Search This Blog

Saturday, December 3, 2011

63 musang dirampas

ROMPIN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri berjaya merampas 63 musang pelbagai spesies daripada seorang lelaki Orang Asli berusia 23 tahun di Kampung Buluh Nipis, Ibam, Muadzam Shah di sini, kelmarin.

Pengarahnya, Khairiah Mohd Shariff berkata, hasil maklumat orang awam, pihaknya melakukan serbuan ke rumah lelaki terbabit dan menemui binatang berkenaan yang sudah dilapah tersimpan dalam peti sejuk dipercayai untuk diambil pihak kedua.


Menurutnya, siasatan mendapati lelaki terbabit mendapat bekalan haiwan berkenaan daripada penduduk setempat, selain dia turut aktif sebagai pemburu di kawasan hutan termasuk ladang kelapa sawit berhampiran penempatan mereka.

Katanya, selain menggunakan sumpit, haiwan berkenaan yang aktif pada waktu malam ditangkap menggunakan jerat dawai dan perangkap dengan umpan buah-buahan seperti nangka, cempedak dan pisang. “Kita difahamkan, lelaki yang ditahan bertindak sebagai peraih atau orang tengah dengan membeli haiwan terbabit daripada orang kampung dengan harga antara RM9 hingga RM15 seekor bergantung kepada saiz dan spesies.


“Musang berkenaan hanya untuk pasaran di beberapa daerah di negeri ini bagi memenuhi permintaan pemilik restoran haiwan eksotik yang sentiasa mendapat sambutan menggalakkan,” katanya di sini, semalam.


Khairiah berkata, untuk mengenal pasti spesies musang yang dirampas itu, pihaknya menghantar beberapa contoh ke jabatan kimia untuk dilakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum tindakan pendakwaan dilakukan terhadap lelaki yang ditahan.

Beliau berkata, di negara ini terdapat lebih lapan spesies musang dan hanya beberapa jenis saja diburu bagi tujuan hidangan eksotik, selain kulitnya dijadikan hiasan. Katanya, bagi kesalahan memiliki musang pulut dan musang tenggalung, mereka yang bersalah akan didakwa mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM100,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.


Menurutnya, bagi kesalahan memiliki musang akar, musang memerang, musang belang, musang lamri dan musang jebat yang dilindungi sepenuhnya, mereka terbabit boleh didenda RM500,000 dan lima tahun penjara “Kita akan terus melakukan pemantauan dan risikan bagi memastikan kegiatan menangkap musang tidak terus berlaku terutama di daerah ini. Tindakan tegas menanti individu yang terbukti melakukan kesalahan.

“Saya menasihatkan kepada masyarakat Orang Asli supaya tidak terbabit dengan kegiatan ini kerana undang-undang tidak mengenal siapa mereka. Kita tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak.


“Rekod kita mendapati banyak kes di daerah ini membabitkan masyarakat Orang Asli yang melakukan kesalahan memiliki binatang dilindungi untuk tujuan perniagaan dan mereka menjadi orang tengah kepada individu lain,” katanya.


Khairiah berkata, sebagai contoh, bukti tindakan tegas sudah diambil apabila seorang Tok Batin Kampung Air Molek di sini, dihadapkan ke Mahkamah Kuantan pada Ogos lalu selepas didapati bersalah memiliki pelbagai organ binatang seperti harimau kumbang dan kijang.


Sehubungan itu, dia berharap pihak yang mengetahui adanya aktiviti menangkap, memiliki dan menjual binatang dilindungi supaya menghubungi pejabat Perhilitan negeri atau daerah. “Unit Penguatkuasa akan segera bertindak bagi menyekat aktiviti berkenaan daripada terus berlaku dan mengheret mereka yang terbabit ke muka pengadilan,” katanya.

myMetro | 63 musang dirampas:

'via Blog this'

Bapa bintang bola sepak kelab Juventus edar dadah

SANTIAGO: Bapa kepada pemain tengah Chile dan kelab Juventus, Arturo Vidal ditahan semalam kerana disyaki mengedar dadah, menurut satu kenyataan di sini.

Polis menahan Erasmo Vidal kerana menjual kokain di kediamannya di bandar raya ini bersama kakaknya, Susana.


Polis turut merampas 154 dos dadah berkenaan dan Erasmo serta Susana ditahan reman.

