Search This Blog

Thursday, December 1, 2011

Shamala hilang hak penjagaan anak


01/12/2011 6:44pm

PUTRAJAYA 1 Dis. - Seorang wanita Hindu, S. Shamala hilang hak penjagaan terhadap dua anak lelakinya hasil perkahwinan dengan bekas suami yang kini beragama Islam selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan hak penjagaan kepadanya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Zainun Ali yang bersidang bersama Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Hakim Anantham Kasinather memutuskan demikian sebulat suara selepas membenarkan rayuan Dr. M. Jeyaganesh, 42.

Mualaf tersebut merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 20 Julai 2004 yang memberikan hak penjagaan terhadap Saktiswaran, 10, dan Theiviswaran, 9, kepada ibu mereka. Shamala sebaliknya mengingkari perintah lawatan yang diperolehi lelaki itu dengan melarikan kedua-duanya ke luar negara.

Hakim Zainun ketika membacakan keputusan ringkas itu berkata, mereka terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa Shamala, 38, yang menghadapi tindakan menghina mahkamah tiada hak mengemukakan litigasi.

Tindakan tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 6 Mei 2004 selepas dia melanggar perintah penjagaan sementara yang membenarkan Jeyaganesh atau nama Islamnya, Muhammad Ridzwan Mogarajah melawat anak-anak mereka.

Muhammad Ridzwan diwakili oleh Muralee Menon manakala Shamala yang kini dipercayai berada di Australia, tidak diwakili selepas peguamnya yang terdahulu menarik diri.

Dengan keputusan itu, semua konflik melibatkan Shamala dan bekas suami termasuk isu penukaran agama dua anak lelakinya dan permohonan wanita tersebut untuk mencabar persoalan undang-undang, selesai buat masa ini. - Utusan

Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Mayat kanak-kanak lemas ditemui

BERA: Mayat murid lelaki Tahun Tiga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Triang 2, Pua Ru Xiang yang lemas di Sungai Triang dekat Kerayong Isnin lalu, ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Bera DSP Mohd Zahid Mohd Noor berkata mayat kanak-kanak itu dijumpai tersangkut pada sebuah sangkar ikan kira-kira 400 meter daripada tempat dia jatuh tergelincir pada jam 7.55 pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.15 petang Isnin lepas, Pua dipercayai tergelincir ketika bermain bersama dua lagi rakannya berhampiran jeti sungai itu.

Gerakan mencari dijalankan oleh lebih 60 anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, tentera, Jabatan Pertahanan Awam, serta penduduk setempat dengan bantuan tujuh bot.


Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat. - Bernama

myMetro | Mayat kanak-kanak lemas ditemui:

'via Blog this'

Lelaki rempuh polis disyaki terlibat samun


01/12/2011 7:01pm

SHAH ALAM — Seorang lelaki yang ditembak dan ditahan selepas merempuh seorang anggota polis ketika diarahkan untuk menyerah diri di Jalan Meru, Klang dekat sini semalam, disyaki terlibat dalam sembilan kes samun di sekitar Selangor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd. Adnan Abdullah berkata, siasatan juga mendapati suspek berumur 23 tahun itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

"Rekod jenayah itu membabitkan kes curi kenderaan di Sungei Way, Petaling Jaya dan samun sehingga mendatangkan kecederaan di Damansara Utama pada 2007 serta pemulihan akhlak selama 18 bulan di Simpang Renggam pada 2008.

"Sembilan kes samun itu membabitkan kawasan sekitar Kapar di Klang, Puchong, Sungei Way dan Damansara antara 2007 dan tahun ini,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Mohd. Adnan berkata, kereta jenis Vios yang dipandu suspek, dilaporkan disamun di Puchong pada 15 Nov lepas dan dipercayai telah digunakan dalam kes cubaan samun di Sungai Buloh pada 29 Nov lepas.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi semalam, suspek yang kebetulan bertembung dengan kereta peronda polis di Jalan Meru, Klang, enggan keluar dari kereta selepas diarahkan berbuat demikian sebelum bertindak melanggar seorang anggota polis menyebabkannya cedera di tangan.

Ekoran tindakan suspek itu, polis melepaskan tembakan dan terkena satu daripada tayar kereta yang dipandunya menyebabkan ia terbabas serta melanggar palang tempat letak kereta berhampiran sebelum ia terbalik.

