Search This Blog

Tuesday, November 22, 2011

Harap temui jasad suami

REMBAU: “Saya berharap sangat dapat jumpa jasad walau secebis tulang sekali pun bagi membuktikan suami tiada lagi, sekali gus menutup harapan dia masih hidup,” itulah rintihan Fadhilun Md Shah, 49.

Suami Fadhilun, Hamzah Abd Majid, 55, dipercayai menjadi mangsa pembunuhan kejam sekumpulan lelaki pada 18 Oktober lalu di Sungai Linggi berhampiran Taman Angsamas Mambau, Seremban.


Menurutnya, berita mengejutkan itu diterima dengan amat sedih, namun masih berharap suaminya ditemui semula walaupun sehingga kini anggota badannya belum ditemui selepas usaha berterusan pihak berkuasa.

“Buat masa ini, saya bersama lima anak menganggap suami masih hilang kerana tiada anggota badan mahupun rangka tulang dijumpai,” katanya.

myMetro | Harap temui jasad suami:

'via Blog this'

Trauma diserang babi hutan


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 22, 2011
disondol babi

BAGAN SERAI - Mangsa serangan babi hutan, Musa Ramli, 53, dari Parit Sungai Dungun Bawah, Kuala Kurau, di sini, mengakui masih trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya ketika sedang bertani, 17 November lalu.

Musa berkata, dia seolah-olah mati hidup kembali apabila sewaktu menyulam anak padi yang mati berusia sebulan di sawah tempoh hari, dia tiba-tiba di serang seekor babi hutan yang ganas, kira-kira jam 10.00 pagi, Khamis lalu.

Menurutnya, ketika sedang membongkok menyulam anak padi itu, secara tiba-tiba diserang seekor babi hutan selain tidak sempat melarikan diri.

“Binatang ganas ini terus menyondol paha kiri saya menyebabkan saya tersungkur dan babi itu terus menyerang menyebabkan tiga tempat paha kanan cedera.

“Saya cuba menepis dengan kedua-dua belah tangan, tetapi malang kedua-dua tapak tangan saya cedera dipercayai terkena siung babi hutan itu, akibatnya tapak tangan kanan saya luka dan tertusuk,” katanya ketika ditemui di Wad 14 Hospital Taiping (HT) lewat petang, kelmarin.

Katanya, dua anaknya Mohd Hairyee, 24, dan Mohd Khamis, 26, yang juga berada di sawah berhampiran terdengar jeritannya meminta tolong sebelum datang membantu.

“Syukur saya selamat walaupun mengalami luka di beberapa bahagian badan.

“Kini keadaan saya lebih stabil, hanya perlu menjalani beberapa rawatan untuk memulihkan luka yang ada,” katanya.

Sementara itu, Mohd Khamis berkata, dia berada di sawah kira-kira 200 meter dari tempat kejadian, setelah diberitahu oleh rakan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, dia segera berkejar mendapatkan bapanya dengan menggunakan motosikal dan setiba di tempat kejadian, terdengar suara bapanya mengerang kesakitan selain melihat babi hutan itu masih mengganas.

“Adik saya, Mohd Hairyee, juga datang menolong, manakala sepupu, Mohd Zambri Rashid, datang membawa parang.

“Mohd Zambri dan Mohd Hairyee, berjaya menangkap dan menarik babi hutan ini daripada terus menyerang bapa dan saya menggunakan parang menetak leher babi hutan itu hingga mati,” katanya.

Katanya, binatang terbabit dipercayai datang dari hutan kelapa sawit di sebelah darat Parit Sungai Dungun.

“Memang ada penduduk kampung telah melihat binatang terbabit sebelum ini, dalam kawasan hutan kelapa sawit itu.

“Dipercayai binatang itu mengalami kecederaan kerana sehari sebelum kejadian, ada pemburu menembak binatang terbabit tetapi tidak mati,” katanya.

Trauma diserang babi hutan - Perak - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pertaruh nyawa terjun sungai


Oleh : AMRAN ALI
Tarikh : November 22, 2011
terjun sungai

TANJUNG MINYAK – Seorang lelaki nekad mempertaruhkan nyawanya dengan terjun ke dalam sungai sebaik melihat seorang wanita terkapai-kapai dalam sebuah kereta yang hampir tenggelam di Sungai Ayer Hitam, Tanjung Minyak, di sini, semalam.