Bintang Juventus itu dipercayai tidak lagi rapat dengan bapanya yang berpisah dengan ibunya ketika Arturo masih kecil. - AFP

myMetro | Bapa bintang bola sepak kelab Juventus edar dadah:

'via Blog this'

Kaki kiri pula patah

GEORGETOWN: “Jika diikutkan hati, saya mahu cari sendiri dua peragut yang menyebabkan adik saya terlantar di hospital,” kata Azlina Zulkifli, 40, mangsa kejadian ragut di Jalan Masjid Kapitan Keling, di sini, kelmarin.

Dia berkata, adiknya, Siti Mariam, 25, baru saja menjalani pembedahan lutut dan mengambil cuti sakit sejak pertengahan Oktober lalu selepas terjatuh di tempat kerjanya.


“Akibat kejadian ini, adik saya sekali lagi terpaksa dimasukkan ke wad kerana kaki kirinya pula patah selain muka bengkak selepas terjatuh daripada motosikal dan diseret di atas jalan.

“Saya geram dengan tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan itu,” katanya.


Menurutnya, ketika kejadian, dia membonceng motosikal ditunggang bersama adiknya sebelum seorang lelaki menarik beg tangan disandangnya. “Peragut cuba tarik, tetapi tali beg terlilit di tangan menyebabkan ia sukar dilepaskan. Berang kerana gagal menarik beg tangan saya, peragut itu bertindak menendang motosikal menyebabkan adik saya tidak dapat mengawal sebelum kami berdua terjatuh,” katanya.


Dalam kejadian jam 7 malam itu, dua beradik terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Jalan Perak, di sini, selepas keluar membayar duit pinjaman rumah.

Menurut Azlina, dia memang mahu melepaskan beg tangannya kerana memikirkan risiko bakal berlaku tetapi disebabkan tali terlilit, sukar untuk melepaskannya hingga menimbulkan kemarahan kepada peragut itu.


“Kami berdua menaiki motosikal ke bank kerana jalan agak sesak. Selepas membayar wang pinjaman rumah, kami bersiar-siar di kawasan terbabit dan ketika itu wang dalam beg saya masih ada RM1,000,” katanya.

Dalam kejadian itu, Azlina yang bekerja sendiri turut mengalami kecederaan di tangan, jari dan kaki akibat terseret atas jalan raya.


Adiknya yang patah kaki dan cedera di muka itu kini masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP), tetapi keadaannya dilaporkan stabil.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

myMetro | Kaki kiri pula patah:

'via Blog this'

Pengedar dadah tunggu pelanggan dicekup

SEREMBAN: Seorang lelaki yang dipercayai menunggu pelanggan untuk urus niaga dadah diberkas sepasukan polis di Rasah, di sini, kelmarin.

Dalam operasi jam 6.30 petang, lelaki berusia 40-an itu gagal melarikan diri dan diberkas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.


Ketua JSJN Negeri Sembilan, Superintendan R Ravi Chandran, berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis melakukan pemantauan di lokasi sebelum mengesan suspek yang mencurigakan dalam sebuah kereta.

“Pasukan serbuan menahan lelaki terbabit dan hasil pemeriksaan menemui sembilan peket dadah disyaki heroin.


“Polis kemudian dibawa suspek ke sebuah rumah di Taman Bukit Sendayan tidak lama selepas itu,” katanya di sini, semalam.


Beliau berkata, polis merampas 190 peket disyaki dadah jenis sama dan menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui dari mana suspek mendapat bekalan sebelum dijual kepada pelanggannya.


Kedua-dua lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang sabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori.

myMetro | Pengedar dadah tunggu pelanggan dicekup:

'via Blog this'

Bukan lari ikut pengkid

SEREMBAN: Seorang gadis yang didakwa lari mengikut pengkid sejak setahun lalu tampil memberikan penjelasan sebenar mengenai perkara itu, di sini, semalam.

Siti Saidatul Aishah Razali, 17, atau dikenali sebagai ‘Manja’ berkata, dia tidak lari mengikut pengkid dikenali sebagai Nano berusia 20-an seperti didakwa sebelum ini. “Saya mengambil keputusan berpindah ke rumah keluarga angkat selepas tertekan dengan situasi berlaku di rumah.


“Tiada sedikit pun niat lari meninggalkan ibu, namun saya terpaksa berpindah ke rumah keluarga angkat di Taman Jasper Jaya sejak April 2010,” katanya ketika datang ke pejabat Harian Metro, di sini, semalam.