Tembakan itu turut terkena pada paha kiri suspek, yang berasal dari Sungai Way, Petaling Jaya, dan dia kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Hasil siasatan pada kereta yang dipandunya, polis menemui dua batang kayu besbol, sebilah parang dan beberapa peralatan menagih dadah.

Mohd. Adnan berkata kira-kira sejam selepas ditahan, polis bertindak memeriksa sebuah hotel yang didiami suspek di kawasan Klang Utara, Klang, dan menemui seorang wanita berumur 18 tahun dipercayai teman wanita lelaki itu yang juga berasal dari Petaling Jaya.

"Dalam pemeriksaan di hotel itu polis turut menjumpai telefon bimbit, beberapa kunci kereta, komputer riba, jaket hitam dan sarung tangan. Suspek dan teman wanitanya kini direman selama tujuh hari sehingga 7 Dis ini,” katanya. — Bernama

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Padah miliki loteri haram, peniaga didenda RM1,500


Oleh : SH UTARA/ GOKINA MORGANAN
Tarikh : December 1, 2011
peniaga kedai kopi

GEORGETOWN - Seorang peniaga kedai kopi didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana memiliki tiket loteri haram di sebuah kafe, dekat sini, tahun lalu.

Khoo Kok Leon, 34, dari Taman Bukit, Tanjong Tokong, dituduh melakukan kesalahan itu kira-kira jam 5 petang di Kafe Leong Seng, Jalan Sungai, Pinang Emas Batu Ferringhi, 7 November 2010.

Bagi kesalahan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hashim mengemukakan pertuduhan terhadap Kok Leon mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Ia memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Dia didakwa memiliki slip tiket loteri haram dengan bilangan bermula dari angka 1,000 hingga 10,000 dalam tiga digit dan empat digit.

Sewaktu pertuduhan dibacakan, Kok Leon mengaku bersalah dan memohon dikenakan hukuman ringan dengan alasan menanggung ibu bapa.

Majistret Noor Aini yang menerima pengakuan bersalah daripada Kok Leon, kemudian mengarahkan tertuduh membayar denda RM1,500 atau lima bulan penjara jika gagal menjelaskannya.

Padah miliki loteri haram, peniaga didenda RM1,500 - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Dua pasangan kekasih berdepan tali gantung


Oleh : SH MNS / NORDIANA JOHARI
Tarikh : December 1, 2011

AYER KEROH – Dua pasang kekasih menghadapi hukuman mati mandatori selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas kesalahan mengedar dadah.

Pasangan pertama, T Ravinthran, 44 dan Rokiah Ahmad, 67, bagaimanapun tidak mengaku salah di hadapan Majistret Syajaratudur Abd Rahman.

Mengikut pertuduhan, mereka didapati mengedar dadah jenis heroin seberat 410.0 gram di sebuah rumah di Permatang Pasir, Kandang, jam 9.45 malam, pada 17 November lalu.

Sementara itu, Ong Weng Meng, 22 dan kekasihnya berusia 17 tahun turut didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 90.0 gram.

Bagaimanapun, mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 17 November lalu kira-kira jam 4.30 petang di dalam kereta Toyota Vios dengan nombor pendaftaran MBN 8055 di kawasan tempat letak kereta di sebuah hotel di Banda Hilir.

Kedua-dua pasangan terbabit melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39b (2) akta sama dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.

Dua pasangan kekasih berdepan tali gantung - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Penganggur didenda RM8,000 kerana lupus barang curi


Oleh : SH UTARA/ GOKINA MORGANAN
Tarikh : December 1, 2011
Mohd-Hairul-tunduk-ketika-gambarnya-dirakam

GEORGETOWN - Mahkamah Majistret di sini semalam mengenakan denda RM8,000 terhadap seorang penganggur setelah mengaku bersalah atas tuduhan melupuskan barang curi bernilai RM4,000.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Hairul Iskandar Mohd Isa, 21, didakwa melupuskan sebuah komputer riba, sebuah televisyen LCD dan seutas jam tangan yang kesemuanya bernilai RM3,000, yang diketahuinya barang curi antara 24 Oktober hingga 23 November, di Kedai Pajak Gadai Harmony Enterprise, Jelutong, di sini.