Zolkifli Kadir, 37, berkata, kejadian jam 7.20 pagi itu berlaku ketika dia dalam perjala­nan dari rumahnya di Taman Tanjung Minyak Jaya ke tempat kerja di bandar Melaka dengan menunggang motosikal.

Menurutnya, dia melihat separuh bahagian depan kereta Proton Wira terbabit sudah hampir tenggelam.

Katanya, ketika itu seorang wanita di belakang tempat duduk pemandu dalam keadaan cemas dan terkapai-kapai cuba keluar, sementara seorang lelaki cuba membantunya.

“Walaupun bahaya, saya terus terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan wanita terbabit, bagaimanapun usaha membuka pintu belakang sebelah pemandu beberapa kali tidak berjaya kerana ditolak arus kuat.

“Akhirnya selepas beberapa kali mencuba, pintu dapat dibuka tetapi mangsa enggan keluar kerana takut,” katanya.

Menurutnya, dia terus menggenggam baju wanita terbabit dan menariknya keluar yang ketika itu dilihat begitu lemah.

Zolkifli yang juga kakitangan Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) berkata, usaha menyelamatkan mangsa me­ngambil asa hampir setengah jam kerana paras air sungai yang dalam dan arus deras.

Sementara itu, seorang saksi yang turut membantu mengeluarkan mangsa, Omar Ismail, 50, dari Kampung Tanjung Minyak, berkata, dia ketika itu minum di sebuah warung terletak beberapa meter berhampiran sungai berkenaan.

Menurutnya, dia ternampak sebuah kereta terjunam ke dalam sungai.

“Tanpa berlengah, saya terus berlari ke arah sungai dan terjun untuk menyelamatkan mangsa.

“Saya arahkan mangsa buka pintu tetapi tidak berjaya. Usaha saya hampir lima minit gagal, malah saya hampir pitam kerana tertelan air dan segera naik ke tepi benteng,” katanya.

Bapa mangsa, Zinor Sirun, 58, berkata, anak perempuannya, Norazilawati, 36, dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang di Batu Berendam.

“Kami sekeluarga amat bersyukur dan berterima-kasih serta menghargai bantuan kedua-dua lelaki terbabit yang menyelamatkan anak saya,” katanya.

Difahamkan, sebelum kejadian, kereta dipandu Norazilawati terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain yang juga dipandu seorang wanita.

Kemalangan itu menyebabkan kenderaan mangsa menggelongsor ke bawah tebing dan terjunam ke dalam sungai sebelum hanyut dibawa arus sejauh kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Pertaruh nyawa terjun sungai - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pecah tingkap minta tolong


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 22, 2011
terbakar

KUALA LUMPUR - Tindakan pantas seorang kanak-kanak memecah tingkap bilik sebelum meminta tolong dalam satu kebakaran­ di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ceri Cempaka, Lembah Pantai, di sini menyelamatkannya daripada menjadi korban kejadian itu.

Nur Alissa Saiful Amir, 10, sedang tidur di ruang tamu terjaga sebaik merasa bahang daripada api yang dipercayai bermula dari bahagian dapur rumahnya, di sini.

Kanak-kanak itu yang pada mulanya terperangkap terus berlari ke bilik utama dan bertindak memecahkan tingkap untuk menjerit meminta tolong.

Jiran berhampiran yang menyedari kejadian itu bergegas ke rumah Nur Alissa dan membawa keluar kanak-kanak berkenaan.

Alissa berkata, dia terkejut dan takut dengan situasi itu kerana asap sudah memenuhi ruang laluan untuk dia keluar.

“Ketika di dalam bilik, saya ambil selimut dan balut badan saya sebelum diselamatkan jiran-jiran yang memecahkan pintu rumah dan membawa saya keluar,” katanya.

Sementara itu, ibu Nur Alissa, Normala Abdul Kayem, 40, berkata, ketika kejadian, dia baru sahaja keluar rumah untuk berniaga.

“Saya keluar dalam jam 7 pagi sebelum suami saya pergi kerja dan menerima panggilan 45 minit kemudian memaklumkan rumah saya terbakar.

“Ketika itu, saya hanya memikirkan anak yang sedang tidur, ketika kejadian, dua lagi anak ada bersama saya, mujur semua selamat,” katanya.

