Search This Blog

Sunday, November 27, 2011

Kira-kira 40 polis Korea Selatan cedera dalam tunjuk perasaan




2011/11/27

SEOUL: Kira-kira 40 anggota polis Korea Selatan cedera apabila kumpulan penunjuk perasaan yang membantah perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat bertukar menjadi ganas.

Jurucakap Agensi Polis berkata, kira-kira 2,200 orang berkumpul dalam tunjuk perasaan itu dengan menumbuk dan menyepak polis ketika kejadian berkenaan di daerah Gwanghwamun Seoul petang semalam.
Antara mereka yang cedera ialah Ketua Polis Daerah. Kebanyakan mereka mengalami kecederaan ringan.
Polis mengarahkan kira-kira 8,000 anggotanya dengan puluhan bas polis bagi mengawal laluan ke tapak tunjuk perasaan berkenaan. - AFP
Berita Harian Online | Kira-kira 40 polis Korea Selatan cedera dalam tunjuk perasaan:

'via Blog this'

82 banduan lari dari penjara Brazil




2011/11/27

BRASILIA: Seramai 82 banduan, kebanyakannya menjalani hukuman kerana membunuh, rompakan dan pengedaran dadah melari diri dari penjara di timur laut Brazil, kata polis.

Ketua Polis, Joaquim Rodrigues, berkata banduan berkenaan melarikan diri lewat kelmarin menerusi lubang di bumbung penjara Barreiras, wilayah Bahia.
"Hujan lebat sepanjang masa dan tiada pengawal mendengar bunyi yang ganjil," katanya,
Pihak berkuasa mengetahui kejadian itu selepas penduduk tempatan melihat ramai lelaki berlari dari penjara berkenaan. - AFP
Berita Harian Online | 82 banduan lari dari penjara Brazil:

'via Blog this'

Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,976 orang

KOTA BHARU: Jumlah mangsa pemindahan banjir di Kelantan kembali meningkat kepada 1,976 orang membabitkan 615 keluarga berbanding 1,603 orang malam tadi berikutan banjir belum surut walaupun kadar hujan berkurangan.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri, berkata setakat ini, tiga daerah yang masih dilanda banjir ialah Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat.
"Berlaku dua pertambahan pusat pemindahan di Pasir Mas daripada 10 kepada 12 buah, menjadikan pusat pemindahan yang dibuka keseluruhan di tiga daerah kini ialah 14 buah manakala di sebuah pusat masing-masing di Kota Baharu dan Tumpat," katanya.
Beliau berkata, Sungai Golok di Rantau Panjang juga mencatatkan paras air tinggi iaitu 10.17 meter, yang melebihi paras bahaya 9 meter.

Selain itu, jurucakap berkenaan berkata, tujuh lalulintas ditutup kepada kenderaan ringan pagi ini membabitkan lima lalulintas di Pasir Mas dan dua lalulintas di Tumpat.

"Di Pasir Mas, laluan yang ditutup ialah di Jalan Pohon Tanjung-Meranti, Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram, Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu Kilometer 10, Jalan Banggol Kulim Lokasi 2 Kilometer 1 dan Jalan Pengkalan Rakit Kilometer 3.

"Dua laluan yang ditutup di Tumpat ialah Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti Kilometer 3 dan Jalan Keselamatan (Kesban) Pengkalan Kubor-Kampung Jambu Kilometer 2," katanya. - BERNAMA Berita Harian Online | Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,976 orang:

'via Blog this'

Seorang mangsa feri karam di Semporna ditemui lemas

SEMPORNA: Seorang daripada dua mangsa yang hilang dalam kejadian feri karam di Sungai Manis, Kampung Lihak-Lihak dekat sini semalam dijumpai mati lemas pagi tadi.

Mayat wanita yang berumur 44 tahun itu dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 11.30 pagi tidak jauh dari lokasi kejadian terbabit.
Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Azim Khan Abdullah, berkata bagaimanapun anak lelaki mangsa yang berumur 14 tahun yang turut hilang dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu masih belum ditemui.
Kedua-dua mangsa berada di dalam sebuah lori di atas feri terbabit ketika sedang menyeberang sungai berkenaan.

Namun seorang adik lelaki wanita berkenaan yang memandu lori itu sempat menyelamatkan diri.