Pertuduhan kedua, Mohd Hairul didakwa melakukan kesalahan dengan melupuskan seutas jam tangan jenama Elle bernilai RM1,000, di tempat dan tarikh yang sama.

Untuk kesalahan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hashim mengemukakannya mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Ketika rayuan, Mohd Hairul memohon hukuman terhadapnya diringankan dengan alasan mempunyai tanggungan keluarga.

Bagaimanapun, Nur Farhana memohon hukuman setimpal dijatuhkan dengan mengambil nilai barangan dilupuskan.

Majistret Noor Aini Yusof kemudian mengenakan denda RM4,000 atau 12 bulan penjara untuk setiap pertuduhan.

Penganggur didenda RM8,000 kerana lupus barang curi - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pembonceng motosikal maut digilis kereta


Oleh : NURUL FATIHAH SULAINI
Tarikh : December 1, 2011
Pembonceng motosikal maut digilis kereta
ALOR SETAR - Seorang penunggang motosikal maut digilis kereta apabila motosikalnya terjatuh setelah bergesel dengan sebuah kereta lain datang dari arah yang sama sekitar jam 7.30 malam kelmarin.
Mangsa, Ooi Say Hian, 35, dari Taman Sri Merbok, Tokai, Pendang dikatakan gagal mengawal motosikalnya sewaktu ingin mencelah antara dua kereta yang sedang menghala dari Sungai Petani ke Kepala Batas.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, kejadian berlaku di persimpangan tiga lampu isyarat baru Tandop.
Menurutnya, berdasarkan maklumat mangsa gagal mengawal motosikalnya apabila mahu meneruskan perjalanan setelah lampu isyarat bertukar hijau.
“Pada mulanya, mangsa bergesel dengan kereta di sebelah kanan kemudian terbabas ke laluan kiri dan terjatuh serta digilis kereta jenis Proton Saga Iswara itu.
“Mangsa bagaimanapun meninggal dunia sewaktu tiba di Hospital Sultanah Bahiyah,” katanya.
Pembonceng motosikal maut digilis kereta - Utara - Sinar Harian:

'via Blog this'

11 gadis tukang urut ditahan


Oleh : IZWAN ROZLIN
Tarikh : December 1, 2011
11 gadis  tukang urut ditahan

PETALING JAYA – Usaha 11 gadis tukang urut warga asing yang mahu melarikan diri melalui pintu rahsia yang tembus ke bangunan bersebelahan gagal apabila taktik licik itu berjaya dihidu oleh anggota penguatkuasa MBPJ.

Dalam Operasi bersepadu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersama Cawangan kongsi gelap, perjudian dan maksiat (D7) IPD Petaling Jaya di sebuah pusat urut di Sunway Mentari semalam turut ditahan seorang lelaki berusia 30 tahun yang merupakan penjaga premis terbabit.

Tukang urut yang ditahan berusia 20 hingga 30 tahun terdiri daripada China (8),Vietnam (2) dan Filipina (1) dan pemeriksaan mendapati ke semua masuk ke nagara ini menggunakan pas lawatan sosial.

Dalam pada itu 14 pelanggan premis terbabit turut diperiksa selepas ditemui bersembunyi bersama tukang urut masing-masing.

Pusat yang turut dipercayai turut menawarkan khidmat seks dan urut badan ke badan itu sudah beroperasi sejak dua tahun yang lalu dengan berselindung disebalik lesen refleksologi.

Pengarah Penguatkuasa MBPJ Mohd Fauzi Maarop berkata operasi tersebut dijalan berdasarkan intipan yang dibuat oleh pihaknya selama ini.

Menurutnya operasi itu yang diketuai oleh Penolong Pegawai Penguatkuasa Hairi Ahmad sebelum ini gagal mengesan aktiviti tidak sihat yang berlaku berikutan premis terbabit licik menyembunyikan aktiviti mereka.

“Kali ini melalui pemeriksaan teliti, kita dapat mengesan tempat persembunyian mereka malah seluruh premis dan pintu utama masuknya sukar untuk dibuka menyebabkan anggota masuk melalui pintu belakang,”katanya.

Tindakan diambil dibawah Undang-undang kecil pusat kesihatan dan kecantikan MBPJ (2007).