Normala yang masih trauma dengan kejadian itu berkata, dia kerugian hampir RM25,000 apabila bahagian dapur musnah sama sekali.

“Sebelum ini gerai saya di Bukit Kerinchi pernah terbakar, sekarang ini, rumah pula. Saya harap dapat pindah ke unit baru,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Hamid Daud ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.54 pagi.

“Daripada apa yang diberitahu kanak-kanak berkenaan, dia nampak api dari dapur masak, jadi berkemungkinan api dapur gas yang tidak ditutup menjadi punca kebakaran,” katanya.

Pecah tingkap minta tolong - Selangor & KL - Sinar Harian:

'via Blog this'

Padah jual kereta hantu


Oleh : NIK AMIRULMU'MIN NIK MIN
Tarikh : November 22, 2011
jual kereta hantu

KUANTAN - Seorang ejen jualan langsung dihukum penjara 26 bulan dan dua sebatan selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas dua tuduhan menipu membabitkan penjualan sebuah kereta mewah jenis Toyota Camry yang didakwa barang rampasan Kastam, April tahun lalu.

Hukuman penjara ke atas, Choo Tuck Fatt, 33 dari Taman Kota Cheras, Batu 9, Selangor itu berjalan dari tarikh dia dituduh 19 November lalu.

Bagi tuduhan pertama, tertuduh dihukum penjara 12 bulan dengan satu sebatan manakala 14 bulan penjara dengan satu sebatan bagi tuduhan kedua bagaimanapun kedua-dua hukuman yang diputuskan Majistret Nurul-naim Abdullah itu berjalan serentak.

Tertuduh yang diwakili peguam, Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wahidah Zainal Abidin.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menipu seorang lelaki berusia 60 tahun sehingga mendorong lelaki itu menyerahkan sekeping cek berjumlah RM 35,500 sebagai bayaran untuk mendapatkan sebuah kereta jenis Toyota Camry 2.4 yang didakwa barang rampasan Kastam.

Bagaimanapun mangsa terpaksa berputih mata apabila kereta yang dijanjikan tidak wujud dan gagal diserahkan sehingga ke hari ini.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sekitar Jalan Bukit Ubi antara jam 8 pagi hingga 8 malam 21 April tahun lalu.

Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memperdaya mangsa yang sama hingga mendorong lelaki itu menyerahkan cek RM12, 500 sebagai bayaran tambahan untuk tujuan tersebut.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di lokasi sama antara jam 8 pagi hingga 8 malam 24 April tahun lalu.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebatan dan boleh didenda.

Syed Azimal dalam mitigasinya merayu supaya tertuduh dikenakan hukuman penjara dan sebatan yang minima memandangkan anak guamnya itu berada dalam tahanan reman sejak dia ditahan pada 19 Oktober tahun lalu.

Menurutnya, selama berada di penjara, tertuduh sudah insaf dan berjanji tidak mengulangi perbuatan itu.

“Tertuduh juga tiada rekod kesalahan lampau dan pengakuan bersalahnya hari ini (semalam) menjimatkan masa dan kos mahkamah,” katanya.

Wahidah bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dan berbentuk pengajaran kepada tertuduh memandangkan jumlah kerugian yang ditanggung mangsa agak besar.

Padah jual kereta hantu - Pahang - Sinar Harian:

'via Blog this'

Taktik sorok syabu tidak menjadi


Oleh : RUBIAH OMAR
Tarikh : November 22, 2011
taktik xmenjadi

KUALA TERENGGANU - Taktik seorang peniaga kantin sekolah menyorokkan syabu di dalam bekas kaca mata bagi mengaburi mata pihak berkuasa tidak menjadi setelah dia ditahan dalam satu pemeriksaan yang dijalankan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Terengganu, 17 November lalu.

Berikutan penahanan itu, tertuduh, Azlan Mohd Kassim, 27, dari Kampung Sungai Buluh, Siding, Karangan, Kedah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas dakwaan memiliki dadah jenis syabu, berat kasar tujuh gram di dalam sebuah kereta di tempat letak kereta di Medan Selera Pantai Batu Burok, di sini.

