR: Seramai 15 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan selepas membuat demonstrasi Flash Mob Kebebasan Akademik bagi membantah Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di KL Sentral, di sini, semalam.

Mereka ditahan selepas mengingkari arahan polis yang meminta mereka bersurai kerana mengganggu ketenteraman awam.


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, 30 pelajar terbabit dalam perhimpunan haram itu sebelum menahan 15 daripadanya pada jam 5 petang.

Katanya, pihaknya memberi masa dua minit kepada mereka yang membawa pelbagai sepanduk bantahan untuk menuntut kebebasan bagi menzahirkan luahan sebelum meminta bersurai, namun tidak dihiraukan.


“Kami menahan 15 pelajar supaya demonstrasi itu berhenti kerana ia mengganggu orang ramai yang menggunakan pelbagai perkhidmatan awam di KL Sentral.


“Mereka diambil keterangan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana berhimpun tanpa permit,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, mereka terdiri daripada pelajar dari pelbagai IPT termasuk Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).


Apabila ditanya berkenaan perhimpunan sama yang bakal diadakan di Dataran Merdeka pada 27 Disember ini, beliau berkata, pihaknya belum menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk mendapatkan permit.

myMetro | 15 siswa ingkar bersurai ditahan:

'via Blog this'

Judi talian kafe siber

RAMPAS...anggota penguat kuasa MPSJ menyita komputer kafe siber terbabit.
RAMPAS...anggota penguat kuasa MPSJ menyita komputer kafe siber terbabit.

SERI KEMBANGAN: Dengan berselindung di sebalik cermin gelap dan beroperasi 24 jam, ada kafe siber di kawasan ini yang bukan saja menyediakan perkhidmatan Internet, malah turut menjalankan aktiviti perjudian dalam talian.

Biarpun diberi amaran dan diarah tutup lebih tiga kali oleh polis dan Jabatan Penguat kuasa, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), pengusaha terbabit berdegil dengan meneruskan aktiviti haram mereka.


Dalam operasi bersepadu bersama Unit D7, Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Subang Jaya di Taman Pinggiran Putra, di sini, baru-baru ini, tiga kafe siber di Putra Walk yang menjalankan aktiviti perjudian haram diserbu dan menyita 110 set peralatan komputer.

Pengarah Penguat kuasa MPSJ, Ahmad Hasan, berkata semua premis terbabit disita mengikut Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Pusat Siber MPSJ 2007 iaitu menjalankan perniagaan kafe siber tanpa lesen.


Beliau berkata, kesalahan itu boleh didenda maksimum RM1,000 dan dalam operasi itu, TNB menyita tiga meter elektrik di premis terbabit.


“Permintaan tinggi terhadap aktiviti perjudian secara dalam talian menyebabkan perniagaan itu beroperasi hingga kini walaupun beberapa kali disita.

“Berdasarkan aduan orang ramai, selain di Putra Walk, Taman Pinggiran Putra, ada dua lagi premis menjalankan aktiviti sama di Jalan PP32 dan PP33, tetapi hasil serbuan mendapati premis itu kosong, tiada sebarang aktiviti perniagaan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.


Ahmad berkata, operasi bersepadu itu bertujuan mengelakkan pengusaha pusat perjudian haram terus menjalankan aktiviti perjudian, mengurangkan masalah gejala sosial dalam kalangan remaja dan kaki judi yang sering berkunjung ke premis perjudian haram.

Menurutnya, pemantauan berterusan akan dijalankan polis dan penguat kuasa MPSJ bagi mengelakkan premis terbabit beroperasi semula selepas tindakan pemotongan bekalan elektrik diambil dan operasi sama dijalankan di kawasan Subang Jaya dan Puchong.

myMetro | Judi talian kafe siber:

'via Blog this'

Hanya kad kahwin selamat

KUALA TERENGGANU: Sebuah keluarga terpaksa melupakan seketika majlis perkahwinan anak perempuannya pada 31 Disember ini berikutan rumah mereka hangus dijilat api mengakibatkan kesemua kelengkapan musnah dalam kejadian tengah hari semalam.

Asli Baring, 48, dari Kampung Bukit Tunggal, di sini, berkata, dia berada di pejabatnya di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu menerima panggilan daripada jiran yang memaklumkan kejadian itu.