11 gadis tukang urut ditahan - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pemandu lori dipenjara 14 hari, denda RM4,000


Oleh : NORAWAZNI YUSOF
Tarikh : December 1, 2011

SHAH ALAM – Akibat tidak jujur, seorang pemandu lori terpaksa merengkok dalam penjara selama 14 hari kerana salahguna kad minyak milik syarikatnya.

Nurat Jaman Saidi, 33, juga diperintah membayar denda RM4,000 malah diperintah pula menjalani hukuman penjara selama enam bulan sekiranya gagal melunaskan denda itu.

Dia dihukum selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan pecah amanah, pada 1 hingga 31 Mac 2011, menggunakan kad minyak jenis Esso milik syarikat Gold Cold Transportation Sdn Bhd yang sepatutnya untuk kegunaan lori syarikat.

Nurat dituduh melakukan kesalahan di pejabat syarikatnya, di Jalan Sungai Kayu Ara, Seksyen 23, di sini.

Pertuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sepuluh tahun jika sabit kesalahan.

Perbuatan lelaki itu terbongkar selepas dia didapati mengemukakan resit tidak munasabah berdasarkan jumlah minyak yang diisi pada meter tangki bagi tempat yang berbeza.

Penyataan yang dibuatnya bercanggah dengan resit daripada stesen minyak selain terdapat perjalanan yang dibuatnya tidak mempunyai resit pembelian minyak.

Perbuatannya itu merugikan majikannya sebanyak RM 6,777 dan melanggar arahan syarikat.

Pemandu lori dipenjara 14 hari, denda RM4,000 - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Bekas Presiden Ivory Coast ke penjara ICC


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 1, 2011
Bekas Presiden Ivory Coast ke penjara ICC

THE HAGUE - Bekas Presiden Ivory Coast, Laurent Gbagbo tiba di penjara Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda, semalam, hanya beberapa jam selepas mahkamah itu mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.

Gbagbo, 66, menjadi bekas pemimpin negara pertama akan dibicarakan di ICC sejak penubuhan institusi itu pada 2002 atas dakwaan jenayah kemanusiaan termasuk pembunuhan dan rogol yang berlaku di negara Afrika Barat tersebut.

Menurut ICC, jenayah itu dipercayai dilakukan semasa konflik empat bulan yang tercetus akibat keengganan Gbagbo memberikan kuasa kepada Alassane Ouattara selepas pilihan raya tahun lalu.

Gbagbo sebelum ini diletakkan di bawah tahanan rumah di Korhogo, kira-kira 500 kilometer dari ibu negara Abidjan selepas digulingkan dari tampuk pemerinta-han oleh tentera yang disokong negara Barat, tujuh bulan lalu.

Bekas Presiden Ivory Coast ke penjara ICC - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Muka ditoreh dengan pisau

KUALA LUMPUR: Angkara cemburu, seorang lelaki berusia 30-an parah selepas mukanya ditoreh dengan pisau manakala mata kanannya dikhuatiri buta selepas dipijak dengan kasut but dan dipukul sekumpulan lapan lelaki selepas ‘diculik’ dari tempat kerjanya di Jalan Hang Kasturi di sini, kelmarin.

Difahamkan, kumpulan terbabit bertindak demikian kerana mangsa disyaki menghubungi teman wanita seorang daripada suspek dipercayai untuk memikatnya.

Selepas diseksa dengan kejam, seorang daripada suspek menghubungi majikan mangsa berusia lewat 30-an dan mengarahkan lelaki terbabit mengambil mangsa di belakang sebuah bangunan di Brickfields di sini.

Akibat perbuatan kejam kumpulan itu, mangsa yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerima 50 jahitan di muka dan mata kanannya dikhuatiri buta.


Menurut sumber, kejadian bermula jam 10 malam apabila kumpulan terbabit yang menaiki lima motosikal ke tempat kerja mangsa dan memintanya keluar.

myMetro | Muka ditoreh dengan pisau:

'via Blog this'

‘Saya dah nak kahwin’

SHIDA...tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang
SHIDA...tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR: Penyebaran gambar terbaru membabitkan Khairul Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan seorang gadis di Internet sejak Sabtu lalu, membuatkan gadis yang dikaitkan dengan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu dihujani pelbagai tohmahan.

Berikutan itu, gadis terbabit, Nor Hashidah Harmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Shida mengadakan pertemuan dengan Harian Metro, semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar sambil ditemani ibu bapanya, Shamsinar Basrun, 46, dan Harmi Ramli, 46.

Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.

“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.


“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya.

myMetro | ‘Saya dah nak kahwin’:

'via Blog this'

Penganggur didakwa bunuh budak lelaki 3 tahun

JOHOR BAHARU: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun, bulan lalu.

Tai Ah Seng, 37, didakwa dengan niat menyebabkan kematian Shatis Kumar, di sebuah rumah di Jalan Hang Tuah 5, Taman Skudai Baru, Skudai, di sini, kira-kira jam 2.58 pagi, pada 17 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pertuduhan terhadap Tai dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Hafizah Johor Ariff Johor, bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M Vinodharan manakala Tai tidak diwakili peguam.


Majistret Hafizah Johor menetapkan 16 Januari ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat. - Bernama

myMetro | Penganggur didakwa bunuh budak lelaki 3 tahun:

'via Blog this'

1,200 penumpang KTM terkandas akibat objek mencurigakan

KETUA Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad menunjukkan gambar timbunan yang dipercayai bom pada sidang media di Stesen KTM Tapah Road. Foto: Muhaizan Yahya (01/12/2011)
KETUA Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad menunjukkan gambar timbunan yang dipercayai bom pada sidang media di Stesen KTM Tapah Road. Foto: Muhaizan Yahya (01/12/2011)
KUALA LUMPUR: Lebih 1,200 penumpang perkhidmatan kereta api di sektor utara terjejas akibat gangguan perkhidmatan selepas satu objek dikhuatiri bahan letupan ditemui di landasan antara laluan Sungkai-Slim River di KM 259 pagi tadi.
Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), perkhidmatan yang dibatalkan ialah tren Ekspres Sinaran Utara manakala Ekspres Senandung Langkawi dan Ekspres Senandung Mutiara masing-masing ditamatkan di stesen Tapah Road dan di stesen Kampar di mana penumpang dipindahkan menaiki bas perantaraan ke stesen KL Sentral.
Perkhidmatan tren elektrik pula ditamatkan di stesen Tanjung Malim dan penumpang dipindahkan menaiki bas ke stesen Tapah Road manakala tren dari arah Ipoh ditamatkan di stesen Tapah Road dan penumpang dipindahkan menaiki bas ke stesen Tanjung Malim.

Menurut kenyataan itu, pasukan polis mengalihkan objek berkenaan dan perkhidmatan pulih mulai petang ini.

Ketua Polis Daerah Tapah Superitendan Roslan Bek Ahmad pula berkata polis menerima panggilan mengenai objek itu pada 1.45 pagi tadi, dan mengerahkan Unit Pemusnah Bom daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak membuat pemeriksaan di landasan sejauh 76 km antara Tanjung Malim dan Tapah Road.

"Terdapat 21 jambatan antara laluan Tanjung Malim dan Tapah dan pemeriksaan perlu dibuat secara berhati-hati dan mengambil masa kerana keadaan yang gelap," katanya kepada pemberita.

Roslan berkata hasil daripada pemeriksaan, polis menemui satu bonggol berhampiran sebuah jambatan di landasan di kM 259.25 berhampiran Slim River pada 12.05 tengah hari tadi.

Bonggol itu kemudian diletupkan tetapi siasatan mendapati tiada bom ditemui di situ.

"Hanya sekeping tikar yang dilipat mengandungi botol-botol kosong ditanam berhampiran jambatan berkenaan," katanya.

Roslan berkata polis sedang mengesan individu yang membuat panggilan mengenai objek itu. - Bernama
myMetro | 1,200 penumpang KTM terkandas akibat objek mencurigakan:

'via Blog this'

Doktor peribadi MJ bersalah


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 1, 2011
Doktor peribadi MJ bersalah

LOS ANGELES - Bekas doktor peribadi Michael Jackson dijatuhi hukuman penjara empat tahun, kelmarin, selepas didapati bersalah atas dakwaan menyebabkan kematian penyanyi pop terkenal Amerika Syarikat itu.

Hakim mahkamah Los Angeles menjatuhkan hukuman maksimum itu ke atas Conrad Murray selepas mengecam tindakan pakar perubatan tersebut yang didakwa mengumpul kekayaan melalui penjualan ubat kepada Jackson.