Tertuduh yang baru lapan bulan mendirikan rumah tangga itu hanya mengangguk faham ketika pertudu-han dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Rosila Nik.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, pada 17 November lalu kira-kira jam 12.30 malam di dalam sebuah kereta Proton Waja di tempat letak kereta di Medan Selera di Pantai Batu Burok, di sini, didakwa memiliki dadah dipercayai syabu berat kasar tujuh gram.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kastam Terengganu, Zaizul Azli Mohammad Zain manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Rosila seterusnya menetapkan 10 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

Berdasarkan fakta kes, anggota Kastam menerima maklumat awam memberitahu tertuduh ada membawa dadah sebelum mengekorinya sehingga ke lokasi kejadian.

Sejurus tiba di lokasi, anggota Kastam telah memperkenalkan diri dan menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan yang dipandu tertuduh.

Hasil pemeriksaan dijalankan, dadah dipercayai syabu seberat tujuh gram berjaya ditemui yang disorokkan di dalam bekas kaca mata miliknya di dalam kereta tersebut.

Difahamkan, tertuduh merupakan pesalah pertama melibatkan jenayah dadah yang ditahan dan didakwa oleh Kastam Terengganu sehingga semalam.

Taktik sorok syabu tidak menjadi - Terengganu - Sinar Harian:

'via Blog this'

Rumah gegar dipukul ribut


Oleh : ROSMIZA KASIM
Tarikh : November 22, 2011
ribut3

KOTA BHARU - Bayi berusia sembilan bulan termasuk lapan yang lain terselamat selepas rumah didiami dua keluarga dihempas ribut dalam kejadian di Kampung Pulau Gajah Hilir, di sini semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 6.10 pagi itu, kedua-dua keluarga berkenaan terkejut selepas mendapati sebahagian bumbung melayang dan rumah dimasuki hujan.

Mangsa, Mohd Rilmi Ilias, 36, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas mendengar bunyi yang sangat kuat dan dalam masa sama rumahnya bergegar beberapa minit.

“Ketika itu saya bangun dari tidur untuk menunaikan solat Subuh, dan isteri saya Noriza Mat Roni, 40, bersama empat anak termasuk Noraina Batrisya yang berusia sembilan bulan ini tidur di ruang tamu.

“Setelah menyedari keadaan mula tidak selamat kerana bumbung sudah tercabut dan air memasuki rumah, isteri saya terus memeluk serta menyelamatkan anak-anak yang ketika itu masih lena,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya semalam.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Abdul Rahman Abdullah, 45, yang bekerja sebagai nelayan berkata, dia tidak sempat menunaikan solat Subuh kerana ketika mengangkat takbir dalam masa sama bumbung melayang dan rumahnya bergegar.

Katanya, sejurus itu dia terus memberitahu isterinya, Wan Ramlah Wan Yusof, 40, yang berada di dalam bilik tidur bersama dua anaknya sebelum bertindak menyelamatkan mereka.

“Pada ketika itu saya sangat takut kerana bimbang rumah kami akan diterbangkan memandangkan ribut masih berterusan disertai dengan hujan lebat. Akibat ribut itu kami tidak dapat tidur di dalam rumah ini kerana semua kawasan termasuk bilik dan basah kuyup,” katanya.

Bagaimanapun mangsa bersyukur kerana semua ahli keluarga terselamat walaupun sebahagian besar rumah mereka mengalami kerosakan.

Berikutan kejadian itu, kedua-dua keluarga yang bekerja sebagai nelayan itu meminta jasa baik daripada pihak tertentu supaya dapat menghulurkan bantuan segera kepada mereka.

Rumah gegar dipukul ribut - Kelantan - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pemilik premis keras kepala


Oleh : NUR FARHANA ABDUL MANAN
Tarikh : November 22, 2011
premis degil

SUBANG JAYA - Mengejar keuntungan lebih RM3,000 setiap hari, tiga pengusaha pusat siber haram di USJ 21, di sini sanggup membelakangkan arahan pihak berkuasa meskipun premis sudah beberapa kali diserbu dan dikenakan tindakan.

Difahamkan, sambutan menggalakkan diterima daripada kaki judi menjadi pendorong pengusaha terus beroperasi, namun perniagaan mereka lumpuh selepas diserbu tiga pihak berkuasa petang, semalam.

Dalam Operasi Bersepadu diketuai Pengarah Jabatan Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Ahmad Hassan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya itu, 10 pengunjung ditahan termasuk dua penjaga premis.

