Search This Blog

Wednesday, November 23, 2011

2 penyokong maut: FAM kesal sikap penyokong bertindak ganas


Oleh : SH ONLINE
Tarikh : November 22, 2011
maut

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedih apabila dua peminat bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi mengikuti perlawanan akhir pertembungan antara Malaysia dan Indonesia bagi merebut emas, di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, berkata pihaknya sedih atas kejadian itu dan kesal dengan tindakan segelintir penyokong yang bertindak ganas sekali gus mencemarkan sukan berkenaan.

Polis Indonesia berkata, dua penyokong bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi mengikuti perlawanan akhir itu manakala sebahagian lagi penyokong dikejarkan ke hospital termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang terjatuh dan dilaporkan dalam keadaan koma.

2 penyokong maut: FAM kesal sikap penyokong bertindak ganas - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Mangsa banjir Terengganu kini 1,439


23/11/2011 2:20pm

KUALA TERENGGANU — Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Terengganu meningkat pagi ini.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, sehingga pukul 9 pagi ini jumlah mangsa yang dipindahkan adalah 1,439 orang berbanding 373 orang semalam.

Katanya, daerah Setiu agak teruk apabila seramai 671 orang dipindahkan ke pusat pemindahan, diikuti Besut 560 orang dan Hulu Terenggaanu 208 orang.

Jurucakap itu berkata, dalam tempoh yang sama juga 21 pusat pemindahan telah dibuka iaitu tujuh di Setiu, sembilan di Besut dan lima di Hulu Terengganu yang melibatkan balai raya, dewan serbaguna, masjid dan sekolah.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri pula melaporkan, paras air di beberapa sungai utama di Terengganu melebihi paras bahaya pagi ini.

Di Besut, paras air di Kampung La mencecah 19.54 meter berbanding paras bahaya 19.20 meter dan di Jambatan Jertih pula bacaannya ialah 8.73 meter, melebihi paras amaran 8.10 meter.

Sungai Nerus di Kampung Bukit di sini mencatat bacaan 13.56 meter (bahaya 12 meter) dan di Kampung Langkap, Setiu 21.95 meter (bahaya 21.50 meter).

Keadaan cuaca di sini pagi ini mendung dan sesekali berlaku hujan serta angin kencang. —Bernama

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Kanak-kanak 6 tahun lemas di taman tema


23/11/2011 3:32am

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemui lemas di sebuah taman tema air di sini, semalam.

Muhammad Faisal Mohd Yazid ditemui dalam keadaan lemah oleh anggota penyelamat dalam sebuah kolam renang taman tema air itu pada pukul 2.30 petang.

Bapa kanak-kanak itu, Mohd Yazid Bohari, 36, berkata beliau meninggalkan anaknya bermain di tempat permainan kanak-kanak sementara beliau mendapatkan perkhidmatan sewa pelampung di kawasan berhampiran.

"Apabila saya kembali ke tempat itu, anak saya tiada di situ. Saya dan keluarga kemudian mendapatkan bantuan daripada orang ramai dan petugas di taman tema itu untuk mencarinya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Melaka di sini.

Beliau berkata anaknya dibawa ke bilik kecemasan di taman tema itu untuk diberikan rawatan pernafasan sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Dia disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 3 petang, katanya.

— BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Mayat bayi dalam beg plastik


23/11/2011 4:54pm

IPOH — Mayat bayi yang dibungkus dengan plastik ditemui di tepi jalan berhampiran Pusat Perniagaan Greentown di sini hari ini.

Mayat bayi yang telah busuk dan berulat itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada pukul 9.40 pagi.

Jantina bayi itu belum dikenal pasti dan berdasarkan keadaan mayat, polis percaya bayi berkenaan telah mati beberapa hari lepas, kata Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mayat bayi itu di hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan polis kini menjalankan siasatan bagi mengesan ibu bayi berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah di talian 05-2451500 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Dua beradik didakwa curi lori, treler


Oleh : KHALILAH GUSTI HASSAN
Tarikh : November 23, 2011

KLANG – Pasangan adik beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap tuduhan mencuri lori dan treler bernilai RM50,000, awal bulan lalu.

Amran Moin, 31 dan adiknya Azeze, 30, dan rakan mereka, Wan Mohd Nor Ikhwan Wan Abu Bakar, 25, ketiga-tiganya pemandu lori, didakwa mencuri kedua-dua kenderaan itu di Jln Sungai Putus, Batu Belah di sini, antara jam 8 malam 8 Januari lalu dan 8.30 pagi keeso­kannya.
Kedua-dua kenderaan tersebut adalah milik Syarikat Kekal Maju Trading & Transport (M) Sdn Bhd, ketika itu di bawah jagaan Amirudin Kasim, 45.

Pendakwaan mengikut Seksyen 379 A (1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Iskandariah Md Tahir memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin tetapi dibantah peguam mewakili semua tertuduh, Gerard Lazarus.