Yang turut tenggelam ialah sebuah kereta di dalam feri itu. - BERNAMA Berita Harian Online | Seorang mangsa feri karam di Semporna ditemui lemas:

'via Blog this'

Pelajar MRSM Kuala Krai dikhuatiri lemas

MACHANG – Seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai dikhuatiri lemas di Sungai Kemuning di sini ketika bermain bersama-sama rakannya, semalam.
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Machang Nordin Yahaya berkata, Mohd Alif Razuan Azman, 15, dikatakan bermain di sungai itu kira-kira 4 petang semalam.
"Mangsa yang tidak pandai berenang, terus dihanyutkan arus deras dan gagal diselamatkan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, gerakan mencarinya yang disertai 30 anggota Bomba dan Penyelamat Machang, Pasukan Pertahanan Awam (JPAM) dan dibantu oleh unit skuba serta pasukan sukarelawan bomba dilancarkan sebaik kejadian itu dilaporkan.
Gerakan itu menggunakan enam buah bot penyelamat dengan menumpukan tidak jauh dari kawasan yang dilaporkan hilang. – Bernama
Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Bunyi letupan kecil, percikan api selamatkan Amirul

Bunyi letupan kecil, percikan api selamatkan Amirul
BATU PAHAT – “Selepas solat subuh, saya berbaring di ruang tamu untuk menonton televisyen seperti biasa sambil melayan mata yang mula mengantuk. Tiba-tiba saya dikejutkan dengan beberapa letupan kecil diselangi percikan api di wayar elektrik yang berada di bahagian bumbung rumah.
“Percikan berkenaan terkena sofa dan menyebabkan kebakaran kecil. Saya terus bangun mencapai apa sahaja sebagai usaha memadam kebakaran berkenaan,” kata Muhamad
Amirul Amri, 13, menceritakan detik- detik cemas bagaimana kebakaran di rumah yang hampir meragut nyawanya kelmarin berlaku.

Katanya, dia hanya sempat mencapai tuala mandi untuk memadamkan kebakaran berkenaan, tetapi tidak kesampaian apabila ia mula menyambar langsir.

“Setelah langsir terbakar, api mudah sahaja merebak dan saya tidak lagi mampu berbuat apa-apa kecuali keluar rumah dan menjerit meminta tolong daripada jiran-jiran.

“Mujurlah semasa awal kejadian kebakaran ini, ia menghasilkan letup an kecil yang membuatkan saya terkejut, jika tidak mungkin nyawa saya juga akan hilang kerana tidak sempat menyelamatkan diri,” katanya.
Sementara itu, ayah mangsa, Shaharudin Abd Karim, 39, berkata, ketika kebakaran berkenaan berlaku, dia bersama isteri, ibu mertuanya serta dua lagi anaknya tidak berada di rumah berkenaan kerana pergi menziarahi ibunya yang sakit.
Sementara itu, Adun Parit Raja, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, pihaknya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Johor (Maij) telah menghulurkan bantuan segera.
Katanya, bantuan segera yang diberikan merupakan keperluan harian seperti pakaian dan selimut.
“Pihak JKM menghulurkan bantuan sebanyak RM4,100 untuk membaik pulih rumah berkenaan manakala Baitulmal pula menghulurkan bantuan sebanyak RM1,000 untuk tujuan yang sama.
“Saya juga akan usahakan supaya mangsa ini akan dapat bantuan membina rumah baru untuk keselesaan mereka yang berkemungkinan bantuan terbabit daripada salah satu agensi terlibat iaitu JKM atau Baitulmal,” katanya.
Bunyi letupan kecil, percikan api selamatkan Amirul - Johor - Sinar Harian:

'via Blog this'

Dua penuntut UiTM maut kereta dinaiki bertembung lori

Dua penuntut UiTM maut kereta dinaiki bertembung lori
IPOH - Dua penuntut UiTM Seri Iskandar maut apabila kenderaan yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori muatan tempurung kelapa sawit di Kilometer 7 Jalan Ipoh-Lumut, pagi semalam.