Ahmad berkata, premis dikawal kamera litar tertutup (CCTV) bagi menghidu kehadiran pihak berkuasa itu menjadi tumpuan pekerja kilang mempertaruhkan wang berikutan terletak bersebelahan­ kedai nombor ramalan.

“Pengusaha menggunakan cermin gelap selain turut menawarkan perkhidmatan melayari internet bagi mengaburi mata pihak berkuasa bahawa mereka menjalankan perniagaan sah.

“Bagaimanapun tanpa lesen sah perniagaan, mereka turut menawarkan perjudian online antarabangsa dan pertaruhan menggunakan mesin slot kuda,” katanya ketika ditemui pada operasi yang disertai 38 anggota pihak berkuasa.

Beliau berkata, premis dipercayai sudah beroperasi sejak beberapa bulan lalu dan menggunakan papan tanda pusat siber bagi mengaburi mata orang awam dan pihak berkuasa.

“Sebanyak 75 set peralatan komputer disita MPSJ manakala 33 lagi dirampas pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Premis dikenakan tindakan­ penutupan di bawah Undang-undang Kecil 3 Undang-undang Kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ dan boleh dikenakan tindakan denda maksimum sebanyak RM 1,000,” katanya.

Beliau berkata, setiap pengusaha turut berdepan tindakan di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Pemilik premis keras kepala - Selangor & KL - Sinar Harian:

'via Blog this'

Kondom bertaburan di taman


Oleh : KU NOOR FAIZAH ABDULLAH
Tarikh : November 22, 2011
kondom

LIMBONG KAPAL - Longgokan kondom di sebuah kawasan rekreasi di sini menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada masyarakat setempat mengenai kawasan yang dibina untuk kegunaan keluarga.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, kondom yang telah digunakan bertaburan di kawasan rekreasi itu terutama berhampiran pondok rehat yang dibina.

Keadaan kawasan yang tidak terurus dan dipenuhi lalang, mungkin menjadi punca mengapa kawasan itu dijadikan tempat untuk mereka melakukan maksiat.

Pengunjung, Hussain Rahmat, 34, berkata, kawasan rekreasi berhampiran Sungai Kedah itu seharusnya dijaga baik kerana ia turut dijadikan kawasan memancing.

Namun, katanya, apabila kawasan itu dipenuhi dengan kondom dan botol arak, ia akan menyebabkan pengunjung berasa jijik untuk berkunjung apatah lagi membawa keluarga.

“Saya juga berasa pelik bagaimana mereka yang tidak bertanggungjawab boleh menjadikan kawasan terbuka ini untuk melampiaskan nafsu.

“Kadang-kadang saya lihat ada cermin muka, sikat dan bedak, seolah-olah ada pihak yang menggunakan tempat ini untuk melakukan maksiat,” katanya.

Hussain berkata, sekiranya tiada tindakan untuk membersihkan kawasan itu, dia bimbang tempat tersebut menjadi sarang maksiat terutama pada waktu malam.

Menurutnya, kawasan terbabit yang agak sunyi dan terselindung daripada pandangan awam akan menyebabkan golongan berkenaan mudah menjalankan kegiatan sedemikian.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Limbong Kapal, Ismail Osman berkata, pihaknya sudah membuat permohonan untuk memasang lampu di kawasan terbabit sejak tiga tahun lalu namun masih belum ada tindakan.

“Kawasan ini menjadi tempat persinggahan bukan sahaja dalam kalangan mereka yang bercinta, malah ada yang melakukan maksiat dengan gadis ataupun wanita yang dilanggan.

“Apabila terdapat rondaan daripada penduduk ataupun pihak berkuasa, mereka menghentikan seketika kegiatan tersebut dan selang beberapa hari, aktif semula,” katanya.

Ismail berkata, langkah segera perlu diambil bagi menangani kegiatan yang tidak sihat itu, sekali gus mencantikkan kawasan rekreasi yang dibina.

Kondom bertaburan di taman - Utara - Sinar Harian:

'via Blog this'

Terengganu: 3 tempat dilanda banjir


Oleh : RAHAYU MUSTAFA, AZLINA OTHMAN
Tarikh : November 22, 2011
Banjir

KUALA LUMPUR – Hujan lebat kebelakangan ini, menyebabkan beberapa negeri terutama Terengganu dan Johor, mula dinaiki air.