Menurutnya, akibat kejadian itu dia terpaksa melupakan seketika persiapan majlis perkahwinan anaknya, Nurul Azma Asli, 24, yang kini bertugas di ibu negara berikutan kelengkapan yang disediakan bagi majlis itu hangus semuanya.

“Hanya tinggal 15 hari lagi untuk kami mengadakan majlis perkahwinan itu namun yang terselamat hanya 500 keping kad jemputan yang disimpan di dalam kereta, “ katanya.


Menceritakan detik cemas itu, anaknya, Nur Adlin Qayum Asli, 18, berkata, ketika kejadian dia berada di ruang tamu rumah menggunakan komputer riba dan secara tiba-tiba dia melihat kepulan asap berserta api keluar dari biliknya.


“Tanpa berlengah saya cuba memadam kebakaran itu menggunakan air, bagaimanapun, usaha lima minit itu gagal berikutan api semakin marak dan saya mengambil keputusan menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah terbabit.

“Kejadian mungkin berpunca daripada litar pintas dan ketika itu emak berada di dapur dan adik-adik bermain di luar rumah, namun saya bersyukur kerana tiada yang tercedera akibat kejadian itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.


Ibunya, Zainab Saleh, 47, berkata, ketika kejadian dia memasak dan struktur rumah yang diperbuat daripada kayu memudahkan api marak dengan pantas.

“Kesemua barangan di dalam rumah tidak dapat diselamatkan termasuk peralatan perkahwinan yang dijadual akhir bulan ini,” katanya.


Dalam pada itu, Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal, Ismail Nik, berkata pihaknya akan membantu keluarga itu sama ada dari sudut pembinaan rumah baru dan majlis perkahwinan anak mangsa yang bakal dilangsungkan penghujung bulan ini.


“Dua pilihan sama ada keluarga berkenaan ingin rumah Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) bernilai RM33,000 atau wang tunai RM25,000 bagi membolehkannya membina sendiri rumah baru,” katanya.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Kamarul Bieza Mohd Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan telefon kira-kira jam 12.30 tengah hari.

myMetro | Hanya kad kahwin selamat:

'via Blog this'

Awie nafi dipukul

KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan rock Wings, Awie menafikan dia menjadi punca pergaduhan di sebuah kelab di Langkawi, baru-baru ini selain mengalami kecederaan teruk akibat dibelasah.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman berkata, pergaduhan itu berlaku berikutan tindakan beberapa lelaki mahu merakam gambarnya di dalam kelab berkenaan tetapi dia enggan dan mahu bergambar di luar.

“Saya ke situ atas jemputan deejay kelab yang meminta saya menyanyi. Selesai menyanyi, muncul beberapa lelaki menghina dan menyuruh deejay itu mengarahkan saya berhenti menyanyi.

“Kumpulan terbabit turut menyindir hingga berlaku perang mulut antara kami.


“Saya sebaliknya mengajak mereka keluar jika mahu bergambar dan berbincang di luar kelab tetapi sebaik saya dan tiga rakan keluar, kami dikelilingi sekurang-kurangnya 30 lelaki.

myMetro | Awie nafi dipukul:

'via Blog this'

Awas wanita baik hati

KUALA LUMPUR: Hasrat satu keluarga dari pantai timur bergembira sambil bercuti di ibu kota berkecai selepas menempuh detik hitam ‘dikurung’ dua hari di sebuah hotel sebelum dipaksa membayar RM5,000 jika ingin dibebaskan.

Malah, pasangan suami isteri berusia 20-an bersama anak lelaki mereka turut dipaksa menandatangani surat perjanjian penyerahan kereta mereka kepada dua lelaki yang pada mulanya berjanji untuk membantu membaiki kenderaan mangsa yang rosak.

Bagaimanapun, nasib malang menimpa keluarga terbabit berakhir apabila lelaki terbabit menghantar mereka ke Hentian Bas Putra, di sini, Isnin lalu selepas memberi RM200 sebelum mereka melarikan kenderaan mangsa.

Keluarga terbabit yang trauma dengan kejadian berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi.


Sumber berkata, kejadian bermula apabila kereta dinaiki keluarga terbabit mengalami kerosakan ketika melalui Jalan Raja Laut, di sini, kira-kira jam 6 petang, Sabtu lalu.

myMetro | Awas wanita baik hati:

'via Blog this'

Ketua hakim Filipina tuduh Benigno diktator

MANILA: Ketua Hakim Mahkamah Agung Filipina, semalam menuduh Presiden Benigno Aquino merancang kepemimpinan diktator dan berikrar akan mempertahankan jawatannya selepas Parlimen mendakwanya.