Mangsa, Muhammad Hilmi Md Yusoff, 21, dari Taman Perpaduan Ulu Kinta dan Ain Nadiea Baharuddin, 21, dari Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan adalah penuntut jurusan Ijazah dan Diploma Ukur Bahan di universiti berkenaan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Shahruddin Wan Omar berkata, dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, kedua- dua mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Lumut.
“Siasatan awal mendapati, kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu Muhammad Hilmi dari arah Jelapang menghala ke Lumut dipercayai memotong kenderaan di hadapannya sebelum masuk ke laluan bertentangan.
“Mangsa yang gagal mengawal kenderaan bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan.
Lori terbabit turut terbabas akibat pelanggaran itu namun pemandunya terselamat,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Dalam perkembangan sama, Wan Shahruddin berkata, pemandu kereta jenis Honda CRV turut melanggar bahagian belakang Kancil namun pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kedua-dua mangsa maut serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan yang lain.
“Mayat mangsa dihantar di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga,” katanya.
Polis akan meneruskan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan tersebut.
Ain Nadiea penuntut cemerlang
TUNANG kepada kakak Ain Nadiea yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, sepatutnya mangsa pulang ke rumah mereka di Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan pagi semalam.
“Bagaimanapun, arwah tidak berbuat demikian sebaliknya menuju ke Lumut bersama rakan baiknya itu.
“Namun kira-kira jam 10 lebih kami menerima panggilan daripada abang menyatakan arwah terbabit dalam kemalangan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HRPB.
Katanya, Ain Nadiea adalah anak bongsu daripada lima adik beradik dan seorang penuntut cemerlang dalam jurusan yang diambil.
“Malahan, kini arwah sibuk mengambil kursus ekspres bagi menamatkan program diploma supaya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam kursus yang sama.
“Berkemungkinan juga arwah bersama rakannya dalam perjalanan ke kampus untuk menghadiri kelas bagi kursus itu,” katanya.
Berhubung kaitan hubungan Ain Nadiea dan Muhammad Hilmi beliau berkata, mereka berdua sudah saling mengenali sebelum melanjutkan pelajaran di UiTM.
Menurutnya, keluarga mereka juga mengenali Muhammad Hilmi yang dikatakan teman istimewa kepada Ain Nadiea.
Pemandu lori masih terkejut
“KELIBAT kereta Kancil yang cuba memotong kenderaan lain membuat saya tersentak sehingga menyebabkan lori yang dipandu terbabas ke arah jalan bertentangan serta melanggar pengadang jalan.”
Itulah luahan pemandu lori, AGopi, 31, yang terselamat dalam kemalangan maut itu.
Beliau yang sudah sembilan tahun memandu lori berkata, kejadian kemalangan itu adalah pertama kali berlaku dalam hidupnya.
“Saya cuba mengelak daripada melanggar kereta itu namun gagal.
“Kejadian itu juga berlaku hanya dalam sekelip mata,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian yang menyebabkan dua maut serentak.
Dua penuntut UiTM maut kereta dinaiki bertembung lori - Perak - Sinar Harian:

'via Blog this'

Punca jiran tak jawab telefon

Punca jiran tak jawab telefon
GEORGETOWN -Misteri bau busuk di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Minden Height, Gelugor di sini sejak beberapa hari lalu terjawab selepas penemuan mayat seorang warga emas ditemui terbaring dalam biliknya malam kelmarin.

Mangsa, Yeoh Teik Eng, 69, ditemui terbaring atas lantai dalam bilik tidur yang berselerak dengan buku selepas jirannya yang tidak tahan dengan bau busuk membuat laporan polis kira-kira jam 5 petang.

Jirannya, Mohamad Nasir Mohamad Noor, 46, berkata, dia mula mengesyaki sesuatu yang buruk apabila mangsa tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu.

Mohamad Nasir berkata, jirannya yang mesra dipanggil Yeoh itu se belum ini sering dilihat keluar dari rumah seawal jam 7 pagi untuk bersarapan namun sejak lima hari lalu dia tidak kelihatan.

“Saya cuba menghubungi telefon bimbit dan rumahnya namun tidak diangkat. Pintu dan tingkap rumahnya pula berkunci.

“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku ke atasnya ditambah pula bau kurang menyenangkan dating dari rumah itu membuatkan saya terus menghubungi polis,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim yang dihubungi mengesah kan kejadian itu.

Beliau berkata, selepas pihaknya menerima maklumat mengenai perkara itu, sepasukan anggota diarah melakukan pemeriksaan di rumah itu namun gagal apabila pintu dan tingkap berkunci.

Katanya, polis juga terpaksa meminta bantuan bomba untuk memecahkan pintu rumah mangsa.

“Pihak bomba mengambil masa empat jam untuk mengeluarkan mayat mangsa berikutan rumahnya dipenuhi pelbagai barang selain terpaksa memakai topeng oksigen kerana bau mayat yang hampir reput.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran,” katanya.
Punca jiran tak jawab telefon - Utara - Sinar Harian:

'via Blog this'

Perogol bersiri licik tumpas

Perogol bersiri licik tumpas
KOTA BHARU - Hasrat seorang perogol bersiri yang ingin melampiaskan nafsu serakahnya tidak kesampaian apabila dia diberkas oleh orang ramai selepas cuba merogol seorang jurujual, kelmarin.

Tindakan licik perogol bersiri yang diburu polis dipercayai terlibat hampir 20 kes itu akhirnya kecundang setelah dia ditangkap antara jam 12 tengah hari.

Suspek yang tidak bekerja itu juga difahamkan dikehendaki polis selepas dipercayai menjalankan kegiatan terkutuk berkenaan di beberapa jajahan lain.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, suspek berusia 29 tahun itu dikatakan memasuki bilik yang disewa oleh jurujual tersebut terletak berhampiran sebuah pasar raya di Lembah Sireh, dekat sini.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 20-an itu tidak sempat dirogol oleh suspek selepas salah seorang daripada rakan mangsa menyedari terdapat bunyi bising seolah-olah ada lelaki bergaduh di dalam bilik berkenaan.