Sejak dua hari lalu, tiga daerah di Terengganu, iaitu Setiu, Hulu Terengganu dan Marang, mula dinaiki air sehingga ada penduduk yang terpaksa dipindahkan.

Sehingga jam 3 petang semalam, tiga pusat peminda-han sudah dibuka bagi menempatkan 12 keluarga, membabitkan 47 mangsa yang dipindahkan setelah rumah mereka dinaiki air.

Penolong Setiausaha Keselamatan (Penerangan) Majlis Keselamatan Negeri, Ahmad Redza Arshad berkata, di Setiu, seramai 30 mangsa dipindahkan ke Masjid Kampung Merbau Menyusut sejak jam 8 pagi.

“Di Hulu Terengganu, pusat pemindahan dibuka di balai raya Kampung Kolam, Ajil melibatkan 13 orang, manakala di Marang adalah di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan empat orang,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pusat pemindahan di balai raya Kampung Kolam, Ajil ditutup kira-kira 5.30 petang menjadikan keseluruhan mangsa yang tinggal adalah 34 orang.

Menurutnya, hujan lebat juga menyebabkan paras air dua sungai iaitu Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri dan Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan kini melebihi tahap berjaga-jaga, manakala sungai-sungai lain mencatatkan angka melebihi paras normal.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia semalam mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga bagi kawasan Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Kemaman, Hulu Terengganu dan Dungun.

Menurut kenyataan itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat itu dijangka berterusan sehingga Khamis ini (24 November) dan ia akan menyebabkan banjir bagi kawasan yang berkedudukan rendah.

Di JOHOR BAHRU pula, seramai 495 mangsa daripada 119 keluarga dari Kampung Laut dan Kampung Poh Chee Leng di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Skudai Batu 10, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Pusatnya, Hairil Fitri Jaafar berkata, menerusi jumlah itu, seramai 469 daripada 115 keluarga dari Kampung Laut dan 26 mangsa daripada empat keluarga dari Kampung Poh Chee Leng termasuk 10 pelajar sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di pusat berkenaan yang dibuka sejak 9.30 malam, kelmarin.

Terengganu: 3 tempat dilanda banjir - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Siasat segera kes keganasan


Oleh : BERNAMA
Tarikh : November 22, 2011

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta supaya pihak berkuasa menjalankan siasatan segera berhubung aduan seorang wanita dipukul oleh bapa saudaranya, minggu lalu.

Katanya, beliau mengarahkan setiausahanya untuk berhubung dengan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh mengenai laporan yang dibuat sebelum ini dan menjalankan siasatan serta-merta.

“Saya amat berdukacita kerana pada tahun ini, perkara sebegini boleh berlaku. Ini menunjukkan bahawa lelaki yang buat perkara itu cukup rendah akal budinya. Mana boleh kita lakukan perbuatan yang begitu teruk terhadap wanita,” katanya selepas mengedarkan risalah Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-kanak di Stesen KL Sentral di sini, semalam.

Selain beliau, kempen itu turut disertai lebih 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), pembangkang dan Bebas, yang bersama-sama mengedarkan 200 risalah berkaitan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri mengi-ngatkan masyarakat di negara ini supaya lebih bersikap prihatin terhadap gejala keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak.

Dalam kejadian 12 November lalu, Wan Nur Arzrin Abd Rahman, 29, mendakwa bapa saudaranya memukulnya dalam lif akibat berlaku perbalahan kecil ketika mereka sekeluarga selesai menghadiri majlis pertunangan sepupunya di Bogor, Indonesia.

Akibat kejadian itu, dia cedera teruk di mana lengan kanannya patah dan urat saraf menjadi lemah akibat kecederaan itu.

Wan Nur Arzrin hadir sendiri pada majlis itu apabila mengetahuinya melalui akhbar dan sempat bertemu dengan Mohamed Nazri dan menceritakan kejadian yang menimpanya ketika berada di Jakarta, Indonesia.

Siasat segera kes keganasan - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Tiga maut, kereta bertembung


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 22, 2011
Tiga maut, kereta bertembung

RAUB – Seorang lelaki dan seorang wanita bersama kanak-kanak perempuan berusia setahun maut setelah kenderaan dinaiki mereka bertembung dalam kemalangan di Kilometer 3 Jalan Raub–Bukit Koman lebih kurang jam 5.15 petang, kelmarin.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, Cif Inspektor Mohd Nazlan Othman berkata, kejadian petang itu melibatkan kereta Proton Saga dan Proton Wira serta sebuah motosikal.