Renato Corona menafikan tuduhan terhadapnya kerana melindungi bekas Presiden Gloria Arroyo secara tidak sah dan meminta sokongan awam bagi menolak apa yang dikatakan sebagai serangan terhadap kebebasan badan kehakiman. “Apa yang mereka cuba tanamkan adalah kepemimpinan diktator...Saya akan membantah ancaman kepemimpinan diktator Presiden Benigno Simeon Aquino III,” kata Corona dalam ucapan kepada 500 kakitangan berbaju hitam di luar Mahkamah Agung. Sekutu Benigno di Parlimen menuduh Corona Isnin lalu atas dakwaan bahawa 15 anggota mahkamah di bawahnya membuat satu siri undang-undang yang menghalang pendakwaan terhadap Gloria yang ditahan bulan lalu kerana menipu undi pada pilihan raya 2007. - AFP

myMetro | Ketua hakim Filipina tuduh Benigno diktator:

'via Blog this'

41 wanita Laos dipaksa melacur diselamat polis Thai

NARATHIWAT: Polis Thailand berkata, mereka menyelamatkan 41 wanita dari Laos, semalam yang dipaksa bekerja sebagai pelacur di bandar selatan negara itu.

Pemilik sebuah kedai karaoke berusia 45 tahun ditahan atas dakwaan pemerdagangan manusia dan menahan gadis di bawah usia 18 tahun, hasil maklumat daripada seorang saudara mangsa.


“Dia menghubungi ibu bapanya dan meminta bantuan. Selepas siasatan, kami memperoleh waran geledah dan menyerbu tempat itu. Kami menemui dan menyelamatkan 41 wanita,” kata Leftenan Komvich Padhanarath.

Kumpulan wanita yang bekerja di bandar pelancongan di Sungai Golok dekat sempadan Malaysia itu berusia antara 16 hingga 23 tahun.


“Mereka berkata, mereka diberitahu oleh orang tengah yang mereka akan bekerja sebagai pelayan dengan gaji yang tinggi tetapi akhirnya dipaksa menjadi pelacur,” katanya. - AFP

myMetro | 41 wanita Laos dipaksa melacur diselamat polis Thai:

'via Blog this'

Tiga pelajar dicekup pecah masuk kereta

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Tahun Enam dan dua pelajar Tingkatan Tiga dan Empat yang berada di dalam sebuah kereta yang dipecah masuk mereka, panik selepas dikepung sekumpulan penduduk flet yang mengesan aktiviti jenayah mereka petang kelmarin.

Malah, seorang daripada mereka yang mendakwa kereta berkenaan milik bapa saudaranya juga terbongkar selepas pemilik kereta sebenar turut sama menyerbu dan menahan kumpulan pelajar terbabit di Flet Bandar Tun Razak, Cheras.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, tiga pelajar itu dikatakan tidak menyedari kegiatan mereka memecah masuk kereta Proton Iswara, diperhatikan seorang penduduk yang melihat kegiatan mencurigakan itu sebelum memaklumkan kepada beberapa penduduk lain dan bertindak mengepung sebelum menahan mereka.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh, berkata penduduk yang menahan remaja berusia 12 hingga 16 tahun itu kemudian menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan polis mendapati, remaja berkenaan yang juga penduduk flet itu memecah masuk kereta berkenaan bagi meleraikan beberapa peralatan sebelum menjualnya kepada orang awam dengan harga murah.

“Remaja terbabit tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan percaya itu kes pertama dilakukan mereka, namun siasatan terperinci sedang dilakukan,” katanya di sini, semalam.

Mohan Singh berkata, pihaknya akan mendapatkan tempoh tahanan reman bagi tiga suspek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian berasingan, Mohan Singh berkata, seorang warga tua berusia 65 tahun antara enam lelaki ditahan polis ketika leka berjudi di kawasan terbuka di sebuah gerai di depan sebuah flet Jalan Cheras, di sini petang kelmarin.