Seorang penjaga bilik yang enggan dikenali memberitahu, dia mengetahui kejadian terbabit selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada salah seorang penyewa bilik menyuruhnya naik ke tingkat tersebut kerana mendengar suara lelaki.

“Pada mulanya saya mengingatkan penyewa ini membawa masuk teman lelaki masuk bilik tanpa pengetahuan saya, namun dalam masa sama saya mendengar bunyi suasana tegang berlaku dalam bilik tersebut.

“Setelah bimbang dengan keselamatan wanita tersebut, saya memberitahu dua pekerja lelaki yang lain dan setelah lelaki terbabit menyedari kedatangan kami, dia cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap sebelum diserahkan kepada polis,” katanya ketika ditemui, semalam.

Penjaga terbabit juga menceritakan dia tidak dapat melihat kejadian itu secara jelas dan hanya melihat tangan mangsa diikat dengan wayar, yang ketika itu memakai tuala kerana difahamkan baru selesai mandi.

Suspek yang berasal dari Kampung Dusun Muda, dibawa ke Mahkamah Majistret di sini dan Majistret, Muhammad Hafiz Mohd Noor mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari bermula semalam.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang daripada tempoh lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan.

Pada 25 Ogos lalu, media menyiarkan laporan mengenai seorang perogol bersiri dikehendaki polis kerana dipercayai terbabit dalam 19 kejadian rogol dan cubaan merogol sejak tahun lalu menggunakan modus operandi mengikat tangan dan mengacukan pisau sebelum merogol.
Perogol bersiri licik tumpas - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Ucapan 'sayang' sebelum maut

eksiden
RANTAU PANJANG –Seorang isteri rebah sebaik melihat mayat suaminya yang terlibat dalam kemalangan di Kampung Serai Lima, Lebuh Raya Rantau Panjang-Pasir Mas, kira-kira jam 8.50 pagi semalam.
Kereta jenis Persona dipandu mangsa dari Pasir Mas ke tempat kerja itu, terbabas dan terbalik sebelum tersekat pada sebatang pokok di laluan bertentangan.
Noraini Othman, 42, berkata, dia tidak menyangka suaminya maut kerana rakan yang pergi mengambilnya di Kampung Aur Duri memaklumkan dia terlibat dengan kemalangan.
Noraini berkata, sebaik sampai di tempat kejadian, dia benar-benar terkejut melihat sekujur tubuh suaminya yang kaku di tepi jalan sebaik dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat dari keretanya .

Menurutnya, suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan pada hari-hari terakhir sebelum terlibat kemalangan.
“Pagi tadi, dia sempat menjamah sarapan mihun goreng bersama dengan ‘teh o’ yang saya sediakan sebelum ke tempat kerja kira-kira jam 8.30 pagi. Selalunya pun suami akan keluar pada waktu yang sama ke tempat kerja dan kemudiannya akan memeluk saya sebelum keluar,” katanya kepada Sinar Harian di tempat kejadian.

Noraini berkata, suaminya juga sempat meluahkan rasa sayang yang jarang dilakukan sebelum ini sebelum ke tempat kerja.

Menurutnya, dia tidak mengesyaki apa-apa di sebalik ungkapan tersebut sehinggalah sampai di tempat kejadian.
“Pa (suami )sayang sayang (panggilan untuk isteri), sangat- sangat,” itulah luahan suami sebelum keluar pagi tadi.
Biar pun agak terkejut dengan tragedi menimpa suaminya, namun Noraini redha dengan ketentuan Ilahi suaminya maut dalam kemalangan itu. Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba Pasir Mas, Azuhan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian kira-kira jam 8.57 pagi.
Menurutnya, bomba bersama tujuh anggota ke tempat kejadian mengambil masa 40 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

“Sampai di tempat kejadian, kami dapati mangsa tersepit di tempat duduk pemandu sebelum mulakan kerja mengeluarkan mangsa.
Kejadian berlaku ketika hujan renyai dan pihak bomba berusaha keluarkan masa berikutan kereta tersekat pada pokok dan remuk teruk,” katanya.

Turut serta dalam operasi ini, empat anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Rantau Panjang diketuai Koperal Zuzilawati.
Ucapan ‘sayang’ sebelum maut - Kelantan - Sinar Harian:

'via Blog this'
 GEORGETOWN: Seorang pengarah syarikat mendakwa kerugian hampir RM1 juta selepas rumahnya dimasuki lima lelaki bertopeng bersenjatakan sabit, pemutar skru dan cangkul kecil dalam kejadian di Taman Jesselton, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku jam 5 pagi dan disedari mangsa selepas tersedar daripada tidur apabila terdengar pintu biliknya diketuk. Mangsa kemudian bangun untuk membuka pintu sebelum perompak terbabit menyerbunya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Baktiar Kassim berkata, berdasarkan siasatan, mangsa yang juga wanita kemudian diarah mendiamkan diri sebelum tangannya diikat.
Menurutnya, selain pengarah itu, turut diikat kumpulan perompak terbabit adalah lima lagi anggota keluarga mangsa sebelum diarah menyerahkan duit dan barangan berharga.