“Anak guam saya sudah berkahwin dan mempu­nyai anak serta tanggungan masing-masing. Mereka hanya mampu menyediakan RM5,000 seorang. Keluarga tertuduh kedua dan ketiga merupakan adik-beradik pula terpaksa menyediakan lebih wang untuk ikat jamin mereka,” katanya.

Majistret, Nadia Oth­man membenarkan ikat jamin RM7,000 seorang de­ngan dua penjamin berserta syarat tambahan, lapor diri di balai polis berdekatan pada Sabtu pertama setiap bulan.

Sementara itu, di mahkamah sama, A Chandra Segaran mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memiliki kedua-dua kenderaan curi itu di Taman Klebang Ria, Perak, kira-kira jam 6 petang, 18 November lalu dan akan dibicarakan me­ngikut seksyen sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nizi Shazril Ithnin.

Sebutan kedua-dua kes ditetapkan 23 Disember depan.

Dua beradik didakwa curi lori, treler - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Dua remaja dikhuatiri lemas di Bachok


Oleh : BERNAMA
Tarikh : November 23, 2011

KOTA BHARU - Dua remaja lelaki dikhuatiri lemas di kawasan parit di Kampung Tualang Salak, Bachok, yang kini dinaiki air.

Jurucakap Bomba Kelantan berkata pihak bomba menerima laporan tentang insiden lemas tersebut kira-kira 3 petang ini dipercayai melibatkan dua remaja berumur 14 dan 16 tahun.

"Bagaimanapun kita masih belum mempunyai maklumat lengkap dan operasi mencari mangsa sedang dijalankan," katanya.

Sementara itu keadaan banjir di Kelantan petang ini reda sedikit apabila berlaku penurunan jumlah mangsa pemindahan iaitu seramai 227 orang berbanding 235 orang yang dilaporkan pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata sehingga kini tiga pusat pemindahan masih dibuka di dua daerah iaitu dua di Kota Baharu dan satu di Pasir Puteh.

"Sementara itu dua jalan telah ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata di Machang dan di Kilometer 3, Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh di Tanah Merah," katanya.

Beliau berkata empat sungai utama di Kelantan kini berada di paras amaran dan dua sungai di paras berjaga-jaga. Katanya sungai yang berada di paras amaran itu ialah Sungai Lebir di Tualang, Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Sungai Golok di Jenob dan Sungai Golok di Rantau Panjang.

Dua remaja dikhuatiri lemas di Bachok - Kelantan - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pelajar susah curi bungkal daging di kantin sekolah


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 23, 2011

KLANG - Tidak cukup wang saku membeli makanan bukan tiket menghalalkan seorang pelajar pecah masuk kantin sekolah.

Hanya untuk mendapat bungkal daging (nugget) dan air tin bagi mengisi perut, seorang pelajar tingkatan dua dihadapkan ke Mahkamah Rendah Juvana, semalam.

Pelajar itu mengaku memecah masuk kantin sekolah agama jenis Kafa Intergrasi, di Bandar Sultan Sulaiman Pelabuhan Klang kira-kira jam 6 pagi, 22 Oktober lalu.

Pendakwaan terhadap pelajar itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nizi Shazril Ithnin mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, pelajar itu memecah masuk melalui tingkap dengan niat mencuri air tin dan bungkusan bungkal daging dianggarkan bernilai RM100, di premis itu.

Nizi Shazril memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin terhadap pelajar itu, namun bapanya, seorang pekerja kilang merayu mahkamah mengurangkan jumlahnya.

“Saya minta kurang ikat jamin puan. Saya cuma kerja kilang, gaji RM1,200. Ada tujuh anak,” kata bapa pelajar itu.

Majistret Nadia Othman menetapkan 29 Disember depan untuk laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum menjatuhkan hukuman.

Pelajar susah curi bungkal daging di kantin sekolah - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Mayat lelaki ditemui dalam longkang di Jinjang


Oleh : BERNAMA
Tarikh : November 23, 2011

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam ditemui dalam sebuah longkang di depan sebuah rumah di Taman Kok Doh, Jinjang pagi tadi.

Pemilik rumah, yang hendak keluar bekerja pada kira-kira 8 pagi, terkejut melihat mayat lelaki itu terlentang di dalam longkang dan menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata Unit Forensik Kuala Lumpur mendapati mangsa, yang dipercayai penduduk tempatan dan berusia lewat 40-an, mempunyai kesan kecederaan di kepala.

"Berdasarkan keadaan, mangsa didapati mati enam jam sebelum itu dan tidak ada dokumen ditemui padanya," katanya mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Mayat lelaki ditemui dalam longkang di Jinjang - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Bomoh didakwa mencabul


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 22, 2011

KANGAR – Seorang bomoh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan mencabul kehormatan seorang remaja berusia 17 tahun, dalam sebuah bilik di rumahnya di Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis, 21 Ogos lalu.