Murray, 58, tidak menunjukkan sebarang emosi semasa keputusan perbicaraan yang bermula September lalu itu dibacakan dan peguamnya mempunyai 60 hari untuk memfailkan rayuan.

Murray didakwa membekalkan ubat tidur dalam dos berlebihan kepada Jackson sehingga menyebabkan kematian Raja Pop itu pada Jun 2009.

Doktor peribadi MJ bersalah - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Warga Bangladesh mencabul dipenjara


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 1, 2011
Warga Bangladesh mencabul dipenjara

KUALA BERANG – Mahkamah Majistret di sini, semalam menjatuhkan hukuman sebulan penjara dan denda RM3,000 ke atas seorang warga Bangladesh beranak dua selepas mengaku bersalah terhadap dakwaan mencabul kehormatan seorang wanita.

Majistret Abdul Hayyi Salim memerintahkan hukuman ke atas Samid Abdur Rob, 32, dilaksanakan mulai tarikh ditangkap 1 Oktober lalu.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai buruh di sebuah kilang papan dekat sini didakwa memeluk mangsa berusia 27 tahun dari arah belakang dan meramas kedua-dua belah payu dara mangsa kira-kira jam 7.15 pagi 1 Oktober lalu.

Mangsa berasal dari Felda Mengkawang, Ajil, cuba melepaskan diri dengan bertindak meronta-meronta dan selepas berjaya, wanita berkenaan membuat laporan di balai polis Ajil pada hari sama kejadian berlaku.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat atau denda atau mana-mana dua hukuman jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, setelah rayuan dibuat kerana tertuduh yang diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Mohamed dan Azwan Roslee, mempunyai tanggungan terhadap isteri, anak-anak yang berusia lingkungan lapan hingga 11 tahun serta kedua ibu bapanya di Bangladesh, hukuman ke atasnya diringankan.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Tuan Rosnah Tuan Husin.

Warga Bangladesh mencabul dipenjara - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Sami palsu kutip derma


Oleh : NURUL FATIHAH SULAINI
Tarikh : December 1, 2011
Sami palsu kutip derma

ALOR SETAR-Orang ramai diminta berwaspada dengan kegiatan sindiket menggunakan rakyat negara jiran untuk menyamar sebagai sami bagi mengabui mata masyarakat, sewaktu memungut derma di tempat awam.

Ahli Dewan Negara, Senator Boon Som Inong berkata, kegiatan ini mula dikesan apabila ramai dalam kalangan masyarakat Siam sendiri tertipu dengan kewujudan sami palsu berkenaan kerana penampilan mereka hampir sama seperti sami sebenar.

Menurutnya, kawasan pasar malam antara tempat yang menjadi tumpuan golongan sami palsu berkenaan meraih simpati orang ramai dan memudahkan mereka melakukan kerja mengumpul wang untuk kepentingan peribadi.

“Kita akan minta kepimpinan sami menubuhkan satu jawatankuasa khas yang akan memantau aktiviti berkenaan dan menetapkan satu garis panduan untuk memudahkan pihak berkuasa mengesan kegiatan mereka.

“Sami yang sebenar tidak akan keluar untuk mengutip derma sebaliknya orang ramai akan datang menghulur sumbangan ikhlas mereka sewaktu datang ke wat,” katanya kepada media di Majlis Dialog masyarakat Siam, di Wat Siam Teluk Wanjah, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan pengarah pengurusan, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Lukeman Saad dan Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim.

Som Inong berkata, kewujudan kelompok itu juga bukan hanya mencemarkan imej institusi agama Buddha dan sami di negara ini tetapi turut mendatangkan bahaya kepada keselamatan rakyat.

“Kita minta semua pihak memandang serius perkara ini kerana boleh mendatangkan pelbagai tanggapan negatif serta menimbulkan sensitiviti kepada masyarakat apabila menyentuh soal agama.

“Aktiviti sindiket berkenaan bukan sahaja berlaku di negeri ini tetapi di bandar besar lain termasuk sekitar ibu negara namun tidak ramai yang menyedari operasi mereka,” katanya.

Beliau berkata, kemasukan sami palsu secara berleluasa turut mendatangkan masalah lain kepada negara dan perlu ditangani awal.

Sami palsu kutip derma - Utara - Sinar Harian:

'via Blog this'