“Takut dan kejadian lebih buruk berlaku, semua mangsa menyerahkan wang tunai RM1,500, koleksi syiling lama, cincin berlian, pakaian, lima botol minyak wangi, pasport antarabangsa dan tiga unit telefon bimbit yang dianggarkan jumlah keseluruhan menjangkau RM1 juta,” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati kumpulan lelaki berkenaan mengambil masa sejam untuk melakukan rompakan sebelum melarikan diri jam 6 pagi.
Katanya, siasatan juga mendapati suspek masuk ke rumah melalui tingkap selepas menceroboh melalui pagar belakang.
myMetroRugi hampir RM1 juta:

Subkontraktor kena samun

GEORGETOWN: Seorang subkontraktor kerugian hampir RM20,000 apabila disamun tiga lelaki bersenjatakan parang ketika masuk ke dalam kereta selepas membeli rokok di Lorong Prangin, kelmarin.
Sebelum kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa berusia 38 tahun pergi ke sebuah bank di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Pemangku Ketua Polis Timur Laut, Superintendan Ahmad Baktiar Kassim, berkata berdasarkan siasatan, tiga lelaki menaiki kereta jenis Honda Civic mengekorinya sebelum mengambil kesempatan ketika mangsa masuk ke kereta selepas membeli rokok.
“Dua suspek menghampiri mangsa lalu mengacukan parang ke arahnya sebelum memecahkan cermin kiri dan kanan keretanya.” Menurutnya, seorang daripada penjenayah juga memotong tali beg galas dipakai mangsa.

“Suspek kemudian mengambil kunci kereta mangsa tetapi cuba dihalang hingga berlaku pergelutan.

“Bagaimanapun, mangsa gagal menghalang tindakan itu, malah rantai leher dipakainya turut diragut sebelum mereka melarikan diri,” kata Ahmad Baktiar.
myMetroSubkontraktor kena samun:

'via Blog this'

Rugi RM65,000 terpedaya

MIRI: Gara-gara terpengaruh dakwaan kononnya dia pembawa sial dalam keluarga, seorang wanita warga emas kerugian RM65,000 selepas wang tunai dan barang kemasnya lesap akibat ‘termakan’ tipu helah tiga wanita warga China, semalam.

Dalam kejadian 8.30 pagi di sebuah stesen minyak, di sini, mangsa berusia 59 tahun dari Taman Wah Shin, dekat sini, disapa seorang daripada suspek yang berpura-pura bertanya mengenai seorang tabib yang kononya menetap di kawasan itu.


Bagaimanapun, mangsa memberitahu dia tidak mengenalinya sebelum seorang lagi suspek tiba-tiba muncul dan berkata, dia kenal tabib dimaksudkan.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki sesuatu kemudian menawarkan diri untuk mengikut kedua-dua suspek terbabit berjumpa tabib dimaksudkan.


Katanya, sebaik tiba di belakang sebuah kedai perabot di kawasan berkenaan, seorang lagi suspek muncul dan memperkenalkan diri sebagai tabib sebelum memberitahu mangsa, wajahnya menggambarkan dia pembawa sial dalam keluarganya.


“Terpengaruh dengan penipuan itu, mangsa kemudian meminta ‘tabib’ berkenaan mengubatinya.

“Tabib itu kemudian memberitahunya, sebagai langkah pertama, mangsa perlu menyerahkan wang tunai serta barang kemas bagi membolehkan upacara membuang sial dijalankan.


“Sebelum itu, mangsa pulang ke rumah untuk mengambil semua barang kemas disimpannya, termasuk tiga utas gelang, anting-anting dan rantai, 15 bentuk cincin serta wang tunai RM15,000 sebelum diserahkan kepada suspek.

“Sebaik menyerahkan 15 cincin, tiga gelang, anting-anting dan rantai serta wang RM15,000, mangsa diberi sebotol air yang dijampi bagi membasuh mukanya, selain satu beg plastik hitam dikatakan air penawar serta ubat bagi proses membuang sial di rumah,” katanya.


Menurutnya lagi, pada masa sama, mangsa diarahkan beredar selain diberi amaran supaya tidak menoleh ke belakang ketika berjalan.


“Kira-kira 10 minit selepas itu, mangsa yang keletihan berhenti lalu menoleh ke belakang dan mendapati tiga suspek itu tidak kelihatan.” Menyedari dirinya tertipu, mangsa membuat laporan di Balai Balai Polis Pusat Miri pada hari kejadian.


Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dan siasatan masih dijalankan bagi mengesan ketiga-tiga suspek.

myMetroRugi RM65,000 terpedaya:

'via Blog this'

Maut ditimpa tanah liat

BUKIT KAYU HITAM: “Saya cuba menarik tangan arwah tetapi gagal. Saya juga cuba mengorek tanah liat untuk menyelamatkannya tetapi sia-sia,” kata Supian Ariffin, 45, rakan kepada Abdul Hamid Ismail, 47, yang maut selepas ditimpa dinding tanah liat ketika mengorek lubang pembetungan di kuarters Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah, di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi, Supian bersama Abdul Hamid melakukan kerja-kerja mengorek di situ menggunakan sebuah jengkaut.


Menceritakan detik cemas itu, Supian berkata, arwah yang mengendalikan jengkaut memberitahu, ada sesuatu tersangkut pada alat pengorek jengkaut dan meminta dia turun ke dalam lubang sedalam tiga meter itu.

“Apabila turun ke dalam lubang saya mendapati ada saluran paip di situ, menyebabkan Abdul Hamid menyuruh saya naik dan mengambil tukul besi daripada keretanya yang terletak 30 meter dari situ.


“Namun tidak sampai lima minit, saya nampak arwah turun daripada jengkaut dan masuk ke dalam lubang. Tiba-tiba tebing tanah di bahagian atas runtuh ke dalam lubang lalu menimpanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Teja, di sini, semalam.


Walaupun terselamat dalam kejadian itu, dia tidak menyangka ajal akan menjemput rakannya kerana ia berlaku tidak sampai beberapa minit selepas dia naik ke tebing.

“Mungkin kalau saya tak naik lagi ke tebing, saya yang mati dan saya tak sangka arwah turun untuk melihat apa berlaku, tetapi semua ini sudah ketentuan,” katanya.


Abdul Hamid dari Taman Seri Temin, di sini, yang baru bersara sebagai tentera di Kem Batalion 305, Rejimen Sempadan Bukit Kayu Hitam di sini, bekerja dengan sebuah syarikat pemaju perumahan sebagai pemandu jengkaut untuk menyara keluarga, termasuk lima anaknya yang masih belajar berusia enam hingga 20 tahun.

Isteri mangsa, Rosmah Abdullah, 50, berkata dia tidak menyangka gurauan suaminya untuk melangsaikan semua hutang padanya adalah petanda dia akan meninggalkan mereka buat selama-lamanya.


“Arwah bertanya sama ada dia masih berhutang dengan saya, tetapi saya beritahu saya halalkan semuanya. Sejak dua minggu lalu, dia kerap berpesan pada saya supaya menjaga anak dengan baik jika dia sudah tiada dan dia perlu mencari duit lebih walaupun menerima pencen setiap bulan sebagai persediaan jika dia meninggal dunia kelak. Saya tak sangka dia seakan-akan tahu ajalnya sudah sampai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.


Rosmah berkata, mimpi anak perempuan kedua mereka, Nor Hidayah Abdul Hamid, 17, juga membawa petanda kerana dua hari lalu anaknya bermimpi dia meninggal dunia tetapi sebaliknya suaminya pergi dulu.


Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kayu Hitam, jam 10 malam kelmarin.


Dalam pada itu, anggota UPP, Konstabel Shaiful Nizam Syaid, 20, berkata dia yang kebetulan melalui kawasan itu ternampak mangsa dalam keadaan lemah dan cuba menolong tetapi bimbang melihat keadaannya yang masih terperangkap dalam lubang.


Jenazah mangsa kemudian diangkat naik ke tebing dengan dibantu beberapa anggota UPP serta anggota Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam, setengah jam kemudian sebelum dibawa ke Rumah Mayat Hospital Jitra untuk bedah siasat.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut.

myMetroMaut ditimpa tanah liat:

'via Blog this'

Nekad terjun bumbung

KUANTAN: Tanpa menghiraukan nyawa, tiga lelaki warga Myanmar disyaki pengedar dadah nekad terjun dari bumbung rumah setinggi empat meter sebelum terhempas atas bumbung garaj kereta ketika cuba melarikan diri daripada serbuan polis di Kemunting, di sini, kelmarin.

Mereka bagaimanapun tidak cedera sebelum bangkit dan cuba melarikan diri ke rumah jiran berhampiran dalam serbuan pada jam 3 petang.


Terdahulu, polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun di yang berjalan keluar dari Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), di sini, selepas didapati menghantar bekalan heroin kepada penagih.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, hasil pemeriksaan polis menemui dua paket plastik dan satu botol bersama dua tiub mengandungi heroin seberat 15.83 gram bernilai RM1,500.