Tertuduh, Isa Man, 66 membuat pengakuan itu selepas memahami pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Pendaftar Mahkamah, Monica Joseph Gaisah.

Mengikut pertuduhan, Isa dituduh mencabul kehormatan remaja17 tahun itu kira-kira jam 10.30 malam ketika mangsa bersama nenek dan bapa saudaranya ke rumah tertuduh bagi mendapatkan rawatan tradisional bagi penyakit ketumbuhan barah payudaranya.

Semasa berada di rumah suspek, pengadu mengatakan dibawa masuk ke dalam sebuah bilik rumah sebelum suspek dikatakan menarik dan mencabul pengadu semasa rawatan dijalankan.

Disebabkan dari kejadian itu, pengadu berasa dirinya tertipu dan dicabul tertuduh.

Tertuduh ditangkap oleh pihak polis pada 22 Ogos lalu kira-kira jam 6.45 petang di rumahnya, di Seberang Alor Kuala Perlis.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Pertuduhan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohamad Sobry manakala tertuduh diwakili peguam, Zuhair Ahmad Zakuan.

Nor Syazwani menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin tetapi tertuduh merayu supaya wang jaminan itu dikurangkan.

Monica kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dan menetapkan 3 November ini untuk sebutan kes.

Bomoh didakwa mencabul - Utara - Sinar Harian:

'via Blog this'

Polis tumpas geng curi kereta Ah Boi


KLANG 22 Nov. - Satu sindiket curi kereta di bandar ini, digelar Geng Ah Boi tumpas setelah polis menahan lima lelaki dan dua wanita selain merampas empat buah kenderaan bernilai kira-kira RM150,000 di sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, kelima-lima lelaki berusia 19 hingga 34 tahun dan dua wanita berusia 23 dan 34 tahun itu berasal dari Kuala Lumpur dan Klang.
Menurutnya, empat kereta yang dirampas terdiri daripada dua buah Proton Perdana V6, sebuah Proton Waja dan sebuah Toyota Vios.
"Dua daripada suspek ditahan ketika memandu dua buah kereta berasingan pada 19 November lalu.
"Pada keesokannya, polis menahan dua lelaki dan dua wanita di dalam sebuah kereta Toyota Vios di Jalan Sungai Putus, Klang. Seorang lagi suspek ditangkap menaiki Proton Waja," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di sini, hari ini.
Mohamad Shukor berkata, polis turut menjumpai peralatan digunakan untuk melakukan jenayah itu seperti sepana dan kunci pendua dalam kenderaan suspek.
Menurutnya, modus operandi suspek adalah dengan mengumpil pintu kereta yang dicuri itu dan melarikannya dalam tempoh tidak sampai 10 minit.
"Laporan polis mengenai kehilangan kereta dibuat di Balai Polis Bandar Baru Klang, Sungai Way, Subang Jaya dan Seksyen 6, Shah Alam. Suspek dipercayai menjual kereta curi itu dalam pasaran tempatan," katanya.
Mengulas lanjut, Mohamad Shukor berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
"Dua daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau dan kesemua mereka direman daripada 21 sehingga 24 November ini bagi membantu siasatan," katanya.
Utusan Malaysia Online - Kota:

'via Blog this'

Warga emas cedera ditikam penyamun



SAPIAH Ali menunjukkan kesan tikaman penyamun pada bahu suaminya, Ibrahim Mamat di rumah mereka di Kampung Banggol Petaling, Pasir Mas, Kelantan, semalam.


PASIR MAS 22 Nov. - Seorang peniaga telur warga emas cedera selepas ditikam di belakang badan serta tangan kirinya oleh dua lelaki yang cuba menyamunnya di sebuah kedai runcit di Kubang Kerian, dekat sini kelmarin.

Kejadian berlaku pukul 1.15 petang ketika mangsa, Ibrahim Mamat, 61, baru sahaja menghantar pesanan pelanggannya ke kedai runcit terbabit.

Menurutnya, selepas urusan penghantaran selesai, dia kembali ke lori sebelum sebuah kereta Proton Iswara berwarna hijau dinaiki empat lelaki berhenti di hadapan lorinya.

"Seorang daripada lelaki itu menghampiri lori saya dan bertanyakan mengenai urusan jualan telur dan berpura-pura untuk membeli.

"Tiba-tiba lelaki itu cuba melarikan beg pinggang saya sehingga berlaku pergelutan dan saya tidak melepaskan beg pinggang itu kerana ia mengandungi wang kira-kira RM3,000 hasil jualan telur," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Petaling, dekat sini hari ini.

Ibrahim berkata, semasa pergelutan berlaku kira-kira 10 minit, datang seorang lagi lelaki dari arah belakang dan menikamnya, namun dia tetap menyelamatkan beg berkenaan daripada dilarikan oleh kedua-dua lelaki berkenaan.