Menurutnya, kemala-ngan berpunca daripada kenderaan yang gagal dikawal lalu terbabas ke laluan bertentangan.

“Kereta Proton Wira dipandu Choo Kien Keong (32) berasal dari Taman Bukit Koman bertembung dengan Proton Saga dipandu Koh Kok Keong (34) yang dinaiki bersama isterinya, Lai Chew Peng (29) dan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun serta kanak-kanak perempuan berusia setahun, Koh Xiang Xun.

“Kien Keong yang mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian,” katanya.

Mohd Nazlan berkata, kemalangan itu juga mengakibatkan Kok Keong bersama isteri dan dua anaknya mendapat rawatan di hospital akibat cedera parah.

Katanya, beberapa jam selepas kejadian, Chew Peng dan Xiang Xun disahkan meninggal dunia di hospital.

“Kemalangan mengakibatkan tiga kematian dan dua cedera parah ini masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

“Sebuah motosikal ditunggang Fong Lee Feng (30) juga gagal dikawal lalu terlanggar belakang kereta yang terlibat kemalangan itu tetapi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya.

Tiga maut, kereta bertembung - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Terbabas masuk longkang


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 22, 2011
Wan Mohd Saidi Wan Zainudin

MENTAKAB – Seorang pemandu terselamat selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam longkang di tapak projek naik taraf aliran Sungai Netas, di sini, yang melintasi jalan utama Kuala Lumpur-Kuantan, awal pagi semalam.

Kereta jenis Proton Wira dari arah Kuala Lumpur itu terjunam ke dalam longkang yang digali untuk projek berkenaan selepas tidak menyedari kawasan terbabit sedang dalam pembinaan.

Kejadian berlaku genap sebulan selepas Sinar Harian melaporkan kelewatan kerja naik taraf aliran sungai itu yang membahayakan pengguna jalan raya.

Dalam laporan lalu, penduduk Taman Mentakab Indah iaitu kawasan taman perumahan paling hampir dengan tempat kejadian menggesa supaya projek di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran itu disiapkan segera.

Pengerusi Taman Men-takab Indah, Wan Mohd Saidi Wan Zainudin berkata, projek yang dimulakan pada Mei lalu itu sepatutnya siap Ogos lalu, namun sehingga kini ia masih belum selesai.

“Sudah banyak kali kemalangan hampir berlaku di kawasan ini, ramai mengadu mengenai perkara ini dan menggesa ia dilakukan dengan lebih cepat.

“Kejadian terbaru jam 1 pagi semalam apabila sebuah kereta jenis Proton Wira terbabas ke dalam longkang dipercayai kerana tidak perasan kawasan ini masih dalam pembinaan. Saya difahamkan pemandu itu hanya mengalami cedera ringan,” katanya.

Menurutnya, kerja naik taraf aliran Sungai Netas itu berisiko kepada pengguna jalan raya kerana dilakukan di tengah-tengah laluan utama.

“Risiko kemalangan lebih tinggi terutama pada sebelah malam kerana kawasan ini gelap dan tiada pekerja untuk mengawalnya,” katanya.

Penduduk, Mohd Daud Mohd Nor 50, berkata, penduduk tidak faham punca kerja naik taraf aliran sungai itu mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan.

Menurutnya, jika tidak dapat disiapkan segera, penduduk menggesa pihak bertanggungjawab meletakkan lebih banyak papan tanda amaran demi keselamatan pengguna jalan raya.

Terbabas masuk longkang - Pahang - Sinar Harian:

'via Blog this'

32 kaki judi kena cekup


Oleh : MOHD NAZIRUL RAMLI
Tarikh : November 22, 2011
dadah

SEGAMAT - Seramai 32 kaki judi ditahan dalam Ops Dadu yang dilakukan sepasukan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan pasukan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat pada 20 November lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali berkata, bertindak atas maklumat, kira-kira jam 12.05 pagi, polis menyerbu sebuah rumah di Jalan Bayu 3, Taman Seri Bayu, Labis, di sini.

Menurutnya, dalam serbuan itu polis menahan 32 orang iaitu 27 lelaki dan lima wanita termasuk wanita warga Vietnam dan China.