“Susulan tangkapan itu, polis membuat serbuan di rumah sewa lelaki terbabit yang turut dihuni sembilan lagi rakannya berusia 19 hingga 35 tahun,” katanya.

myMetroNekad terjun bumbung:

'via Blog this'

Koma diserang babi hutan

SEREMBAN: Kegembiraan tiga beranak bersama dua rakan mereka yang baru pulang bercuti dari Singapura bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut manakala tiga cedera parah apabila kereta dinaiki terbabas di Kilometer 247, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.45 pagi, kereta dinaiki empat lelaki dan seorang wanita warga Perancis dipercayai dari arah Singapura ke Kajang terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar tembok dan terbalik, menyebabkan dua daripada mereka maut.


Mereka yang terkorban ialah pemandu kereta, Toh Peng Kee, 54, dan penumpang, D Devanesan, 57, manakala yang cedera, penumpang depan yang juga wanita warga Perancis, Neagu Srancine, 81, dan dua anak kembar Devanesan iaitu Devakumaran serta Devadevan, 13.

Metro Ahad difahamkan, Devanesan bertugas sebagai penyunting berita di akhbar The Star, Kuala Lumpur.


Jurucakap polis berkata, Toh mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala Devanesan mati ketika menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), di sini, jam 6.15 pagi semalam.


Tiga mangsa yang cedera parah juga dirawat di hospital sama.

Menurutnya, mangsa dalam perjalanan pulang ke Kajang menaiki kereta Nissan Sentra selepas membawa Neagu melancong ke Singapura.


“Kereta dipandu Toh dipercayai gagal dikawal lalu terbabas sebelum terbalik di bahu jalan, menyebabkan mangsa tercampak ke luar kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Hasil soal siasat mendapati, kedua-dua mangsa berkawan rapat dan mengenali wanita warga Perancis itu yang dipercayai berkunjung ke negara ini untuk melancong,” katanya.


Menurutnya, dua anak kembar Devanesan pula ingin mengikut ayah mereka melancong ke Singapura pada musim cuti sekolah.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Orang ramai yang ada maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Inspektor Mohd Hafidzal Zainal Abidin di talian 06-6033222 atau balai polis berhampiran.

GEORGETOWN: Seorang pengarah syarikat mendakwa kerugian hampir RM1 juta selepas rumahnya dimasuki lima lelaki bertopeng bersenjatakan sabit, pemutar skru dan cangkul kecil dalam kejadian di Taman Jesselton, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku jam 5 pagi dan disedari mangsa selepas tersedar daripada tidur apabila terdengar pintu biliknya diketuk. Mangsa kemudian bangun untuk membuka pintu sebelum perompak terbabit menyerbunya.


Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Baktiar Kassim berkata, berdasarkan siasatan, mangsa yang juga wanita kemudian diarah mendiamkan diri sebelum tangannya diikat.

Menurutnya, selain pengarah itu, turut diikat kumpulan perompak terbabit adalah lima lagi anggota keluarga mangsa sebelum diarah menyerahkan duit dan barangan berharga.


“Takut dan kejadian lebih buruk berlaku, semua mangsa menyerahkan wang tunai RM1,500, koleksi syiling lama, cincin berlian, pakaian, lima botol minyak wangi, pasport antarabangsa dan tiga unit telefon bimbit yang dianggarkan jumlah keseluruhan menjangkau RM1 juta,” katanya.


Menurutnya, siasatan mendapati kumpulan lelaki berkenaan mengambil masa sejam untuk melakukan rompakan sebelum melarikan diri jam 6 pagi.

Katanya, siasatan juga mendapati suspek masuk ke rumah melalui tingkap selepas menceroboh melalui pagar belakang.

myMetroKoma diserang babi hutan:

'via Blog this'

Tiga maut, 17 cedera akibat jambatan runtuh di Indonesia

JAKARTA: Sekurang-kurangnya tiga maut dan 17 yang lain mengalami kecederaan apabila jambatan yang sibuk dengan kenderaan runtuh menyebabkan sebuah bas, kereta dan motosikal terhumban ke dalam sungai, semalam.

Kapten Syafii Nafsikin, berkata pasukan mencari dan menyelamat bergegas ke tempat kejadian.
Mereka yang terselamat berenang ke tepi tebing didapati menjerit dan dalam keadaan ketakutan.
Jambatan sepanjang 700 meter itu menghubungkan bandar Tenggarong dan Samarinda di wilayah Timur Kalimantan. - AP
Berita Harian Online | Tiga maut, 17 cedera akibat jambatan runtuh di Indonesia:

'via Blog this'

Rumah, wang musnah sekelip mata



NOOR’AINON MOHAMED YUSOF
31 Julai 2012
Rumah yang baru dibaik pulih hasil peruntukan bencana alam dari Felcra, musnah terbakar
Rumah yang baru dibaik pulih hasil peruntukan bencana alam dari Felcra, musnah dalam kebakaran jam 12.50 tengah hari semalam.
Rasmah Kadir, 69, yang tidak dapat menahan kesedihan, ditenangkan salah seorang anaknya.
Rasmah Kadir, 69, yang tidak dapat menahan kesedihan, ditenangkan salah seorang anaknya.
CHEMOR – Impian warga emas menyambut 1 Syawal di rumah baru dibaiki selepas menerima peruntukan bencana alam berjumlah RM16,000 dari Felcra minggu lalu, musnah apabila kediamannya yang terletak di Ulu Kuang itu terbakar, semalam.