Jelasnya, dia kemudian menjerit menyebabkan kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri setelah melihat orang ramai mula datang untuk membantunya.

"Ketika itu saya rasakan bahagian belakang saya panas dan saya lihat banyak darah keluar. Orang ramai yang berada di tempat kejadian menghantar saya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk menerima rawatan.

"Kesan tikaman tersebut sedalam tiga sentimeter. Saya juga cedera ringan pada tangan kiri akibat pergelutan tersebut dan terpaksa ditahan di wad selama satu hari," jelasnya.

Katanya, dia ditemani oleh anak-anaknya untuk membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian kira-kira pukul 11 malam pada hari kejadian.

Jelasnya, orang ramai yang berada ditempat kejadian sempat mencatat nombor pendaftaran kenderaan dinaiki kesemua suspek namun, pemeriksaan dilakukan mendapati ia adalah palsu.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Sindiket pemutihan palsu di Johor



DUA anggota Imigresen memeriksa slip pendaftaran pemutihan dipercayai palsu dalam operasi di penempatan setinggan Kampung Pertanian, Masai, pagi semalam.


JOHOR BAHRU 22 Nov. – Jabatan Imigresen Johor berjaya membongkar satu sindiket yang menawarkan slip pendaftaran pemutihan disyaki palsu dengan harga RM500 kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak mendaftar dalam Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/PATI (6P) awal hari ini.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, Mohamad Nasir Abas berkata, kegiatan sindiket itu dikesan ketika pihaknya melakukan serbuan di penempatan setinggan dekat Kampung Pertanian, Masai di sini, pukul 2 pagi.

Beliau berkata, dalam pemeriksaan yang dijalankan ke atas 150 warga asing berkenaan, tiga lelaki warganegara Indonesia didapati memiliki slip pendaftaran pemutihan disyaki palsu.

“Siasatan awal mendapati slip berkenaan ditawarkan kepada warga asing yang tidak mendaftar dalam Program 6P dengan bayaran RM500 seorang.

“Kita masih menyiasat dari mana mereka memperoleh slip berkenaan kerana ini adalah satu kesalahan besar kerana memalsukan dokumen kerajaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Seramai 28 anggota Imigresen terlibat dalam operasi selama dua jam dan berakhir pukul 4 pagi itu.

Menurut Mohamad Nasir, selain ketiga-tiga lelaki berkenaan, pihaknya turut menahan empat lelaki dan tiga wanita warga Indonesia dan seorang lelaki warga Nepal berusia 21 hingga 50 tahun kerana tidak memiliki permit dan dokumen perjalanan yang sah.

Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

22 ahli KWSP didenda tipu pengeluaran


KUALA LUMPUR 22 Nov. - Seramai 22 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) didapati bersalah dan didenda sepanjang Julai hingga September lepas kerana terlibat dengan penipuan pengeluaran.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, sejumlah lima saman baru untuk kesalahan yang sama juga telah difailkan di mahkamah dalam suku tahun berkenaan.

Menurut beliau, tindakan yang dikenakan itu merupakan usaha berterusan pihaknya dalam membanteras dan mencegah kegiatan penipuan.

"Sebanyak 22 ahli yang didapati bersalah telah didenda sebanyak RM17,400 oleh mahkamah bagi kesalahan yang melibatkan penipuan pengeluaran perumahan KWSP.

"Salah seorang daripada mereka telah dijatuhi hukuman penjara, manakala 16 lagi berkemungkinan dipenjarakan sehingga enam bulan sekiranya mereka gagal membayar denda tersebut.

"Adalah menjadi keutamaan kami untuk memastikan simpanan ahli terus dilindungi termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli yang didapati bersalah mengeluarkan simpanan persaraan mereka secara tidak sah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Di bawah Seksyen 59, Akta KWSP 1991, ahli yang didapati bersalah melakukan penipuan atau cubaan menipu pengeluaran boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Nik Affendi berkata, mereka yang disabitkan kesalahan tetapi memulangkan wang yang dikeluarkan dalam tempoh enam bulan dari tarikh sabitan hanya akan dibenarkan memohon di bawah pengeluaran yang sama dalam tempoh dua tahun dari tarikh wang tersebut dipulangkan.

Bagaimanapun, kata beliau, bagi ahli yang tidak memulangkan wang atau berbuat demikian selepas tempoh enam bulan dari tarikh sabitan, maka mereka akan hilang hak bagi membuat pengeluaran yang sama untuk selama-lamanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, penipuan pengeluaran turut membabitkan penyerahan dokumen palsu oleh ahli bagi mendapatkan kelulusan permohonan pengeluaran simpanan KWSP mereka.

Justeru itu, katanya, setiap permohonan pengeluaran dan dokumen sokongan yang diterima oleh pihaknya akan disemak secara terperinci dan dirujuk dengan pihak berkaitan untuk menentukan kesahihannya.