Katanya, kejadian kira-kira jam 6 petang itu ketika semua lelaki berusia 26 hingga 65 tahun sedang leka, sebelum sepasukan pegawai dan anggota polis menyerbu kawasan terbabit.
Berita Harian Online | Tiga pelajar dicekup pecah masuk kereta:

'via Blog this'

Cuba berlagak bujang


Oleh : NOR ‘ASYIKIN MAT HAYIN
Tarikh : December 14, 2011

LEDANG – Seorang pekerja bengkel membaiki jentera yang sudah berkahwin tergamak mengaku bujang apabila disoal siasat oleh penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) ketika dicekup berkhalwat awal pagi semalam.

Lelaki berusia 29 tahun dan pasangannya berusia 21 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu, ketika sedang berdua-duaan dalam sebuah rumah di Batu 1 ½ Tanjung Agas, di sini untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun, lelaki terbabit mengaku sudah tujuh tahun berkahwin dan memiliki dua anak yang kini menetap di Melaka selepas didesak oleh PPADL.

Dia juga mendakwa datang ke rumah teman wanitanya hanya ingin berehat seketika tetapi tertidur kerana keletihan selepas pulang bekerja dari Johor Bahru.

Manakala pasangannya adalah warganegara Kemboja dan baru sahaja memeluk agama Islam pada Julai lalu.

Mereka telah berkenalan sejak setahun lalu dan bercadang untuk mendirikan rumah tangga bersama pada April tahun depan.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa, Zainal Kadiran memeriksa rumah tersebut.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berseluar dalam membuka pintu.

“PPADL terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang remaja perempuan memakai baju-T paras lutut pendek sedang baring di atas tilam,” katanya kepada Sinar Harian.

Pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Mati dan Balai Polis Sagil untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut, sebelum dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.

Katanya lagi, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Cuba berlagak bujang - Johor - Sinar Harian:

'via Blog this'

Lelaki dihadap tuduhan merogol, mencabul, merompak


Oleh : BERNAMA
Tarikh : December 14, 2011

KOTA BAHARU - Seorang lelaki dipercayai terbabit dengan kira-kira 20 kes rogol, cabul dan samun, mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan di dua Mahkamah Sesyen dan sebuah Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Amran Che Jaafar, 29, dari Kampung Sungai Perupok, Bachok menghadapi lima pertuduhan termasuk merogol, mencabul, merompak dan dua lagi tuduhan menceroboh dengan niat merompak dan mencabul mangsanya.

Di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, Amran dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol seorang wanita berusia 20 tahun di asrama pekerja sebuah galeri tudung di Tanah Merah pada 16 Julai lepas.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Di Mahkamah Sesyen Kota Baharu, Amran dituduh merompak telefon pintar Blackberry, wang tunai RM250, kad pengenalan, kad ATM dan lesen memandu milik seorang wanita berusia 37 tahun di rumah pangsa di Kubang Kerian di sini, pada 15 Nov lepas.

Dia juga berdepan tuduhan menceroboh rumah wanita itu dan asrama seorang lagi gadis berusia 23 tahun di Jalan Sultan Yahya Petra, Seksyen 17 di sini pada 25 Nov.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, jika sabit kesalahan, Amran boleh dijatuhi hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

Sementara di Mahkamah Majistret pula, Amran dituduh mencabul gadis sama di asrama Jalan Sultan Yahya Petra dengan mengikat kedua-dua tangan mangsa dengan wayar seterika dan mengacukan pisau terhadap gadis itu pada tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan itu, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Amran ditangkap ketika cuba melarikan diri dalam kejadian pada 25 Nov.

Kesemua kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Salam Yusof yang memohon supaya Amran tidak dibenarkan jamin kerana polis masih menyiasat beberapa kes lain dipercayai membabitkan tertuduh.

Kesemua kes itu akan disebut semula pada 10 dan 12 Jan tahun depan depan. - Bernama

Lelaki dihadap tuduhan merogol, mencabul, merompak - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Mangsa digigit siamang dilaporkan stabil


Oleh : BERNAMA
Tarikh : December 14, 2011

MELAKA - Keadaan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun sembilan bulan yang cedera parah pada betis kanannya akibat gigitan seekor siamang ketika mengunjungi Zoo Melaka semalam, ilaporkan stabil.

Ayah mangsa, Kamarul Baharin Othman, 38, berkata anaknya Muhammad Afieq Haziq yang digigit haiwan berkenaan sehingga menampakkan tulang kaki terpaksa dibedah selama tiga jam di Hospital Melaka kira-kira 9 pagi tadi.