Gadis itu mendakwa, sikap ibu dan bapanya yang sering berselisih faham mendorong dia mengambil keputusan berpindah dan tinggal bersama keluarga angkatnya itu.


“Sebenarnya saya tidak lari dari rumah mengikut seorang pengkid seperti didakwa ahli keluarga, sebaliknya sudah meminta izin daripada ayah sebelum keluar rumah.


“Walaupun sudah tidak tinggal bersama, saya sering berjumpa keluarga dan mereka juga selalu menziarahi saya di rumah keluarga angkat,” katanya.

Menurutnya, keadaan tegang di rumah menyebabkan dia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan mengambil keputusan berhenti sekolah selain tidak mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.


“Macam mana nak belajar kalau setiap hari dengar mak dan ayah bertengkar? Jadi saya beritahu pada mak saya tidak mahu ke sekolah lagi kerana sudah tidak berminat meneruskan pelajaran,” kata anak kelima daripada tujuh beradik itu.

Sementara itu, bapa angkatnya, Shahril Rashid, 52, berkata, dia terkilan dengan dakwaan mengatakan anak angkatnya itu lari dari rumah sedangkan keluarganya sudah membenarkan Manja tinggal di rumahnya.


“Saya dan ayah Manja baik dan kami selalu keluar makan bersama namun tidak menyangka keadaan boleh jadi begini.


“Mungkin ini salah faham dan saya berharap perkara seperti ini tidak berulang lagi,” katanya.


Sebelum ini Harian Metro melaporkan, seorang ibu kesal apabila anaknya berusia 17 tahun dikenali sebagai ‘Manja’ hilang dari rumah dipercayai mengikut seorang pengkid dikenali sebagai Nano berusia 20-an, sejak lebih setahun lalu.

myMetro | Bukan lari ikut pengkid:

'via Blog this'

Ditahan 5 jam lepas bunuh

KUALA LUMPUR: Tidak sampai lima jam, seorang lelaki berusia 29 tahun dipercayai suspek utama kes pembunuhan kejam seorang wanita warga emas di Taman Sri Segambut, di sini, malam kelmarin, ditahan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar, berkata lelaki terbabit ditahan di rumahnya di Sungai Way, dekat sini, jam 2 pagi selepas siasatan polis di tempat kejadian.


Menurutnya, sebelum itu dalam kejadian jam 9.15 malam, seorang wanita, Lai Kam Lian, 62, mati selepas ditikam lima kali di depan rumahnya di 3/194B, Taman Seri Segambut sejurus pulang daripada sesi tari-menari.

Mangsa yang juga ibu seorang juruhebah radio MyFM dan bedah siasat mengesahkan mangsa maut akibat lima tikaman di belakang badan, punggung dan tangan.


“Suspek kes itu ditahan tidak sampai lima jam selepas kejadian dan dia kini direman sehingga 8 Disember ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Motif suspek membunuh mangsa masih dalam siasatan,” katanya.


Beliau berkata, suspek dipercayai menunggu sehingga mangsa masuk ke pekarangan rumah dan menikam wanita itu ketika dia hendak membuka pintu jeriji rumah.

“Ketika melakukan jenayah itu suspek pula memakai topi keledar, sarung tangan serta penutup muka. Dia dipercayai sudah berada di perkarangan rumah mangsa sebelum wanita itu tiba,” katanya. Menurutnya, siasatan awal mendapati motif kejadian tidak bertujuan untuk menyamun mangsa kerana barangan berharga milik mangsa tidak diambil suspek. Sementara itu, seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, ia rutin mingguan mereka untuk menghadiri majlis tari-menari.


Katanya, apabila hujan mereka pulang ke rumah jam 9 malam dan wanita berusia 60-an itu berjalan pulang seorang diri. “Kira-kira 30 minit kemudian, saya menerima panggilan daripada seorang rakan yang tinggal berdekatan rumah mangsa memberitahu dia sudah meninggal dunia. “Saya tidak menyangka ini kali terakhir dia berhibur bersama kami,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

myMetro | Ditahan 5 jam lepas bunuh:

'via Blog this'

Temberang tak menjadi

ALOR SETAR: Taktik seorang calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendakwa meminjam motosikal rakannya tidak menjadi apabila dia dicekup dalam operasi bersepadu di persimpangan Masjid Aman, Jalan Kuala Kedah, di sini, malam kelmarin kerana memiliki motosikal curi.