Dalam Kejadian jam 12.50 tengah hari itu, mangsa, Rasmah Kadir, 69, melecur di tapak kaki selepas terpijak bara api ketika menyelamatkan diri bersama cucunya, Mohd Alif Jamal, 6.

Menceritakan detik cemas itu, Rasmah dikejutkan dengan jeritan Mohd Alif yang ternampak asap menyelubungi atap dan api di bahagian bilik utama rumah berkenaan.

Katanya, dia cuba menyelamatkan barangan berharga termasuk wang tunai RM1,000 yang diletakkan salah sebuah bilik dengan berpatah balik masuk dalam rumah yang terbakar itu.

“Saya tidak sempat masuk ke bilik untuk ambil wang yang disimpan. Setelah memastikan Mohd Alif keluar melalui pintu hadapan, saya pula berlari ikut pintu belakang.

“Masa berlari, mata saya memandang ke bahagian atap kerana takut ditimpa kayu tetapi tidak sangka bara api berselerakan atas lantai dan saya merempuh juga sebab api sudah besar,” katanya dalam nada masih hiba.

Menurutnya, rumah itu baru sahaja di cat dengan warna biru bagi meraikan sambutan Aidilfitri.

Rasmah dibawa oleh penduduk kampung untuk menerima rawatan di Klinik Kesihatan Kecil Chemor setelah ditenangkan oleh anaknya.

Sementara itu, cucu mangsa, Mohd Arash Hakimi Nazamudain, 11, berlari keluar dari kelasnya apabila ternampak asap hitam dari rumah neneknya yang berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Syed Idrus di sini.

Pelajar tahun lima itu meminta kebenaran guru kelasnya setelah yakin bahawa kebakaran itu dari rumah neneknya berikutan kelasnya menghadap tempat kejadian.

“Pada mulanya saya ingat kedai kecil bersebelahan rumah nenek terbakar tetapi apabila rakan-rakan cakap asap keluar dari rumah nenek. Saya terus beritahu keluarga,” katanya.

Ketua Operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Nasir Mohd Arshad berkata, kebakaran bermula dari dalam bilik namun, siasatan masih diteruskan bagi mengesan punca kebakaran itu.

“Seramai 15 anggota dan tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan pada jam 12.52 tengah hari dan api berjaya dikawal empat minit kemudian.

“Jumlah kerugian masih belum dianggarkan dan pasukan forensik Bomba masih menjalankan siasatan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri, Datuk Rusnah Kassim turut melawat mangsa dan sumbangan peribadi berjumlah RM3,000 disampaikan kepada ahli keluarga mangsa  selain meringankan beban dengan mendapat kerjasama dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pelajar UiTM terbunuh nahas tak sempat tukar kursus

IPOH: Hasrat seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk menukar kursus diploma diikutinya kepada ijazah sarjana muda tidak kesampaian apabila dia dan rakannya maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 7, Jalan Ipoh-Lumut, di sini semalam.

Dalam kemalangan jam 10.30 pagi itu, Ain Nadia Baharuddin, 21, dan Muhammad Hilmi Md Yusoff, 21, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan.
Ain Nadia penuntut Diploma Ukur Bahan di UiTM Seri Iskandar dan difahamkan sedang mengikuti sesi penerapan untuk menukar programnya kepada sarjana muda. Muhammad Hilmi pula penuntut program Ijazah Sarjana Muda bidang pengajian sama.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh, Deputi Superintendan Wan Shahruddin Wan Omar, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Kancil dipandu Muhammad Hilmi dari Jelapang menghala Lumut gagal memotong sebuah kenderaan sebelum bertembung sebuah lori dari arah bertentangan.

"Selepas itu, kereta terbabit tercampak kembali ke laluan menghala Lumut dan dilanggar pula sebuah Honda CRV, manakala lori terbabas ke kiri jalan. Anggota bomba mengambil masa lebih 30 minit untuk mengeluarkan mayat pemandu Kancil yang tersepit dan pada mulanya menyangka hanya seorang mangsa dalam kereta itu.

“Bagaimanapun mereka kemudian mendapati ada seorang lagi mangsa terperosok di bawah kereta yang remuk teruk itu. Ain Nadia dan Muhammad Hilmi dipercayai dalam perjalanan ke kampus UiTM Seri Iskandar. Mayat mereka dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya.
Berita Harian Online | Pelajar UiTM terbunuh nahas tak sempat tukar kursus:

'via Blog this'