Namun, beliau berkata keluarganya belum dimaklumkan oleh pihak hospital tentang jumlah jahitan yang diterima anaknya itu akibat kecederaan tersebut.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang semalam ketika kami sekeluarga menuju ke kawasan spesis burung. Kami kemudiannya dikejutkan dengan keadaan cemas apabila melihat beberapa pengunjung lari bertempiaran," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kamarul berkata pada masa yang sama seekor siamang menerpa dan terus menggigit betis anak keenam yang sedang didukungnya.

Beliau berkata dia kemudiannya bertindak menarik kepala siamang tersebut bagi mengelakkan betis anaknya daripada dimamah namun gagal sehingga seorang pengunjung membantu dengan menendang perut haiwan tersebut yang akhirnya melepaskan gigitan.

Kamarul berkata mereka sekeluarga yang menetap di Klang, Selangor berkunjung ke Melaka untuk bercuti sempena musim persekolahan selepas menghadiri majlis perkahwinan saudaranya di Semabok, Ahad lepas.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Zoo Melaka, Masri Mohd Arop berkata, kejadian seumpama itu adalah yang pertama berlaku di destinasi pelancongan tersebut.

Beliau berkata pihaknya memohon maaf dan turut bersedih dengan kejadian yang menimpa mangsa dan bersedia menghulurkan bantuan termasuk menanggung kos rawatannya.

"Haiwan tersebut telah ditangkap serta dikuarantin dan pihak kami akan menyiasat punca kejadian tersebut secara terperinci sebagai langkah pencegahan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang," katanya. - Bernama

Mangsa digigit siamang dilaporkan stabil - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'

Kes culik: Seorang lagi suspek didakwa

MUAR 14 Dis. - Seorang jurutera dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik seorang ahli perniagaan yang mayat mangsa kemudiannya ditemui dalam tong berisi simen di Parit Punggor Darat, dua tahun lalu.

Tey Zhen Heng, 27, merupakan individu kedua yang didakwa dalam kes tersebut selepas penganggur, Teow Fong Siang, 28, dihadapkan ke mahkamah yang sama pada 9 Disember lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Zhen Heng didakwa bersama-sama Fong Siang menculik Koh Wei Seang, 21, dengan tujuan mendapatkan wang tebusan sebanyak RM100,000.

Dia didakwa menculik mangsa di hadapan sebuah rumah di Taman Melor, Jalan Jabbar, Parit Jawa di sini antara pukul 2.30 pagi, 17 Mac 2009 dan 10 malam, 20 Mac 2009.

Zhen Heng didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang memperuntukan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Majistret Roslinda Razali menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 10 Januari tahun depan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Ashrof Adrin Kamarul manakala tertuduh diwakili peguam bela, S. Preakas.

Memetik laporan akhbar, pada 21 Mac 2009, lima remaja terjumpa sebuah tong berbau busuk yang mengandungi mayat manusia di Parit Punggor.

Mayat mangsa dalam tong seberat 300 kilogram itu kemudian dikenal pasti sebagai Wei Seang, seorang ahli perniagaan yang berasal dari Parit Jawa yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 18 Mac 2009.

Pihak polis berjaya memberkas empat suspek kes culik itu yang berusia antara 24 dan 28 tahun di sekitar daerah Muar bermula dari 20 November hingga 6 Disember lalu.

Seorang daripada suspek merupakan nelayan, telah dibebaskan untuk menjadi saksi pihak pendakwaan manakala seorang lagi suspek masih ditahan reman hingga 18 Disember ini.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:

'via Blog this'

Saman pengikut Syiah terhadap Utusan Melayu dibatal

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. yang dikemukakan oleh seorang pengikut Syiah yang ditangkap dalam satu serbuan pada Disember tahun lalu.

Hakim Datuk V.T. Singham memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan syarikat penerbitan akhbar tersebut untuk membatalkan tuntutan oleh Mohd. Kamilzuhairi Abdul Aziz selaku plaintif.

Dalam saman yang difailkan pada 16 Jun lalu, plaintif menamakan Utusan Melayu defendan pertama, bekas Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIS), Datuk Muhammad Khusrin Munawi defendan kedua dan JAIS defendan ketiga atas dakwaan menerbitkan kenyataan fitnah berhubung serbuan itu.