"Sistem KWSP berkemampuan mengesan ahli yang telah membuat penipuan walaupun selepas pengeluaran dibuat.

"Pegawai KWSP juga dari semasa ke semasa dilengkapkan dengan maklumat terkini berkaitan kes penipuan terutama modus operandi yang digunakan oleh ahli atau sindiket terbabit," katanya.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

72 lelaki Afrika ditahan



RODWAN Yusof (dua dari kiri) bersama anggotanya menyoal siasat warga Afrika yang ditahan dalam Ops Tiong di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 22 Nov. – Polis memberkas seramai 72 lelaki warga Afrika yang disyaki terlibat dalam pelbagai jenis penipuan dalam talian melalui operasi bersepadu di lebih 20 lokasi penempatan rakyat itu di sekitar Lembah Klang, di sini awal pagi ini.

Kesemua mereka disyaki terlibat melakukan sebanyak 945 penipuan melibatkan kerugian RM29.63 juta sejak Januari hingga Oktober lalu.

Ops Tiong selama enam jam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman itu dilakukan di beberapa lokasi seperti Desa Lembah Permai, Ampang Jaya; Taman Wangsa Permai, Sentul; Metro Prima, Kepong dan Seri Damansara, Petaling Jaya.

Timbalan Pengarah II JSJK, Datuk Rodwan Yusof berkata, serbuan dilakukan selepas risikan mendapati penghuninya yang mendakwa pelajar terlibat melakukan penipuan menggunakan rangkaian Internet.

Katanya, antara penipuan dilakukan adalah kiriman penghantaran barang, wasiat, perbankan dan Black Money.

“Daripada 72 warga Afrika yang ditahan, 67 ialah rakyat Nigeria, Cameroon (tiga) dan Papua New Guinea (dua), manakala turut ditahan untuk pemeriksaan dua wanita warga Nigeria dan seorang rakyat Thailand,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, di sini hari ini.

Operasi yang melibatkan 42 pegawai dan 300 anggota itu turut disertai Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelancongan dan Jabatan Imigresen.

Ketika serbuan dilakukan, terdapat warga Afrika yang enggan bekerjasama dengan mempertikaikan serbuan polis, namun tiada seorang yang berjaya meloloskan diri.

Rodwan menambah, hasil pemeriksaan, polis menemui peralatan membuat Black Money di beberapa buah rumah selain wang palsu dollar Amerika Syarikat.

“Bagi mengesan penipuan yang telah dilakukan, polis telah merampas komputer riba milik kesemua suspek untuk dihantar ke Jabatan Forensik dan membuat pengesanan.

“Ujian air kencing yang dilakukan mendapati kesemua mereka tidak mengambil sebarang jenis dadah,” ujarnya.

Katanya, taktik ‘Awang hitam’ yang sering mendakwa diri mereka sebagai pelajar juga terbongkar apabila dua keping kad matrik tertera identiti sama tetapi berlainan wajah pemilik ditemui.

Beliau berkata, siasatan dan tindakan lanjut juga akan dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelancongan dan Jabatan Imigresen.

Menurutnya, polis meminta Kementerian Pengajian Tinggi supaya mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap kolej yang menjadi dalang kepada kemasukan warga Afrika yang menjadi penjenayah itu.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Majistret kekal dijel, denda


KOTA BHARU 22 Nov. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM40,000 terhadap seorang majistret yang disabitkan bersalah atas dua pertuduhan rasuah, kira-kira dua tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah berkata, Hakim Mahkamah Sesyen, Sabariah Othman telah membuat keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf dalam membuat keputusan terhadap Mohd. Firdaus Ramlan, 29, pada 3 Oktober tahun lalu.

Dalam penghakimannya hari ini, Azman turut menyifatkan tindakan Mohd. Firdaus itu telah melanggar amanah yang diberikan untuk menegakkan keadilan.

''Saya telah meneliti segala hujah dan mendapati keputusan Mahkamah Sesyen itu tepat dan tidak terkhilaf dari segi hukuman. Saya sifatkan ini seperti harapkan pagar, pagar makan padi dan keputusan hakim Mahkamah Sesyen adalah sah,'' katanya.

Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan peguam bela Mohd. Firdaus, Datuk Shukri Mohamed untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Sesyen di sini pada 3 Oktober lalu menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM15,000 bagi pertuduhan pertama dan bagi pertuduhan kedua pula, Mohd. Firdaus dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM25,000.

Kedua-dua hukuman itu diperintahkan berjalan serentak.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Firdaus yang merupakan majistret di Mahkamah Kuala Krai dan Machang, disabitkan bersalah menerima suapan RM3,000 daripada Md. Shani Ishak di Stesen Minyak Esso, Machang pada pukul 10.30 malam, 11 Oktober 2009.