Difahamkan, pelajar lelaki berusia 17 tahun itu dipercayai baru mencuri motosikal Honda di Jalan Stadium, di sini, jam 9 malam sebelum ditahan polis dua jam selepas itu.


Ketua Trafik Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah, berkata pelajar itu memberi alasan meminjam motosikal kawannya dan mahu pulang ke rumahnya di Kuala Kedah, di sini.

“Pelajar itu teragak-agak dan gagal memberitahu nama kawannya yang memberikan dia pinjam motosikal itu. Apabila disoal berkali-kali, barulah dia beritahu baru lepas mencuri motosikal itu di Jalan Stadium jam 9 malam.


“Dia beri alasan pinjam motosikal kawan dan nak balik rumah di Kuala Kedah dan apabila ditanya siapa nama kawannya itu, dia tidak dapat menjawab.


“Suspek ditahan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan siasatan lanjut masih dilakukan,” katanya selepas mengetuai operasi itu di sini, malam kelmarin.

myMetro | Temberang tak menjadi:

'via Blog this'

92 PATI berhimpit lebih dua minggu dalam bot



TAN Kok Kwee menyoal salah seorang pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dipercayai tekong selepas ditahan oleh Maritim Malaysia di jeti perikanan Bukit Malut, Langkawi, Kedah, kelmarin.


LANGKAWI 2 Dis. - Seramai 92 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) sanggup berhimpit dalam sebuah bot kayu sepanjang kira-kira 15 meter sejak berlepas dari Myanmar lebih dua minggu untuk ke Pulau Pinang bagi mencari pekerjaan.

Namun hasrat mereka yang berusia antara 16 hingga 50 tahun itu tidak kesampaian apabila ditahan oleh anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 1 Langkawi.

Ketua Penguatkuasa Maritim, Laksamana Pertama Tan Kok Kwee berkata, bot kayu dari Myanmar itu dijumpai nelayan tempatan sedang bersauh di perairan Pulau Dayang Bunting iaitu lebih kurang 5.6 batu nautika dari jeti perikanan Bukit Malut di sini, kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Katanya, kesemua mereka ditemui dalam keadaan lesu dan kesejukan selepas dipercayai lima hari tidak makan dan terpaksa bersauh di kawasan berdekatan disebabkan bot kayu yang dinaiki mereka mengalami kebocoran.

"Mereka dipercayai dibawa seorang tekong ke Pulau Pinang untuk bekerja memandangkan tekong yang membawa mereka pernah bekerja di negeri itu selama lebih dua tahun," katanya ketika ditemui di jeti perikanan Bukit Malut di sini, semalam.

Kok Kwee berkata, kesemua PATI itu ditahan untuk siasatan lanjut dan boleh didakwa di bawah Akta 670 Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Warga emas maut ditikam


KUALA LUMPUR 2 Dis. - Seorang wanita warga emas yang baru pulang dari kelas tarian maut setelah ditikam di depan pintu rumahnya di Jalan Udang Kertas, Taman Seri Segambut di sini malam tadi.

Mayat Lai Kam Lian, 62, ditemui seorang pembantu rumahnya, dalam keadaan berlumuran darah di atas lantai depan rumah itu kira-kira pukul 9.15 malam.

Ketika kejadian, ibu kepada deejay radio berbahasa Cina, MyFM itu dikatakan baru sahaja tiba di rumahnya yang dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Hasil pemeriksaan polis terhadap rakaman CCTV mendapati, mangsa diserang seorang lelaki memakai topi keledar sebaik sahaja dia membuka pintu pagar automatik rumahnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supritendan Othman Abu Bakar memberitahu, siasatan awal mendapati suspek bersembunyi di dalam kawasan rumah mangsa sebelum bertindak menyerang mangsa yang baru pulang dari kelas tarian.

"Mangsa ditikam lima kali, masing-masing dua di belakang badan dan lengan serta satu tikaman di punggung sebelum suspek melarikan diri dengan membawa bersama alat kawalan jauh pintu pagar automatik.

"Pembantu rumah mangsa yang berada di tingkat dua tidak menyedari kejadian tersebut, bagaimanapun hanya sedar ketika mahu keluar menutup pintu pagar rumah itu. Suami dan empat anaknya pula tiada di rumah ketika kejadian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, CCTV tersebut berjaya merakamkan insiden itu dan identiti suspek sedang dikenal pasti.