Saman terhadap Muhammad Khusrin dan JAIS telah dibatalkan pada 31 Oktober lalu selepas hakim tersebut mendapati kenyataan yang dikeluarkan oleh defendan-defendan itu pada 16 Disember tahun lepas dan disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada keesokan harinya tidak merujuk secara langsung atau tidak langsung kepada Mohd Kamilzuhairi atau mana-mana individu.

Dalam penghakimannya hari ini, Hakim Singham memutuskan bahawa pihak plaintif gagal menunjukkan terdapat kausa tindakan yang munasabah terhadap Utusan Melayu selaku defendan pertama.

''Dalam kes ini, mahkamah berpendapat kenyataan yang dikatakan fitnah itu tidak sama sekali merujuk kepada plaintif, melainkan seperti mahkamah telah putuskan dalam permohonan defendan kedua dan ketiga terhadap plaintif, plaintif sendiri yang merasakan kenyataan itu merujuk kepada dirinya,'' katanya.

Menurut beliau lagi, mahkamah juga mendapati tiada apa yang boleh menunjukkan kenyataan itu yang dibuat atau diterbitkan oleh defendan pertama, merujuk kepada seseorang individu.

''Mahkamah bersetuju dengan hujah peguam defendan pertama iaitu permohonan ini mestilah konsisten dengan keputusan pada 31 Oktober lalu, dengan itu mahkamah membatalkan tuntutan plaintif terhadap defendan pertama,'' kata Hakim Singham.

Terdahulu, Hakim Singham turut menolak permohonan Mohd. Kamilzuhairi untuk menggantung prosiding tersebut sehingga rayuannya terhadap keputusan beliau membatalkan saman ke atas defendan kedua dan defendan ketiga selesai didengar di Mahkamah Rayuan.

Beliau membuat ketetapan tersebut setelah berpendapat bahawa plaintif gagal mengemukakan sebarang fakta-fakta yang material atau alasan khas supaya prosiding itu digantung.

Hakim Singham turut memerintahkan kos berjumlah RM4,500 dibayar oleh pihak plaintif kepada defendan pertama.

Utusan Melayu diwakili oleh peguam-peguam, M. Reza Hassan dan Natisha Zainol Rashid manakala plaintif diwakili oleh Azhana Mohd. Khairudin.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:

'via Blog this'

Korban di Belgium naik 6 orang


BRUSSELS 14 Dis. - Pasukan penyiasat Belgium menemui mayat seorang wanita yang dibunuh seorang lelaki bersenjatakan pistol yang bertanggungjawab menembak mati empat orang termasuk seorang bayi berusia 17 bulan di timur negara ini, semalam.

Lelaki tersebut, Nordine Amrani, 33, turut mencederakan 125 orang dalam kejadian itu sebelum bertindak membunuh dirinya sendiri.

Penemuan mayat wanita itu menjadikan jumlah korban dalam insiden itu meningkat kepada enam orang termasuk penyerang terbabit.

Pendakwa raya, Cedric Visart de Bocarme berkata, mayat wanita itu ditemui di sebuah gudang yang digunakan oleh Nordine.

"Turut ditemui dalam gudang itu ialah tanaman dadah jenis kanabis," katanya kepada stesen radio La Premiere.

Dalam kejadian semalam, Nordine yang sebelum ini pernah dipenjarakan atas kesalahan memiliki senjata api dan dadah, bertindak melemparkan bom tangan dan melepaskan tembakan ke arah kawasan yang sesak dengan pengunjung dan kanak-kanak di dataran utama timur bandar Liege.

Serangan tersebut menyebabkan kawasan tengah bandar kelima tersebar di Belgium itu lumpuh dan ramai pekerja terperangkap di pejabat masing-masing ekoran pihak polis menutup lokasi kejadian.

Motif serangan masih belum jelas.

"Kejadian ini mencetuskan kebimbangan kepada kita mengenai seseorang yang waras dan normal boleh bertindak sedemikian," kata Visart de Bocarme. - REUTERS

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Penulis Itali tembak mati 2 warga Senegal

ROME 14 Dis. - Seorang penulis Itali berhaluan kanan menembak mati dua lelaki Senegal dan mencederakan tiga yang lain sebelum membunuh dirinya sendiri dalam kejadian tembakan di bandar Florence, semalam.