Wang suapan tersebut didakwa diberikan sebagai dorongan untuk meringankan hukuman terhadap lelaki itu dengan menjatuhkan hukuman bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran sebanyak RM1,000.

Mohd. Firdaus turut didapati bersalah meminta suapan RM5,000 daripada Md. Shani atas tujuan yang sama di bilik Majistret Mahkamah Kuala Krai pada pukul 9 pagi, 6 Oktober 2009.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(A) dan Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang masing-masing boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Di bawah seksyen tersebut, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda RM10,000 atau denda lima kali ganda nilai suapan, atau mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Sophian Zakaria.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:

'via Blog this'

Bekas Timbalan Pendakwa Raya dipenjara, denda RM10,000


SHAH ALAM 22 Nov. - Seorang bekas timbalan pendakwa raya (TPR) dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan meminda minit kertas arahan siasatan yang melibatkan tiga suspek kes dadah, dua tahun lalu.

Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob memutuskan sabitan dan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan Md. Azar Irwan Mohd. Arifin, 32, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Beliau turut memerintahkan tertuduh yang dilihat tenang sepanjang prosiding hari ini, dipenjara selama enam bulan lagi jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Md. Azar Izwan yang ditugaskan menyediakan minit arahan bagi kertas siasatan didakwa menulis arahan dalam kertas minit tersebut supaya Quah Guat Chin, Wong Kok Seng dan Low Teck Seng dituduh di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sedangkan ketiga-tiga mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 39B akta yang sama.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di Tingkat 4, Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini antara pukul 3.15 petang dan 5.30 petang, 12 Mac 2009.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa manakala Md. Azar Irwan diwakili barisan peguam yang diketuai Datuk Salehuddin Saidin.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan menampilkan 13 saksi sementara tiga saksi termasuk tertuduh memberi keterangan di peringkat pembelaan.

Terdahulu, Salehuddin memohon agar anak guamnya dibebaskan dengan bon berkelakuan baik mengikut Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah atau denda yang minimum bagi kesalahan tersebut.

Beliau juga memaklumkan, perbuatan itu tidak memberi faedah kepada mana-mana pihak memandangkan tertuduh tidak menerima sebarang faedah, selain tiada sebarang bukti menunjukkan wang berpindah tangan walau satu sen pun.

Katanya, kertas pertuduhan yang didakwa dipinda itu juga tidak sempat digunakan kerana ketiga-tiga suspek telah dituduh mengikut pertuduhan asal.

“Sepanjang berkhidmat sebagai TPR, tertuduh merupakan TPR yang amat cemerlang dan berwibawa. Ini dapat dibuktikan dengan sijil anugerah pencapaian cemerlang yang diterima selain aktif memberi sumbangan kepada masyarakat.

“Setelah meletak jawatan, tertuduh menjalani kehidupan yang amat perit kerana susah untuk mendapat pekerjaan dan mencari sumber rezeki. Dia terkapai-kapai hidup tanpa pekerjaan,’’ katanya.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:

'via Blog this'

Pekerja restoran edar ketamine


SHAH ALAM 22 Nov. - Seorang pekerja restoran dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah di tempat dia berkerja, tiga tahun lalu.

Ng Woon Keong, 32, disabitkan bersalah mengedar 539.19 gram ketamine dan 24.73 gram 3.4 methamphetamine di Restoran Old Taste Ipoh White Coffee di No. 1, Jalan Kenari 6, Bandar Puchong Jaya, Puchong dekat sini pada pukul 2.15 petang, 11 September 2008.

Dia dibicarakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Hakim Datuk Sofian Abd. Razak menjatuhkan hukuman itu terhadap Woon Keong selepas berpuas hati bahawa tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan semasa memberi keterangan membela diri.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, keterangan tertuduh bahawa dadah tersebut adalah milik lelaki bernama Eric atau Alex yang merupakan suami majikannya tidak pernah timbul di peringkat pendakwaan.

Begitu juga cerita bahawa tertuduh pulang ke Batu Gajah pada hari kejadian dan datang semula ke tempat kerja selepas dihubungi oleh majikannya bagi membaiki dua unit pendingin hawa.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam manakala tertuduh diwakili peguam S. S. Seelan.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan menampilkan lima saksi manakala hanya tertuduh memberi keterangan di peringkat pembelaan.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:

'via Blog this'

Dua warga Iran edar syabu


SHAH ALAM 22 Nov. – Dua lelaki warganegara Iran dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis syabu yang disembunyikan di dalam kasut masing-masing semasa tiba di negara ini pada Julai tahun lalu.

Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu terhadap Hojjat Shahbazi Vali, 28, dan Asghar Rah Gozar Jalil, 28, selepas berpuas hati bahawa kedua-dua tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah semasa memberi keterangan membela diri.