Difahamkan, suspek ialah rakan kepada salah seorang anak mangsa yang pernah menghuni kediaman tersebut.

Menurut Othman, pihak polis tidak menolak kemungkinan punca kejadian bermotifkan dendam berikutan dompet dan beg tangan mangsa tidak diambil.

Beliau berkata, polis tidak menemui sebarang senjata di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Banduan bolos dari penjara serah diri


KOTA BHARU 2 Dis. - Seorang banduan lelaki yang meloloskan diri dari Penjara Pengkalan Chepa pagi semalam, menyerah diri di penjara tersebut kira-kira lapan jam kemudian.

Banduan berusia 21 tahun itu yang melarikan diri setelah memanjat tembok penjara menyerah diri kira-kira pukul 6 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, dia kini direman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan.

"Siasatan ke atas banduan itu dijalankan mengikut Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

"Seksyen 223 dibuka bagi menyiasat suspek kerana melarikan diri daripada tahanan sah manakala Seksyen 224 berhubung kecuaian sehingga menyebabkan suspek melarikan diri," katanya di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan, seorang banduan melarikan diri dari Penjara Pengkalan Chepa dengan memanjat tembok penjara berkenaan pada pukul 9.30 pagi semalam.

Ketika kejadian, banduan terbabit dikatakan sedang mencuci kawasan penjara bersama beberapa banduan lain dan diawasi oleh warden penjara sebelum menyedari suspek melarikan diri.

Banduan yang berasal dari Pasir Mas itu dipenjara sejak Ogos lalu atas kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan sepatutnya dibebaskan pada Ogos tahun depan.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

10 mati: Pemandu bas dijel 3 tahun

LEDANG 2 Dis. - Seorang pemandu bas ekspres dipenjara tiga tahun dan denda RM8,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Tangkak di sini hari ini kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga meragut nyawa 10 penumpang, kira-kira tiga tahun lalu.

Tertuduh, S. Segaran, 41, yang berasal dari Ayer Tawar, Perak selain itu hilang kelayakan ke atas lesen memandu ekoran digantung lesen selama tiga tahun.

Majistret Analia Kamaruddin memerintahkan hukuman penjara itu berkuatkuasa hari ini.

Pendakwaan terhadap Segaran dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000.

Ketika nahas ngeri itu berlaku, tertuduh memandu bas ekspres bernombor pendaftaran PEE 9898 pada pukul 2 pagi, 7 Disember 2008 lalu di Kilometer 146.8 Lebuh Raya Utara Selatan, di daerah Tangkak

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:

'via Blog this'

2,000 CD perisian dirampas



Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa, Syed Sulaiman Syed Mohd Noor (tengah) bersama kakitangan pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri memeriksa cakera padat perisian cetak rompak yang dirampas di Geroge Town, kelmarin.


PULAU PINANG 2 Dis. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri merampas lebih 2,000 cakera padat (CD) perisian cetak rompak bernilai RM171,500 dalam dua serbuan di sini petang semalam.

Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, M. Guna Selan, serbuan oleh 12 pegawai dan anggota yang bermula pukul 2.45 petang itu melibatkan dua premis di Kompleks Bukit Jambul di sini.

Katanya, perisian yang dicetak rompak termasuk 'Microsoft Windows 7 Ultimate', 'Microsoft Windows 7 Pro', 'Microsoft Windows XP', 'Microsoft Office Enterprise 2007' dan 'Microsoft Office Pro Plus 2010'.

"Pihak kami turut merampas dua unit pemprosesan pusat (CPU), dua komputer riba, satu komputer dan satu cakera keras luar dari kedua- dua premis berkenaan.

"Dalam serbuan itu, kami turut menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 25 hingga 42 tahun bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Guna Selan berkata, ketiga-tiga suspek direman bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Akta Hak Cipta 1987.

Katanya, sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 bagi setiap cetakan dibuat atau penjara maksimum lima tahun atau dua-duanya sekali.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk menjejak pemilik kedua-dua premis tersebut.