Menurut saksi, lelaki tersebut keluar dari sebuah kereta di sebatang jalan pasar di Piazza Dalmazia, utara bandar itu, lalu melepaskan tiga tembakan yang membunuh dua penjual jalanan warga Senegal dan mencederakan seorang lagi.

Penyerang terbabit yang dikenali sebagai Gianluca Casseri, 50, kemudiannya bergerak ke pasar San Lorenzo dan bertindak mencederakan dua lagi peniaga Senegal.

Menurut laporan berita, Casseri yang menggunakan pistol jenis Magnum Smith & Wesson, kemudiannya menembak dirinya sendiri selepas dikepung pihak polis.

Ekoran pembunuhan itu, kira-kira 200 warga Senegal yang marah bertindak berarak di seluruh bandar tersebut, hari ini, sambil melaungkan slogan "Malu' dan 'Perkauman'.

Beratus-ratus pendatang asing kemudiannya berkabung di depan gereja besar bandar itu.

"Hati bandar Florence menangis hari ini," kata Datuk Bandar Florence, Matteo Renzi dalam mesej Twitternya.

Beliau turut mengisytiharkan bandar itu untuk berkabung pada hari ini dan membiayai penghantaran pulang mayat mangsa ke Senegal.

"Saya fikir kejadian ini bukan saja melukakan hati masyarakat Senegal tetapi seluruh penduduk di bandar ini," katanya.

Menteri Kerjasama Antarabangsa dan Integrasi, Andrea Riccardi dan seorang imam Senegal akan menghadiri satu upacara berkabung di dewan bandar raya Florence hari ini. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Bekas pelajar hilang selamat di Dublin

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA dan WANDA IDRIS

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Bekas pelajar perubatan University College Dublin (UCD), Ariff Alfian Rosli, 28, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya kelmarin berada dalam keadaan selamat di Dublin, Ireland.

Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya maklum tentang kehadiran Ariff Alfian di negara itu sejak beliau masih dalam pengajian di UCD lagi.

Bagaimanapun, katanya, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin.

''Kerana itu juga Ibu Pejabat Imigresen Republik Ireland tidak boleh memberi maklumat berkaitan Ariff Alfian kepada ibu bapanya, ini kerana kita terikat dengan akta tersebut dan bukan seperti yang dilaporkan oleh ibu bapanya semalam.

''Status Ariff Alfian di sini sah termasuk dari segi visa dan segala dokumennya juga sah. Semua sah, tiada kesalahan. Justeru, beliau dibenarkan untuk menetap di sini.

"Namun, kita sebagai pihak yang terdekat dengan Ariff Alfian akan berusaha mendapatkan beliau supaya menghubungi keluarganya di Malaysia,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan kehilangan Ariff Alfian yang dibuat oleh bapanya, Rosli Haron menerusi akhbar Utusan Malaysia kelmarin.

Sementara itu, Bahagian Konsular dan Bahagian Eropah Wisma Putra ketika dihubungi menjelaskan pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengesan pelajar terbabit selepas menerima laporan kehilangan pada 2009.

"Kami telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengesan pelajar tersebut dan telah dimaklumkan pelajar itu mempunyai rekod yang sah untuk memasuki Ireland.

"Namun, percubaan untuk menghubungi beliau gagal kerana dia tidak mahu berjumpa pihak kedutaan mahupun keluarganya," kata sumber tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa ketika dihubungi berkata, pihaknya dalam usaha mendapatkan maklumat terperinci mengenai bekas pelajar UCD itu daripada pelbagai pihak termasuk Petronas.

''Pegawai kita juga sedang mendapatkan maklumat daripada masyarakat Malaysia di Dublin. Kes ini juga dalam pemerhatian Wisma Putra,'' katanya.

Utusan Malaysia juga difahamkan pelajar terbabit pernah pulang ke tanah air pada pertengahan 2009 untuk meneruskan pengajian di universiti tempatan.

Bagaimanapun, pada November tahun yang sama, dia kembali semula ke Ireland dan terus menetap di republik tersebut dengan rekod perjalanan yang sah.

Utusan Malaysia Online - Berita Utama:

'via Blog this'

Siamang jantan gigit dua budak



ANITA menemani Afiq yang cedera dan dirawat di Hospital Melaka semalam akibat digigit siamang.