Dalam penghakiman ringkasnya, beliau menolak keterangan kedua-dua tertuduh bahawa mereka tidak mengetahui tentang dadah itu kerana kasut jenis Puma berwarna hitam dan putih telah diberikan oleh seorang lelaki bernama Syed sebelum mereka berlepas ke Malaysia untuk melancong.

Menurut beliau, cerita tertuduh bahawa kasut yang diakui mahal itu diberikan oleh orang ketiga serta ketiadaan pengetahuan tentang dadah itu tidak logik, tidak munasabah serta tidak boleh diterima oleh akal yang waras.

Sebaliknya, jelas beliau, cara kedua-dua tertuduh berjalan berjengket-jengket semasa ditahan serta berat dadah yang disembunyikan di dalam kasut masing-masing menunjukkan mereka mempunyai pengetahuan tentangnya.

Hojjat didakwa mengedar 465 gram syabu (methamphetamine), manakala Asghar pula didakwa mengedar 476 gram dadah daripada jenis yang sama di Kawasan Tuntutan Bagasi F, Balai Ketibaan, Aras 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, dekat sini pada pukul 11 malam, 21 Julai 2010.

Hojjat yang merupakan pemandu teksi dan pekerja gimnasium, Asghar, masing-masing didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamalia Yahdi manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Datuk N. Sivananthan.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:

'via Blog this'

Bekas pengerusi firma Jepun gelapkan dana


TOKYO 22 Nov. - Pendakwa raya hari ini menahan bekas pengerusi syarikat pembuat kertas di Jepun atas tuduhan menggunakan wang tunai subsidi berbilion dolar untuk berjudi di kasino luar negara.

Penahanan tersebut dibuat ketika pentadbiran korporat Jepun kini di bawah pemerhatian rapi antarabangsa selepas syarikat pembuat kamera Olympus mengaku menyorok kerugian pelaburan mereka pada tahun 1990-an.

Pendakwa raya menahan Mototaka Ikawa, 47, yang merupakan bekas pengerusi Daio Paper dan cucu kepada pengasas syarikat tersebut atas tuduhan pecah amanah.

Ikawa disyaki meminta syarikat subsidiari Daio Paper memindahkan wang ke beberapa akaun bank tanpa mendapatkan pengesahan sepatutnya dari ahli lembaga syarikat itu dan tanpa meletakkan cagaran.

Menurut kenyataan oleh pejabat pendakwa raya, wang tersebut sebahagiannya digunakan bagi membayar hutang perjudiannya.

Siasatan dalaman oleh Daio Paper menyatakan Ikawa mendapat wang sebanyak 10.68 bilion yen (RM439.5 juta) daripada subsidiari itu.

Kenyataan daripada pendakwa raya pula menyatakan dia memperoleh sekurang-kurangnya 3.2 bilion yen (RM132.2 juta).

Ikawa memperoleh kembali sebahagian daripada jumlah tersebut dan menurutnya, dia berniat untuk memulangkan jumlah selebihnya kemudian. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Dua warga Iran edar syabu


SHAH ALAM 22 Nov. – Dua lelaki warganegara Iran dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis syabu yang disembunyikan di dalam kasut masing-masing semasa tiba di negara ini pada Julai tahun lalu.

Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu terhadap Hojjat Shahbazi Vali, 28, dan Asghar Rah Gozar Jalil, 28, selepas berpuas hati bahawa kedua-dua tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah semasa memberi keterangan membela diri.

Dalam penghakiman ringkasnya, beliau menolak keterangan kedua-dua tertuduh bahawa mereka tidak mengetahui tentang dadah itu kerana kasut jenis Puma berwarna hitam dan putih telah diberikan oleh seorang lelaki bernama Syed sebelum mereka berlepas ke Malaysia untuk melancong.

Menurut beliau, cerita tertuduh bahawa kasut yang diakui mahal itu diberikan oleh orang ketiga serta ketiadaan pengetahuan tentang dadah itu tidak logik, tidak munasabah serta tidak boleh diterima oleh akal yang waras.

Sebaliknya, jelas beliau, cara kedua-dua tertuduh berjalan berjengket-jengket semasa ditahan serta berat dadah yang disembunyikan di dalam kasut masing-masing menunjukkan mereka mempunyai pengetahuan tentangnya.

Hojjat didakwa mengedar 465 gram syabu (methamphetamine), manakala Asghar pula didakwa mengedar 476 gram dadah daripada jenis yang sama di Kawasan Tuntutan Bagasi F, Balai Ketibaan, Aras 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, dekat sini pada pukul 11 malam, 21 Julai 2010.

Hojjat yang merupakan pemandu teksi dan pekerja gimnasium, Asghar, masing-masing didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamalia Yahdi manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Datuk N. Sivananthan.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:

'via Blog this'

Tiga lubuk diserbu

KUALA LUMPUR: Polis dengan kerjasama Jabatan Imigresen dan Kementerian Pengajian Tinggi menggempur tiga kawasan penempatan warga Afrika di ibu kota bagi mengesan kegiatan jenayah dilakukan warga negara berkenaan dalam Ops Tiong bermula 11 malam kelmarin hingga 4 pagi semalam.