Utusan Malaysia Online - Utara:

'via Blog this'

Suspek culik ada 13 kes jenayah



Mohd. Adnan Abdullah menunjukkan barang bukti dirampas daripada penjenayah terlibat 13 kes samun dan curi kereta pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 2 Dis. - Lima suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes melarikan seorang kanak- kanak lelaki berusia lima tahun bersama sebuah kereta BMW di Desa Jaya, Kepong pada 28 November lalu turut terlibat dalam 13 kes jenayah lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, kesemua 13 kes tersebut melibatkan curi kereta, pecah rumah dan samun.

Beliau berkata, lapan daripada kes tersebut dilaporkan di Ipoh, Perak; dua kes lagi di Manjung, Perak serta masing-masing satu kes di Gombak, Ampang dan Kepong, Selangor.

"Kesemua suspek termasuk seorang wanita yang berusia antara 20 tahun hingga 34 tahun kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang daripada jagaan sah dan Seksyen 379A kanun yang sama iaitu mencuri.

"Dengan penahanan kesemua suspek, polis percaya telah menyelesaikan kesemua 13 kes tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyampaian sijil penghargaan kepada enam pegawai dan anggota polis yang berjaya menyelesaikan kes tersebut oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, hari ini.

Pada petang 28 November lalu, polis menahan empat daripada lima suspek di sebuah hotel di Sri Damansara selepas disyaki melarikan seorang kanak-kanak lelaki bersama sebuah kereta BMW di Desa Jaya, Kepong pada pukul 9.30 pagi hari yang sama.

Kanak-kanak yang dilarikan bagaimanapun berjaya ditemui semula selepas ditinggalkan di tepi jalan di Bandar Baru Sri Damansara, Petaling Jaya.

Kereta BMW yang dilarikan pula gagal ditemui. Sehari selepas itu, seorang lagi suspek berjaya diberkas di Cheras, Kuala Lumpur.

Menurut Mohd. Adnan, pihaknya sedang memburu saki baki kumpulan tersebut yang dipercayai masih bebas.

Utusan Malaysia Online - Kota:

'via Blog this'

Mayat dalam semak dibunuh



IMRAN (tengah) dan pegawainya menunjukkan gambar barangan milik mangsa bunuh seperti kunci, jaket, tali pinggang dan seluar pada sidang akhbar di Sepang semalam.


SEPANG - Siasatan terhadap satu mayat lelaki yang ditemui di dalam belukar dekat landasan Express Rail Link (ERL) dari arah Putrajaya ke stesen KL Sentral, Presint 11, Putrajaya pada 23 November lalu mendapati mangsa telah dibunuh selepas dipukul.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, mayat yang belum dikenal pasti itu telah mati di antara dua minggu dan dua bulan ekoran keadaannya yang berulat.

Katanya, punca kematian mangsa akibat pukulan kuat di kepala.

"Bedah siasat mendapati dagu kanan, dua tulang rusuk kiri dan kanan mangsa patah manakala tengkorak kanan dan patang tulang pipi kanan pula retak.

"Mangsa berusia lingkungan 30 dan 40-an itu mempunyai ketinggian di antara 1.63 dan 1.69 meter. Hidungnya juga patah, hilang gigi rahang serta terdapat implan pada tangan kanan dan kaki kanan yang dipakai ekoran terlibat dalam kemalangan," katanya.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Polis bongkar rahsia 5 penculik


MOHD. ADNAN (kiri) dan pegawainya menunjukkan sebahagian barangan kes pada sidang akhbar di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Penahanan lima suspek termasuk seorang wanita yang melarikan seorang budak berusia lima tahun bersama kereta BMW di Desa Jaya, Kepong dekat sini Isnin lalu membongkar kegiatan jahat mereka apabila didapati kesemuanya terlibat dengan 13 kes curi kereta, pecah rumah dan samun.

Kumpulan suspek yang tidak mempunyai gelaran berusia di antara 20 dan 34 tahun itu disyaki terlibat 10 kes di Ipoh dan Manjung, Perak serta masing-masing satu di Gombak, Ampang dan Kepong.

Modus operandi mereka ialah menggunakan ibu kunci untuk mencuri kereta yang diletakkan di kawasan sunyi, mengacukan senjata tajam untuk menyamun dan menceroboh rumah ketika penghuninya keluar bekerja.

Suspek dari Puchong, Kajang, Klang, Balakong dan Port Dickson, Negeri Sembilan itu telah bergiat sejak setahun lalu dan sanggup ke negeri lain untuk melakukan jenayah.


Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'