MELAKA - Keseronokan dua kanak-kanak untuk menyaksikan gelagat haiwan liar di Zoo Melaka berakhir dengan dua mangsa itu melalui pengalaman ngeri digigit seekor siamang jantan yang ganas kelmarin.

Dua mangsa yang cedera dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu ialah Muhammad Afiq Haziq Kamarul, 3, berasal dari Klang, Selangor dan Zukrina Abdul Hadi, 5, dari Pekan, Pahang.

Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa itu berjalan bersama keluarga masing-masing berhampiran beberapa buah pulau buatan yang menjadi habitat siamang dan beberapa haiwan dalam kumpulan beruk lain.

Mengimbau detik cemas tersebut, ibu kepada Afiq, Anita Sulaiman, 36, berkata, dia dan suami, Kamarul Baharin, 38, serta tujuh anak termasuk Afiq, anak keenam, tiba di zoo itu pada pukul 1.30 petang.

Sejam selepas berjalan, mereka sekeluarga tiba di kawasan pulau buatan.

"Sedang kami leka meninjau spesies beruk di beberapa pulau, tiba-tiba saya nampak kira-kira 40 pengunjung bertempiaran lari kerana dikejar seekor siamang.

"Siamang sebesar Afiq itu datang menggigit betis kanannya yang ketika itu didukung oleh suami saya," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka semalam.

Menurut Anita, suaminya bertindak menarik bulu dan menggoncang kepala siamang itu bagi melepaskan gigitan pada kaki Afiq.

Namun siamang itu enggan melepaskan gigitan itu sehinggalah seorang pengunjung menendang perut haiwan itu.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Jalan runtuh akibat hujan lebat


Oleh SHAHRULANOOR ISHAK


TSU MING (depan) meninjau keadaan jalan runtuh di Jalan Sungai Lembing, Kuantan semalam.


KUANTAN – Tanah lembap akibat hujan berpanjangan beberapa hari lalu menyebabkan laluan sepanjang 70 meter di Jalan Kuantan-Sungai Lembing dekat Seksyen 6 di sini runtuh pukul 10 malam kelmarin.

Kejadian yang menjejaskan laluan menghala Sungai Lembing berhampiran stesen minyak Petronas dekat Kampung Padang itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kemalangan membabitkan pengguna jalan raya.

Menurut seorang peniaga, Mohamad Che Wan, 25, dia terdengar bunyi dentuman kecil dari tempat kejadian ketika berada di warungnya tidak jauh dari jalan tersebut dan disangka ada kemalangan.

“Tiba-tiba saya nampak tiang elektrik di situ condong sebelum tumbang. Apabila diperhati, rupa-rupanya jalan ke Sungai Lembing sudah runtuh,” katanya.

Seorang pekerja ladang berhampiran, Mohd. Fikri Abdullah, 30, pula berkata, dia terus ke tempat kejadian untuk melihat sekiranya ada kenderaan yang terlibat dalam tanah runtuh itu.

“Mujur tidak ada sebarang kenderaan terlibat. Orang ramai kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu, Datuk Pang Tsu Ming berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada aliran air bawah tanah akibat hujan lebat.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Pengusaha kuetiau benzoik didenda RM7,000


Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN


AH LEK ketika keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman denda kerana kesalahan menggunakan bahan pengawet dalam kuetiau pada kadar yang tidak dibenarkan di Melaka semalam.


MELAKA – Seorang pemilik kilang mi didenda sebanyak RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam setelah didapati bersalah menggunakan bahan pengawet asid benzoik pada kadar yang tidak dibenarkan dalam produk makanan keluaran syarikatnya.

Majistret Syajaratudur Abd. Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Tan Ah Lek, 59, selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menggunakan bahan pengawet iaitu asid benzoik dengan kadar 770mg/kg dalam produk kuetiau yang dikeluarkan pihaknya.

Kadar tersebut melebihi kadar bahan pengawet yang dibenarkan ditambah dalam makanan pasta seperti yang dinyatakan dalam peraturan 20(3) dibaca bersama peraturan 63 peraturan-peraturan makanan 1985.

Kuetiau tersebut dijual di premis Blok B, SB 4 Pasar Borong Batu Berendam pukul 4 pagi 17 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh disiasat di bawah Seksyen 13B(1) dibaca bersama 13B(2)(d) Akta Makanan (pindaan) 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 13B(4) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara selama lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'