Dalam operasi yang turut disertai kakitangan Kementerian Pelancongan itu, 76 warga asing ditangkap iaitu 67 lelaki dan tiga wanita warga Nigeria, tiga lelaki Cameroon, dua lelaki Papua New Guinea serta seorang wanita Thailand, semua mereka berumur 20 hingga 30-an.

Ketua Penolong Pengarah Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, operasi bersepadu itu digerakkan dengan kekuatan seramai 42 pegawai dan juga 300 anggota.

“Operasi ini diadakan bagi membanteras kes yang membabitkan golongan warga Afrika yang semakin berleluasa di negara ini.


“Kes seperti ‘Black Money’, pemalsuan dokumen, serta penipuan melalui talian Internet semakin meningkat dengan kehadiran golongan ini yang kebanyakan memasuki negara ini secara mudah menggunakan visa pelajar,” katanya.

myMetro | Tiga lubuk diserbu:

'via Blog this'

Bakar senapang, campak

ASIN: Selaras senapang patah buatan sendiri yang dipercayai digunakan dalam kejadian seorang kanak-kanak lelaki Orang Asli berusia dua tahun maut akibat terkena tembakan ditemui di belakang rumah keluarga mangsa di Kampung Baru Orang Asli Gapam, dekat sini, petang, kelmarin.

Senjata berkenaan ditemui sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin kira-kira jam 2 petang selepas soal siasat dilakukan terhadap bapa mangsa yang berusia 31 tahun yang kemudiannya menunjukkan lokasi dia membuang senapang patah itu.

Senapang patah itu ditemui dengan mempunyai kesan terbakar di bahagian pemegangnya dan masih mempunyai laras.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam, berkata senjata itu ditemui kira-kira 100 meter di kawasan semak di belakang rumah suspek dan lelaki terbabit yang juga suspek utama memandu polis ke lokasi itu.


Katanya, suspek dipercayai cuba menghapuskan barang bukti dengan membakar senjata itu sehingga menyebabkan bahagian pemegangnya rosak.

myMetro | Bakar senapang, campak:

'via Blog this'

Bersalah edar dadah

SHAH ALAM: Seorang pembantu kafe Internet dihukum gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah mengedar dadah, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Sofian Abd Razak menjatuhkan hukuman itu terhadap Ng Woon Keong, 32, selepas berpuas hati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Mengikut pertuduhan, Ng didakwa mengedar 539.19 gram dadah jenis Ketamin serta 24.73 gram dan 3.4 gram Methylenedioxy Methamphetamin di restoran Old Taste Ipoh With Coffe, No 1, Jalan Kenari 6, Bandar Puchong Jaya, pada jam 2.15 petang, 11 September 2008.


Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

myMetro | Bersalah edar dadah:

'via Blog this'

Tiga ditahan, dadah RM250,000 dirampas

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan satu lagi sindiket pengedaran dadah dengan tertangkapnya tiga suspek warga tempatan dan merampas 4.6 kilogram dadah dipercayai heroin bernilai RM250, 000 dalam serbuan di sebuah hotel di Kepong, di sini, Jumaat lalu.

Dalam serbuan jam 8 malam itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menahan dua lelaki berusia 30-an dan seorang wanita berusia 28 tahun.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, hasil pemeriksaan lanjut terhadap suspek, polis menemui 10 bungkusan plastik mengandungi dadah dalam sebuah kereta diletakkan di parkir hotel.

“Polis turut menyita kereta Toyota Vios dipercayai milik sindiket dadah berkenaan bagi tujuan siasatan.


“Suspek ditahan didapati memiliki rekod jenayah dan mereka kini direman tujuh hari hingga Jumaat ini,” katanya di sini, semalam.


Menurutnya, ujian air kencing mendapati dua daripadanya positif dadah jenis Methaphetamin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 membawa hukuman gantung mandatori.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang lelaki warga Iran dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah antarabangsa ditemui mati dalam sebuah hotel di Bukit Bintang, di sini.


Mohmad berkata, lelaki berusia 40-an itu ditemui polis kira-kira jam 2.15 petang terbaring atas lantai dalam bilik hotel yang disewanya sejak 13 November lalu dan bedah siasat menemui 65 bungkusan kecil dipercayai dadah jenis Methaphetamin seberat 602 gram dalam ususnya.

“Berdasarkan keadaan nya, kami percaya lelaki ini meninggal dunia tidak kurang dari 24 jam sebelum ditemui dan setakat ini, polis masih menyiasat sama ada dadah itu untuk diseludup ke luar negara atau dibawa masuk ke negara ini.

myMetro | Tiga ditahan, dadah RM250,000 dirampas:

'via Blog this'