“Kesemua suspek yang ditahan berumur lingkungan 24 hingga 67 tahun dan dalam serbuan yang dilakukan, polis berjaya merampas beberapa keping cip dianggarkan bernilai RM50,000 dipercayai digunakan dalam kegiatan perjudian tersebut.

“Polis turut merampas sebilah pisau lipat dipercayai milik salah seorang suspek berumur 24 tahun yang ditemui dalam beg sandangnya,” katanya pada sidang media, pagi semalam.

Abdul Majid berkata, ini adalah tangkapan terbesar di Labis dan polis sudah mengenal pasti penganjur kegiatan perjudian itu berumur ling­kungan 49 tahun yang merupakan penduduk tempatan dan tinggal di Labis.

“Polis mendapati kegiatan perjudian itu sudah beroperasi selama empat hari. Manakala wanita warga Vietnam dan China yang turut ditahan adalah isteri kepada kaki judi yang ditahan itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan,” katanya.

Abdul Majid berkata, suspek yang dipercayai tuan rumah menganjurkan kegiatan perjudian itu boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 4 (1) (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM50,000 dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun.

32 kaki judi kena cekup - Johor - Sinar Harian:

'via Blog this'

Lelaki Myanmar dibunuh kejam


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 22, 2011
Lelaki Myanmar dibunuh kejam

KAMPUNG PIANGGU - Seorang wanita yang bercuti di rumah ibu mertua adiknya di Kampung Kasing, Pianggu, di sini, sejak seminggu lalu, pasti tidak dapat melupakan pengalaman ngeri melihat seorang lelaki warganegara Myanmar mati dibunuh rakan senegaranya sendiri, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika Norazlina Abd Rahim, 30, mahu memasak di dapur sebelum dikejutkan dengan suara riuh rendah.

Menurutnya, dia melihat beberapa kelibat lelaki dari ­rumah yang dihuni sekumpulan warganegara Myanmar sedang berlari mengejar seorang lelaki dipercayai rakan mereka dengan menggunakan parang.

“Saya cuba intai di sebalik tingkap dapur apa yang dilakukan sekumpulan lelaki terbabit.

“Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dua lelaki berparang bersama beberapa rakan mereka mengejar seorang lelaki tidak berbaju sebelum bergelut di atas jalan tanah merah di belakang rumah ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Norazlina berkata, lebih menyayat hati, dia melihat seorang suspek menghunus parang di sebelah bahu kanan mangsa, sebelum seorang lagi suspek melibas parang di badan mangsa tanpa perikemanusiaan.

“Darah mangsa mula memercik dan keadaan menjadi panik sebelum kesemua suspek melarikan diri,” katanya.

Norazlina berkata, mangsa cuba bangun meminta pertolongan, tetapi kemudiannya rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan badan terlentang.

“Kejadian ini menyentap jiwa saya, apatah lagi saya melihat sendiri pergelutan itu berlaku di depan mata saya sendiri.

"Saya kini trauma dan sukar melelapkan mata apabila teringat kejadian itu,” katanya.

Adiknya, Noratikah, 19, yang turut menyaksikan kejadian itu juga diselubungi ketakutan.

“Tak sangka pula mereka sanggup membunuh kerana sebelum ini ada juga rakan-rakan mereka yang bekerja sebagai nelayan menghantar (memberi) ikan kepada kami,” katanya.

Seorang penduduk, Ibrahim Syafie, 61, berkata, mangsa yang dipercayai bekerja sebagai nelayan menetap berdekatan dengan rumahnya selepas berkahwin kira-kira sebulan lalu.

“Mangsa dipercayai baru berkahwin datang ke rumah itu (rumah rakannya) sebelum timbul perselisihan faham antara mereka hingga tercetusnya pergaduhan yang membawa kepada kematian mangsa,” katanya.

Syafie nerkata, keengganan mangsa meneguk minuman keras dipercayai punca berlaku perselisihan faham itu.

“Dengar cerita, mangsa budak baru (baru menetap) di sini, jadi apabila disuruh minum (minum minuman keras) dia degil menyebabkan timbul rasa tak puas hati rakan-rakannya,” katanya.

Lelaki Myanmar dibunuh kejam - Pahang - Sinar Harian:

'via Blog this'